Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Make Up By Cik Iena. Show all posts
Showing posts with label Make Up By Cik Iena. Show all posts

Review Althea Party All Night Box


Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Walaupun telah memiliki beberapa set kecantkan mahupun set solekan pasti akan ada rasa ingin membeli pelbagai lagi produk .  Cik iena adalah salah seorang daripadanya. Walaupun beg mekap Cik iena dah penuh . Cik iena tetap mempunyai keinginan untuk mengumpul alat solek terutamanya.

Review Althea Party All Night Box


Di sini Cik iena ingin kongsikan tempat di mana anda boleh mendapat kan set solekan pada harga yang lebih murah berbanding dengan harga loose item . Anda boleh dapatkan pelbagai Set Beauty Box dari Althea .

Althea Beauty Box


Althea Beauty Box adalah salah satu program dari althea yang  mana ianya merupakan kotak  kecantikan atau beauty box yang didalamnya mengandungi 6-12 produk  K-beauty yang ianya   disesuaikan dengan tema dari kotak tersebut.

Review Althea Party All Night Box
Althea Party All Night Box

Mengapa Althea Beauty Box ini bernilai untuk anda beli? 


  1. Kotak tema-tema yang diberikan cukup menarik
  2. Harga dari 1 (satu) kotak kecantikannya lebih murah dibandingkan jika kita membeli unit harga dari produk-produk yang terdapat di dalam kotak itu
  3. Kotak kecantikan ini tidak perlu menggunakan program  langganan seperti kebanyakan kotak kecantikan yang diluar sana.
  4. Semua kotak  merupakan edisi terhad .


 Althea Party All Night Box
hasil solekan menggunakan  Althea Party All Night Box

Althea Beauty Box sendiri mempunyai kotak kecantikan 2 (dua) jenis iaitu:


ALTHEA BOX: Beauty Box ini berdasarkan tema tertentu, dimana isi dalam kotak itu merupakan campuran dari  produk yang terkenal dan produk kegemaran ramai yang terbaru.


TREND BOX: Beauty Box   ini berdasarkan dari trend kecantikan semasa di Korea. Di lengkapi  dengan produk K-Beauty yang paling terkenal (baik dari jenama baru atau produk terbaru dari jenama yang sudah sedia ada).


 Althea Party All Night Box
Hasil solekan menggunakan  Althea Party All Night Box

Baru-baru ini cik iena di beri kesempatan untuk review  Althea Party All Night Box.  Jom lihat apa yang ada di dalam Beauty Box ini dan review dari cik iena :)


Althea 'Party All Night' Beauty Box


Review Althea Party All Night Box
Althea Party All Night Box


Produk kecantikan yang terdapat di dalam box ini adalah :

  1. Konstante Elganz Fixer
  2. Water Lip Tattoo 
  3. Full Cover Liquid Concealer (2017 New)
  4. Power 10 Formula Samples
  5. Max Change Oil Foam Sample
  6. 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco


 Althea Party All Night Box
hasil solekan menggunakan  Althea Party All Night Box


Untuk pengetahuan anda di dalam box ini mengandungi produk bersaiz penuh iaitu Konstante Elganz Fixer (50ml), Water Lip Tatoo #rosegold,  Full Cover Liquid Concealer (2017 New) #sandbeige,
 dan 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco . Manakala terdapat dua produk dalam saiz sample iaitu Max Change Oil Foam dan Power 10 Formula .


 Althea Party All Night Box
 Althea Party All Night Box

Box kecantikan ini di jual pada harga RM 118 diamana harga asal untuk kesemua produk di dalam box  adalah RM 369 . Untuk Althea PArty All Night Box ini anda dapat jimat RM251.


Video Unboxing Althea Party All Night Box 




Murah bukan Harga yang ditawarkan . Sememangnya ianya sangat-sangat  berbaloi untuk anda miliki.



 Video Review Althea 'Party All Night' Beauty Box



Althea Party All Night Box


1.  Konstante Elganz Fixer

Konstante Elganz Fixer merupakan spray wajah yang bertujuan untuk mengekalkan solekan . Ianya di gunakan agar solekan lebih tahan lama dan lebih menyerlah . Selain dari mengekalkan solekan ianya juga memberikan kelembapan pada wajah dan seterusnya memberikan efek  glowing pada solekan.


 Konstante Elganz Fixer

Konstante Elganz Fixer



Konstante Elganz Fixer ini mempunyai tekstur yang tidak melekit dan sangat selesa ketika anda menyemburkannya pada wajah di tambah dengan haruman yang menenangkan.


Konstante Elganz Fixer Sesuai Untuk :-

  • Anda yang sering risau mascara anda akan comot
  • Anda yang risau eye liner anda akan comot
  • Anda yang sering risau solekan tidak tahan lama
  • Anda yang inginkan hasil solekan yang flawless
  • Anda yang inginkan warna pembayang mata serta blusher tampak lebih menyerlah. 
  • Anda yang risau solekan anda akan hilang jika terkena peluh mahupun air hujan
    Anda yang mempunyai masalah rambut suka melekat pada solekan yang sticky



 Konstante Elganz Fixer
 Konstante Elganz Fixer

Cara Penggunaan : 


Selepas anda selesai bersolek, sembur Konstante Elganz Fixer  pada wajah anda. Jarakkan 20 cm ke 30 cm daripada wajah ketika anda menyembur Konstante Elganz Fixer. Boleh juga di gunakan sebelum mengenakan solekan.


Kandungan :


water, Glycerin Methylpropanediol, Polyesters-5, Panthenol, Pentylene Glycol, Pro panediol, Alcohol, Chlorphenesin, Phaseolus RadiatusSeed Extract, Cimicifuga Dahurica Root Extract, Mentha Piperita (Peppermint) Leaf Extract, Punica Granatum Fruit Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Zingiber officinalel (Ginger) Root Extract, Schizandra ChinensisFruit Extract, Coptis Chinensis Root Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Butylene Glycol, 1,2Hexanediol, Propolis Wax, Disodium EDTA, Caprylyl Glycol, Ethylexylglycerin, Phenoxyethanol



 Konstante Elganz Fixer
 Konstante Elganz Fixer

Review Konstante Elganz Fixer

Cik iena suka make up fixer ini. Selepas sembur pada wajah, kulit wajah  menjadi lembut dan lembab, tak rasa seperti pakai maku up walaupun kita bermake up tebal . Solekan nampak lebih menarik. Warna pembayang mata , pemerah pipi serta shading dan highlight menyerlah dari sebelum di sembur fixer.


Solekan juga menjadi tahan lama di samping memberi efek glowing pada wajah.

Rating :

10/10




2. Water Lip Tattoo (Rose Gold)


Water Lip Tattoo merupakan Lip Tattoo berasaskan air diaman seperti yang anda sedia maklum Lip Tatto kebiasaannya adalah berbentuk Gel dan ianya perlu di kupas selepas ianya kering untuk mendapatkan warna bibir yang cantik semulajadi.  Berbeza dengan Water Lip Tattoo  ini ianya tidak perlu di kupas namun hasilnya tetap cantik.



Water Lip Tattoo (Rose Gold)

Water Lip Tattoo (Rose Gold)



Ianya mempunyai warna yang sangat pigment. Hanya satu sapuan sahaja warna jelas di bibir.  Ianya juga tahan lama dan waterproof . Ianya juga mengandungi Hydrated Gel formula yang menjadikan bibir anda kekal lembab. Warna tahan lama dan cantik tanpa rekahan.





Cara Penggunaan : 


Sapukan pada bibir sama ada  keseluruhan bibir ataupun hanya aplikasi di bahagian tengah bibir :)



Water Lip Tattoo (Rose Gold)
Water Lip Tattoo (Rose Gold)

Review Water Lip Tattoo

Cik iena suka Tekstur lembut Water lip tattoo ni . Warnanya sangat pigment. Hanya satu sapuan dah nampak terang warnanya. Selain menggunakannya di bibir. Cik iena juga guna sebagai based untuk shading di pipi dan tulang rahang bawah pipi untuk menampakkan efek pipi kurus .

Rating :

9/10


3. Full Cover Liquid Concealer (2017 New)


Full Cover Liquid Concealer di gunakan sebagai asas solekan bagi menaikkan lagi seri wajah serta menutup cela pada wajah . ianya mampu menutup parut jerawat , bintik-bintik hitam dan parut-parut lain di wajah serta ianya juga dapat menutup lingkaran gelap bawah mata.


Full Cover Liquid Concealer
Full Cover Liquid Concealer


Ianya juga boleh di gunakan untuk membentuk kening supaya dapat menghasilkan kening yang cantik dengan menggunakan Full Cover Liquid Concealer di bahagian bawah dan atas kening bagi menutup bulu-bulu halus kening.



Cara Penggunaan : 

Sapu kan Full Cover Liquid Concealer pada wajah dan blend menggunakan beauty sponge atau berus . Cik iena lebih gemar memakai beauty sponge. Untuk menutup cela seperti parut jerawat atau lingkaran gelap bawah mata letakkan amoun lebih sedikit berbanding bahagian lain dan blend agar nampak sekata.


Full Cover Liquid Concealer
Full Cover Liquid Concealer


Review Full Cover Liquid Concealer (2017 New)

Cik iena suka Tekstur Full cover liquid concealer ni . Ianya mudah untuk diaplikasikan dan tahan lama. Ianya juga dapat menutup parut-parut yang terdapat pada wajah dan juga mampu menutup lingkaran gelap bawah mata.

Rating :

9/10


4. Power 10 Formula Samples


Terdapat pelbagai rangkaian jenis Power 10 Formula yang memberi Boosting pada wajah mengikut jenis kulit wajah anda. IAnya sangat cepat meresap pada wajah justeru itu khasiat kebaikannya di perolehi dengan pantas.

Untuk beauty box ini Cik iena dapat Power 10 Formula Syn-Ake dan Power 10 Formula WH Effector


Power 10 Formula Syn-Ake  adalah untuk kulit kering manakala Power 10 Formula WH Effector  adalah untuk kulit normal kepada kering iaitu kulit Combination.




Power 10 Formula Samples
Power 10 Formula Samples yang dua pakacing kecil


Cara Penggunaan : 

Sapukan Power 10 formula ini selepas mencuci wajah dan sebelum mengenakan apa-apa krim penjagaan wajah anda yang lain.


Kandungan :



Review  Power 10 Formula Samples

Power 10 Formula WH Effector  sangat sesuai dengan kulit kombinasi Cik iena . Kulit rasa lembut selepas mengaplikasikannya . Boleh beli saiz penuh :)

Manakala Power 10 Formula Syn-Ake pula untuk anda yang mengalami masalah kulit kering . Cik iena pakai semestinya rasa lembab kerana ianya berfungsi untuk melembabkan tekstur kulit anda yang berjenis kulit kering.  Namun Cik iena lebih prefer Power 10 Formula WH Effector  untuk kulit kombinasi Cik iena.

Rating :

8/10



5. Max Change Oil Foam Sample


Max Change Oil Foam ni mengandungi Hyluranic Asid  di mana ianya sangat bagus untuk melembabkan kulit wajah . Selain Hyluranic asid yang bagus untuk melembabkan wajah ianya juga mengandungi Amino asid yang bertujuan untuk menganjal dan menegangkan kulit wajah di samping mengandungi Ceramide yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan .



Max Change Oil Foam Sample

Max Change Oil Foam Sample yang bewarna hijau



Cara Penggunaan : 

Cuci wajah dengan air bersih dan MAx change oil foam . Ratakan pada wajah, gosok sehingga berbusa dan bersihkan busa atau buih dari wajah.




Review Max Change Oil Foam Sample

Cik iena suka Tekstur lembut halus dan berbusa cleansing foam ini. Haruman nya juga sangat mendamaikan dan menyegarkan. Apabila selesai mencuci wajah, wajah terasa segar dan bersih . Terasa kekototan pada wajah hilang dan wajah tidak berminyak
serta kulit menjadi lembut dan lembab.

PAda anda yang seusia Cik iena iaitu 30 an, Cik iena sangat cadangkan pencuci wajah ini kerana ianya melembab serta mengekalkan kelembapan kulit wajah . Tiada masalah garis-garis halus yang akan muncul jika anda mengamalkan pencuci wajah yang mengandungi Hyluranic Asid .

Rating :

10/10



6. 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco


16 Brickit Shadow Hit 10 Choco mempunyai 10 tona warna pembayang mata yang menarik dimana ianya sesuai di gunakan untuk solekan harian mahupun solekan untuk ke majlis-majlis tertentu.


16 Brickit Shadow Hit 10 Choco
16 Brickit Shadow Hit 10 Choco


Mempunyai dua berus yang mana berus besar di gunakan untuk mengaplikasikan pembayang mata pada seluruh kelopak mata. Manakala berus kecil dan runcing di guna untuk membentuk solekan  mata atau membentuk smokey eyes.



16 Brickit Shadow Hit 10 Choco
16 Brickit Shadow Hit 10 Choco


10 tona warna yang terdapat dalam 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco

  1. Egg Nog
  2. Cotton Sugar
  3. Sweet Latte
  4. Milk Coco
  5. Rose Macaron
  6. Hazelnut Syrup
  7. Cinamon Powder
  8. Deep Brownie
  9. Melting Ganache
  10. Cacao 100


5 tona warna awal iaitu Egg Nog, Cotton Sugar, Sweet Latte, Milk Coco dan Rose Macaron sangat sesuai untuk anda yang sukakan solekan ringkas ke pejabat. Ianya sesuai untuk penggunaan harian.

Manakala 5 tona warna seterusnya iaitu Hazelnut Syrup, Cinamon Powder, Deep Brownie, Melting, Ganache dan Cacao 100 sesuai untuk majlis-majlis tertentu atau sesuai untuk anda yang gemarkan solekan menonjol pada bahagian mata.


Cara Penggunaan : 


Sapu 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco pada kelopak mata . Ianya juga boleh di guna sebagai shading dengan menggunakan warna Milk Coco dan gunakan warna Egg Nog sebagai Highlight.



16 Brickit Shadow Hit 10 Choco
16 Brickit Shadow Hit 10 Choco

Kandungan :


Talc, Synthetic Fluorphlogopite, Mica (CI 77019), Slica, Boron Nitride, Nylon-12, Titanium Dioxide (CI 77891), Octyldodecyl Stearoyl Stearate, Phenyl Trimethicone, Dimethicone, Macadamia Integrifolia Seed Oil, Magnesium Stearate, Magnesium Myristate, Propanediol, Polybutene, Dimethiconol Stearate, Triethoxycaprylylsilane, Methicone, Yellow Oxide of Iron (CI 77492), Black Oxide of Iron (CI 77499), Red Oxide of Iron (CI 77491), Neopentyl Glycol Diethylhexanoate, Diisostearyl Malate, Dipentaerythrityl Hexahydroxystearate/Hexastearate/Hexarosinate, Isostearyl Neopentanoate, Lauroyl Lysine, Glass, PTFE (Polytetrafluoroethylene), Methyl Methacrylate Crosspolymer, Calcium Sodium Borosilicate, Polyglyceryl-2 Triisostearate, Triethylhexanoin, Carmine (CI 75470), Manganese Violet (CI 77742), Ultramarines (CI 77007), Acid Yellow 23 (Yellow 5) (CI 19140), Tin Oxide (CI 77861)




16 Brickit Shadow Hit 10 Choco


Review 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco

Cik iena suka kesemua tona warna dalam palette ini. Semua warna yang terdapat dalam pallete ini adalah warna yang sesuai di gunakan untuk penggunaan harian mahupun penggunaan solekan ke majlis-majlis tertentu. Warna nya juga sangat shimering. Cik iena suka warna shimering dari pallete ini.  Selain pembayang mata. Cik iena juga gunakan sebahagian dari warna dalam palette ini untuk shading dan highlight.

Rating :

10/10




16 Brickit Shadow Hit 10 Choco
Hasil solekan dari Althea Party All Night Box


Menarik bukan box ajaib nie ? Cik iena suka sangat Box ni sebab ianya hampir lengkap untuk sesuatu solekan. Selain untuk pembayang mata  16 Brickit Shadow Hit 10 Choco juga boleh di gunakan untuk shading dan highlight. 

Manakala Water Lip Tattoo (Rose Gold) pula selain untuk bibir ianya boleh di gunakan untuk membuat shading based bagi menyerlahkan lagi hasil shading. 

Full Cover Liquid Concealer pula selain untuk asas solekan sebagai foundation, ianya juga boleh di gunakan bagi membentuk kening untuk menutup anak-anak rambut halus kening supaya dapat menghasilkan kening yang cantik. Selaint itu ianya juga boleh menutup parut degil da n juga lingkaran gelap bawah mata.


Konstante Elganz Fixer  pula sangat membantu untuk menaikkan lagi seri solekan serta menjadikan solekan tahan lama di samping melembabkan wajah .


Untuk mendapatkan Althea Party All Night Beauty Box ini sila layari  http://my.althea.kr/party-makeup-box(iena buang link sebab dah takde promo ni, korang boleh tengok main page https://my.althea.kr?afmc=ienaeliena)
Selain Althea Party All Night Beauty Box ini anda juga boleh mendapatkan Beauty Box yang lain di http://my.althea.kr/althea-box



Untuk Maklumat Lanjut Layari


Website : http://my.althea.kr
Facebook : Althea
Instagram :  @altheakorea
Youtube : https://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV
Blog : http://blog.althea.kr/








Semi-Matte Lipstick | Lip & Co Beauty


Tidak akan lengkap suatu solekan tanpa gincu atau lipstick . Oleh itu Lipstick dikatakan elemen yang sangat penting untuk menghasilkan solekan yang cantik. Padanan warna lipstick yang menarik dan sesuai juga boleh menaikkan lagi seri wajah atau seri solekan.

Semi-Matte Lipstick | Lip & Co Beauty



Dalam zaman serba moden ini terdapat pelbagai jenama Lipstick berada di Pasaran. Antara yang menjadi pilihan Cik iena adalah Lipstick dari Lip & Co. Beauty.



Lip & Co Beauty


Terdapat banyak jenama seperti cendawan tumbuh. Kepelbagaian jenama Lipstick merupakan trend terkini dalam industri kecantikan global yang sedang melanda pasaran Malaysia khususnya.  Lip & Co Beauty memperkenalkann barisan produk utama iaitu  Beloved Classic Bullet Lipstick Range , Velvet Pout.


Lip & Co Beauty
Lip & Co Beauty


Untuk anda yang gemar bersolek seperti Cik iena sudah pasti anda tahu bahawa warna bibir adalah bahagian penting dalam solekan. Walaupun anda tidak mengenakan pembayang mata atau pemerah pipi, hanya dengan mengenakan lipstick yang sesuai dapat menaikkan seri wajah. Pemilihan warna yang betul boleh menaikkan lagi seri wajah dan  menyempurnakan bentuk wajah anda.





Lip & Co Beauty
Lip & Co Beauty




Rangkaian Velvet Pout Lip & Co Beauty hadir dengan 10 warna terdapat dalam formulasi semi-matte yang mengandungi pigmen formulasi yang boleh dibina yang direka untuk memastikan keselesaan dan memastikan seri wajah anda naik.


Lip & Co Beauty
Lip & Co Beauty


Lipstick dari Lip & Co Beauty Direka selepas tempoh penyelidikan dan pembangunan yang intensif, Lip & Co Beauty menghasilan lipstick yang mempunyai warna yang tinggi pigmen dan telah dicipta untuk memastikan ianya tahan lebih lama daripada warna liptick biasa .


Review Semi-Matte Lipstick  dari Lip & Co Beauty


Antara kesepuluh warna Cik iena telah mencuba 3 warna iaitu :-

  • Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )
  • Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )
  • Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )

Cik iena suka lipstick Semi-Matte ini kerana ianya sesuai untuk bibir Cik iena yang kering. Jika dilihat sekarang sangat banyak matte lipstick di pasaran. Matte lipstick sememangnya cantik akan tetapi ianya tidak sesuai untuk Cik iena yang berbibir agak kering.

Untuk memakai matte lipstick cik iena terlebih dahulu perlu memakai lipbalm supaya dapat memberi kelembapan pada bibir . Berbeza dengan lip & Co Beauty , Cik iena tidak perlu mengenakan lipbalm terlebih dahulu kerana ianya tidak 100% matte.

Okay jom Cik iena tunjuk Hasil tiga warna yang cik iena cuba dan beberapa warna yang cik iena campur :)



Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )


Velvet Pout SeVelvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )mi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )

Warna Pink sememangnya warna kegemaran Cik iena . Tidak kira pink lembut atau terang. Cik iena senang menggayakan apa jua tona warna pink :) 

Ingin tampak lebih menarik boleh campur dengan warna yang lain 
(^_~)

Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )

Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )



Rating Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )


  • Texture : 9/10
  • Colour : 10/10



Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )


Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )


Ini merupakan salah satu warna yang jarang Cik iena cuba. Kalau Cik iena cuba pun sekadar untuk review ataupun jika ada photoshoot de ngan tema tertentu yang memerlukan cik iena memakai warna coklat .

Warna ini membuat cik iena nampak garang . Walaubagaimanapun jika diaplikasikan selapis sahaja atau dengan jumlah yang kecil warna nya cantik , nampak seperti nude colour.

Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )

Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )


Rating Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )

  • Texture : 9/10
  • Colour : 7/10 




Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )


Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )


Tona warna merah juga merupakan salah satu warna lipstick kegemaran Cik iena. Ramai yang tidak berani mengenakan warna merah tapi berbeza dengan Cik iena. Untuk kelihatan lebih Matang dan Elegant Cik iena akan memakai lipstick bewarna Merah.

Almaklumlah Cik iena walaupun berusia 32 tahun wajah Cik iena kelihatan muda dari usia. Adakalanya Cik iena perlu kelihatan usia Cik iena jadi Cik iena akan memakai warna Merah :)


Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )

Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )





Rating Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious ) 

  • Texture :9/10
  • Colour : 10/10

Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )  +  Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )





  Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )  +  Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )


Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )  +  Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )

Cantikkan, Cik iena guna warna Grace #07 pada keseluruhan bibir kemudian letakkan warna Audacious #01 pada bahagian bibir di tengah. Bibir yang selalu kita guna letak Lip Tint :)

Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace ) + Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace ) + Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )


Ha, ini pu;a gabungan Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace ) + Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul ) . Di mana kedua-duanya di blend sekali. Bermaksud pakai dua-dua warna dan Cik iena kemam-kemam bibir bagi sekata . Cara pemakaiannya berbeza dengan gabungan dua warna diatas.



Semi-Matte Lipstick | Lip & Co Beauty
Semi-Matte Lipstick | Lip & Co Beauty

Macam mana ? Cantik kan warna lipstick dari Lip &  Co Beauty ni. Cik iena sangat suka Teksture semi-matte lipstick ni . Sememangnya sangat sesuai untuk bibir Cik iena .


Harga Lipstick  Semi-Matte Lip & Co Beauty


Semi-Matte Lipstick | Lip & Co Beauty
Semi-Matte Lipstick | Lip & Co Beauty


Harga  Lipstick Semi-Matte Lip & Co adalah RM 49
Untuk pengetahuan anda Terdapat promosi Beli Dua Lipstick Dengan Harga RM69 dimana anda dapat berjimat RM29



Kepada anda yang berminat boleh dapatkan secara online di lawan web yang Cik iena sertakan di bawah ataupun boleh DM instagram mahupun facebook mereka.


Product review & collaboration With Blogger And Sosial Media Influencer


Istimewa buat anda yang bergelar Blogger dan juga Influencer anda berpeluang untuk Review Lipstick ini tau . Nak tau Caranya. Mudah Sahaja. Sila Isi Form pada pautan yang Cik iena beri di bawah .

Mana tau ada rezeki untuk Review. Blogger dan Influencer terpilih akan dapat Lipstick yang sangat Cantik dari Lip & Co Beauty ni.

Sila Lengkapkan Borang di Product review & collaboration


Untuk Maklumat Lanjut Layari :


Website : https://lipandco.com/
Facebook : https://www.facebook.com/lipandcobeauty
Instagram : https://www.instagram.com/lipandcobeauty/
Twitter : https://twitter.com/lipandcobeauty


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve