Grab The Promo

Farewell Lunch For Officemate at Nando's Nu Sentral

Macam sedih je bunyi awal tahun 2020 sudah 3 orang rakan pejabat yang berhenti meniggalkan Syarikat. Kebiasaannya memang iena akan aturkan farewell lunch atau dinner untuk kawan pejabat yang nak berhenti. Kalau iena tau awal iena akan pilih tarikh awal-awal. Kalau bagi tau lewat, kalau Cik iena free Cik iena join. Kalau tidak Cik iena tak join sebab Cik iena selalu sibuk attend event.


Farewell Lunch For Officemate


Nak dijadikan cerita semalam Cik iena baru je tau salah seorang rakan nak berhenti dan last day adalah pada hari ini 14 januari 2020 hari selasa. Cik iena agak terkejut. Kebetulan masa kawan bagi tau tu cik iena sibuk ada kerja sebelah malam so memang takde masa nak message kawan-kawan bagi tau nak buat farewll. Jadi Cik iena serahkan pada rakan pejabat yang lain.

Tiba hari ini , rancangan awal nak buat malam. Memandangkan salah seorang rakan tak dapat join malam. Jadi kami buat waktu makan tengah hari. Disebabkan sangat last minit Cik iena serahkan pemilihan tempat makan pada rakan-rakan.

Serius Cik iena rasa tua sikit. Rasa macam dah tak sama pemikiran dengan golongan muda ni. Kalau dulu Cik iena buat farewell kebanyakan rakan pejabat sangat concern tentang pemilihak restoran. Kalau boleh mereka nak yang level sederhana. Yang tidak terlalu mahal. BAru-baru ni kami ada buat farewell boleh tahan juga lokasi pilihan anak-anak muda ni.

Untuk Cik iena, Cik iena tak kisah tapi ada segelintir kawan-kawan yang saving. Benda tu perlu ambil kira juga. Tapi Cik iena ni as long korang dah kata sepakat pilih kedai tu Cik iena ok. Tapi rata-raya taste budak-budak muda ni kedai yang mahal juga la.

Hari ni lokasi pilihan mereka Nando's. Sepanjang 8 tahun bekerja disini hanya level boss dan manager sahaja yang belanja staff makan farewell di Nandos. Kalau kawan-kawan tu sekadar yang keluar makan dalam kumpulan kecil tu adalah. Kebiasaannya lokasi farewell sesama rakan pejabat tempat biasa-biasa sahaja dan harga mampu milik sebab nanti hanya akan ada seorang perlu dulukan duit untuk  membuat pembayaran bagi memudahkan urusan pengiraan.

Kalau bayar sorang-sorang bagi duit tu boleh tapi agak serabut. Cik iena ikutkan sahaja lah Nando's. Katanya ada promosi Buy 2 Free 1. Tapi hanya boleh guna sekali sahaja. Selesai makan semua. Ambil gambar. Bila sampai pejabat macam biasa Cik iena akan masukkan jumlah duit makan dalam formula kiraan farewell lunch or dinner yang selama 8 tahun Cik iena buat.

Cik iena agak terkejut bila salah seorang datang bayar makanan dia sahaja. Rupanya Teori mereka Buy 2 Free 1...Bahagian FREE 1 itu untuk yang diraikan. Jadi yang lain tak perlu kongsi bayar untuk yang diraikan. Pada Cik iena itu tidak betul. Lagi menjadi tidak patut apabila isu ini dipersoalkan di depan yang diraikan.  Cik iena sampai cakap jangan cakap pasal duit. Makan dulu. Kita memang dah ada format pengiraan.

Farewell Lunch For Officemate at Nando's Nu Sentral
Promosi Buy 2 Free 1 =  (RM22.90*2)/3 = RM15.30  . Harga tak termasuk air

 

Andaikata menggunakan konsep Buy 2 Free 1, yang percuma tu bagi pada yang diraikan. Jadi yang belanja yang diraikan adalah yang bayar kos Buy 2 itu. Bukan semua orang yang turut sama sertai farewell lunch tu. Logik kan apa yang Cik iena cakap.

Cik iena tau ada yang cakap kau makan lebih bayar lah lebih.Lebih kurang macam tu lah. Salah tu apa yang korang anggap. Itu sebenarnya adalah reward untuk kawan yang willing to ambil pakej Buy 2 Free 1 . Pakej tu consider mahal lagi dari set luch yang kebanyakan kawan-kawan lain ambil. MEmang ada dua side Dish Tapi set mereka tiada air. jika tambah air jadi mahal juga. Masa nak decide siapa ambil set tu pun masing-masing macam tak nak.Masing-masing Nak ambil set lunch yang lebih murah.

Farewell Lunch For Officemate at Nando's Nu Sentral
Promosi lunch set yang kebanyakan rakan pejabat ambik


Berikut Cik iena kongsikan format pengiraan. Jika diikutkan yang amek promosi buy 2 Free 1 tu bayar lebih mahal dari yang lain tau. tapi dia punya side dish ada dua lah.

FORMAT PENGIRAAN FAREWELL LUNCH OR DINNER


Farewell Lunch For Officemate at Nando's Nu Sentral



Kebanyakan rakan ambil set lunch. Kami asing dua meja sebab terlalu ramai 15 orang. Jadi table lagi satu Cik iena tak masukkan pengiraan tetapi Cik iena bahagikan jumlah semua yang join untuk kongsi bayar makanan yang diraikan.



Farewell Lunch For Officemate at Nando's Nu Sentral









Sebenarnya iena jarang tulis pasal makan-makan dengan kawan di blog. Tapi kali ni nak kongsi luahan hati iena sedikit. Sejujurnya sangat kecewa terutama bila Cik iena minta duit pada salah seorang rakan yang tiba-tiba dia tanya kenapa dia perlu bayar dengan nada suara yang tinggi. IENA adalah seorang perempuan. nampak kuat di luar tapi iena ada hati dan perasaan. Sangat sedih diperlakukan begitu.

Sedih sangat sedih sepanjang 8 tahun bekerja, sepanjang iena arrange dulukan duit untuk bayar makan farewell dinner or lunch. Sekali dalam seumur hidup ada yang persoalkan kenapa dia perlu bayar dengan nada yang tinggi. KALAU KORANG ANGGAP YANG PERCUMA ITU UNTUK YANG DIRAIKAN. KORANG TAK BAYAR APA-APA UNTUK YANG DIRAIKAN. JADI UNTUK APA MAKAN-MAKAN TU ?? BUKANKAH UNTUK KITA RAIKAN DIA. SEBAB DIA LAST DAY. KITA BELANJA DIA MAKAN.

Kalau ada yang taknak bayar bahagian korang untuk bayar yang diraikan tu tak pe just bagi tau iena. iena
aku taknak bayar iena, aku tak setuju cara pengiraan tu.

 Cakap elok-elok dan iena okay untuk bayarkan part korang yang taknak bayar tu sebab biasanya buat apa-apa pun. makan-makan ke beli hadiah kawen ke. Memang iena sentiasa akan jadi orang yang akan cukupkan duit tu.

Cuma, perlu ingatlah. Kalau korang berkira buat kawan macam tu. KARMA. One day u will get the return . Dan mungkin masa farewell lunch korang nanti kawan2 lain buat benda sama. Bagi yang free dekat korang.

Cuba jangan pentingkan diri sendiri dan cuba letakkan korang di tempat yang diraikan tu. Dia akan terasa tau. Kenapa dorang nak bagi aku yang free.Kenapa dorang berkira. JAGA LAH SIKIT HATI KAWAN. Jangan terlalu pentingkan diri.

Kalau berkira sangat jangan pilih tempat makan mahal. Dulu kami buat Farewell, WARISAN tu dah kira mahal dah.  okay ini untuk rujukan kawan-kawan iena pernah tulis sekali jelah farewell di warisan. tapi lepas pada tu memang selalu buat di warisan dan selalu memang iena akan dulukan duit iena. kalau tak cukup farhan akan tolong topup..

Dalam group artikel bawah ni semua nya ok dan faham konsep farewell lunch or dinner yg kawan-kawan pejabat buat. Cuma tanggal 14 jan 2020 adalah yang persoalkan KENAPA AKU PERLU BAYAR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

RM22.80 sahaja yang diraikan tu punya kos makan. Bahagi dengan 14 orang yang join makan-makan. Bukan banyak pun RM1.60 seorang sahaja.BUKAN AKU SURUH BAYAR DUIT MAKAN UNTUK AKU PUN.  AKU NI CUMA NAK MUDAH KAN KORANG JE DULUKAN DUIT AKU TUK BAYAR , AKU TAK DAPAT APA2 PUN. BOLEH TENGOK FORMAT PENGIRAAN AKU TU. AKU BUKAN SELFISH!!

http://www.ienaeliena.com/2017/03/warisan-nu-sentral-menawarkan-servis.html


SEKIAN LUAHAN UNTUK HARI NI. HARAP ADIK ADIK OFFICEMATE BARU FAHAM KONSEP FAREWELL LUNCH OR DINNER. KITA TAKDE SPONSER DEK. BOSS KITA TAK SPONSOR.KITA GUNAKAN DUIT SENDIRI JE UNTUK RAIKAN KAWAN KITA.

Kalau rasa-rasa nak join makan sekali tapi taknak bayar bahagian yang diraikan tu just PM tepi je cakap taknak bayar. Biar iena sedekahkan untuk korang. So tak perlulah memalukan iena bila iena pergi kutip duit korang cakap taknak bayar dan persoalkan kenapa aku perlu bayar.


UCAPAN AKAK UNTUK EHSAN


Walaupun kita jarang berbrak dan bila keluar lunch sama-sama tu boleh dikira haha. Akak nak wish Semoga Ehsan Lebih berjaya ditempat kerja baru nanti. Insya Allah Rezeki Ehsan akan lebih banyak di tempat kerja baru nanti.






0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve