Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

MASALAH BADAN BERBAU


Kegagalan menguruskan diri dengan baik dikaitkan dengan punca badan berbau. Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan memberus bahagian badan tumpuan peluh seperti ketiak amat membantu.

Pemakanan juga antara dikaitkan dengan bau badan. Makanan seperti asparagus dan bawang putih mempunyai potensi meninggalkan bau untuk tempoh 24 jam selepas memakannya. Makanan juga dikaitkan dengan penyumbang kepada perubahan hormon dan penghasilan bau badan yang tidak menyenangkan. Makanan yang berbau agak kuat seperti bawang dan jenis makanan berempah akan mengeluarkan bau busuk daripada liang roma terutama di celahan ketiak dan belakang badan.

Masalah kesihatan dalaman juga dikenal pasti penyumbang kepada bau badan. Pengambilan ubat-ubatan perangsang hormon juga boleh menjadi punca badan berbau, dapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami masalah bau badan yang tidak dapat dikesan puncanya.
Petua Mengatasi masalah Bau Badan
1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi.

2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.

3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.

4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

WHI - Beg dan kasut untuk kesihatan(7/5/12)

WHI - Beg dan kasut untuk kesihatan(7/5/12)


Tahukah anda bahawa pemakaian beg tangan bagi wanita juga mempengaruhi kesihatan si pemakai.
Tekanan yang kuat daripada beg tangan anda boleh menyebabkan tulang dan badan anda sakit2 dan lenguh2 sendi.Berat beg tangan yang disarankan adalah kurang atau sama dgn 10 % daripada berat badan anda.Bagi memastikan berat beg tangan anda tidak melebihi berat yg disarankan,dinasihatkan seminggu sekali anda luangkan masa untuk melihat barang2 yg tidak perlu didalam beg tangan di keluarkan.


WHI - Beg dan kasut untuk kesihatan(7/5/12)



Pasti sudah ramai sudah mengetahui tentang bahaya berkasut tumit tinggi. Sekiranya anda gemar memakai kasut tumit tinggi pastikan anda tidak memakai dalam tempoh yang lama dalam sehari.Menurut Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir sekiranya anda ingin memakai kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inc,anda digalakkan memakai selama 2 jam dalam sehari.Pemakaian dalam tempoh yang lama sangat bahaya dan pastikan anda membuat regangan kaki setiap hari jika anda memakai kasut tumit tinggi.
Kasut tinggi yang boleh dipakai setiap hari adalah kasut tinggi  <= 2 inc.

Selain daripada faktor ketinggian tumit,pemilihan kasut yang sesuai juga amat penting untuk kaki kita.
Pastikan anda memilih kasut yang sesuai dengan saiz kaki anda dan bentuk kaki anda.Setiap orang mempunyai bentuk dan saiz kaki yang berlainan. Sebagai contoh sekiranya kasut yang anda pakai longgar(kelebaran kasut tidak sesuai-maksudnya kaki anda kurus[atau sebaliknya]) ini tidak baik untuk kesihatan anda.Ianya dapat menjejaskan kesihatan.


Kaki amat penting dalam kesihatan kita,sekiranya kaki anda sakit,ianya akan merebak ke tubuh badan seterusnya menyebabkan banyak penyakit yang timbul.Oleh itu marilah sama2 kite menjaga kesihatan kaki kita.

************************************************************

Opss tetibe skema plak cik iena nie..ini sudutan dari wanita hari ini(7 mei 2012)
Nie kesimpulan dari yg cik iena tengok lah..nk taip sebijik2 dia ckp xblh laaa..
rase cm wat karangan plak kan..

Cik iena nie penggemar kasut tinggi  dr kecil lg..
sblm nie cik iena suka sgt pakai heels ..asal kuar je mmg pakai heels lah..
kalau ade photoshoot atau fashion show lagi la pakai heels..minimum 5 inc (^_~)
tp now da jarang pki heels sb encik tunang rendah dr cik iena..hihi
cik iena da ler tgi
165 cm without heels..hahah bile pki heels lg la tgi..
so now cik iena pakai heels bile cik iena ade photoshoot & fashion show jer

ops sabtu nie ade fashion show kat De Palma In Shah Alam
berkasut tumit tinggi lg la yer cik iena oit..
yeayyy jalan kucing (catwalk)







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

3 Petua Untuk Memulihkan Sakit Mata

Daun Bunga Melati
1. Ambil beberapa helai daun bunga Melati (Melur).

2. Bersihkan daun tersebut dan tumbuk ia sampai lumat.

3. Setelah lumat, tampalkannya pada bahagian kening anda.

4. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda menggantikannya dengan daun melati yang baru setiap kali mengulangi proses no.1 hingga 3.


Daun Sireh


DAUN SIRIH:

1. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda.
2. Bersihkannya dan ramas daun sirih tersebut sampai hancur.

3. Rendamkan daun yang telah hancur tadi ke dalam bekas berisi air panas.

4. Kemudian, biarkan ia terendam sehingga air panas tadi bertukar menjadi suam-suam kuku.

5. Setelah itu, tapiskan air rendaman tersebut dengan menggunakan sehelai kain bersih ke dalam satu bekas yang lain.

6. Akhir sekali, rendamkan mata anda ke dalam bekas tersebut sambil mengelipkan mata berulang kali.

Kaedah ini boleh diamalkan setiap hari sehinggalah mata anda sihat.




TERAKHIR:


1. Ambil beberapa helai daun sirih.

2. Bersihkan ia dan kemudian rebus daun sirih tadi sampai mendidih. Jangan lupa tambahkan sedikit garam ketika anda merebusnya.

3. Setelah mendidih, dinginkan air rebusan tersebut terlebih dahulu.

4. Seterusnya, tapiskan air rebusan yang telah dingin ke dalam sebuah bekas lain dengan menggunakan kain putih.

5. Akhir sekali, kelip-kelipkan kelopak mata anda ke dalam bekas berisi air rebusan daun sirih yang telah ditapis tadi.

Anda boleh lakukan cara ini sebanyak 3 kali sehari. Buatlah sehingga sakit mata anda beransur pulih. 










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

KESESUAIAN WARNA KULIT DAN WARNA PAKAIAN



Dalam majlis apa pun anda pasti ingin kelihatan menarik. namun anda jangan tersalah memadankan warna pakaian dengan warna kulit anda.

Berikut adalah tips sederhana dan umum untuk kita mengetahuinya mengenai kesesuaian warna pakaian dan warna kulit.

Kulit putih

Sangat sesuai mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink. Meskipun warna lain juga tidak dilarang untuk dipakai.

Kulit kuning langsat
Lebih sesuai mengenakan Warna tropis (jingga, hijau, merah, kuning dan biru ) merupakan pilihan yang terbaik.

Kulit sawo matang
Jangan ragu untuk memilih warna ungu atau maroon agar kerana anda akan kelihatan lebih menarik.

Kulit gelap
yang eksotik sesuai jika menggunakan busana warna tanah yang lembut.

Hati-hati, jangan sampai Anda melakukan perkara ini :

Nekat menggunakan warna busana yang terlalu kontras dengan kulit. contohnya anda berkulit hitam sementara busana yang dikenakan warna pink. Penampilan anda akan kelihatan berat sebelah! Anda boleh memakai warna kontras bila ada acara khusus seperti clubbing.

Memakai aksesoris dari rambut sampai kaki yang warnanya tidak sedondon dengan warna baju yang dikenakan akan kelihatan jangal.







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

RAMBUT DAN BENTUK TUBUH

Selain usia dan bentuk wajah, bentuk tubuh juga perlu diperhatikan apabila ingin bertemu pendandan rambut. Tidak semua orang sesuai berambut panjang dan tidak semua orang juga sesuai berimej ranggi melalui potongan rambut pendek.




Berikut adalah panduan untuk menyesuaikan potongan badan dengan potongan rambut mengikut bentuk badan :


Tubuh kurusPotongan rambut seharusnya dapat memperlihatkan wajah kelihatan berisi. Untuk tampil feminin, rambut paras bahu, berombak dan dipotong layer sesuai untuk mereka bertubuh kurus. Bagaimanapun, elakkan menggayakan rambut panjang lurus kerana ia akan membuatkan anda lebih kurus. Rambut pendek pula membuatkan anda kelihatan lebih maskulin.


Tubuh gemukRambut yang tidak terlalu panjang (melepasi bahu) dengan layer pada sisi kiri dan kanan rambut boleh membuatkan anda kelihatan kecil. Elakkan potongan rambut yang terlalu pendek, terlalu panjang, kerinting dan bergelombang kerana ia membuatkan tubuh kelihatan bertambah besar.


Tubuh kecil atau mungil
Rambut lurus yang halus sesuai dengan anda. Panjang rambut tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Rambut pendek dengan layer dan gelombang pada bahagian atas kepala juga sesuai.


Tubuh tinggi
Mungkin mereka bertubuh tinggi tidak menghadapi sebarang masalah untuk menggayakan apa juga gaya rambut. Gaya rambut berombak dan beralun semula jadi boleh merubah penampilan anda kelihatan feminin.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

10 JENIS MAKANAN ANTI KOLESTEROL

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga Dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium dan Mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan.

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.








Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Khasiat Serai - Serai Cegah Kanser


Serai, umumnya dikenali sebagai tumbuhan biasa yang akar dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan. Padahal, minyak asiri dalam tanaman ini banyak digunakan dalam industri kosmetik untuk pembuatan minyak wangi dan sabun.

Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumput. Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar 2 hingga 4 meter.

Tanaman serai digunakan dalam pelbagai kebudayaan. Bahagian dari tanaman ini yang boleh digunakan untuk herba termasuk akar, batang, dan daun.

Berikut ini beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:

- Mencegah kanser

Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, sebuah pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.

- Ubat gangguan pencernaan

Teh yang mengandungi serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan gas dari usus sekaligus mencegah pembentukan gas lebih lanjut.

- Detoksifikasi

Serai juga mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat sudah disingkirkan.

- Manfaat pada sistem saraf

Minyak esensial yang dibuat menggunakan serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.

- Menurunkan tekanan darah

Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai untuk menurunkan hipertensi.

- Sebagai analgesik

Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit, teh limau dan serai pasti boleh membantu.

- Kulit indah

Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Manfaatnya antara lain mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.

- Kesihatan wanita

Pengambilan teh yang dicampur serai mungkin akan membantu mengurangkan sakit haid dan rasa mual.



cik iena : banyak betul khasiat serai :)
cik iena suka letak serai dalam masakan (^_~)
tapi tak pernah cuba teh serai lagi...









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua memutihkan kulit muka


Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2 biji limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap-tiap malam. Pakai sebagai masker hingga kering dan kemudian cuci dengan air bersih. Insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

atau

Gunakan gel daun Lidah Buaya. Lumurkan ke muka 2 kali sehari. Setelah kering, bersihkan dengan air suam.

Petua Tambahan;

Parutkan lobak+telur kuning+air limau nipis
cara2: sebatikan dan tempek pada muka dalam setengah jam atau lebih,basuh muka dengan air bersih dan hasilnya memuaskan,lepas basuh anda akan dapat lihat 


cik iena : wahh xpernah cuba lg timun + limau nipis..
cik iena suka wat masker2 traditional nie(^_~)
Jom kite cube!!






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Khasiat Jus Manggis


Buat pengetahuan anda buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

Untuk pengetahuan anda sekalian, buah manggis amat berkhasiat! Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama dibahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Dan manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus supaya enak diminum selain dari mendapatkan hasil yang menakjubkan. Pelbagai masaalah penyakit dapat diatasi dengan minum jus manggis yang asli. Tiada pengawet, perisa asli dan tidak ditambah gula.




Khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan insyaallah pelbagai lagi masaalah.





cik iena : Buah manggis sedap..tak sabar nk tgu musim buah nak panjat pokok manggis(^_~)







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Khasiat dan Manfaat Petai - Mampu Atasi Masalah Stroke


Mendengar saja perkataan petai, pasti ada yang terus memikirkan tentang bau nafas yang kurang menyenangkan apabila kita memakannya. Oleh itu, berkemungkinan besar ada yang tidak menjamahnya sekiranya menjadi menu makanan di siang hari ketika waktu bekerja.



Petai merupakan sejenis tanaman yang berasal dari negara tropika, seperti di negara kita Malaysia dan juga Indonesia. Dengan nama latin parkia speciosa dan dimakan sebagai ulam ini, di sebalik ketidak enakan bau nafas, namun tahukah anda ia sebenarnya adalah sejenis ulam yang banyak menberi manfaat kesihatan kepada kita.





Sumber gizi penting

Penelitian menunjukkan bahwa buah petai memiliki kandungan sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Ketiga zat ini adalah gula alami yang boleh menghasilkan tenaga segera bagi mereka yang memakannya. Bahkan, kandungan protein dalam petai 4x lebih banyak daripada epal. Selain itu, kandungan karbohidrat, fosfor, vitamin A, zat besi dan vitamin serta mineral lain yang terdapat pada petai juga lebih banyak jika dibandingkan dengan epal.

Atasi anemia

Anemia biasanya ditandai dengan gejala-gejala seperti tubuh lemas, letih dan kurang bersemangat. Anemia juga menyebabkan penderitanya mengalami kesulitan konsentrasi dan nyeri pada persendian tulang. Perkara ini terjadi kerana badan kekurangan zat besi. Kandungan zat besi yang tinggi dalam petai sangat bermanfaat untuk mengurangi anemia atau masalah kurang darah ini.

Mampu Mengurangkan Stres dan Depresi

Sekiranya anda mengalami stres dan depresi, itu tandanya anda kekurangan triptofan. Triptofan adalah suatu asid amino penting yang apabila dikonsumsi, maka akan diubah menjadi serotonin, yang mampu mempengaruhi sistem kerja saraf dan berfungsi memperbaiki “mood” kita.

Stres juga berisiko mempercepat metabolisme tubuh dan mengurangi kalium dalam tubuh. Kalium berguna menstabilkan degup jantung dan melancarkan aliran oksigen ke otak. Untuk itu, ketika stres, anda memerlukan lebih banyak kalium untuk tubuh. Petai memiliki kandungan kalium yang cukup tinggi.

Menyihatkan mata dan meningkatkan konsentrasi

Petai memiliki kandungan vitamin A yang cukup tinggi, iaitu 200 IU per 100 mg. Seperti diketahui, vitamin A bermanfaat untuk menjaga kesihatan kornea mata. Kalium dalam petai juga dapat meningkatkan konsentrasi dan kemampuan otak seterusnya berfungsi untuk membantu meningkatkan daya ingatan semasa belajar.

Mengurangi tekanan darah tinggi dan mencegah stroke

Kandungan kalium yang tinggi, namun rendah garam dalam petai mampu menstabilkan degupan jantung. Tekanan darah yang terjaga akan menurunkan risiko diserang penyakit jantung dan gejala stroke. Bahkan The New England Journal of Medicine menerbitkan hasil penelitian yang mengatakan bahawa pemakanan petai secara teratur mampu menurunkan risiko kematian akibat stroke hingga 40 peratus.

Melancarkan sistem pencernaan

Serat juga banyak terkandung dalam petai. Serat atau fiber berguna melancarkan pencernaan. Bagi anda yang sering mengalami gangguan pencernaan seperti konstipasi atau sembelit, memakan petai akan dapat membantu mengurangi penderitaan anda. Petai juga memiliki efek antasid pada tubuh. Jika anda merasa mual dan sendat kerana makan terlalu banyak, petai mampu mengurangi rasa sakit tersebut.

Jadi, jangan segan-segan untuk memakan petai!



Note: Cik iena suka makan petai..hahahahah
tp da lame x mkn T__T










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Khasiat Bawang Putih Yang Tersendiri

Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan. Malahan ia berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiatnya telahpun diketahui pada tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan tulisan-tulisan purba orang-orang Babylon, Greek, Roman dan Mesir.Orang-orang Mesir purba percaya memakan bawang putih setiap hari untuk mendapatkan tenaga dan ketahanan badan.

 Pekerja yang membina piramid juga dikatakan banyak memakan bawang putih. Orang-orang Greek pula menggunakannya untuk memulihkan penyakit typhus dan dysentary iaitu penyakit berak darah serta mengelakkan jangkitan bakteria dan gangrene pada luka semasa perang.
Para saintis pula mendapati bahawa bawang putih mengandungi alliin, terbitan sejenis asid amino. Apabila ditumbuk atau dihancurkan bawang putih akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggilallinase yang akan menukarkan alliin kepada allicin iaitu sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria yang bersamaan dengan 1 % penisilin. Oleh itu bawang putih sesuai digunakan untuk merawat luka-luka. Memakan bawang putih dengan kadar yang tetap akan memberi perubahan yang besar kepada pesakit jantung aterosklerotik. Ianya juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah kerana metilalil trisulfat yang terdapat pada bawang putih berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah. Kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih menipiskan platelet darah dengan menghalang pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat dielakkan. Bawang putih juga agen anti kulat. Ia berkesan untuk merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli-ahli sukan di bahagian kaki mereka (Candida albicans). Ianya juga berkesan mengelakkan jangkitan 20 % kulat lain.


Satu kajian di China menunjukkan bawang putih berkesan untuk menyembuhkan penyakit Cytococcol Meningitis, iaitu sejenis penyakit radang otak yang berbahaya. Bawang putih juga boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. Allicin yang bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan. Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi. Bawang putih juga kaya dengan protein, vitamin A,C, tiamin dan galian-galian surih seperti tembaga, zink , kalsium,potassium, sulfur, germanium dan selenium.

Kegunaan bawang putih yang lain:


  • Membuang angin
  • Menambah dan mengawal selera makan
  • Mengurangkan sakit gigi,gusi dan gigi yang longgar
  • Merawat batuk dan batuk kering  
  • Merawat selesema
  • Merawat sakit telinga  
  • Menghalau serangga
  • Merawat bisul dengan menuamnya


Jom manfaatkan khasiat bawang putih!

Sumber










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

KAKI JADI INDAH MENARIK

Ketika kita melihat seorang wanita yang berpakaian indah, rias wajah menawan, perhiasan yang memukau, tapi tumit kakinya terlihat pecah-pecah dan berwarna hitam, tentu kekaguman kita jadi pudar. Malah boleh merubah persepsi kita terhadapnya.

Perlu ditegaskan, penampilan tidak hanya dilihat dari wajah dan busana. Kaki yang indah dan terawat juga turut mengindahkan penampilan. Tetapi seringkali ramai yang melupakan rawatan kaki, kerana dalam fikiran telah tertanam kata-kata bahawa tidak seorang pun akan melihatnya. Pendapat itu kesilapan besar. Biasanya, setelah orang melihat muka, maka pandangan akan terarah kepada bahagian-bahagian lain, termasuk rambut, kuku dan kaki. Kalau tumit kaki pecah-pecah, jika berdandan sehari suntuk agar berpenampilan menarik, musnah sama sekali. Ibarat nila setitik rosak susu sebelanga. Hanya karana tumit kaki pecah-pecah, akan merosakkan penampilan keseluruhannya.
Merawat kaki, sebenarnya tidak susah dan boleh dilakukan sehari-hari, ketika mandi, antaranya :
• Bersihkan kaki sampai ke hujung dan celah-celah jari kaki.
• Kulit yang mengeras, kasar dan kehitaman yang terdapat di tumit dan lutut, dapat dihilangkan dengan menggosoknya.
• Pergunakan batu apung atau yang sesuai dengannya akan meluruhkan kotoran dan lapisan kulit yang sudah mati. Sehingga tumit dan lutut menjadi lebih bersih. Selain rawatan kaki sehari-hari, Anda juga dapat memanjakan bahagian ini dengan perawatan rutin mingguan.
• Bersihkan sisa-sisa cat kuku, jika memakainya. Kemudian, rendamkan kaki ke dalam besen dengan air hangat dan cairan sabun.
• Gosok jari-jari kaki dan tumit dengan menggunakan sikat atau batu apung. Bilas menggunakan air suam dan keringkan. Kuku dan kulit yang mati, dapat dirapikan dengan menggunakan gunting.
• Setelah itu, oleskan krim pelembab (hand and body lotion), mulai dari jari-jari sampai ke bahagian lutut, Urut ke arah atas, terutama pada bahagian betis, untuk merangsang kerja otot dan membantu peredaran darah.


note: selalu cik iena pakai losyen pakai letak je..
hurmm lepas nie kene urut ke arah atas(^_~)





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

KHASIAT AIR KELAPA

AIR kelapa bukan sahaja sebagai air minuman penghilang dahaga terutamanya ketika musim panas. Tetapi, sebenarnya buah kelapa memiliki banyak khasiat dan nilai gizi makanan yang hebat. Hasil kajian mendapati kelapa mempunyai banyak faedah terutamanya apabila diproses dan diolah dengan betul dan baik. Selain diminum, air kelapa juga boleh diproses sebagai nata de coco, ais krim, dan minuman kesihatan (energy drink).

Hasil kajian juga mendapati air kelapa kaya dengan potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (antara 1.7 hingga 2.6 peratus) dan protein (0.07 hingga 0.55 peratus). Selain itu kandungan komposisi gizi itu air kelapa juga berpotensi dijadikan bahan produk perusahaan desa.

Jika di Filipina, air kelapa diproses untuk pembuatan minuman, jelly, alkohol, cuka, dan nata de coco. Manakala di negara kita air kelapa digunakan untuk minuman (air kelapa muda) dan bahan asas pembuatan produk nata de coco. Lebih istimewanya air kelapa juga boleh dimanfaatkan untuk bahan perubatan tradisional dan perawatan kecantikan.

Tidak kurang hebatnya juga isi buah kelapa muda cukup baik untuk dimakan terutamanya bagi kanak-kanak yang menderita kekurangan gizi makanan (nutritional deficiency).

Air kelapa memiliki cita rasa yang isitimewa di samping itu, air kelapa juga mempunyai banyak kandungan gizi di dalamnya terutama mineral yang sangat baik untuk tubuh manusia. Selain itu unsur karbon dalam air kelapa berupa karbohidrat sederhana seperti glukosa, sukrosa, fruktosa, sorbitol, dan inositol. Unsur nitrogen pula terdiri dari protein seperti asam amino, alin, arginin, alanin, sistin, dan serin. Kajian dapati kadar asam amino air kelapa lebih tinggi berbanding asam amino dalam susu sapi.

Selain karbohidrat dan protein, air kelapa juga mengandungi unsur mikro berupa mineral yang diperlukan dalam tubuh. Mineral tersebut di antaranya kalium (K), natrium (Na), kalsium (Ca), magnesium (Mg), ferum (Fe), cuprum (Cu), fosfor (P), dan sulfur (S). Lebih menariknya dalam air kelapa mempunyai berbagai vitamin. Seperti vitamin C dan berbagai asam seperti, asam nikotinat, asam pantotenal, dan asam folat. Vitamin B kompleks yang dikandungnya antara lain niacin, riboflavin, dan thiamin.

Sarat khasiat
Kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera ini juga dikenali dengan nama “Wonder Food”. Ia dipanggil disebabkan banyak kandungan nutrisi di dalam buah kelapa itu diperlukan oleh tubuh kita.

Di beberapa negara kelapa merupakan buah yang berkait dengan mitos dan budaya malah dipanggil buah ajaib kerana perananya sangat penting dalam berbagai ritual keagamaan dan adat. Dalam upacara keagamaan Hindu, kelapa dipanggil "Tree of Heaven" kerana kelapa dipercayai dapat membawa kekuatan, kesihatan, umur yang panjang dan kedamaian.

Kandungan mineral yang terkandung dalam kelapa juga mempunyai protein berkualiti tinggi iaitu baik untuk pertumbuhan dan memperbaikan sel-sel dalam tubuh. Airnya dikenali sebagai air mineral dan merupakan minuman penyegar. Kandungan gula yang terdapat pada air kelapa pula senang diserap oleh tubuh. Air kelapa juga merupakan tonik yang terbaik untuk menjaga kesihatan tubuh kita.

Air yang terdapat dalam buah kelapa cukup untuk memenuhi keperluan tubuh iaitu vitamin C dalam sehari. Seperti yang kita ketahui, walaupun kandungan nutrisi yang terkandung dalam air kelapa tinggi, namun ia bersifat isotonik. Air kelapa mudah memiliki komposisi mineral dan gula yang sempurna sehingga mempunyai keseimbangan elektrolit yang sempurna sama dengan cairan tubuh manusia. Oleh itu, komposisi mineral yang terkandung dalam air kelapa juga mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai minuman isotonik.

Penggunaan air kelapa telah dipratikkan semenjak dulu lagi kerana orang tua-tua sering memberi kelapa muda hijau ketika menderita demam atau campak. Mereka yakin dengan air kelapa mampu menurunkan panas dalam tubuh. Ketika demam, air kelapa dan air putih diminum secara berselang seling untuk mengurangi panas dan rasa sakit.

Minuman air kelapa muda dan memakan isinya dapat meredakan mulut kering, demam, penyakit diabetes. Selain itu, minum air kelapa muda dipercayai boleh membuang racun dalam darah. Namun perlu diketahui terlalu banyak minum air kelapa muda menyebabkan sedikit rasa lemas.

Bagi yang memiliki gangguan pada tulang, disarankan tidak mengambil air kelapa secara berlebihan. Selain itu, kepercayaan dulu juga disarankan ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya.

Air kelapa juga dikenal pasti sebagai ubat tradisional kuno yang sangat berkesan membasmi berbagai jenis cacing di dalam usus. Malah, ia juga sangat baik diminum pada waktu pagi sebelum mengambil makanan lain. Air kelapa berkesan untuk pesakit yang menderita gastrik.

Di samping itu, air kelapa juga berkhasiat dalam penyembuhan sakit colitis, luka, cirit-birit, disentri, dan buasir. Air kelapa juga dapat mengatasi kerosakan sistem saluran pecernaan seperti mengurangkan gas, mual, dan sakit perut. Selain itu air kelapa yang ditambah madu, sangat baik untuk diminum ketika hendak tidur dan berkesan untuk mereka yang menghidap batuk kering.

Bagi pesakit kolera, campuran jus jeruk nipis dan air kelapa cukup perkesan untuk penyembuhan. Air kelapa bersifat diuretic sehingga sesuai untuk mengobati kerosakan pelbagai penyakit lain.


notes : cik iena suka air kelapa (^_~)






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

SOY KOLLAGEN DAN VITAMIN C BANTU KULIT TEGANG

Collagen + Vitamin C sesuai untuk golongan berusian 30-an.
Kulit lesu, kering dan tiada tanda keanjalan pada wajah menunjukkan berkurangnya penghasilan semula jadi kolagen. Seiring peningkatan usia terutama mereka yang menjangkau usia 30-an, otot semakin lemah, tulang kehilangan kalsium bahkan penuaan mengisi tempatnya. Kepentingan kologen amat ketara kerana ia terdapat diseluruh badan termasuk kulit, otot dan tulang sehingga ada yang menyifatkannya sebagai "batu-bata" yang menjadi asas kulit, otot, tulang serta rangka yang sihat.

Orang asia amat mementingkan struktur kulit putih, cantik dan menarik. Pemutih turut menjadi elemen penting dalam penghasilan produk. Cuaca yang agak panas juga membuatkan kita sering memikirkan produk yang mampu menjadikan kulit kekal putih. Selain itu, ia menitik beratkan soal pengurangan kedut pada kulit, oleh itu amalan berterusan dengan meminum kolagen soya akan membantu mengurangkan garis halus yang menghiasi muka, mata, leher dan tempat tertentu. Disamping penghalusan kulit, kombinasi vitamin C membantu mencantikkan rambut, kuku serta menghilangkan pigmentasi pada kulit.

Tubuh yang sihat bukan bersandarkan kepada minuman produk kesihatan semata-mata. Gabungan minuman berkenaan bersama aspek penjagaan kesihatan yang lain termasuk amalan pemakanan seimbang, minum air dan rehat mencukupi disamping aktiviti riadah bakal membawa perubahan diri termasuk memperoleh bentuk badan bersesuaian.




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Selaput Dara

Assallamualaikum ..
smlm cik iena blogwalking dan tertarik dgm info nie..
meh sini cik iena share dgn korang

wajib baca ni

terutama kaum lelaki


*lepas ni jangan jadi kolot permikiran tu ye..





APA ITU SELAPUT DARA??


Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.





ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?
TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.



APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?


Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.



APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?

Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.





APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?


Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama.

Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.


SUMBER







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve