Grab The Promo

PROGRAM CHARITY ANAK-ANAK GELANDANGAN


Pada hari sabtu ini 26 March 2016 akan diadakan satu program amal buat gelandangan anjuran pelakon Hanis Kamal Bakar bersama rakan-rakan artis Malaysia . Tahniah cik iena ucapkan atas usaha untuk melakukan program amal ini .

PROGRAM CHARITY ANAK-ANAK GELANDANGAN

Kepada anda diluar sana yang ingin memberikan sumbangan buat gelandangan khususnya glandangan kanak-kanak amatlah di hargai. Antara barangan sumbangan yang di perlukan adalah

-Pakaian kanak2 lelaki
-Pakaian kanak2 perempuan
-Pakaian lelaki dewasa
-Pakaian perempuan dewasa
-Alat-alat permainan
-Bahan bacaan
-Tilam/toto
-Bantal dan selimut
-Makanan
-Minuman
-Wang ringgit
-Pampers
-Kasut/selipar
-Tuala wanita
-Barangan bayi
- Dan barangan keperluan Lain

Sekiranya anda berminat untuk membuat sumbangan anda boleh hubungi Zman Dian = 019-908 8923


"Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai"


PROGRAM CHARITY ANAK-ANAK GELANDANGAN

PROGRAM CHARITY ANAK-ANAK GELANDANGAN DIANJURKAN OLEH PELAKON HANIS KAMAL BAKAR BERSAMA RAKAN-RAKAN ARTIS MALAYSIA


Program ini akan diadakan pada :


Tarikh                 : 26 mac 2016 (sabtu)
Jam                    : 4 petang (Pengumpulan Barang)
Program bermula : 9 MALAM
Lokasi                 : Pusat khidmat sementara gelandangan di Lorong Medan Tuanku 2.


Matlamat Program Charity Anak-Anak Gelandangan


Penganjuran Program Charity Anak-Anak Gelandangan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan rasa motivasi kepada masyarakat tentang kepentingan silaturahim, persaudaraan, kesukarelaan, bertanggungjawab dan melakukan kebajikan kepada masyarakat umum serta memupuk budaya sayang menyangi antara satu sama lain.


Objektif Program


i. Memberi kesedaran tentang tanggungjawab sosial terhadap anak-anak gelandangan.

ii. Memupuk sifat penyayang dalam kalangan masyarakat terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

iii. Membina semangat kerja berpasukan dan persefahaman melalui sukarelawan.



Committees Program anak-anak Gelandangan di antaranya :



1. Zman Dian - Organiser
2. Miza & Koie - HKB Crew
3. Kak Ann / Datin Nani - Radio Wanita 4U
4. Abg Lan / Abg Zali - Blood Brothers
7. Faez Ramly - Official Blogger
8. Eijjat & Kery & Echa - The Family
9. Usahawan Muah
10. Explore Angel's Club
11. PEWARIS Malaysia
12. Big Unity Event

Artis terlibat yang turut menjayakan seperti :


- Rockers Otai 90an
- Pelakon Malaysia
- Mentor
- AF
- Model
- Designer

Untuk maklumat lanjut sila layari http://faezramlypunye.blogspot.my/2016/03/nantikan-program-charity-anak-anak.html?m=1


Insya Allah cik iena juga akan sertai aktiviti ini pada hari sabtu nanti :)



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve