Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Wednesday, May 18, 2016

Lima sebab Kenapa Perlu Tonton My Stupid Boss


My Stupid Boss merupakan filem yang di adaptasi dari sebuah buku yang popular dan terlaris di Indonesia yang berjudul My Stupid Boss (MSB).  Ia merupakan Karya anak tempatan  Chaos@work yang digarap dari empat jilid penerbitannya yang mula diterbitkan pada 2009 menjadi satu cerita yang sarat dengan elemen komedi.



My Stupid Boss
Antara babak yang menarik di mana Diana membalas kembali perbuatan Bossman keatas dirinya, Nak tau kenelah tonton di pawagam :)


Filem terbitan syarikat perfileman Falcon Pictures ini menjalani penggambaran 100 peratus di Kuala Lumpur. Ia memakan masa selama 25 hari untuk menjadikannya sebuah Filem yang bakal menjadi bualan ramai.

Selain daripada pelakon Indonesia, ia juga di lakonkan oleh pelakon-pelakon Malaysia yang tidak asing lagi antaranya Atikah Suhaimie, Bront Palarae, Chew Kinwah dan Iskandar Zulkarnain.


My Stupid Boss
Pekerja-pekerja Bossman yang kelihatan gembira akan perubahan Bossman, namun adakah perubahan itu berterusan ? Pastikan anda tonton di pawagam okay :)


Filem ini merupakan filem ke-15 terbitan Falcon Pictures dan ini merupakan kali pertama mereka berkolaborasi bersama pelakon Malaysia diketuai oleh pelakon berkaliber dari negara serumpun iaitu Bunga Citra Lestari, Reza Rahadian dan Alex Abbad.


Penerbitnya Frederica, berkata kesukaran menggabungkan empat novel kepada sebuah penceritaan menjadi hikmah buat mereka apabila usaha itu secara tidak langsung dapat menyatu persahabatan dua negara serumpun.



My Stupid Boss
Bossman yang sangat pelik dan mempunyai pendirian dan sistem kerja yang pelik dan tidak moden




Falcon Pictures pernah menerbitkan beberapa filem pecah panggung seperti Comic 8, Comic 8; Casino King, Haji Backpacker, Coboy Junior The Movie, Sejadah Ka'bah dan banyak lagi.
Filem ini juga akan ditayangkan serentak di empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bermula ‪19 Mei‬ ini.‬



Sinopsis My Stupid Boss


My Stupid Boss
Bunga Cintra Lestari yang melakonkan Watak Diana

MENGISAHKAN tentang Diana lakonan Bunga Citra Lestari yang harus mengikuti suaminya, (Alex Abbad) berpindah dan bekerja di negera jiran iaitu Malaysia. Di Malaysia, Diana terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka dan bekerja di sebuah pejabat yang memiliki pekerja dari pelbagai negara. Konflik berlaku apabila Diana terpaksa berhadapan dengan majikannya, Bossman yang juga berasal dari Indonesia (Reza Rahadian). Bossman  memiliki tingkah laku yang agak pelik namun begitu Bossman mempunyai karakter yang melucukankan.


My Stupid Boss
Bossman yang sentiasa menganggap dirinya benar dalam segala perkara walaupun sebenarnya apa yang dilakukan itu salah

Bossman memiliki prinsip yang luar biasa, berbeza dengan majikan lain. Di pejabatnya, tiada peraturan dan sistem yang jelas dalam pengurusan syarikat membuatkan urusan harian menjadi huru-hara. Bossman mempertahankan prinsip tersendiri iaitu 'Bossman Always Right'.
Setiap keinginannya harus dituruti oleh semua pekerjanya. Di situ, Diana mula mengenali rakan setugasnya iaitu Norahsikin lakonan Atikah Suhaimie, Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain) dan Mr.Kho (Kinwah Chew) yang banyak memberi nasihat untuk berhadapan dengan Bossman.


My Stupid Boss
Bossman dan Diana atau lebih dikenali dengan nama kakak Kerani






Terbitan: Falcon Pictures. (Indonesia)
Kerjasama: Madness Films Sdn Bhd (Malaysia)
Edaran: Skop Productions Sdn Bhd (Malaysia)
Penerbit:  HB Naveen & Frederica
Pengarah: Upi
Genre: Komedi/ Drama
Durasi: 107 minit
Pelakon Malaysia: Atikah Suhaimie, Bront Palarae, Chew Kinwah dan Iskandar Zulkarnain.
Pelakon Indonesia: Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari dan Alex Abbad
Lokasi Penggambaran: Kuala Lumpur
Tarikh Tayangan: ‪19 Mei 2016‬‬




Lima sebab Kenapa Perlu Tonton My Stupid Boss


  1. Merupakan Cerita Komedi pertama yang di lakonkan Bunga Citra Lestari
  2. Reza Rahadian yang handsome dan kurus menjadi gemuk, buncit dan rambut separa botak.
  3. Menggabungkan pelakon-pelakon hebat Indonesia dan Malaysia
  4. Mengisahkan tentang Boss yang pelik dan mempunyai sistem kerja yang tidak boleh di terima pakai
  5. Sebagai persediaan untuk anda menghadapi STUPID BOSS like this :)

Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss


Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Barisan pelakon


Baru-baru ini cik iena berpeluang menghadiri majlis tayangan perdana filem My Stupid Boss terbitan
Falcon Pictures dengan kerjasama Madness Films Sdn Bhd dan edaran Skop Productions Sdn Bhd.
Sambutan hangat dari peminat-peminat pelakon-pelakon yang terlibat di dalam filem ini jelas ketara.


Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Cik iena bersama adik dan rakan blogger Iskandar


Kehadiran tetamu yang cukup ramai yang terdiri dari peminat , media cetak, media elektronik, blogger dan artis-artis tempatan serta yang pastinya pelakon utama dari Indonesia iaitu  Bunga Citra Lestari dan  Reza Rahadian .


Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Cik iena bersama rakan blogger Kak Qasehsu & Ayu Idris


Setelah sama-sama menonton filem ini cik iena dapat rasakan filem ini bakal mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dengan lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon hebat dari dua negara. Ianya merupakan Filem komedi yang sangat menghiburkan.


Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Bersama rakan blogger Iskandar



Untuk pengetahuan anda semua ini merupakan kali pertama Bunga Citra Lestari melakonkan cerita komedi dan beliau berjaya melakonkannya dengan bagus . Menurut beliau ini merupakan filem yang mencabar bagi beliau kerana ini merupakan kali pertama belia melakonkan cerita berunsur komedi. Menurut beliau lagi ternyata bukan mudah untuk melakonkan watak komedi namun dengan ada nya rakan-rakan artis lain yang turut sama membantu dalam menghayati watak tersebut beliau berjaya melakonkan dengan begitu baik sekali.


Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Cik iena bersama rakan blogger Ally dan Erin


Apa yang cik iena dapat kongsikan filem ini seronok dan lawak sehingga tahap anda tidak akan menyedari bahawa anda sudah sampai ke penamat dan bagi cik iena agak sedikit tergantung. Mungkin kerana cik iena rasa filem ini sangat menghiburkan sehingga cik iena tidak menyedari hampir 100 minit sudah berlalu dan cerita sudah menghampiri penghujung nya.

Unsur-unsur lawak yang diterapkan membawa mesej-mesej tertentu yang bermakna. Selain daripada itu terdapat juga banyak mesej dang pengajaran serta pedoman yang boleh di lihat di dalam filem ini walaupun ianya berunsurkan komedi.

Okay mohon lanjutkan ke My Stupid Boss 2. Nak tau sama ada Bossman berubah atau tidak :)


 Gambar Bersama Pelakon My Stupid Boss dan Artis yang turut beri sokongan



Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
bersama pelakon utama Reza Rahadian yang kacak lagi kurus berbeza dengan watak bossman yang gempal dan separa botak


My Stupid Boss
bersama Bront Palarae



Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Bersama Zizan, haa zizan pun ada tau dalam cerita ni, nak tau sebagai apa jangan lupa tonton :)

Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
bersama Mr Chew Kinwah


Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
bersama si cantik jelita Atikah Suhaimie



Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
bersama si cantik jelita Atikah Suhaimie

bersama Iskandar Tajuddin dan Iskandar Zulkarnain :)

Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Bersama Kak Yasmin Hani

Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Bersama shery alhadad





Okay semua jangan lupa tonton tau Filem ini  akan ditayangkan serentak di empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bermula ‪19 Mei‬ ini. 2016



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


4 comments:

  1. tgok trailer pun dah best, mesti cerita nya best gak. nak pi tgok la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @farah Dafri
      kann tengok trailler pun rasa excited nk tgk
      mmg best cerita ni, memang gelak selalu
      macam2 ragam :D

      Delete
  2. Replies
    1. @Nurul Baidurah
      iyer :) ada cerita baru (^_~)

      Delete

Mini Lazada