Grab The Promo

Pengalaman Hiking di Blue Lake Cheras

Buat anda yang gemar mendaki untuk menikmati pemandangan indah diatas Bukit mahupun Gunung pasti anda suka pergi tempat yang cantik yang pernah dimuat naik gambarnya dilaman sosial. Sama juga seperti Cik iena dan kawan-kawan. Cik iena dan kawan-kawan gemar mendaki untuk menikmati pemandangan indah diatas bukit dan merakam foto mahupun vlog untuk kenang kenangan.

Blue lake cheras
Gambar dari kawan kepada kawan yang diambil pada Jun 2020


Baru-baru ini pada 18 July 2020 Cik iena dan rakan-rakan pergi mendaki Blue Lake Cheras yang terletak di Bandar mahkota cheras. Seperti biasa Cik iena kesana kerana Cik iena lihat d instagram ramai yang memuat naik gambar mereka di Blue Lake tersebut.


Blue Lake Cheras Kawasan Larangan
Tak banyak gambar disini sebab kami ingat nak ambil gambar diatas, tak tau pula tak boleh naik. Tapi sempat juga lah selfie semasa menunggu deqnor, norma dan kawan-kawan



Jadi kami pergi kesana untuk menikmati permandangan indah tersebut. Setibanya kami disana jam 8 pagi kelihatan ramai juga pendaki yang melalui jalan tersebut. Cik iena masih lagi menunggu rakan yang belum hadir. Lebih kurang jam 8:50 am selepas semua nya tiba , kami memulakan pendakian.


Blue Lake Cheras Kawasan Larangan
Hanya ada satu gambar masa nak memulakan pendakian, selebihnya video. Nanti Cik iena upload vlog.

Blue Lake Cheras Kawasan Larangan


Selepas lebih kurang 20 minit mendaki menelusuri hutan hutan tiba-tiba kami sampai di satu kawasan yang terdapat papan tanda kawasan larangan serta pagar dawai yang telah diputuskan. Disebabkan kami lihat pagar telah diputus dan ada ruangan masuk yang besar jadi kami sangkakan kawasan ini telah dibuka untuk aktiviti riadah mendaki kerana terlalu banyak gambar yang kami lihat di sosial media.

Jadi kami bertekad meneruskan perjalanan. Lagipun rasa dah 20 minit mendaki, dah nak sampai terukan sahaja. Beberapa minit berjalan kemudian kawan kami dibahagian hadapan didapati bersama kumpulan lain dan seorang lelaki yang mengharahkan kami untuk ke satu kawasan berkumpul dan manyatakan bahawa kami salah jalan dan ingin menunjuk jalan yang betul.

Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah person incharge yang menjaga kawasan kuari tersebut. Beliau menerangkan kepada kami mengapa tidak dibenarkan masuk. Memang beliau akui ramai yang masuk ke tempat tersebut dan ada yang beranggapan kawasan ini telah di buka untuk aktiviti rekriasi.

Kami diarahkan untuk pulang dan beritahu pada rakan-rakan bahawa Blue Lake adalah kawasan larangan, sekiranya tertangkap anda akan didenda. Terima kasih sebab tak denda kami dan hanya beri nasihat. Kami akan sampaikan nasihat ini pada kawan-kawan yang ingin mendaki kesini.

Mungkin cadangan Cik iena boleh letak signboard kawasan Larangan di bawah dimana tempat mula-mula pendakian. Jadi orang akan berhenti disitu jika nampak signboard tersebut. Jika dah separuh jalan naik jumpa signboard tambahan pula laluan masuk terbuka luas memang orang akan masuk. Alang-alang dah nak sampai ke destinasi.

Itu cadangan Cik iena dan kawan-kawan jelah. Sedih bila dah sampai atas baru nampak signboard tu.

Kepada yang berkeras nak ke Blue Lake ini anda perlu tahu kenapa mereka melarang anda masuk ke kawasan tersebut. Pertama sekali ianya kawasan persendirian tentulah mereka ada hak untuk melarang orang luar masuk.

Tapi apa yang paling penting mereka larang kita masuk kerana aktivti aktiviti pengeboman yang dijalankan. Sebelum itu Cik iena terangkan apa itu Kuari


Apa itu Kuari ?

Kuari ialah kegiatan atau lokasi perlombongan lubang terbuka bagi mendapatkan batu atau galian, biasanya di kawasan berbukit. 


Asal Tasik Kuari


Hasil perlombongan dan letupan bukit, mengakibatkan jurang dan lubang yang dalam. Ini menyebabkan air bertakung. Kesan warna biru kehijauan adalah pantulan warna langit dan bayangan pokok. Air tasik kuari sangat jernih sebab tindak balas kimia batuan dan tanah kuari serta tiada lagi aktiviti manusia di kawasan berhampiran kerana biasanya kuari ini telah pun ditinggalkan.

Tasik kuari mungkin berkedalaman +-2m ke 20m dari permukaan dalam bergantung pada hujan dan jenis lombong. Air di kuari juga terbentuk dari air mata air atau akuifer. Tebing bukit tinggi dah cukup bahaya sebab takut tergelincir jatuh. Kalau dah jatuh, berdepan pula dengan air dalam. Banyak kes lemas di tasik kuari direkodkan.


Menurut Penjaga kawasan yang kami temui kebiasaannya mereka akan melakukan aktiviti meletupkan kuari. Jadi dikuatiri akan ada yang terletup sekali  dan juga dikuatiri gegarannya membuatkan pendaki yang sedang mendaki tergelincir jatuh. Itu lah sebabnya mereka melarang daripada orang luar masuk ke dalam kawasan kuari.


Sekarang anda dah tau Blue Lake Cheras adalah kawasan larangan dan mengapa dilarang masuk. Jadi pada yang berhajat untuk ke sana boleh lah padamkan hasrat untuk mendaki ke Blue Lake Cheras. Jangan cakap tak pernah ada orang bagi tau ianya kawasan larangan. Cik iena dah kongsi kan dah.

Jika kita lihat gambar yang dimuatnaik di instagram memang mereka tak bagi tau itu kawasan larangan. Pasti ramai tertarik dan teruja ingin ke sana.  Apa-apa pun keputusan ditangan anda. Cik iena cuma nasihatkan agar batalkan hajat untuk kesana kerana faktor keselamatan. Jika mereka membuat aktiviti peletupan/pengeboman tanpa jadual dan mereka terlupa menjaga access masuk orang luar yang selalu menceroboh mungkin akan beri bahaya pada anda.
 Dan jika anda tertangkap anda akan didenda RM1000 seorang bukan satu kumpulan tau. Anda akan didenda setiap seorang RM1000 untuk kesalahan menceroboh. Jangan Cakap Cik iena tak bagi tau ya :)




Alkisah tak dapat Mendaki Blue Lake Cheras


Sebenarnya bukan team kami sahaja yang disuruh turun ada beberapa team lagi dan ada juga yang dah sampai diatas. Mereka sempat berkongsi gambar pada kami. Memang cantik tempatnya. Tapi kami agak musykil juga masa Cik iena mengunggu rakan-rakan yang lain kelihatan ramai juga orang yang naik namun tak kelihatan kelibat mereka turun.


Blue Lake Cheras Kawasan Larangan
Ini gambar selepas turun, selepas kecewa tak dapat naik blue lake lah cerita nya. Selfie dengan sport shawl. Okay yang ni boleh rujuk instagram iena di bawah



View this post on Instagram

Happy weekend guyz😁 Kepada girls kt luar sana yg gemar bersukan atau buat aktiviti riadah yg berpeluh2 tu iena nk kongsi sport shawl yg menarik. Semalam iena pakai EZdry sport shawl dari @mysportshijab. Memang selesa buat aktiviti outdoor guna EZdry Shawl dari @mysportshijab Selain design yang cantik serta trendy ianya juga sangat selesa serta cepat kering. Lepas hiking kene halau tu iena pergi mandi sungai. Shawl ni memang cepat kering tau😍😍 . Almaklumlah founder dia sendiri mmg sport person so mmg dia mmg tau tudung mcm mana utk aktiviti sukan and masuk hutan mcm ni😁😁 Selain tampil cantik, kita juga selesa buat aktiviti bersukan. Haaa siapa cakap sport hijab takde yang cantik.. Iena sendiri terkejut design ni mmg iena suka sangat.. Gegurl sangat kan.. Ade banyak lagi design menarik.. Bukan shawl je.. Bawal and tudung instant pun ada tau. . Ehh terpanjang pulak cerita. Kan minggu lepas iena cakap nk sport shawl kan. Yeayy happy dah jumpa. . So hari ni peegi hiking, iena pakai.. Tapi kan kisah sedih tmpt kmi nk hike tu rupanya kawasan larangan. Dah halfway kene patah balik. Makanya kami pergi sungai tekala😁😁😁 #blogger #malaysianblogger #lifestyleblogger #beautyblogger #fashionblogger #fashion #muslimahsporty #sportshawl

A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on



Blue Lake Cheras Kawasan Larangan



Mungkin mereka dah melepas border dan telah ditangkap dan dikenakan denda. Sebab semasa kami tiba di bawah ada kereta peronda polis masuk. Apa-apapun alhamdulillah kami diberi peluang untuk balik sebab baru half way kan :)



Blue Lake Cheras Kawasan Larangan
Selfie selepas turun, masa tengah bincang nak pergi mana

Selepas kecewa tak dapat meneruskan pendakian. Kami pergi ke tempat lain pula yang boleh mendaki.Kami ke Sungai tekala. Disini cuma mendaki tangga ke air terjun . Cukuplah dapat melepaskan rasa ingin mendaki. Nak ke Broga Hill dah jam 10 agak tidak sesuai. Di Sungai Tekala juga kami jumpa geng-geng yang sama di Blue Lake . Masing-masing masih belum puas mendaki. Perjalanan ke Sungai Tekala dari Blue Lake Cheras memakan masa lebih kurang 30 minit.

Blue Lake Cheras Kawasan Larangan


Sungai Tekala Recreational Park



Sungai Tekala Recreational Park
Sungai Tekala Recreational Park

Sungai Tekala terletak di Semenyih. Bayaran masuk ke Sungai Tekala Recreational Park adalah RM2 dewasa dan RM1 Kanak-kanak. Di sini kemi mendaki anak-anak tangga untuk ke air terjun bahagian atas. Kemudian kami masak dan makan di tepi sungai. Kadang-kadang bila kami hiking memang akan bawa dapur gas kecik dan maggie untuk makan jika ada permintaan.


Sungai Tekala Recreational Park
Sungai Tekala Recreational Park


Sungai Tekala Recreational Park
Sungai Tekala Recreational Park

Sungai Tekala Recreational Park
Sungai Tekala Recreational Park

Sungai Tekala Recreational Park
Sungai Tekala Recreational Park

Sungai Tekala Recreational Park
Selfie dengan adik

Sungai Tekala Recreational Park
Sungai Tekala Recreational Park

Sungai Tekala Recreational Park
Selfie dengan adik ipar

Sungai Tekala Recreational Park
Zai yang rajin memasak. Untung bawa dia hiking atau masuk hutan. then sorang lagi takde dalam gambar.Shah suka bawa makanan banyak2.Memang kenyang dengan adanya Shah :)

Sungai Tekala Recreational Park
Sungai Tekala Recreational Park

Sungai Tekala Recreational Park
Geng adik ipar dan kawan-kawan



Okay mungkin ada yang pelik kenapa adik ipar ikut. Cik iena tau ada yang berkata "takkan tinggalkan anak untuk keluar semata nak berjalan". Adik ipar dah ada baby nak masuk setahun usianya. Memandangkan kami punyai minat yang sama jadi Cik iena rasa tidak salah untuk dia ikut. Apa salahnya  nak ME TIME dengan kakak ipar. Jangan risau kakak Ipar dia pandailah nak jaga adik ipar. Dan anak dia pun memang ada pengasuh yang jaga sebab dia bukan suri rumah. Bekerja sepenuh masa. Mungkin yang suri rumah tu beranggapan tak boleh keluar tinggal anak bla bla.  As long kita pandai jaga diri dan anak kita ada orang jaga dan apa paling penting dapat izin suami itu sudah memadai.Berhentilah membanding banding kehidupan orang. Tak perlu nak membandingkan hidup awak dan hidup orang lan.


OKay done luahan hati sekejap. Khas buat anda yang berfikiran sebegitu  rupa. Siapa makan cili dia terasa pedasnya.





Sungai Tekala Recreational Park
Selfir dengan ex officemate



Sungai Tekala Recreational Park
Aktiviti kali ni ramai gadis gadis, 7 orang . Manakala lelaki 6 orang


Sungai Tekala Recreational Park
BErgambar bersama adik dan adik ipar


 Sekali lagi coretan hati. Baru-baru ni ada yang tidak puas hati antara dalam keluarga kenapa iena rapat dengan norma. Memang susah ya nak jaga hati semua orang. Rapat dengan keluarga sendiri pun salah. Untuk pengetahuan mengapa kami rapat adalah kerana kami duduk berjauhan dari keluarga dan berdekatan sesama sendiri. Jadi tentulah iena selalu berkunjung ke rumah normah bila iena bosan seorang dirumah bujang.


CUba fikir secara logik takkan lah Cik iena nak pergi rumah keluarga lain yang jauh sedangkan ada yang dekat. Mana lebih baik tidak ziarah semua keluarga atau ziarah yang dekat.BAgi iena tiada salah dan dosanya iena kerap kerumah adik lelaki di Bangi. Kita hidup bekeluarga perlu saling mengunjung jika duduk berdekatan. Bukannya duduk berdekatan tapi jarang nak ziarah keluarga sendiri tunggu di panggil di tanya baru datang.


Itu adalah perbezaan kita mengapa ada sikap cemburu. Kerana anda sendiri bukan jenis nak ziarah keluarga yang dekat jadi bila iena kerap ke rumah keluarga yang dekat wujud rasa cemburu dalam hati dan kata iena berat sebelah. Takkan la iena setiap minggu nak ulang alik pergi kerja jauh dari kampung.

Sekarang kan iena 1 week work from home dan 1 week from office. Jika work from home Cik iena akan ke rumah normah. Awak duduk bekeluarga tak bosan la duduk dirumah tak perlu ziarah keluarga terdekat pun. Cik iena ni duduk bujang seorang jadi faham tak perasaan bosan duduk sorang-sorang.


Iena pun tak faham kenapa perlu rasa cemburu sbegini rupa. Hentikanlah sikap membanding banding tu. Bila awak buat macam ni dan fitnah saya tak layan awak saya sangat sakit hati. Fikir lah dengan akal bukan dengan emosi.Hanya kerana cemburu iena selalu pergi rumah adik  ipar di Bangi dia seolah-olah nak melaga-lagakan iena dengan keluarga yang lain dengan mengatakan iena hanya layan adik ipar dan tidak layan dia. Sedangkan diwaktu yang beliau katakan iena tidak layan dia memang ada bukti kukuh lagi benar yang memang iena tengah whatsapp dengan dia.Mungkin dia jenis suka delete message dan lupa yang dia ada msg dengan iena. Walaubagaimanapun harap maaf sebab iena telah screenshoot bukti dan tunjuk pada keluarga supaya tidak salah faham pada iena. Hanya kerana mulut dia, keluarga lain salah anggap. Mujur iena jenis tak delete message whatsapp.Henti hentikan Fitnah keluarga sendiri okay .


Okay done luahan janji takde lagi dalam artikel ni :). Iena luah dekat blog je tau takde meroyan dekat facebook atau status whatsapp (^_~)





Sungai Tekala Recreational Park
Geng Hiking tak jadi kali ni




Selesai mandi dan makan kami makan tengah hari pula di Itik Salai Masthar, Sungai Merab Luar, Kajang. Selepas makan tengah hari dan solat di Surau restoran tersebut kami meneruskan perjalanan pulang :)

Baiklah selesai perkongsian Cik iena mengenai pengalaman mendaki Blue Lake Cheras. Insya Allah kami akan mendaki ke tempat lain pula dan semoga Cik iena rajin berkongsi pengalaman di Blog. Sebelum ni selalu Hiking tapi cuma sekali je tulis, yang lain-lain tak pernah tulis . Penting juga kongsi pengalaman ni supaya orang lain dapat tau keadaan trek macam mana. jadi sebelum mendaki boleh lah mereka prepare mental anad fizikal.



Itik Salai Masthar, Sungai Merab Luar
Itik Salai Masthar, Sungai Merab Luar

Itik Salai Masthar, Sungai Merab Luar
Itik Salai Masthar, Sungai Merab Luar


24 comments:

  1. Power ar. Dari Blue Lake ke Tekala dek kerana ingin mendaki kan. Rajin plak kawan tu bawa alat memasak dan bahan masakan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah dia rajin bawak..selalu dia yg akan bawak dapur..kami bawak makanan nk dimasak.. kalau masuk hutan yang ade sungai senang sikit..
      kalau hiking dekat kawasan xde sungai kami kene bawa lebih air untuk masak :D

      Delete
  2. alaaa sayangnya tak boleh naik atas! Tak pernah tahu pula tentang Blue Lake ni tapi tengok gambar kat atas memang cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. frust giler tak dapat naik..tgk gambar orang dekat instagram cantik cantik and ada yang lattest..haha boleh lepas pulak dorang naik :D

      Delete
  3. seronoknya bila ada geng yang suka buat aktiviti lasak, mendaki dan sebagainya ni. geng2 saya sekarang ni suka menambah lemak je, haha selalu buat program makan2. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ha ah seronok..iena suka aktiviti masuk hutan..makan pun suka tp makan hari2 dengan dorang..mostly officemate ni :D

      Delete
  4. Seronoknya pi beriadah macam ni. Rasanya dah lebih 10 tahun akak tak buat aktiviti macam ni. Last masa kerja tahun 2008. Rindu kawan-kawan semua. Memasing dah berkeluarga dan anak masih kecil. Nanti nak keep in touch ngan kawan-kawan. Tanya khabar. Rindu giler aktiviti ni. Menggamit memori.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe seronok sangat..time belum kawen ler boleh buat aktiviti macam ni..kalau iena da kawen pn kene dpt suami yg ade minat sama baru boleh pergi riadah mcm ni kot :D

      Delete
  5. How 10 Things Will Change The Way You Approach Niche Profit Fast Track Review - https://www.reviewengin.com/niche-profit-fast-track-review/

    ReplyDelete
  6. Seronok join aktiviti2 mcm ni, kak biasa join msk hutan tp blm pernah mendaki lg

    ReplyDelete
  7. seronoknya me time ngan kengkawan dan family pun ada tu.. Aktiviti yang sihat, santai
    Teruskan 💪💪

    ReplyDelete
  8. so nice!! i wan to ajak2 my friend go here hiking also... can mandi there some more... woahhhh

    ReplyDelete
  9. Alahaiii ko Iena, naik hiking pun kemain lawaa, tak pernah tak lawaa... seronok kann hiking ada geng...Sis sini ramai dah berusia memasing sakit lutut, takde geng nak ajak hiking...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe melawa nk amek gambar kak :D
      tu la seronok ade geng ni..dlu takde..bila da jmp geng asyik hiking je

      Delete
  10. Baru AM tahu blue lake dilarang buat sebarang aktiviti.. Tq atas info sbb kita org mmg plan nak ke blue lake.. Btw cantiknya view kat sg tekala tue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kawasan larangan blue lake tu..tapi ramai jugak yg pergi maybe sebab taktau kot..tengok org post gambar nak pergi..mcm iena la hehe

      Delete
  11. wah aktiviti santai yang best :) ika tak pernah hiking so teringin nak hiking

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tau hiking..sekali dah pergi..mesti nak pergi lagi..iena pun pergi hiking bukit bukit je..rendah siket hehe

      Delete
  12. wah..meanriknya baca pengalaman hiking you...teringin nak pergi jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe blh la pergi tp ade tempat2 yg tak boleh hiking mcm kawasan persendirian dengan kawasan hutan simpan kekal (perlu permit)

      Delete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve