Isteri Mengaku Curang Dan Meminta Cerai


Hidup ini ibarat roda, ada kalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Adakala hidup ini indah, adakalanya hidup ini rasa gelap gelita. Walau apa jua yang terjadi Allah itu maha mengetahui, Dia tidak akan uji hambanya diluar kemampuannya. Hari ini terdetik Cik iena ingin berkongsi kisah yang membuat Cik iena mengalirkan air mata.

Isteri Mengaku Curang Dan Meminta Cerai

 

 

 Isteri Pakse Suami Cerai Kerana Jumpa Lelaki Yang Boleh Bahagiakan dan Beri Apa Yang Diminta

Tanggal 8 Januari 2021 Cik iena dan adik adik dikejutkan dengan berita kurang menyenangkan. Lebih kurang jam 2 pagi, adik lelaki yang tinggal di Kampung  call adik lelaki Cik iena seorang lagi. Kebetulan Cik iena bermalam dirumah adik. Jadi Adik terus cerita apa yang adik lelaki cerita.

 Menurut adik, Isteri beliau memaksa beliau menceraikannya kerana Isteri telah jumpa seorang lelaki yang mampu memberikan kebahagiaan kepadanya dan menyempurnakan segala keinginan dia. Menurut adik lagi, isteri nya menyalahkan adik beradik Cik iena atas punca curangnya beliau terhadap Suami(adik iena).

 

Bagi Cik iena ini alasan yang sangat tak masuk akal. Berpunca daripada kes Cemburu, isteri adik sampai curang dekat suami. Cari lelaki lain. Sebenarnya dari sini dah nampak dia bukan perempuan baik. Kalau dia perempuan baik dia takkan curang, dia perlu berusaha memperbaiki hubungan suami isteri . Dia patut tau hukum hakam halal haram. Tapi tak pelik bagi iena sebab iena memang tau dia jenis yang kurang mementingkan agama.

Sampai sekarang Cik iena masih tak boleh terima dengan alasan punca curang adalah adik beradik suami. Perempuan itu menyalahkan kami kerana kami tidak berlaku adil. Kami selalu luangkan masa dengan Adik ipar yang tinggal berdekatan dengan kami. 

Kami ni tiga beradik sahaja duduk jauh diperantauan. jauh dari keluarga manakala adik sorang lagi dan perempuan ni duduk dekat kampung. Dekat dekat rumah mak iena. Boleh bayangkan takkan lah selepas keluar dengan adik ipar dekat sini iena wajib keluar dengan adik ipar di kampung. teruk betul cemburu diaa.

Bila kami beli kasut sama pun dia cemburu. Marah sampai tahap bergaduh sangat teruk dan paksa suami beli kasut sehinggakan kami terpaksa naik genting highland untuk beli kasut isteri adik bahkan kami kongsi bayar harga kasut dia. Bukan biasa biasa dia nak. kasut NIKE yang mahal.Kami tau adik kami tak mampu, duit tak cukup jadi kami tambah duit bagi Cukup. Tapi Isteri adek takde rasa malu dan tak berterima kasih pun. Sebenarnya Cik iena pelik dengan sikap dia. Orang kata mungkin sebab dia anak tunggal. maka sebab itu dia tak boleh berkongsi kasih. Perlu lebih pada dia. Tapi ramai je anak tunggal diluar sana yang elok perangainya. Yang tak cemburu tak tentu pasal macam ni.

Pada Cik iena kalau nak cemburu suami ada kawan perempuan lain ke itu normal ini luar biasa cemburu. Cemburu KAKAK IPAR rapat dengan BIRAS dia. Ingatkan dalam drama je IPAR DUAI dengki mendengki. RUpanya wujud dialam nyata.

Tapi kes ni hanya perempuan yang dah curang tu je ada perangai pelik cemburu dan dengki. Adik ipar sorang lagi tak de cemburu dan sentiasa berfikiran positif bahkan dia selalu cool kan iena supaya tak marah si perempuan curang ni. Mesti dia akan cakap Sabar lah kak, Aten tu muda lagi tak matang.

Sedih teramat sedih bila orang buat adik lelaki iena macam ni. Adik iena tu penyabar orangnya dan baik. Dah terjadi macam ni dia masih bersabar dan masih mengharapkan perkahwinan ini diteruskan. Kalau lelaki lain tau isteri Curang dah diceraikan terus. Adik iena berfikir panjang. Dia sayang anak dia. Dia taknak anak dia jadi mangsa penceraian. tambah lagi Bini dia memang dari broken family (mak ayah bercerai). Jadi taknak lah jadi pada anak dia. Anak-anak broken family ni kebiasaannya akan ade sedikit masalah sebagai contoh depan mata bini adik lah.

Ouh ya satu lagi alasan tak munasabah perempuan tu cakap adik iena tak bagi nafkah. Cik iena taktau apa yang dimaksudkan nafkah disini. Setahu Cik iena semua duit gaji adik habis pada keluarga dia anak bini dia. Sampaikan setiap hujung bulan pinjam duit adik beradik semata mata untuk penuhi permintaan isteri.

Isteri beliau seorang suri rumah. Alasan tidak bekerja adalah sakit pinggang dan tak percaya nak bagi pengasuh jaga anak. Komen Cik iena untuk sakit pinggang tu macam kurang logik sebab bila berjalan Cik iena tengok elok je dia. Pergi bercuti dengan kawan-kawan pun tengok elok bahagia. Boleh je cari kerja yang bersesuaian. Manakala komen untuk pengasuh. tak semua pengasuh jahat. Kawan iena ramai je hantar anak pada pengasuh. Elok sihat anaknya. Pada iena dia tak percaya pengasuh adalah kerana sikap dia sendiri.

Dia pun sejenis bagun tengah hari walau dah ada anak. Banyak kali juga kami datang secara mengejut ke rumah dia. Dia masih tidur padahal sudah jam 11 tengah hari. Sampaikan ada satu masa tu pintu tak berkunci. Kami suruhArif naik atas kejutkan perempuan ni. Yaa itu salah satu sebab juga kan. tak percaya orang sebab diri sendiri macam tu. Kalau kami datang ke rumah dia pun dia tak masak. Dia akan call suami dia balik suruh beli lauk siap masak.

Mungkin ada yang pelik kenapa request cerai tapi masih bersama di majlis hari jadi anak pada 8 Januari 2021 malam. Ini kerana ianya permintaan keluarga perempuan. Mungkin taknak malu kantoi perempuan tu minta cerai sebab curang, Untuk pengetahuan adik beradik kami tidak diundang ke majlis ini. hanya mak abah diundang. iena tau adik lelaki bagi alasan PKP. Tapi hakikatnya bukan sebab tu. Sebab perempuan curang tu tak suka kami dan dia sendiri menyalahkan kami sebagai punca dia berlaku curang kepada kami. Nak kredit dosa curang sama sama dengan kami lah padahal dia yang buat dosa.

Selepas majlis tersebut adik lelaki pergi kerja dan terus balik rumah mak iena. Mereka tak tinggal sebumbung.Ini pilihan yang bagus buat masa ni jangan tinggal sebumbung. Pada awalnya Cik iena suruh adik bersabar sebab bini dia tak matang dan anak tunggal yang manja. Memang kena banyak bersabar. Tapi selepas tanggal 9 Jan 2021 pagi cik iena dapat whats app dari adek lelaki suruh stop cakap pasal dia. Cik iena jadi benci dia. 

 

Cik iena cuma terlepas dalam story  masa wish birthday deqnor bagi tau kepada bangcik keep strong. iena tau dia kuat dan perempuan tu takkan jumpa lelaki penyabar macam adik. itu je iena punya story. Tapi adik ipar yang dah block semua akaun iena tu stalk insta iena. Stalker giler dah block kita guna fake acc tengok story kita. Sebenarnya dia yang tak boleh move on ni menyibuk tengok story orang.

 

Lepas tu perempuan tu ugut adek lelaki tak bagi iena perli perli dia. Heii orang makan cili dia terasa pedas nya. Story pool yang iena tanya Curang itu pilihan bukan takdir pun dia sentap. Maksudnya memang terasa bersalah ke. Tau malu pulak kalau orang tau. Dengan Allah tak tau malu masih berstatus ISTERI, curang dengan suami sampai mintak cerai sebab nak hidup dengan lelaki yang katanya kerja lebih baik dari adek lelaki iena dan bekerja di KUALA LUMPUR.

iena syak dia kemaruk nak hidup dekat KUALA LUMPUR. Dia ingat senang ke nak duduk di KL. Kalau suami gaji 7 ke 8 ribu boleh la hidup suami sorang je keje kat KL ni. Kalau suami setakat gaji 1500 cukup cukup makan je perempuan oi..Nak sara kau yang permintaan tinggi setiap kali iphone keluar nak updgrade. Melainkan dua dua kerja. Masalah sekarang adalah ko jenis tak suka kerja tak nak kerja. nak duduk rumah sahaja. Tengok profile facebook ko pun dah nampak kebodohan kau tulis pekerjaan : tak bekerja, suk hati bapak aku la tak keje..something like that la..iena tak berapa ingat sebab masa ni dia block iena.

Almaklumlah anak tunggal kan. dah biasa dimanja manja kan.Jadi nak lah suami layan macam puteri raja sediakan semuanya . Belikan makanan. Sang isteri bangun tengah hari, kemas rumah, tengok tengok kan anak and utamanya main handphone..

Kalau nak macam ni kawen la dengan lelaki kaya. Mungkin sebab tu dia nak cerai dengan adik. tapi kalau difikir balik adik iena kawen sebeb PEREMPUAN yang ajak kawen. Adik tak ready lagi sebab keje biasa je. tambah lagi perempuan ni anak tunggal. Tapi perempuan ni nak juga kawen katanya sanggup sehidup dan semati. Kawen hantaran siket pun dia tak kisah. Untuk pengetahuan hantaran dia sangat sikit dalam 2k ke 3k je. Keluarga perempuan memang baik lah tau adik tak mampu. Dia tak mintak banyak.


Dan masa tu perempuan ni pun cakap sanggup hidup susah dengan adik. Dan sekarang tiba tiba minta cerai sebab dah jumpa lelaki yang boleh bahagiakan dia dan boleh berikan kemewahan pada dia.Wowwwwww ini perempuan mata duitan. Nak hidup mewah tapi taknak usaha kerja sendiri. Sebelum ni janji sehidup semati. Kenal lelaki berduit terus lupa suami dan nak kawen dengan lelaki berduit yang kononnya kerja bagus di KL.

Takpe kawen lah kau aku nak tengok bahagia ke tidak kau. tapi bagi iena selagi suami dia ada adik beradik. Dia akan alami masalah yang sama iaitu CEMBURU. Mungkin duit suami boleh bagi tapi CEMBURU BABI BUTA TULI tu ko ingat tahan ke lelaki tu nanti. Dengan adik beradik suami pun nak cemburu.Iena rasa suami dia pun akan stress bila isteri cemburu dekan ipar duai. Bila isteri nak adik beradik suami utamakan isteri berbanding ipar duai lain.

Kami nak keluar dengan adik lelaki kami sendiri..suami dia tu pun dia cemburu. nak ambil gambar berdua pun dia cemburu. CEMBURU MEMBABI BUTA. Apa yang iena mampu cakap UNTUK LELAKI BODOH YANG ADA SKANDAL DENGAN ISTERI ORANG TU.. GOOD LUCK BRO !!!

 

Wokay iena tulis ni sekadar nak lepaskan marah dihati nak berkongsi cerita sebenarnya memang wujud isteri curang sebab nk hidup mewah ni. Bukan dalam drama je. Realiti pun ada. Dah terjadi pada keluarga iena. Artikel bawah ni punca selisih faham kami. Yang menjadi punca si isteri curang. CEMBURU tak bertempat pada adik beradik suami dan biras !!!!


Satu lagi sebab iena tulis untuk rujukan anak dia Puteri Nur Medina Binti Awal Putra. Kalau dia nak tau kebenaran ibu bapa dia berpisah nanti ini lah puncanya. CURANG !!!

Ouh ya iena tak kongsi di social media pun . Just kongsi di online diary iena. untuk rujukan kelak. Mana lah tau boleh terlupa story macam mana adik bercerai kan haha..

ehh masa artikel ni di taip belum sah berpisah. tapi da tak duduk sebumbung. Adik iena masih mengharapkan rumah tangga dia ok balik sebab dia penyabar. Dia sanggup cari kerja lebih baik dari lelaki yang bini dia nak kawen kerja baik di KL tu. Tapi selepas tanggal  9 JAN 2021 adik ipar curang warning iena pasal status iena tu dia masih stalk iena. IENA SANGAT SETUJU MEREKA BERCERAI. BUAT APA NAK SIMPAN PEREMPUAN CURANG DAN PEMALAS !!!

 

HUKUM ISTERI MINTA CERAI

 
 

Okay iena simpan sini ss perbualan ni untuk peringatan kami. Nanti ada yang cakap iena saja buat cerita ke. Terutama perempuan curang. Sebab jenis dia suka tuka tukar cerita. Ya lah siapa nak mengaku curang dekat orang ramai kan. Mesti nak salahkan adek lelaki iena. Esok lepas job food review iena kene balik kampung. Ade benda lagi adik lelaki nak bagi tau pasal isteri dia yang dia pendam pendamkan selama ni.

RUMUSAN KAT SINI, JANGAN CAKAP DUIT TAK PENTING DALAM RUMAH TANGGA, MULA2 KAWEN HANGAT BERCINTA MEMANG SANGGUP SEHIDUP SEMATI. LEPAS KAWEN JUMPA LELAKI LEBIH BAIK NAK TINGGALKAN SUAMI.  KAU MEMANG PEREMPUAN HINA LAGI KEJI !!!!



ISTERI CURANG      
   ISTERI CURANG    






ISTERI CURANG



ISTERI CURANG

ISTERI CURANG

 

Artikel ini iena tulis pada 9 January 2021 tapi iena backdate kan sebab taknak keluar di awal-awal artikel. Tujuan taknak perempuan curang tu baca untuk masa ni . Memandangkan iena nak simpan cerita ni untuk di ceritakan kembali jika ada saudara mara bertanya kelak. iena backdate kan. 

Untuk pengetahuan sekarang perempuan curang tengah hebat mengutuk iena dan keluarga dekat facebook dia mengatakan kami ipar yang tidak adil dan berat sebelah. iena berdiam tak balas dekat facebook tapi iena kumpulkan dalam artikel iena kisah perempuan keji ni. Cukuplah untuk bacaaan iena buat masa ni. Dan bacaan mana-mana pembaca yang terjumpa. 


iena takkan kongsi di sosial media lagi selagi belum sampai masanya


Ceritera Adik Ipar Kuat Cemburu

 
Atau Klik LAbel Adik Iparku Kuat Cemburu


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve