Jom Bercuti Ke Pulau Dengan CatchThatBus


Lupakan Maldives, Bora-bora atau Capri untuk bersantai atau berbulan madu. Malaysia juga dikelilingi oleh pulau-pulau yang indah setaraf dengan pulau-pulau lain di dunia. Mungkin ada diantara anda yang gemar melakukan aktiviti skuba diving, atau snorkeling sambil menikmati keindahan terumbu karang yang berwarna-warni, Jadi disini cik iena nak cadangkan kepada anda untuk download applikasi ini . Aplikasi yang mudah untuk anda membuat tempahan bas di mana anda boleh memilih tempat duduk pilihan anda sendiri seperti anda membuat tempahan untuk menonton wayang.

Sebelum cik iena menerangkan tentang aplikasi ni, jom cik iena cerita serba sedikit mengenai pulau-pulau yang menarik di Malaysia untuk anda kunjungi dengan CatchThatBus.



Jom Bercuti Ke Pulau Dengan CatchThatBus
Pulau Tioman


Pulau Tioman

Dinobat antara 10 pulau tercantik di dunia, Tioman mempunyai keindahannya yang tersendiri. Para penyelam dari serata dunia rata-rata berpusu ke sini untuk melihat sendiri keindahan terumbu karang yang masih dijaga dengan rapi dan juga ikan tropika yang berwarna warni. Terletak diantara sempadan Johor dan juga Pahang, anda boleh menaiki feri di jeti Mersing yang terletak di Johor atau jeti Tg. Gemok di Pahang. Mengambil masa sekitar 2 jam untuk tiba ke sini, anda pastinya teruja dengan airnya yang jernih bak kristal setibanya di sini.


CatchThatBus pulau perhentian
Pulau Perhentian

 

Pulau Perhentian

Pulau yang menjadi pilihan remaja mahupun keluarga pada masa kini. Terletak di Terengganu, ia juga berjiran dengan Pulau Kapas dan juga Pulau Redang. Pulau ini sering dikunjungi para backpackers kerena makanan lautnya yang segar dan juga aktiviti laut nya yang menarik. Anda boleh bermain Banana Boat, Snorkeling dan juga melakukan Skuba Diving di sini. Anda akan dibawa bermain di kawasan taman laut mereka, dan jika anda bertuah anda akan dapat melihat penyu berenang dengan gembira di sini. Mengambil masa sekitar 45 minit untuk anda sampai ke sini dari jeti Kuala Terengganu.


CatchThatBus pulau pangkor
Pulau Pangkor

Pulau Pangkor

Lokasinya berdekatan dengan Pengkalan Tentera laut Diraja Malaysia di Lumut, Perak. Jika anda ingin bercuti ke pulau dengan bajet yang rendah. Pangkor adalah tempatnya. Anda akan melalui perjalanan sekitar 1 jam 45 minit untuk ke Pangkor kerana terdapat banyak perhentian di pulau ini. Lokasi yang indah adalah di Teluk Nipah, terletak kira-kira 15 minit dari jeti utama. Terdapat resort dengan harga yang berpatutan dan juga gerai-gerai makan yang menghidangkan makanan laut segar. Anda akan dibawak ke pulau kecil berdekatan untuk aktiviti snorkeling.


CatchThatBus Pulau Langkawi
Pulau Langkawi

Pulau Langkawi

Siapa tidak  mengenali  Pulau Langkawi, sebuah pulau yang menjadi syurga membeli belah pelancong dalam dan luar negara. Diwartakan sebagai pulau bebas cukai, anda boleh membeli apa sahaja dengan murah di sini. Selain dari membeli belah, Langkawi juga terkenal dengan sejarah Lagenda Mahsuri, dan juga aktiviti memberi makan kepada helang. Jika anda sukakan pemandangan di tempat tinggi, anda boleh menaiki kereta kabel untuk ke Gunung Mat Jinjang untuk menikmati pemandangan di sekitar Langkawi.

CatchThatBus Pulau Redang
 Pulau Redang

Pulau Redang

Jiran kepada Pulau Perhentian, Redang juga menjanjikan keindahan alam semulajadi yang tiada tandingan. Di sini, anda akan dapat lihat anak-anak ikan berenang di gigi air semasa melintasi jeti untuk turun ke pesisir pantai. Redang adalah tempat istirahat yang terbaik sekiranya anda ingin lari dari kesibukan kota. Aktiviti snorkeling disini adalah yang terbaik kerana anda akan dibawa ke taman-taman laut yang indah untuk bermain bersama ikan-ikan yang cantik di sini.

CatchThatBus Pulau Rawa
Pulau Rawa

Pulau Rawa

Pulau ini amat indah, namun ianya baru dikenalkan kepada umum. Ada khabar angin yang mengatakan bahawa pulau ini milik Sultan Johor dan keluarganya. Namun yang pasti pulau ini sangat indah dengan kejernihan air laut nya yang kebiru-biruan. Terdapat sebuah gelongsor yang dibina untuk pengunjung bermain, dan juga ada sebuah lagi gelongsor air yang sedang dibina untuk kegunaan pengunjung di masa akan datang. Terletak di perairan Johor, pada mereka yang ingin mencuba kelainan, marilah berkunjung ke sini.


CatchThatBus Pulau Kapas

Pulau Kapas

Juga terletak di Terengganu, Pulau ini agak terpencil berbanding pulau-pulau lain. Keindahan pulau ini tidaklah sehebat Perhentian ataupun Tioman, namun pasirnya yang memutih dan juga air lautnya yang jernih akan memberikan anda ketengan. Pulau Kapas adalah destinasi yang seronok untuk anda berbulan madu, kerana anda pastinya gembira menghabiskan masa dengan yang tersayang di sini sambil menikmati keindahan alam yang tiada tolok bandingan. Jarak Pantai Terengganu dengan pulau ini adalah sekitar 21 Kilometer sahaja. Tak jauh kan?



Jom Bercuti Ke Pulau Dengan CatchThatBus

Jadi, mengapa perlu berbelanja lebih untuk ke luar negara?. Keindahan pulau-pulau Malaysia sudah cukup untuk memberikan anda ketengan dan keseronokkan. Dekat je. Dengan CatchThatBus, anda tidak perlu untuk memandu jauh, hanya pilih tarikh, masa dan juga destinasi kemana yang harus dituju. Semuanya di www.catchthatbus.com atau anda boleh download aplikasi ini di semua peranti IOS, Android atau Window secara percuma. Jom ke pulau!




CatchThatBus


CatchThatBus adalah sebuah aplikasi mudah alih yang telah dikeluarkan pada tahun 2014, untuk memudahkan mereka yang duduk jauh dari terminal bas untuk membeli tiket bas mereka tanpa perlu keluar rumah.

Aplikasi CatchThatBus serasi digunakan dengan pelantar Android dan iOS. Ia membenarkan pengguna untuk membuat belian tiket secara online. Ia mengetengahkan bas dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Kuantan, Genting, Johor, Perlis dan juga Singapura, besertakan operator bas seperti Plusliner, Nice, Transnasional, Starmart, Suasana Edaran, Perak Transit dan Unititit Express.

Aplikasi ini juga membenarkan pengguna untuk menyewa serta menggunakan bas sewa, tetapi ia tidak seperti sesetengah dari pesaing lain kerana mereka tidak menawarkan diskaun untuk trip yang seterusnya.

Perkhimatan ini akan berfungsi dengan baik sekiranya anda mempunyai tarikh serta masa yang tetap, kerana masih lagi terdapat kelonggaran untuk membuat pertukaran di saat akhir; pertukaran hanya boleh dibuat di kaunter dengan sedikit bayaran, sekurang-kurangnya 24 jam sebelum bertolak.

Kesemua tiket itu juga tidak boleh dipulangkan semula. Bagi sebarang masalah, anda boleh berhubung dengan operator khidmat pelanggan kami melalui telefon atau e-mail, namun bukan setiap masa kami dapat memberikan respon pantas untuk setiap pertanyaan.


Jom download app CatchThatBus dan jom ke pulau! 


1. Untuk pengguna Android pergi ke Play Store dan search catch that bus dan Muat turun aplikasi tersebut


Jom Bercuti Ke Pulau Dengan CatchThatBus


2. Setelah memuat turun aplikasi tersebut . Anda boleh memilih  lokasi berlepas dan ketibaan anda dari senarai perjalanan yang ada. Untuk membantu anda menjimatkan masa, anda boleh menap destinasi anda .

3. Selepas memilih detsinasi anda, anda perlu memilih tarikh perjalanan anda dan kemudian anda pelu memilih bilangan penumpang.

4. Selepas memilih bilangan penumpang, anda perlu memilih Bas-bas yang telah di senaraikan dan seterusnya anda dikehendaki untuk memilih tempat duduk anda.

5. Selepas itu anda di kehendaki mengisi maklumat penumpang dan seterusnya anda akan ke bahagian pembayaran.

6. Anda di kehendaki memilih pembayaran anda dan seterusnya selesai. Anda perlu mencetak E ticket tersebut untuk di bawa semasa menaiki bas nanti.

5. Sebelum memulakan tempahan adalah lebih baik anda daftar terlebih dahulu dan memasukkan butiran-butiran yang di perlukan seupaya lebih mudah untuk anda membuat tempahan kelak.



Okay menarik kan, sekarang semuanya di hujung jari. tak perlu bersesak-sesak lagi beratur untuk beli tiket bas. Nak balik kampung untuk raya ni pun anda boleh beli melalui CatchThatBus :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




1 comments:

  1. kalau beli thru smartsaver lagi berbaloi. siap dapat rewards lagi. ni haaa kat sini refer. http://www.smartsaver.my/stores/view/catch-that-bus
    untuk dapat ganjaran boleh register free http://mssp-sys.aj.my/JoinUs/JoinUs.aspx?a=fv6n7z9kGkm%2fuKrACnP75A%3d%3d

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve