Grab The Promo

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS - SMS FITRAH KE 20000


PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS - SMS FITRAH KE 20000
Zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan bagi individu lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan dengan syarat- syarat yang ditetapkan. Ianya merupakan kewajipan fardhu ain di samping dapat membersihkan dan menyucikan jiwa bagi orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan. Bayaran zakat fitrah ini digunakan untuk membantu golongan fakir dan miskin untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung selepas bulan Ramadhan.
Namun, dengan kepesatan kemajuan yang berlaku pada masa kini, ada diatara pembayar zakat yang tidak mempunyai masa untuk membayar zakat fitrah. Oleh itu,syarikat telekomunikasi DiGi
Telecommunication dengan kerjasama Pusat Kutipan Zakat yang terlibat telah membangunkan  perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui SMS.
PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS - SMS FITRAH KE 20000

Perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui SMS ini adalah satu idea yang sangat bernas untuk diguna pakai pada masa kini. Pembayaran zakat fitrah akan dipotong atau dicaj melalui SMS yang dihantar oleh  pengguna ke nombor yang ditetapkan. Pengguna yang ingin membayar zakat fitrah melaui SMS hanya perlu menghantar katakunci yang betul ke kod ringkas yang telah ditetapkan. Pengguna akan terima SMS  pemberitahuan setelah transaksi berjaya. Perkhidmatan ini sangat mudah dan boleh dilakukan pada bila bila masa sahaja (sepanjang bulan Ramadhan).

Objektif 


1. Memudahkan para pengguna Muslim DiGi untuk membayar zakat fitrah.
2. Perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui SMS boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
3. Membantu para pengguna yang ingin membayar zakat fitrah untuk negeri asal / kampung halaman.


Mudah kan, Selain bayar Zakat secara Online, pembayaran zakat juga boleh di lakukan melalui SMS. . Khas buat pengguna Digi di Enam Negeri Terpilih, anda boleh membuat pembayaran Zakat melalui sms .

Senarai Pusat Zakat yang Terlibat 


1. Selangor
2. Perlis
3. Sabah
4. Melaka
5. Pahang
6. Kelantan
7. Terengganu*
8. Kedah*

*Negeri yang bakal turut serta

Waktu Ideal Pembayaran Zakat Fitrah 


  • Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri  

  • Bayar zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan bagi mengelakkan tanggungjawab itu tidak dapat ditunaikan pada saat akhir iaitu pada Hari Raya Pertama  

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 2016 SELURUH NEGERI DI MALAYSIA 


Senarai kadar bayaran zakat fitrah yang disertakan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri


KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 2016 SELURUH NEGERI DI MALAYSIA
KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 2016 SELURUH NEGERI DI MALAYSIA

 SUMBER : www.mysumber.com

 

Aturan Pembayaran Zakat melalui sms .


1. Pengguna menghantar SMS dengan menaip FITRAH ke 20000.

2. Pengguna terima SMS dari DiGi untuk memilih negeri dan hantar ke 20000.

1.Pahang 2.Melaka 3.Selangor 4.Perlis 5.Sabah 6.Terengganu 7.Kelantan 8.Johor
Contoh: 4 dan hantar ke 20000.

3. DiGi akan menghantar SMS kadar zakat negeri yang dipilih dan pengguna perlu membalas dengan
nama penuh.
Kadar Zakat tahun 2015/1436H ialah . Sila balas dengan nama penuh anda.
Contoh: Muhammad Izham Bin Zamri

4. Pengguna terima SMS dari DiGi untuk memberi no kad pengenalan.
Sila balas dengan no kad pengenalan
Contoh: 910729086201

5. Pengguna terima SMS dari DiGi untuk memberi bilangan individu.
Sila balas dengan bilangan orang
Contoh: 2

6. DiGi akan menghantar SMS pengesahan transaksi dengan jumlah zakat fitrah yang akan dibayar.

Ini wang yang akan menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diri/ t’jwp/ wakil sebanyak
pada tahun ini kerana Allah Ta’ala. Balas Y untuk teruskan @ T untuk tamatkan.
Contoh: Y

7. Pengguna akan menerima SMS sekiranya transaksi telah berjaya dengan nombor resit.
Terima kasih. Bayaran berjaya. . Untuk resit rasmi layari http://digi.my/dgzakat

8. Transaksi tidak akan berjaya sekiranya pengguna tidak mempunyai baki yang mencukupi.
Maaf, kredit anda tidak mencukupi. Sila tambah nilai kredit anda dan taip fitrah untuk mulakan transaksi anda


Pada yang sudah membuat pembayaran, anda boleh menyemak resit pembayaran di digi.my/dgzakat

 
Okies , cik iena pengguna DIGI, nanti cik iena screenshort and share macam mana cara nak bayar

Pada yang bertanya boleh ke bayar zakat fitrah melalui SMS , boleh baca penjelasan di sini ya
http://www.zakatselangor.com.my/terkini/guna-sms-untuk-membayar-fitrah/

 

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak !


New Update :)

 
Okay cik iena dah bayar Zakat melalui sistem pesanan ringkas SMS ni
Jom cik iena tunjukkan caranya
Mudah sahaja tau .
Kalau bayar online pun selepas 12 tengah malam tak boleh buat pembayaran  Tapi dengan SMS boleh. Jadi kalau yang kerja balik lewat malam tak sempat bayar zakat fitrah di kaunter mahupun secara online. Boleh lah buat pembayaran melalui SMS.
Pukul 2 , 3 pagi pun boleh okay
(^_~)

CARA CARA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI SMS


SMS FITRAH KE 20000


PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS
taip FITRAH dan hantar ke nombor 20000 , kemudian pilih negeri




PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS
Kemudian anda dikehendaki memasukkan nama penuh anda dan hantar. Selepas itu anda di kehendaki untuk memasukkan no kad pengenalan anda

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS
Kemudian anda dikehendaki untuk memasukkan bilangan orang. Contoh cik iena satu

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS
Kemudian untuk membayar zakat anda perlu reply Y, selepas itu anda boleh semak pembayaran pada pautan yang di berikan




PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS
Masukkan Nombor talifon dan no kad pengenalan untuk semak

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS
Sistem memaparkan status pembayaran anda

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS
tandakan kotak diatas jika anda ingin menerima resit rasmi dan hantar

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS

Okay macam mana? mudah je kan .
Kalau takde masa nak bayar zakat di kaunter atau secara online boleh lah SMS je :)





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




4 comments:

  1. Mudah dah sekarang... Semua di hujung jari

    ReplyDelete
  2. This pre approval for SMS communication ensures prevention of prosecution. Provision of a member opt out process will also help to avoid legal issues.http://padisoft.org

    ReplyDelete
  3. At Sarah's affectation, Abraham drove Hagar and Ishmael into the desert where they would have passed on of thirst yet for the mediation of God who guaranteed that Ishmael would live, yet would turn into the dad of an extraordinary country (Genesis 21: 1-21). It is from Ishmael that individuals of the Muslim confidence follow their family line.
    Virtues of Itikaaf

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve