Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Mata. Show all posts
Showing posts with label Mata. Show all posts

Hilangkan Lebam Bawah Mata



Lingkaran hitam bawah mata seringkali menjadi masalah terutama kepada wanita. Mereka sering menutupinya dengan memakai cermin mata gelap. Namun begitu, mereka tidak perlu risau lagi setelah mengamalkan petua ini yang hanya menggunakan sebiji kentang. Senang dan mudah.



Ikuti cara2 seperti berikut;

1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.

2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.

3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.

4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.

5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.

6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.

7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.

Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.


Selamat Mencuba dan Berjaya!






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

PETUA PENJAGAAN MATA

Dalam merawat bahagian mata, terdapat berbagai petua atau amalan orang zaman dahulu yang boleh diamalkan hingga kini. Selain murah, bahan-bahannya juga mudah diperolehi antaranya:

TimunLetakkan hirisan timun di mata dengan keadaan mata tertutup. Lakukan selama 10 minit setiap hari. Waktu paling berkesan bermula pada sebelah pagi atau ketika mata berada dalam keadaan tekanan.

Uncang Teh
Sejukkan dahulu uncang teh yang telah digunakan, kemudian letakkan pada mata selama lebih kurang 10 minit.

Uncang 'Chamomile'Uncang 'chamomile' juga banyak khasiatnya. Gunakan seperti uncang teh tadi, lekap di mata dan biarkan selama 10 minit.

Lobak MerahAmalkan makan lobak merah atau lebih elok 'baby carrot' untuk menghasilkan mata yang sihat dan terang

Ais KetulTuamkan ais di bahagian bawah mata yang bengkak. Langkah ini baik untuk mengurangkan bengkak di bawah mata selain menyegarkan mata yang penat

Kapas & Penyegar KulitBasahkan kapas dengan penyegar kulit wajah dan lekapkan di mata. Lakukan setiap malam agar mata sentiasa segar selepas bangun dari tidur.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve