Pick Pocket di My New Fashion Times Square


Buat pengunjung Times square, anda perlu berhati-hati ketika ingin membeli belah baru-baru ini cik iena telah terlibat dengan kejadian pick pocket yang berlaku di My New Fashion yang beralamat  Lot 02-56D & B, East, Second Floor . Kerugian diatas kelalaian adalah RM 2,849 termasuk handphone.


Pick Pocket di My New Fashion Times Square



Pada masa kejadian, cik iena di halau oleh pemilik My New Fashion yang berbangsa cina ketika cik iena menyedari  duit dan handphone cik iena di curi. Cik iena berasa sangat terkilan diatas tindakan tuan empunya kedai yang boleh dikatakan sangat kurang ajar. Untuk itu cik iena membuat keputusan untuk membawa perkara ini ke pihak atasan dan pihak Polis

Cuba anda bayangkan jika anda berada ditempat cik iena. Dihalau serta merta . Tuan kedai berkata tak mungkin kejadian itu berlaku di kedai dia. Cik iena cuma minta untuk tengok CC TV sebab cik iena pasti pencuri masih berlegar di kawasan Times square untuk mencari mangsa yang seterusnya.
Dan yang meyakinkan sangat kejadian berlaku di sini kerana cik iena sempat berpesan pada kawan cik iena, yaya untuk menyimpan handphone beliau sebelum masuk ke kedai kerana di khuatiri di curi ketika leka membeli belah.

"Yaya simpan handphone kita nak shopping ni nanti kene curi"

begitulah dialog cik eina.
Jadi memang cik iena yakin di situ lah kejadiannya. Kebiasaannya cik iena sangat berhati-hati jika nak shopping cik iena akan simpan handphone dalam beg kerana cik iena risau handphone akan di rampas ketika leka memilih baju tetapi kejadian sebaliknya yang berlaku. Tak sangka pencuri ambil hand phone dan duit dalam beg tanpa di sedari seolah-olah cik iena di pukau.

Setelah tiada kerjasama di berikan oleh pemilik kedai malahan kami di halau cik iena sangat panik, pada ketika itu, cik iena bersama rakan blogger yaya cendana. Alhamdulillah yaya ada menemani cik iena sehingga teman lelaki cik iena hadir .Almaklum lah cik iena duduk bujang di kuala lumpur, nak panggil family jauh sangat. 

Semasa keadaan panik yang terlintas di fikiran nak call polis. tapi handphone tiada, yaya pun takde credit. Kami turun ke kaunter pertanyaan dan memberitahu apa yang terjadi. Kemudian kami di bawa ke bahagian pengurusan untuk membuat laporan pick pocket . Setelah membuat laporan di bahagian pengurusan, kami di kehendaki untuk membuat laporan polis untuk membolehkan pihak pengurusan mengambil tindakan lanjut. dan kembali ke pengurusan times square untuk memberikan salinan report polis.

Semasa cik iena membuat laporan di pengurusan, sejurus tiba terdapat dua orang perempuan melayu  membuat laporan yang sama di tingkat 3 . Kemudian semasa cik iena membuat laporan datang lagi seorang perempuan melayu membuat laporan yang sama  juga dimana kejadian berlaku di tingkat 3 juga . Mungkin kumpulan yang sama mencuri . Lokasi kejadian tempat cik iena tingkat dua agak hampir dengan lokasi kejadian mereka di tingkat 3 seperti yang digambarkan.

Selesai membuat laporan di pengurusan times square cik iena ke balai polis Tun H.S Lee . Selesai laporan di buat cik iena kembali ke Times square untuk memberi pihak pengurusan salinan report. 
Semasa membuat laporan di balai polis , pegawai polis yang bertugas menasihati cik iena supaya menalifon pegawai mereka yang berada di times square untuk tindakan lanjut ke kedai tempat kejadian kerana kebiasaannya pengurusan Times square akan mengambil sambil lewa soal ini. 


 Berkemungkinan mereka tidak akan ke kedai tersebut atau membuat tindakan yang lewat.
Semasa cik iena memberi salinan report tersebut ke pihak pengurusan , memang betul apa yang di katakan pegawai polis terbabit. Pihak mereka seolah-olah acuh tak acuh ketika cik iena memberikan salinan. Tidak seperti layanan yang di beri semasa laporan di buat dimana mereka bersungguh-sungguh mengambil laporan dan bersungguh-sunguh menyuruh cik iena membuat laporan polis kerana kebanyakan pengadu tidak datang kembali dengan membawa salinan laporan polis lantas mereka tidak boleh mengambil tindakan lanjut. 


Semasa cik iena hadir kembali memberi salinan laporan polis, orang yang mengambil report tiada, mereka boleh bertanya siapa yang suruh berikan salinan laporan. Dan kemudian cik iena yang bertanya. Macam ni je ke? kami nak buat apa? Kemudian baru mereka jawab kami akan call dan sehingga saat ini tiada panggilan di terima daripada pihak pengurusan times square. Sungguh kecewa nasib baik cik iena dah berjanji dengan pegawai polis untuk ke kedai tersebut.

Setelah cik iena memberi kan salinan report tersebut cik iena ke lokasi kerjadian bersama Sarjan Shahril . Tujuan kami adalah untuk melihat CC TV. Tetapi malangnya tuan kedai menyatakan CC TV mereka rosak . Dan pada ketika itu tuan kedai meminta maaf kerana menghalau kami . Tuan kedai menghalau  kami kerana risau pekerja mengetahui yang cc tv mereka
 rosak .

Pada cik iena tak patut halau macam tu. Sepatutnya tarik cik iena ke tepi bagi tahu elok-elok tapi tidak. Cik iena di halau seperti pengemis yang ingin membeli tapi tiada wang . Sakit sangat hati ni setakat kedai RM10 ++ ko hengat aku tak mampu ker.. Cik iena pergi ke kedai tu pun sebab nak memenuhi masa sementara menunggu 20 minit untuk makan di boat noodle kebetulan ternampak baju yang cantik . Betul-betul sakit hati dengan sikap kurang ajar tuan empunya kedai.


Menurut tuan kedai, dia akan cek samada cc tv dia boleh record tapi tak boleh view dan kalau ada record dia akan call. Tapi mengikut pandangan Sarjan Shahril kalau dia cakap macam tu dan tengok pada CC TV dia memang tiada harapan.  Kalau nak tunggu dia call memang jangan harap lah . Dan cik iena pun takkan berdiam diri. Cik iena akan follow up sekurang-kurangnya dapat tengok cc tv daripada mall pun okay . Jangan pandai cakap nanti kami ambil tindakan tapi tiada tindakan dari pengurusan. Sebab tu lah pencuri berleluasa sebab dia tau tiada tindakan sekadar cakap mulut je. Cik iena harap sangat pihak pengurusan Times square kotakan apa yang dikata untuk mengambil tidakan.

Cik iena tau memang tak mungkin dapat balik tapi sekurang-kurangnya jika tindakan diambil berkurangan la kejadian seperti itu berlaku lagi .

Eh panjang cik iena cerita tapi tak cerita macam mana kene pick pocket kan. Okay story nya begini .

SENARIO KEJADIAN PICK POCKET DI MY NEW FASHION TIMES SQUARE

Pada 8 November 2015 Dalam pukul  2.27 pm mengikut record google recently used device. Masa ni cik iena hantar message di whatsapp cik iena ko nombor lagi satu untuk reminder pukul berapa cik iena harus berada di boat noodle. iena dan yaya dah pergi boat noodle untuk booked tempat. Ramai orang makan kat sana so kene booked dulu. jadi sementara menunggu 20 minit cik iena jalan-jalan tengok baju. 


Cik iena dan yaya berkenan dengan kedai ni dimana harganya agak murah RM10 Plus plus . Cik iena masuk ke kedai tersebut untuk melihat pakaian . Itu merupakan kedai kedua yang cik iena singgah walaubagaimanapun kedai pertama hanya masuk dan keluar kerana tiada berkenan. 

Kedai kedua ni memang agak lama di situ memilih pakaian . Semasa memilih pakaian , sangat ramai pelanggan di kedai tersebut. Pada cik iena mungkin normal kerana harga sangat murah . jadi cik iena meneruskan membelek belek pakaian. 

Kerap kali juga cik iena di langgar, memandangkan keadaan kedai yang sempit cik iena tak jadi nak marah, cik iena lagi meminta maaf sebab mungkin cik iena makan banyak space pilih baju ganggu dia ke . Cik iena perasan dimana sahaja cik iena pergi pasti akan ade perempuan yang mengekori di sebelah dan membelek-belek baju. 

Sehinggalah cik iena ingin membayar dan menyedari handphone dan bekas hp cik iena yang berisi duit, lesen, ic dan dua kad bank ATM/DEBIT hilang.  Cik iena memberitahu pada tuan kedai dan minta untuk melihat cc tv dan Pada ketika itu lah tuan empunya kedai menghalau cik iena dan dengan sekelip mata kedai tersebut yang tadinya ramai pelanggan sunyi sepi tanpa pelanggan.

Dari yang cik iena perasan pencuri adalah bukan warganegara malaysia . mereka datang beramai-ramai seperti ingin memberi belah bagi mengaburi mata kita dan menurut yaya terdapat juga seorang lelaki berbaju kuning di hadapan kedai yang sentiasa memerhati gerak geri yaya dan juga keadaan sekeliling.

Mungkin lelaki tersebut tahu yaya kawan iena dan juga dia nak jaga line jika ada polis atau pegawai keselamatan yang lalu. 
Apa yang memusykilkan cik iena macam mana dia boleh ambil dalam beg cik iena. Cik iena tak bawa handbag, cuma bawa beg silang kecil yang mana kedudukan nya di hadapan. Deka perut. Pening memikirkan. Lalai sangat kah cik iena. Takkan tak perasan orang buka beg. Terasa seperti di pukau.

Pada yang belum pernah mengalami kene pick pocket macam cik iena mungkin kata tak logik dan cik iena lalai. Pada yang pernah alaminya faham apa yang iena rasa begitu juga adik cik iena yang juga pernah kene pick pocket juga memakai beg silang di depan . Hurmm lepas ni pada yang pakai beg silang di depan juga perlu berhati-hati kerana pencuri sekarang sangat berkemahiran tinnggi.

Barang Yang Hilang

1) IC
2) LESEN MEMANDU
3) MAYBANK ATM/DEBIT CARD
4) CIMB ATM/DEBIT CARD
5) CASH RM250
6) HTC ONE M9+ RM2599

TOTAL KERUGIAN AKIBAT KELALAIAN RM 2,849
Menurut laporan polis yang cik iena buat,1 maybak card yang hilang tapi setelah cik eina pulang ke rumah. Cimb card cik iena juga tiada dalam dompet cik iena. Cik iena bawa sekali . Dan setelah cek akaun bank cik iena ada keluarkan duit 100 pada sabtu malam tapi cik iena tak guna duit tu. Makanya adalah terselit dalam bekas handphone serba guna cik iena tu . Mengikut laporan polis RM150 yang cik iena sedar.

KEPADA PENCURI SEMOGA ANDA MENGALAMI KERUGIAN BERLIPAT LIPAT KALI GANDA DAN SEMOGA ANDA BERTEMU JALAN YANG LURUS UNTUK INSAF KEMBALI KE PANGKAL JALAN.


APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA DI COPET ,ATAU SELUK SAKU ATAU PICK POCKET


  1. Matikan Kad bank anda - Call bank terlebih dahulu (kebiasaannya kita lupa debit card boleh swap dimana2)
  2. Buat Laporan Polis
  3. Sekiranya berlaku dalam Mall, buat laporan dalam mall 
  4. Dengan laporan polis yang ada minta bantuan polis untuk cek CC TV
  5. Sebarkan video Kejadian  supaya boleh jadi iktibar untuk orang ramai 
  6. Sebarkan gambar pelaku jika dapat di ambil dari cc tv
  7.  Sekiranya handphone di curi 
  • Tukar kata laluan akaun facebook, instagram mahupun twitter serta laman sosial yang lain
  • Jika anda anda menyimpan kata lualuan online banking di dalam handphone anda, anda juga  perlu menukar kata laluan tersebut atau pun memohon bank untuk mematikan access online banking anda.
  • Sebaiknya jangan menukar google password ada dahulu, cuba track handphone anda menggunakan applikasi yang ada
  •           Beri IMEI handphone anda kepada Polis untuk tindakan lanjut , menurut  Sarjan Shahril sekiranya sim card baru di masukkan ke handphone tersebut, IMEI number yang ada dapat membantu untuk mendapatkan nombor baru tersebut dan pihak polis boleh menghubungi nombor baru tersebut untuk menyoal siasat daripada mana dia dapat handphone  tersebut. Cik iena harap sangat ini lah harapan cik iena jika orang tu masukkan simcard baru. Dan harap sangat PDRM teruskan siasatan. Walaupun kes kecil ke harap ada tindakan susulan

Kalau korang beramai2 mungkin boleh tahan siapa yang mencurigakan. Tapi dalam keadaan cik iena hanya dua orang . Kami jadi mati akal masa tu sebab mereka mengaburi mata kami dengan datang beramai-ramai seolah-olah ingin membeli belah padahal hanya helah untuk mencuri.

Ditambah lagi sikap tuan punya kedai yang lansung tiada rasa simpati. hanya menghalau pelanggan. Berbeza dengan senario kejadian pick pocket yang dialami adik cik iena dimana pihak kedai on the spot membantu membuka rakaman cc tv untuk di lihat .

Pada masa cik iena di halau terdetik dihati mungkinkah tuan kedai juga bersubahat dengan pencuri . Sehingga tuan kedai sanggup menghalau pelanggan yang kene pick pocket di kedai mereka. Ada kemungkinan juga . Kalau berkemungkinan memang tuan kedai takkan bagi rakaman cc tv lah kan . Sebenarnya cik iena ada rasa pelik dan curiga  juga tang tu. Apa-apa pun Boikot kedai My New Fashion Times Square


 Menurut Sarjan Shahril juga dia biasa bekerjasama dengan tuan empunya kedai, maknanya di kedai tu dah kerap berlaku kecurian lah . CC TV tu untuk hiasan je ke ? Hanya untuk mengaburi mata pencuri .Kebarangkalian besar  orang yang tau cc tv tu rosak la akan mencuri kan .

La Tahzan lah cik iena, macam-macam dugaan . Ingat Allah takkan duga di luar kemampuan hambanya :)

Jadikan ianya pengajaran supaya kita tak lalai ,alpa dan leka
okay teringat nasihat enchik buah hati dimana sebelum ni dia hilang handphone tapi dia cool je, cik iena pula yang marah.


"Pabila senang insan bersyukur,
 Pabila susah tetap bersabar,
 Begitulah hidup di alam ini,
 Berterusan sehinggalah mati.

 Syukur wajib ke atas kita,
  Bila nikmat Tuhan kurnia,
 Begitu bila ditimpa bala,
 Sabar wajib ke atas kita.

 Ada insan susah bersyukur,
 Ada pula sukar bersabar,
 Rasa senang muncul alpa,
 Rasa susah timbul murka."

To Enchik buah hati, I feel grateful and lucky to know you . Thanks for being there with me.
ehem awak da lepas tapisan kedua dari family iena nie (^_~)






Gambar sebelum kejadian cik iena dan yaya family #kelabbloggerbenashaari di PWTC , sayangnya semua gambar di PWTC cik eina dalam handphone T___________T



TQ YAYA CENDANA SEBAB TEMAN AKAK SAMPAI SELESAI LAPORAN POLIS AND KE KEDAI TERSEBUT BERSAMA POLIS
(^_~)


Maaf tak banyak gambar sebab tuan empunya blog sudah kehilangan handphone

NEW UPDATE : http://www.ienaeliena.com/2015/11/pastikan-cc-tv-berfungsi-elak-kecurian.html?m=0


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve