Grab The Promo

Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap

Bila PKP 2.0 dah mula ni, hujung minggu memang tak boleh keluar. Jadi bila Cik iena bosan seorang dirumah kalau Cik iena takde job product review nak ambil gambar Cik iena buat video masakan.Kali nie Cik iena nak kongsi Video cara memasak Lala Masak Kam Heong mudah dan Sedap.


Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
Lala Masak Kam Heong

 


 

Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap 


Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
Lala Masak Kam Heong

Resepi ini Cik iena olah mengikut citaraasa Cik iena. Cara masakan ni Cik iena rasa lebih mudah jika kita masukkan bahan bahan rempah dan segala sos satu persatu ke dalam kuali.


Bahan Bahan Lala Masak Kam Heong (Untuk 700 gm to 1 Kg LaLa) 

 

 

Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
Bahan bahan Lala Masak Kam Heong

Bahan Hiris

  • Sebiji Bawang Merah Besar
  • 5 Ulas bawang putih
  • 2 Inci halia
  • 4 Biji Cili Padi Merah

 

  • 700 gm ke 1kg Lala
  • 25 gm Udang kering ( ditumbuk tapi tak halus)
  • 25 gm lobak masin yang telah digoreng
  • Setangkai Daun Kari ( Banyak pun takpa)

 

Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
Rempah Lala Masak Kam Heong

Bahan Rempah

  • 2 Sudu Besar Rempah Kari Ikan
  • 2 Sudu Besar Sos Cili
  • 2 Sudu Besar Kicap Cair
  • 1 Sudu Besar Kicap Pekat
  • 2 sudu Besar Sos Ikan

 

Maaf udang kering tiada dalam gambar sebab masa ni terlupa satu bahan. Udang kering direndam , ditos airnya kemudian ditumbuk tapi tidak halus atau hancur.

 

Cara Memasak Lala Masak Kam Heong

Pertama sekali sebelum mula sediakan bahan lain. Bersihkan Lala terlebih dahulu kemudian randam dengan garam beserta serbuk kunyit selama 10 minit untuk menghilangkan bau lala.


Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
 Lala yang telh dibersihak dan direndam dengan garam dan kunyit

 

Kemudian hiris kesemua bahan tumis yang cik iena nyatakan diatas iaitu bawang merah besar, bawang putih, halia dan cili padi merah. Bawang merah besar cik iena bahagi dua, satu untuk tumis dan satu letak di penghujung masakan. Boleh rujuk video masakan Cik iena di bawah.

Untuk bahan rempah, satukan kesemua bahan rempah diatas dan kacau sebati seperti yang Cik iena tunjuk dalam video.

Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
Bahan bahan tumis

 

Tumis kesemua bahan hiris tadi sehingga naik bau termasuk daun kari dan udang kering. Selepas naik bau dan garing masukkan bahan rempah yang telah disatukan sebelum ini.

Gaul sebati rempah dan bahan tumis kemudian tunggu rempah kering sedikit, masukkan Lala yang telah direndam dan dibersihkan tadi. Kacau rata , tunggu sehingga lala masak dan kemudian boleh tutup api.

 


Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
Lala Masak Kam Heong

 

Untuk hiasan boleh letak daun kari tapi Cik iena kehabisan daun kari. Yang ada ni pun yang dah kering. Musim PKP ni Cik iena tak keluar rumah selalu. Keluar beli groceries 2 minggu sekali. Jadi kene pandai pandai nak masak apa. Biasanya mula mula Cik iena akan masak sayur yang cepat layu , masak lauk seperti ikan, ayam,udang,sotong. Bila semua lauk dah habis Cik iena akan masak ikan bilis atau kentanng atau dry shitake mushroom.


Video Cara Masak Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap






2 comments:

  1. Replies
    1. hehe boleh la cuba nanti.. biasa adek iena masak udang kam heong atau ayam kam heong..saja cuba lala pulak :D

      Delete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve