Grab The Promo

Steak Sedap di KL : Old School Steakhouse TTDI

Istimewa untuk  penggemar daging dan seafood terutamanya lobster , Old School Steakhouse TTDI adalah tempat untuk menikmati steak dan lobster yang pasti menjadi kenangan terindah anda kerana hidangan masakan yang sedap dan lazat serta dekorasi restoran yang cantik lagi menenangkan dan pekerja yang sangat peramah dan baik..

Old School Steakhouse TTDI
Old School Steakhouse TTDI


Old School Steakhouse TTDI
Old School Steakhouse TTDI


Terdapat pelbagai jenis hidangan steak disini untuk anda nikmati, baru-baru ini Cik iena telah cuba sendiri makan tengah hari di  Old School Steakhouse TTDI. Cik iena dan adik serta rakan memilih untuk menikmati hidangan Sizzling Steak, Surf & Turf Delight, Seafood Au Gratin dan Bombe Alaska .



Old School Steakhouse TTDI
Cik iena, deqnor dan zai







 

 Old School Steakhouse TTDI 


Old School Steakhouse merupakan Sebuah restoran  yang menyajikan steak berkualiti dengan teknik memanggang tradisional dengan menggunakan arang .Restoran ini menawarkan rangkaian makanan  berkualiti dan pengalaman menikmati hidangan makanan yang menyenangkan dengan perkhidmatan terbaik dari dari pekerja-pekerja disini.


Sebelum Cik iena kongsikan review tentang menu yang Cik iena pilih, Cik iena kongsikan dulu beberapa gambar di restoran ini untuk tatapan anda. Restoran ini sangat sesuai untuk anda membawa insan istimewa tidak kira lah keluarga, suami, isteri, kekasih mahupun sahabat-sahabat anda.


Old School Steakhouse TTDI
Old School Steakhouse TTDI


Old School Steakhouse TTDI
Old School Steakhouse TTDI

Old School Steakhouse TTDI
Old School Steakhouse TTDI

Old School Steakhouse TTDI
Old School Steakhouse TTDI



Keadaan restoran yang sangat tenang dengan cahaya malap yeng membuatkan anda berasa seperti sedang menikmati hdangan candle light dinner. Ditambah lagi dengan pekerja-pekerja mereka yang sangat peramah dan mesra pelanggan.




Review Old School Steakhouse TTDI




Old School Steakhouse TTDI
Old School Steakhouse TTDI

Ini merupakan pertama kali Cik iena makan di restoran ini. Untuk pengetahuan Cik iena sebenarnya tidak makan daging lembu mahupun kambing. Cik iena baru sahaja belajar untuk makan daging. Daging lembu Cik iena boleh makan sikit-sikit tapi daging kambing jika Cik iena makan , bbir akan bengkak dan gatal. Mungkin Cik iena alahan pada daging kambing. Jadi Cik iena tak berani nak cuba daging kambing. Cik iena hanya akan cuba daging lembu.


Old School Steakhouse TTDI
Old School Steakhouse TTDI




Untuk review Sizzling Steak yang dikatakan sedap disnini,  Cik iena bawa rakan pejabat untuk makan bersama iaitu Zai untuk makan Sizzling Steak manakala Cik iena dan adik memilih untuk cuba Surf & Turf Delight dan Seafood Au Gratin . Seperti biasa Cik iena dan adik memang akan bertukar makanan supaya dua-dua dapat rasa rasa masakan yang dipesan. Cik iena juga Cuba Sizzling Steak untuk sekadar merasa .




Old School Steakhouse TTDI
Menu dipilih oleh mereka berdua kecuali sizzling steak memang menu pertama nk cuba sebab orang cakap sizzling steak  dekat sini sedap


Sizzling Steak

Old School Steakhouse TTDI
Sizzling Steak


Ini menu yang  Zai makan. Tender fillet steak yang dihidang  bersama kentang goreng dan tomato bakar dalam Sizzling hotplate yang sangat menarik . Hotplate ini berbentuk lembu. Jarang didapati di restoran lain. Ini merupakan pertama kali Cik iena jumpa sizzling hotplate berbentuk lembu yang menarik perhatian Cik iena.


Old School Steakhouse TTDI
Sizzling Steak  dhidangkan didalam sizzling hotplate berbentuk Lembu


Old School Steakhouse TTDI
Roti dan mixed salad yang dihidangkan dalam menu Sizzling Steak


Sizzling Steak di hidangkan bersama mixed salad dengan pilihan tiga sos iaitu thousand island, tartar sauce & olive oil. Daging steak lembut, juicy diperap dengan resepi istimewa yang sememangnya sedap dan bakal membuat penggemar steak jatuh cinta pada restoran ini. Memandangkan Zai memilih  medium rare. Jadi iena  kurang makan sikit keranaCik iena baru nak belajar makan daging. Sebelum ni cik iena lansung tak makan daging lembu.


Old School Steakhouse TTDI
Sizzling Steak



Bila makan sizzling steak disini memang rasa lembut sangat daging tu, terasa juicy daging Menurut kata rakan Cik iena, zai sedap, daging lembut, sos sedap dan highly recommend katanya. .
Salad  yang dihidangkan dalam set ini menjadi kesukaan Cik iena keranaianya lain daripada yang lain . Terdapat buah buah nenas dalam salad ini dan juga terdapat pelbagai pilhihan  dressing sauce untuk kita nikmati.  Antara pilihan sos yang anda boleh pilih adalah thousand island, tartar sauce & olive oil

Old School Steakhouse TTDI
Sizzling Steak

Rating Sizzling Steak 

10/10 By Zai
Repeat Order : Yes


Surf & Turf Delight


Menu istimewa yang menghidangkan kombinasi grilled fillet steak bersama lobster serta jagung, lobak merah, brokoli ,bunga kobis dan baked potato. .Di hidangkan juga bersama roti dan mixed salad dengan pilihan tiga sos iaitu thousand island, tartar sauce & olive oil.

Old School Steakhouse TTDI
Surf & Turf Delight


Old School Steakhouse TTDI
Roti dan mixed salad yang dihidangkan dalam set Surf & Turf Delight




Grilled fillet steak memang lembut dan sedap. Cik iena paling menggemari lobster yang di bakar  dengan cheese dan mushroom.. Kombinasi ramuan yang enak.Untuk pengetahuan lobster yang dimasak adalah lobster yang di import dari  Norwegian dan daging pula adalah daging yang di import dari Australia manakala sayuran adalah sayuran tempatan.


Old School Steakhouse TTDI
Surf & Turf Delight

Old School Steakhouse TTDI
dihidangkan bersama baked potato yang boleh dimakan dengan sauce khas bersama daging kisar dan daun sup


Old School Steakhouse TTDI
Di hidangkan juga bersama roti dan mixed salad dengan pilihan tiga sos iaitu thousand island, tartar sauce & olive oil.


.
Surf & Turf Delight merupakan antara menu yang cik iena suka dan highly recommended by Cik iena. Kuantiti hidangan  set ini juga agak banyak untuk Cik iena. Kerana terdapat lobster, daging , salad, jagung, sayuran lain dan kentang . Sangat puas hati dan terlebih kenyang. Walaupun banyak Cik iena berjaya juga habiskan sebab sedap.



Old School Steakhouse TTDI
Surf & Turf Delight




Rating Surf & Turf Delight

10/10
Repeat Order : Yes


Seafood Au Gratin


Seafood Au Gratin merupakan Menu yang sangat sesuai untuk anda yang tak makan daging lansung terutama seperti adik Cik iena.Beliau memang lansung tidak makan daging. Seafood Au Gratin merupakan kombinasi hidangan makanan laut yang mengandungi grilled tiger prawn, sotong, isi ketam, scallop dan deep fried fillet fish yang di bakar bersama cheese dan mushroom.

Old School Steakhouse TTDI
Seafood Au Gratin


Sangat sesuai juga untuk penggemar cheese . Rasa cheese yang tidak muak. Kebiaasanya jika  makan makanan bercheese , kita akan berasa cepat  muak dan cepat kenyang. Berbeza dengan menu ni cheese baked yang dihidangkan tidak akan membuatkan anda berasa muak. Anda pasti mampu menghabiskan hidangan ini walaupun ianya cheese.
.

Old School Steakhouse TTDI
Seafood Au Gratin



Seafood Au Gratin juga dihidangkan bersama mixed salad dengan pilihan tiga sos iaitu thousand island, tartar sauce & olive oil dan juga dihidangkan dengan Baked potato yang boleh dimakan dengan sauce khas bersama daging kisar dan daun sup. Seafood Au Gratin juga merupakan antara menu yang menjadi kesukaan Cik iena.


Old School Steakhouse TTDI
dihidangkan bersama baked potato yang boleh dimakan dengan sauce khas bersama daging kisar dan daun sup



Old School Steakhouse TTDI
Di hidangkan juga bersama roti dan mixed salad dengan pilihan tiga sos iaitu thousand island, tartar sauce & olive oil.




Old School Steakhouse TTDI
Seafood Au Gratin





Rating Seafood Au Gratin

9/10
Repeat Order : Yes



Bombe Alaska


Bombe Alaska merupakan hidangan pencuci mulut yang menjadi pilihan kami. Jika diikut pada menu, ini merupakan hidangan untuk dua orang akan tetapi pada Cik iena hidangan ini boleh dimakan untuk 4 ke 6 orang kerana portion yang sangat besar.

Old School Steakhouse TTDI
Bombe Alaska


 Bombe Alaska adalah pencuci mulut yang agak unik bagi Cik iena. Ketika pertama kali Cik iena mamasukkan ia didalam mulut, Bombe Alaska seolah-olah seperti mengembang atau membesar didalam muulut. Ia merupakan pengalaman yang unik untuk Cik iena.

Walaubagaimanapun untuk rasa efek seperti ini, sesudah sampainya Bombe Alaska, anda harus terus makan. kerana Cik iena dapati setelah kami berborak dan sambung makan, kesan seperti itu tidak terasa lagi.

Lihat pada rupa nampak biasa sahaja Bombe Alaska ni. Tapi didalamnya ada lapisan buah koktail. Memang sedap tapi makan masa yang lama untuk kami habiskan kerana portion yang agak besar.

Rating Bombe Alaska

9/10
Repeat Order : Yes


Kepada anda diluar sana peminat tegar steak mahupun makanan laut terutamanya lobster jangan lupa untuk cuba nikmati menu-menu yang terdapat disini.





Untuk Maklumat lanjut.


Facebook : https://web.facebook.com/oldschoolsteakhouse/
Instagram : https://www.instagram.com/old_school_steakhouse/
No tel : 03-7732 0336
Waktu operasi : 11:00 AM - 11:30 PM

Alamat : 14 Jln Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. .
Waze : Old School Steakhouse


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve