Grab The Promo

7 Sebab Penyaman Udara Perlu Diservis Secara Berkala



Memiliki penyaman udara sudah menjadi satu kemestian untuk setiap rumah di Malaysia bagi yang mampu. Ada yang pilih untuk pasang penyaman udara di ruang umum seperti ruang tamu, ruang makan atau ruang keluarga agar semua isi rumah dapat menikmati keselesaan bersama. Ada juga yang pilih untuk pasang penyaman udara di bilik tidur dan hanya digunakan pada waktu tidur.

Tak kisah di mana penyaman udara tersebut dipasang, yang lebih penting ialah memastikan setiap unit penyaman udara itu diservis secara berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan. Terdapat banyak kesan buruk jika penyaman udara itu tidak dijaga dengan baik. Antaranya ialah:

1. Udara di dalam rumah akan tercemar

Setiap kali penyaman udara anda diservis, penapis udara adalah perkara pertama yang akan dicuci oleh pakar penyaman udara. Jika tidak dicuci, habuk akan terkumpul pada penapis di dalam unit penyaman udara. Lama kelamaan kulat juga akan mulai tumbuh di dalam dan sekitar unit penyaman udara tersebut. Seterusnya udara yang dihembus oleh penyaman udara tadi menjadi tidak berkualiti dan tercemar.


2. Kerosakan pada penyaman udara akan menjadi lebih serius

Jika penyaman udara anda selalu diperiksa oleh pakar penyaman udara, sebarang kerosakan kecil atau wear-and-tear dapat dikesan dan dibaiki dengan segara. Tetapi jika pemeriksaan menyeluruh hanya dilakukan beberapa tahun sekali, kerosakan yang pada mulanya adalah kecil mungkin sudah menjadi lebih serius. 


7 Sebab Penyaman Udara Perlu Diservis Secara Berkala



3. Tiada lagi udara sejuk keluar dari penyaman udara

Kekurangan gas penyejuk dan penapis udara yang terlalu kotor adalah antara punca utama yang menyebabkan penyaman udara tidak dapat mengeluarkan udara yang sejuk. Semasa servis berkala dilakukan, pakar penyaman udara boleh selesaikan masalah ini dengan segera.

4. Penggunaan elektrik akan jadi lebih tinggi

Apabila berlaku kerosakan, kecil atau besar, unit penyaman udara anda perlu bekerja lebih keras. Tahap penggunaan elektrik oleh unit penyaman udara tadi tidak lagi efisien seperti sedia kala. Jadi, dapatkan khidmat pakar penyaman udara untuk periksa kondisi penyaman udara anda.

5. Penyaman udara anda akan mengeluarkan bunyi bising

Seperti kereta, jika anda terdengar sebarang bunyi pelik anda pasti akan syak terdapat sebarang kerosakan pada kereta itu. Begitu juga dengan penyaman udara. Kadangkala bunyi kipas akan menjadi terlalu kuat jika berlaku kerosakan. Selain itu, perhatikan juga lampu kecil yang menyala pada unit penyaman udara anda. Sesetangah model penyaman udara akan memberikan signal kerosakan melalui lampu tersebut. 

7 Sebab Penyaman Udara Perlu Diservis Secara Berkala



6. Air akan menitis keluar dari penyaman udara

Ini akan berlaku jika julat suhu didalam dan luar bilik terlalu tinggi, dan jika penapis pada unit penyaman udara atau paip yang mengeluarkan air ke unit luar telah tersumbat. Setiap kali pemeriksaan berkala dilakukan, pakar penyaman udara akan pastikan bahagian-bahagian ini dicuci dengan rapi.


7. Jangka hayat penyaman udara akan lebih singkat

Seperti barangan lain, jika tidak dijaga dengan baik, jangka hayatnya pasti akan menjadi lebih singkat. Memandangkan anda telah mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak untuk membeli dan memasang unit penyaman udara tersebut, adalah wajar untuk anda menjaga pelaburan anda itu dengan baik.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Saya harap anda kini lebih faham yang penyaman udara haruslah diservis secara berkala. Jadilah pengguna bijak, dimana jua anda berada!

Layari Recommend.my untuk berhubung dengan pakar penyaman udara (servis ac) dari seluruh Lembah Klang. Selain servis penyaman udara, Recommend mempunyai 7000+ penyedia khidmat profesional sedia untuk bantu anda menjadikan kediaman anda lebih nyaman dan selasa. 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




2 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve