Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Jemputan Event. Show all posts
Showing posts with label Jemputan Event. Show all posts

Clothes Buffet Malaysia | The Secret Affair party


 The `Secret Affair’ party



Pada 5 Disember 2015 yang lepas, Cik iena di jemput ke  The `Secret Affair’ party yang dianjurkan oleh Clothes Buffet Malaysia dengan kerjasama  Elementum, Kelana Jaya sebagai Penaja tempat , Lab Vamor sebagai penaja rasmi Hairstylist and Make-up Artist  , Moiz Photography sebagai penaja photographer, Poh Kong Sebagai penaja hadiah berjumlah RM 2,000, Neesya Skin Care sebagai penaja Goodies Bag, Sothys Malaysia sebagai penaja Goodies Bag, Lily Sdn Bhd Sebagai Penaja Goodies Bag,


 The `Secret Affair’ party



Terima kasih di ucapkan diatas jemputan dan penghargaan Clothes Buffet Malaysia. Ini merupakan kali pertama cik iena menyertai Clothes Buffet Shopping. Memang agak kekok tapi cik iena telah berjaya memuatkan 8 helai baju di dalam ZIP LOCK BAG tersebut.

 The `Secret Affair’ party
8 helai baju yang cik iena berjaya muatkan dalam zip lock bag diatas ni

Insya Allah cik iena akan sertai sekali lagi walaupun kali ni perlu bayar . Cik iena tak puas ber clothes buffet shopping tempoh hari. Nak cuba sekali lagi kalau boleh nak muatkan lebih dari 8 helai baju pada  Season 3 of Clothes Buffet Malaysia  26 dan 27 March 2016 nanti.


 The `Secret Affair’ party
Antara baju-baju yang perlu di pilih semasa  The `Secret Affair’ party


Untuk pengetahuan anda, rekod terbanyak adalah 21 helai pakaian . Wahhhhhh banyak kan. Kalau dia boleh takkan kita tak boleh kan. Ahhaaa menarik sangat. Kepada penggemar shopping dan fashion jom sertai cik iena sama-sama ber buffet shopping. Baca sampai habis nanti cik iena akan kongsikan tips-tips nak ber Clothes Buffet Shopping ni. Haa ni dari pengalaman dan hasil perbincangan dengan rakan-rakan blogger yang lain.


 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party
wahhh si colour block :), mcm match pulak ngan background :D


Okay cik iena nak cerita pengalaman   The `Secret Affair’ party tempoh hari, mula-mula sampai cik iena agak kebosanan sebab masih tak jumpa rakan blogger yang cik iena kenal. kebanyakan dari mereka adalah blogger-blogger cina. Hanya cik iena seorang muslimah blogger gituh. Rasa bertuah sangat sebab di jemput. Ahaa Muslimah fashionista gituh (^_~)




 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party
Poh Kong diantara Penaja yang terlibat
 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

Setelah misi 15 minit  bermula barulah cik iena ternampak rakan blogger yang dikenali iaitu Syafiera Yamin. Okay ada geng. Bila dah jumpa geng memang meriah lah kan. Kami sama-sama menyumbatkan baju-baju dalam zip lock back sehingga penuh.

Salah satu tips  , perlukan seorang rakan untuk membantu menolak pakaian ke dalam sambil membuang angin yang berada dalam zip lock bag tersebut. Cik iena dan ira sama-sama cuba memuatkan pakaian-pakaian yang di pilih . Tapi kami tak berani nak sumbat banyak-banyak kalau pecah kan dah rugi. 

 The `Secret Affair’ party
Yeah kami berjaya memuatkan 8 helai baju dalam zip lock bag nie

Yang paling lawak, kami ingat ini cuma game. Haa itu lah cik iena sibuk selfie selfie tak dengar penerangan betul-betul rupa-rupanya apa yang kami pilih, baju yang kami muatkan dalam zip lock bag tersebut kami boleh bawa balik. sama seperti konsep shopping clothes buffet tu lah.

Kami di beri peluang rasa clothes buffet tu, pakaian yang kami kaut tu boleh di bawa balik. Alhamdulillah beruntung sangat. Terima kasih banyak-banyak Clothes Buffet Malaysia :)


Okay ini adalah baju yang sempat cik iena ambil dan masukkan dalam zip lock bag
 8 helai sahaja



Okay ini adalah baju yang sempat cik iena ambil dan masukkan dalam zip lock bag

 Jom tengok baju apa yang sempat cik iena ambil.
hehe sebenarnya tak tau lagi yang cik iena ambik ni bakal di bawa pulang. 
So cik iena ambil asal boleh je
Banyak lagi baju-baju yang menarik
(^_~)


 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party






Setelah Selesai sesi 15 minit memilih baju . Kami para blogger di kehendaki untuk memilih salah satu baju yang di pilih untuk di suai padankan dengan aksesori dan untuk photoshoot. Kali ini cik iena memilih blaus bewarna hitam kerana cik iena rasa warna ni je yang sesuai dengan tudung bunga-bunga cinta cik iena yang warna warni beserta seluar bewarna mustard dan inner baju bewarna pink. Ahaa so colour block lah cik iena. Okay bawah ni pakaian asal cik iena. 



 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party
Si colur block yang sentiasa yakin dengan pilihan warna kontra (^_~)


Baju cik iena tu lengan tiga suku so cik iena pakai inner pink sebab match dengan tudung yang ada warna pink. Okay jom tengok setelah ber buffet shopping cik iena dah transform baju lain :)

Eh tunjuk akseori yang perlu di pilih dulu




 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party
cik iena memilih gelang bewarna hitam

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party
cik iena memilih belt bewarna pink





 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party
prop yang perlu di gunakan untuk photoshoot


Dan hasilnya
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa







 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party



 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party




Okay bawah ni gambar full, 
lalallala colour block betulkan
seluar mustard colour,
ada pilihan seluar tapi agak ketat so cik iena tak ambil
tak berapa sesuai so pakai je seluar cik iena ni




poh kong
Muah Poh Kong ;)





Okay sekarang cik iena nak share tips untuk dapatkan baju sebanyak mungkin . Ini kalau nak dapat banyak lah . Kalau yang tak kisah tak banyak tapi nak yang super duper cantik ke up to date ke fashionista gile ke. Yang tu ikut pada kita lah . Tapi cik iena nak banyak banyak haha

TIPS MENDAPATKAN PAKAIAN YANG BANYAK SEMASA CLOTHES BUFFET


  1. Potong kuku sebelum menyertai clothes buffet kerana kuku yang panjang boleh merosakkan plastik anda dan anda memerlukan RM20 untuk menggantikan plastik atau zip lock bag yang baru
  2. pilih sebanyak mana baju yang ada inginkan selama lebih kurang 10 minit.
  3. asingkan baju mengikut keutamaan
  4. 5 minit terakhir di gunakan untuk menyusun baju di dalam zip lock back
  5. Lipat atau gulung baju tiga atau empat helai sekali lipatan atau gulungan
  6. masuk ke dalam ziplock bag, buang udara di dalam zip lock back untuk memuatkan lipatan seterusnya
  7. setiap kali masukkan lipatan atau gulungan yang baru tekan tekan plastik untuk membuang angin di dalam plastik tersebut. Ada yang membuang angin dengan menyedut menggunakan mulut. terpulang pada anda :)
  8. Sekiranya masih ada kekosongan untuk memuatkan baju. Cari dan sumbat lagi okay, caranya buang angin dalam zip lock bag tersebut.
  9. seeloknya pergi dengan sahabat. Kalau berdua boleh tolong untuk proses memudat dan membuang angin. Maksudnya dua-dua tu kene bayar RM150 dan masuk serentak.






 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party
setelah selesai the secrect affair party, ini adalah barangan yang cik iena bawa pulang. Terima kasih semua









 The `Secret Affair’ party ini telah di taja oleh


1. Elementum & Lab Vamor

  • Elementum sebagai penaja lokasi The `Secret Affair’ party
  • Lab Vamor sebagai penaja make up dan hair stylish


elementum space
elementum space

Lab Vamor

Lab Vamor




2. Poh Kong Malaysia

  • Hadiah terkumpul bernilai RM2000


poh kong malaysia
poh kong malaysia

3. Neesya Skin Care

  • Sebagai Penaja Goodies bag

Neesya Skin Care
Neesya Skin Care

Neesya Skin Care
Neesya Skin Care

4. Sothys Malaysia

  • sebagai penaja goodies bag

Sothys Malaysia
Sothys Malaysia


  • Sebagai Penaja Goodies Bag 
  • Payung ni sangat best sebab ada kipas tau . tapi rugi sangat payung cik iena dah kene kidnap. Tercicir masa topup touch n go. Datang balik dah takde T_____T


payung yang awesome dari Lily Sdn Bhd
payung yang awesome dari Lily Sdn Bhd



  • Sebagai penaja makanan

garsa kitchen
garsa kitchen


 Kepada anda di luar sana jangan lupa tau season 3 clothes buffet malaysia yang akan diadakan pada 26 & 27 March 2016 bertempat di Lot 10 Bukit Bintang
pada pukul 9.50 am hingga 9.00pm

Untuk maklumat lanjut dan pembelian pass
sila layari




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato


Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato

Baru baru ini The National Federation of Agricultural Cooperative Associations (Zen-Noh) dengan kerjasama  AEON BIG dan Eurofarm telah melancarkan dua produk tanaman daripada Jepun iaitu  Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potato di AEON BIG Store Mid Valley.


Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Memperkenalkan auhentic produk pertanian Jepun untuk pasaran Malaysia (kedua kiri ke kanan) Encik Mitsuru Nakata (AEON BIG Pengarah Urusan), Encik Harumi Nakagawa (JA Zenoh Naib Pengerusi Ibaraki), Encik Takeshi Takahashi (Zenoh Pengerusi Lembaga Penyeliaan Tochigi), Encik Yukio Oshima (JA Zenoh Naib Pengerusi Tochigi), Encik Takaaki Inazawa (JA Zenoh Wakil Tochigi Pengarah Lembaga Pengarah dan Presiden), Encik Yoshiaki Sakuma (JA Zenoh Wakil Tochigi Pengarah Lembaga Pengarah dan Presiden), Encik Nobuyoshi Kurosaki (Pengarah JA Zenoh Tochigi Wakil Lembaga dan Presiden), Encik Satoshi Nozawa (Tochigi Prefecture Kerajaan Urusan Kanan), Puan Edmanda Chang (Pengarah Eurofarm), dan Encik Jeffrey Tan (Pengarah Urusan Eurofarm). Memberikan mereka sokongan penuh mereka adalah Mama Orange, Mascot AEON BIG (kiri) dan Tochimarukun, Mascot Tochigi ini.


Majlis di lengkapi dengan ucapan dan penerangan dari Mr Takesgi Takahasgi, Mr Harumi Nakagawa dan akhir sekali ucapan dari Mr Mitsuru Nakata iaitu Managing Director, Aeon Big.
Katanya, mulai tahun depan akan ada lebih banyak produk makanan, buah buahan dan sayur sayuran segar dari Jepun  memasuki pasaran Aeon Big seperti ikan dan sayuran seiring dengan permintaan masyarakat Malaysia yang kini mementingkan sumber makanan yang sihat dan berkualiti disamping dapat memperkukuhkan ekonomi, teknologi dan persahabatan antara dua negara.


Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato


Selain daripada itu menurut Encik Jeffrey Tan, Pengarah Urusan Eurofarm
"Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potato  merupakan dua produk pertanian terbaik di Jepun, dengan itu Eurofarm amat sukacita untuk membawa buah yang paling menarik dan lazat ini ke Malaysia,"



Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Blogger-blogger Malaysia yang berjaya menarik perhatian bos-bos besar Jepun semasa Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato




Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Bersama rakan-rakan blogger yang turut sama memeriahkan Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato. Sampaikan Bos-bos besar dari jepun pun nak bergambar dengan kami yang comel kiut miut nie (^_~)

Tochigi Nikkori Pear 

 

Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Boleh di dapati dengan harga promosi RM22.90 sebiji

Nikkori Pear dihasilkan dari wilayah Tochigi. Ia merupakan buah pear lewat matang atau dalam erti kata lain kualiti buah pear yang tahan lama, boleh kekal baik sehingga 4 bulan  apabila buah disimpan pada suhu bilik. Berat purata adalah 800 gm dan boleh mencecah sehingga 1 kg sebiji. Kulit Nikori Pear bewarna  coklat kemerahan dengan isi yang putih serta jus yang manis dan kurang berasid.
Nikkori Pear hanya boleh dituai pada pertengahan Oktober dan disimpan untuk tempoh masa yang panjang sehingga Februari.



Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Nikkori pear yang besar dimana berap purata sebiji dari 800 gm ke 1kg




Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
nampak tak kebesaran nikkori pear ni ;)

Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
kelihatan sangat menyelerakan aummmmm

 REVIEW CIK IENA :


Nikkori pear ni sangat manis, rangup dan berjus. Jika di bandingkan dengan buah pear yang lain. Kemanisan nya jelas ketara berbeza. Kerangupan nya juga membuatkan ianya sangat lazat dan membuatkan kita rasa nak makan dan makan lagi. Rangup, manis dan ber jus. 




Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Nyummyy sedap sangat, anda perlu cuba okay ;)

Ibaraki Japanese Sweet Potato

 


Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Boleh di dapati dengan harga promosi RM9.90 1 kg

 

 

Ibaraki merupakan pengeluar kedua terbesar sweet potato di Jepun. Sweet potato lebih di kenali dengan nama keledek di Malaysia . Di Jepun, Ibaraki Japanese sweet potato paling banyak ditanam adalah 'Beniazuma dan Beniharuka' yang terkenal dengan tekstur bersifat lembut dan flaky serta manis.


Sweet potato kaya dengan , kalsium, vitamin A dan vitamin, B. Di Jepun, Sweet potato ini di amalkan untuk mereka yang ber diet bagi mengurangkan pengambilan kalori disamping mendapatkan semua nutrisi, serat dan vitamin C.



Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Ibaraki Sweet Potato yang telah di rebus

 REVIEW DARI CIK IENA:


Sweet potato atau keledek ni memang sangat manis jika di bandingkan keledek yang terdapat di Malaysia. Setelah mak kepada cik iena rasa. MAk bagi tau , ini adalah pertama kali dia merasakan keledek yang sangat manis. Serius memang manis gila . Cik iena just rebus makan macam tu je tak perlu cicah apa-apa. Tapi kalau nak lagi umphhh cicah dengan kelapa parut muda perghhh memang terangkat. Gabungan keledek yang manis dan kelapa parut yang lemak berkrim pasti membuat anda teruja. Okay nanti cik iena nak beli lagi dan makan dengan kelapa parut muda. Keledek ni kalau buat kuih keria rasanya tak perlu gula kot sebab ianya tersangat manis. 


Untuk pengetahuan anda, buat masa ini  hanya  kedai atau pasar raya besar sahaja yang menjual  kedua-dua hasil pertanian jepun ini dimana salah satu daripadanya adalah AEON Big Mid Valley.
Jadi jangan lupa untuk dapatkan makanan berkhasiat lagi sedap dan manis daripada jepun ini okay.



Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Ahaa sedondon kan cik iena dengan maskot ni.. tapi cik iena lebih comel kot lalalalallaaa













iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Pitbull Miami Grill Malaysia



Pitbull Miami Grill Malaysia


Buat kali kedua cik iena hadir ke Miami Grill Malaysia tetapi kali ini cik iena di undang untuk membuat food review yang dianjurkan oleh +Hai Blogger! Official  dan yang paling tidak dapat dilupakan kejutan buat cik iena untuk peraduan selfie yang telah cik iena sertai sebelum ini.
Pitbull Miami Grill Malaysia
 

Terima kasih tidak terhingga buat pihak Miami Grill diatas penghargaan anda. Cik iena sangat hargainya. Insya Allah ,Pasti cik iena akan hadir lagi bersama kawan-kawan yang gemar mencuba burger-burger yang lain daripada yang lain.

Pitbull Miami Grill Malaysia
Nyummy pelbagai burger yg lazat


Blogger manakah yang bertuah akan cik iena bawa nanti jeng jeng jeng. Rahsia. Yang pasti blogger yang suka Burger (^_~). Kenapa cik iena pilih untuk membawa rkan bloggr yang belum pernah hadir ke Miami Grill? kerana cik iena ingin berkongsi kelazatan burgur yang terdapat di sini disamping dapat membantu menghebahkan kewujudan Miami Grill Malaysia dengan rakan blogger tersebut.
Okay bercerita tentang food review kembali, jika sebelum ini cik iena mencuba chicken philly cheese burger  berlainan pula kali ini di mana cik iena mencuba beef burger daripada Miami Grill. Terdapat pelbagai menu beef burger yang di hidangkan. Kebanyakan menu burger adalah daging akan tetapi anda boleh untuk menukarkan daging kepada ayam.


Pitbull Miami Grill Malaysia

Untuk pengetahuan semua cik iena memang tidak makan daging lembu mahupun kambing. Tetapi kali ini cik iena mencuba burger daging yang di hidangkan kerana terlalu excited melihat rakan-rakan blogger yang lain makan dengan berseleranya membuat cik iena ingin mencuba walaupun pihak Miami Grill telah menyediakan burger ayam buat cik iena.

Pitbull Miami Grill Malaysia

Pada malam tersebut cik iena telah mencuba Nacho Burger yang berharga RM  27.90 untuk double dan single RM24.90 . Burger ni ada rasa pedas-pedas yang memenuhi citarasa masyarakat melayu . Jalapenos yang terdapat pada burger tersebut membuatkan ianya rasa pedas-pedas yang mana ianya memuaskan cita rasa cik iena la. Bagi bukan penggemar daging dan yang sebetulnya yang tak makan daging. Rasa pedas itu membantu cik iena untuk membiasakan diri memakan daging. Kebiasaan nya jika memakan burgur cik iena memang tak makan burger daging. Alhamdulillah Miami Grill Berjaya membuka selera cik iena untuk memakan daging. Mungkin selepas ini untuk mendapatkan khasiat daripada daging lembu cik iena perlu datang Miami Grill Malaysia (^_~)

Okay jemput lihat video oleh +KAIO STUDIO  ini. Ada video food review dari cik iena yang tentang Nacho Burger yang cik iena makan. 






Selain Nacho Burger, terdapat burger lain yang harus anda cuba iaitu

Miami Grill Burger

  1. Classic Super Burger - Single RM 18.90 - Double RM 21.90
  2. Rodeo Burger - Single RM 28.90 - Double RM 31.90
  3. Nacho Burger -  Single RM 24.90 - Double RM 27.90
  4. South Beach Burger - Single RM 28.90 - Double RM 31.90
  5. Big Miami Burger - Single RM 24.90 - Double RM 27.90
  6. Grilled Chicken Burger - Single RM 16.90 - Double RM 19.90
  7. Chicken Cheese Burger - Single RM 18.90 - Double RM 21.90
  8. South Beach Chicken Burger - Single RM 20.90 - Double RM 23.90

Harga diatas adalah harga untuk ala carte , cik iena cadangkan jika perempuan atau yang kurang makan mungkin anda perlu cuba size single dimana lapisan daging nya hanya single . Double terlalu banyak buat cik iena. Boleh share dua orang tau . Jimat jugak tu satu burger share dua orang kan.

Jika ingin lebih jimat adalah digalakkan untuk mengambil combo set dimana ia di datangkan dengan Spiral Fries or colesaw , dan air minuman ringan yang boleh di refill. Berikut merupakan Harga Bagi Set Combo . Untuk pengetahuan set kombo menggunakan Double size burger. Ahaaa kalau ikut perut cik iena, untuk dua orang makan yang seperut dengan cik iena nie, cik iena akan order satu set combo dan tambah softdrik atau side dish lain sebab burger double ni memang sangat besar portion dia. Tak mampu cik iena habiskan . Kalau anda nak bijak berbelanja lagi. Satu set memadai, air kan boleh refill. Ini untuk perut size cik iena lah yer. Kalau yang pelahap kuat makan tu ahahaha ya ampun enggak cukup . Tambah lagi burgernya memang sedap. Almaklum lah cik iena perut kecik sekali makan sikit tapi Awas, cik iena banyak makan jugak. tapi bukan sekali makan tu banyak. Cik iena makan sikit tapi kerap ahahaha. Itu lah pipi montel (^_~)

Combo Set

 

  1. Classic Super Burger - RM 28.90
  2. Rodeo Burger -  RM 38.90
  3. Nacho Burger -  RM 34.90
  4. South Beach Burger - RM 38.90
  5. Big Miami Burger - RM 34.90
  6. Grilled Chicken Burger - RM 29.90
  7. Chicken Cheese Burger - RM 29.90
  8. South Beach Chicken Burger - RM 29.90

KLIK UNTUK LIHAT SENARAI HARGA MIAMI GILL MALAYSIA




Pitbull Miami Grill Malaysia



Pitbull Miami Grill Malaysia
Combo Set Chicken Cheese Burger - RM 29.90


GAMBAR BERSAMA RAKAN BLOGGER







Pitbull Miami Grill Malaysia
Bersama rakan blogger , kak nanie







Pitbull Miami Grill Malaysia
bersama selebriti blogger, Nisa Kay








Pitbull Miami Grill Malaysia
bersama rakan blogger, pieqa dan di photo boom oleh Kaio dan Nisa Kay (^_~)







Pitbull Miami Grill Malaysia
ehhh siapa tu menyorok :)








Pitbull Miami Grill Malaysia
bersama rakan blogger, pieka



Terima kasih di ucapka kepada +Hai Blogger! Official  dan Miami Grill Malaysia Khususnya diatas jemputan ini dan diatas kejutan untuk hadiah bagi pemenang kontest selfie Miami Grill.


A photo posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on



Istimewa buat pelanggan Miami Grill Malaysia, Miami Grill Malaysia berbesar hati menawarkan separuh harga untuk burger di Miami Grill Malaysia. Jika anda ternampak Banner di bawah ini di Miami Grill Malaysia, anda harus serbu kerana anda layak mendapatkan separuh harga untuk burger-burger yanng terdapat di Miami Grill Malaysia

burger separuh harga Miami Grill Malaysia
Promosi burger separuh harga Miami Grill Malaysia





Untuk pengetahuan semua, Miami Grill Malaysia dikendalikan oleh syarikat bumiputera Hani Maju Sdn. Bhd. Chef nya juga merupakan bumiputera Malaysia beragama Islam iaitu Chef Mohd Redzuan (ig : https://instagram.com/chefkorek/ )

Miami Grill Malaysia

Lot LG2.127, Blue Atrium, Sunway Pyramid.
Mon – Sun: 10:00 am – 10:00 pm
http://www.miamigrill.com.my
https://instagram.com/miamigrillmy
https://www.facebook.com/miamigrillmalaysia
info@miamigrill.com.my
03-56133363





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve