Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger


Pada 5 Mac yang lepas cik iena berkesempatan menyertai projek kerja amal membantu golongan gelandangan bersama-sama Idea Master iaitu sebuah Syarikat Percetakan yang tidak asing lagi dan juga bersama rakan-rakan blogger dari Hai Blogger di sekitar bandaraya Kuala Lumpur

Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger
kesian tegok mereka tidur di kaki jalan. Alhamdulillah cik iena masih ada temptat berlindung

Alhamdulillah program Amal tersebut berjalan dengan jayanya dan kami hampir menghabiskan kesemua makanan serta pakaian yang perlu diagih kan kepada golongan gelandangan. Baki daripada makanan dan pakaian tersebut juga akan di agih kan kepada gelandangan yang mana kawasannya jauh dari kawasan pengagihan kami dengan menaiki kereta . Kawasan pengagihan kami pada malam tersebut hanya di sekitar Masjid Jamek, Petaling Street dan kawasan yang berhampiran kerana kami hanya berjalan kaki untuk mencari lokasi-lokasi gelandangan di kawasan yang berhampiran.
Sebelum meneruskan lebih lanjut tentang perjalanan program kerja amal kami cik iena kenalkan terlebih dahulu  tentang Syarikat Percetakan  Idea Master yang menerajui program ini.

 Idea Master

Merupakan Syarikat pembekal tshirt printing, baju korporat dan cenderamata korporat terbesar di Shah Alam. Ianya ditubuhkansekitar  tahun 2010. Antara produk yang mereka bekalkan ialah tshirt printing, jaket korporat, uniform korporat dan cenderamata korporat seperti mug, pen, towel, keychain, notepad, pendrive dan macam-macam lagi.


Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger

 

Idea Master  mempunyai Kilang mereka sendiri untuk memproses baju-baju dan produk-produk lain. Mereka juga sangat mementingkan kualiti dan juga harga yang berpatutan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk mereka boleh download katalog percuma mereka di www.ideamaster.com.my

Alamat HQ Idea Master: (Khas untuk Cetak Baju, Jaket Korporat dan Baju Korporat)
Idea Master Creation Sdn Bhd,
VG-4 Jalan Plumbum V7/V, Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Alamat Cawangan Idea Master: (Khas untuk Trofi, Medal dan Cenderamata Korporat)
Idea Master Global Sdn Bhd,
No.8A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Instagram : @ideamaster2u
Facebook: ideamasterpage
Website : www.ideamaster.com.my

Pengalaman Menyertai Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger


Blogger-blogger berkumpul di sekitar Masjid jamek jam 8 Malam untuk penerangan ringkas dari founder +Hai Blogger! Official

Jam 9 Malam , pihak Idea Master hadir bersama kakitangan mereka yang turut sama melibatkan diri dalam aktiviti kerja amal ini . Pembungkusan makanan dan juga pakaian di urus sendiri oleh pihak Idea Master. Blogger- blogger hanya perlu membantu membuat agihan makanan dan juga pakaian kepada gelandangan .


Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger
taklimat ringkas


Sebelum aktiviti di mulakan seperti biasa taklimat ringkas akan di beri . Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa dan juga taklimat ringkas. Kami di bahagi kepada 4 kumpulan di mana ke empat-empat kumpulan akan mengagihkan makanan dan pakaian ke tempat yang berasingan.

Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger
Kumpulan 1


Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger
kumpulan 2

Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger
kumpulan 3



Setelah selesai sesi bacaan doa dan taklimat ringkas dan juga pembahagian kumpulan. Kami di kehendaki untuk mengambil makanan dan pakaian untuk setiap kumpulan untuk diagihkan kepada gelandangan.




Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger

Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger

Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger


Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger


Selesai mengambil makanan dan pakaian untuk kumpulan masing masing kami bergerak dengan berjalan kaki untuk mencari gelandangan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.


Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger
team cik iena sedang melintas jalan ;)


Untuk pengetahuan semua, ini bukan kali pertama cik iena menyertai aktiviti seperti ini.
Sekitar tahun 2012 cik iena sangat aktif dengan aktiviti membantu gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Cik iena pernah memberi makanan buat gelandangan di bawah-bawah jambatan di sekitar pasar seni dan banyak lagi tempat di sekitar Kuala Lumpur yang pastinya menjadi memori indah cik iena yang mana ianya membuatkan cik iena rasa lebih bersyukur dengan kehidupan cik iena berbanding kehidupan gelandangan-gelandangan yang lain. Untuk membaca tentang aktiviti charity cik iena boleh baca http://www.ienaeliena.com/search/label/Volunteer?m=0

Sila klik older sampai tahun 2012 ye hehe  :)


Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger
cik iena sedang memberi makanan pakcik-pakcik diatas, kesian tengok pakck tu muka sedih je







Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger
pihak Idea Master sedang memberikan makanan dan pakaian


Pengalaman yang di lalui lebih kurang sama jadi ianya tidak susah bagi cik iena. Gembira rasa hati di dalam kumpulan cik iena orang pertama berjaya menghabiskan makanan untuk di beri pada gelandangan. Mungkin kerana cik iena sudah biasa berhadapan dengan gelandangan. Lagipun setiap minggu pada hari khamis dan jumaat cik iena ade menyertai aktiviti pengagihan makanan buat gelandangan dan golongan memerlukan di belakang masjid jamek.




Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger
Tips beri makanan buat gelandangan yang sedang tidur, jangan di kejutkan, just letak di tepi mereka. Takut mereka terkejut dan bertindak agresif semasa terjaga. Biasalah golongan macam ni kadang-kadang kene tangkap . Mereka takut kene serbu nad tangkap. So kita jangan takotkan mereka okay


Walaubagaimanapun aktiviti ini berbeza kerana , kami menyediakan makanan dan gelandangan yang akan datang sendiri. Berbeza dengan pada kali ini kami mencari sendiri gelandangan di kaki lima, di lorong-lorong, untuk memberi makanan.


Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger
lokasi pengagihan bank muamalat, ehehhe tempat cik iena buat kerja amal setiap khamis n jumaat malam jika ada kelapangan






Apa yang sangat menyedihkan kan cik iena tatkala melihat orang menyelongkar tong sampah untuk mencari sesuatu. Cik iena tak pasti dia nak cari apa tapi bila di berikan makanan dia kelihatan sangat gembira dan berterima kasih. Rasa tenang dan gembira bila terdengar ucapan terima kasih apabila makanan di beri pada mereka.



Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger
sangat sedih tengok uncle ni selongkar tong sampah T_______T


Ada juga yang menyentuh hati cik iena apabila salah seorang gelandangan meminta #travellingberuang yang cik iena bawa, katanya dia kehilangan anak. Ya Allah sedih rasa hati. Tapi cik iena tak boleh berborak lama dengan kakak tu kerana ada lagu tugasan lain yang perlu di buat. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka ;)




Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger
kesian nya tgk








 cik iena ni memang suka berborak dengan gelandangan .tapi awas tau ada yang tak suka kita tanya banyak. Kita kene tengok tindak balas mereka juga . Ini apa yang cik iena pelajari sejak tahun 2012 cik iena menyertai kerja amal membantu gelandangan. Setiap mereka ada kisah mereka sendiri.

Kebanyakan gelandangan tidak suka gambar mereka diambil. Jadi jika ingin mengambil gambar di sarankan tidak menggunakan flash . Sepanjang aktiviti ini berjalan cik iena tidak mengambil sebarang gambar kerana cik iena sibuk mencari gelandangan untuk di berikan makanan. Fokus sungguh cik iena tau. orang pertama menghabiskan makanan, kemudian bantu kawan-kawan habiskan makanan pulak :)



 Okay selesai memberi makanan kami berkumpul, bergambar dan pulang kerumah. Untuk makanan yang tidak habis di agihkan. Pihak Idea Master akan sambung pengagihan makanan tersebut di kawasan lain di sekitar kuala lumpur dengan menaiki kereta.

Seingat cik iena semasa tahun 2012 cik iena pernah bagi makanan buat gelandangan di kawasan bukit bintang. Dekat time square dengan low yat memang banyak juga gelandangan di situ.


  Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger kesian tegok mereka tidur di kaki jalan. Alhamdulillah cik iena masih ada temptat berlindung
bergambar bersama rakan blogger dan Idea Master

Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger
bergambar bersama rakan blogger dan Idea Master




Projek Amal membantu Gelandangan bersama Idea Master dan Hai Blogger
bergambar bersama rakan blogger dan Idea Master

Tahniah di ucapkan kepada Idea Master kerana berjaya menganjurkan program kerja amal seperti ini. Di harap dapat di teruskan seperti biasa program kerja amal seperti ini. Semoga di murahkan rezeki lagi dan semoga perniagaan Idea Master lebih maju dan maju pada masa akan datang. Cik iena percaya dan yakin setiap kebaikan yang kita buat pasti di balas dengan kebaikan .

Tidak lupa juga Terima Kasih Idea Master diatas T Shirt yang di berikan. Memang sangat selesa untuk di pakai. Design pun cantik.. Tapi cik iena tak sempat pakai malam tersebut Almaklumlah perempuan bukan senang nak tukar baju, perlu cari tandas nak tukar baju. Kalau dapat pakai malam tu mesti lagi cantik kan. Sedondon je dengan Team Idea Master.


Gambar Kredit kepada +Hai Blogger!  .Cik iena fokus agih makanan so tak keluarkan handphone untuk ambil gambar semasa aktiviti pengagihan makanan tersebut :)





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog