Grab The Promo
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Bulan Ramadhan


Ketika berpuasa pasti anda tidak dapat lari dari rasa mengantuk . Ini adalah kerana kita bangun lebih awal untuk makan sahur terutama buat golongan kaum hawa yang perlu bangun lebih awal untuk menyediakan makanan.
 
 
Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Bulan Ramadhan
 
 
Berdasarkan hasil carian google cik iena, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.Selain itu boleh diamalkan mengantuk ketika belajar.
 

Doa Menghilangkan Ngantuk

 

 
Doa Menghilangkan rasa mengantuk


” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA – ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)
 
 
Selain daripada doa ini. Anda juga boleh mencuba tips-tips di bawah bagi mengurangkan rasa mengantuk . Jika anda sudi anda juga boleh kongsikan tips anda di ruangan komen di bawah :)
 

 Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Bulan Ramadhan



1. Tidur awal . 
Jangan tidur lewat kerana anda perlu bangun awal untuk bersahur . Pada yang susah tidur  awal anda mungkin boleh cuba cipta suasana yang selesa untuk tidur. Elakkan  dari gangguan bising, Jadi, jangan tidur depan telvision. Jangan tidur sebelah handphone.(Letakkan handphone jauh dari katil) Tidur di dalam bilik, tutup lampu, pada yang tidur pasang lampu,tidur pakai penutup mata supaya dapat tidur berkualiti. Lagi bagus jika anda tidur menggunakan penutup mata yang boleh di sejukkan di dalam peti ais. Okay yang itu nanti cik iena share .
 
Ini untuk cik iena .Tak semua orang boleh minum nescafe atau kopi . Cik iena merupakam peminum nescafe tegar :)  . Kebiasaannya cik iena akan mengambil Nescafe atau mocha atau lathe atau white coffee di waktu pagi di pejabat atau di waktu petang jika cik iena mengantuk . Memandangkan bulan puasa ni cik iena perlu lah tukar pada waktu sahur .
Satu lagi tips nak bagi Nescafe lagi umphh nak tahan ngantuk letakkan secubit garam masakan. Tips ini memeang cik iena guna dari zaman belajar. Cik iena kan ambil jurusan sains komputer . Belajar programming bukan mudah . Besengkang mata tak tidur malam nak ulangkaji pelajaran . Air Nescafe campur garam ni lah buat cik iena bertahan mata dan Alhamdulillah cik iena Habis belajar dengan Jaya nya dan berjaya menjadi seorang Programmer :)

3. Tidur sekejap sewaktu rehat . 
Pada yang ada waktu berehat boleh lah gunakan masa tersebut untuk tidur dalam 20 minit. Jangan tidur lama-lama tak solat pula nanti dan terlajak tidur tak sambung kerja pula nanti . Yang penting jangan lupa kunci jam tau. 
Untuk cik iena , pada bulan puasa kami tiada waktu rehat jadi cik iena tak dapat la nak melelapkan mata. Tapi kalau dah ngantuk tu lepas solat cik iena nak lelap juga 5 minit.

4.  Basuh muka
Basuh muka dengan air sejuk. Lakukan banyak kali pun tidak menjadi masalah kerana tidak membatalkan puasa .Tapi jangan pula nganga mulut semasa basuh muka . Selain basuh muka dengan air ni. Sekarang dah macam-macam produk untuk menyegarkan wajah yang boleh korang guna . 
Sebagai contoh boleh guna Bio-essence Miracle Bio Water
 

5.  Bangun berjalan-jalan setiap beberapa jam supaya hilang sedikit rasa mengantuk anda. 
Bangun jalan, tengok permandangan luar. Lagi bagus kalau dapat tengok pokok-pokok yang bewarna hijau dimana ianya boleh menenangkan minda sedikit sebanyak dapat juga menghilangkan rasa mengantuk. Kalau takde tu tengok je benda-benda bewarna hijau :)


Wokay sekian tips dari cik iena. Sebenarnya cik iena pun google je tips ni untuk cik iena . Sebab cik iena mengantuk sangat nie . Jadi alang-alang dah baca cik iena kongsi dengan anda-anda semua  okay :)

 Selamat Berpuasa Semua  (^_~)
 
 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


MENGENAL HATI BUDI LELAKI


Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.


Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah. Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka. Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka.

Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”. Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya


Sumber : azhaan.com

Nota Blog : Untuk rujukan cik iena nie, cik iena dalam tempoh mengenal hati budi anak pakcik yahya (^_~) Awakkk da hampir setahun saya menyelam hati budi awak. Awak special dari lelaki lain yang saya kenal. Walaupun awak pendiam dan pemalu tapi saya tak tau mana datangnya kekuatan untuk terus  bersabar dan terus memahami awak hahaha Hope Persahabatan kita kekal :)



iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Tips Cukur rambut bayi


Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah

Bagi anda yang ingin mencukur rambut bayi anda selepas majlis cukur jambul mungkin anda boleh cuba tips ini. Cik iena dapat semasa pergi kenduri cukur jambul baby Akif. Cik iena datang lewat. So dapat tengok CT cukurkan sendiri rambut anaknye, Tapi memang makan masa lah sebab rambut Akif tebal . Cik iena tak sempat record video penuh sebab adik cik iena dah sampai nak jemput balik rumah hehe..
 
Okay dari apa yang cik iena perhati,
  1. CT sediakan semangkuk air, pisau cukur , gunting dan baby shampoo
  2. air bersih digunakan untuk bersihkan pisau cukur, selepas cukur , rasa dah banyak rambut melekat kita rendam dalam air supaya rambut-rambut tadi hilang dari pisau pencukur.
  3. Untuk memudahkan lagi proses mencukur, gunakan syampoo bayi .
  4. Sebelum cukur rambut bayi, kalau rambut bayi tebal adalah lebih mudah jika kita guntingkan sedikit rambutnya.
 
Jemput tonton video
 
 
 
 
 
Nota Blog : kalau cik iena tak berani nak cukur rambut baby, kepala baby lembik. Takut sangat . Biarlah ayahnye yang buat nanti ahahahah okay berangan (^_~)
 









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

PANDUAN MEMILIH KACA MATA HITAM



Tip kaca mata hitam

1. Periksa labelnya


Kaca mata hitam yang baik bertanda menyerap 99 sehingga 100 peratus sinar UV, terutama UVB. Lapisan penahan sinar UV boleh didapati pada semua jenis lensa dan warna. Frekuensi cahaya yang pada keadaan tertentu membuat pemandangan menjadi kabur. Kebanyakan jenama tampil dengan rekaan dan pilihan warna kaca mata hitam yang mampu melindungi mata daripada masalah berkenaan.

2. Selesa apabila dipakai

Ada kaca mata hitam yang menyebabkan rasa sakit pada sisi wajah dan juga hidung.


3. Tentukan tujuan membeli kaca mata hitam

Jika untuk beriadah atau bersukan ada kaca mata hitam yang disediakan khusus bagi pengguna yang aktif.

4. Elak beli jenama tiruan

Kaca mata tiruan pelbagai jenama terkenal yang lazimnya dijual dengan harga semurah RM10, berisiko dua kali ganda mengalami barah mata kerana tidak dilengkapi pelindung, berbanding produk tulen. Kaca mata hitam tiruan juga mendedahkan seseorang kepada masalah kerosakan penglihatan pada jangka panjang.




Penyesuaian bentuk muka

1. Bentuk muka terbahagi kepada lima iaitu bujur sirih, panjang, bulat, empat segi dan berbentuk hati.

2. Mereka yang memiliki bentuk muka bujur sirih amat bertuah kerana kebanyakan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah.

3. Muka panjang memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama. Ini bererti, bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang itu.

4. Wajah bulat, pilihlah bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat adalah paling ideal. Warna gelap seperti hitam atau bumi juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat.

5. Untuk wajah berbentuk empat segi, pilihan bingkai sesuai ialah berbentuk melengkung manakala pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelapis agar rahang tidak terlalu menonjol.


6. Bingkai berbentuk bulat dan bujur sirih sesuai sekali untuk wajah empat segi.

7. Wajah berbentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu. Bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Sebaiknya, elakkan bingkai yang besar.





♥♥ Info Menarik ♥♥









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TIPS MENGHADAPI TEKANAN

KITA adalah sebaik-sebaik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa.

Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.


Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup, antaranya ialah :
Biasakan diri berada dalam keadaan berwudukJiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.



Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.






Banyakkan solat sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.



Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.



Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Musibah berlaku selalunya juga adalah kerana kezaliman diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah dan kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.



Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkatan bahawa badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.



Amal diet dengan disiplin yang kuatPengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.



Menangis dengan sepuas hatiTekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama-sama rakan-rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.



Hargai kebolehan diri sendiriKita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.



Cintai diri sendiri“Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.



Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.





♥♥ Info Menarik ♥♥









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TIPS MENGATASI PERUT BUNCIT

TIPS MENGATASI PERUT BUNCIT

Bersarapan Dengan Yogurt
Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit.

Jangan GelojohKunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar-benar hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan tersekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.

Kurangkan GaramPengambilan garam yang banyak didalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari sel badan anda dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.

Minum Air
Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

Pengambilan Serat Yang Tepat
Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.





♥♥ Info Menarik ♥♥









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TIPS MENJAGA KERONGSANG

Setiap wanita yang memakai tudung pasti akan memakai kerongsang yang pelbagai bentuk dan warna. Untuk menjaga agar kerongsang yang dibeli mampu bertahan lama sudah pasti ada cara untuk menjaganya. Disini diberikan tips bagaimana untuk menjaga kerongsang agar tahan lama dan sentiasa menarik walauopun telah lama digunakan.


Supaya kekal berkilat:
Asingkan setiap kerongsang untuk memelihara kualitinya. Seeloknya balut dengan kain baldu



Kerongsang Mutiara:
Elakkan terkena semburan minyak wangi, peluh dan bahan kosmetik kerana sifat mutiara sangat sensitif. Jika ingin memcucinya jangan direndam ke dalam Air panas. Simpan ditempat kering.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TIPS MINYAK WANGI



• Pakai pewangi sebelum memakai pakaian. Semburkan pada kulit bukan pada pakaian.

• Untuk haruman berpanjangan, pakai pelambap kulit terlebih dahulu ini adalah kerana 
pelembap mampu "memegang" wangian agar tahan lama.

• Wangian mudah meresap hilang terutama ketika cuaca panas atau diletakkan berhampiran
dengan haba. Oleh itu tempatkan wangian yang jarang digunakan dikawasan redup atau sejuk 
seperti peti sejuk agar ia mampu bertahan lama.

• Anda tidak mungkin dapat menghidu diri sendiri sepertimana orang lain dapat menghidu anda.
Maka,dapatkan pandangan orang lain tentang haruman dan bau badan anda untuk maklumat
yang lebih tepat agar tidak tersalah memilih wangian.

• Pilih satu wangian setiap hari. Jangan mencampurkan dua atau tiga wangian pada satu masa
kerana ia akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.


Sumber:sesaljubayu




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TIPS PENJAGAAN RAMBUT

Rambut panjang terurai hanya kelihatan indah apabila keadaannya baik, maksudnya tidak kering, tidak pecah atau bercabang atau berkelemumur. Untuk menjadikan rambut selalu sihat tidak boleh dilakukan dengan sekelip mata, tapi kita boleh mencegah dan memperbaiki kerosakannya.





Baca beberapa tips berikut :



1. Apabila bangun tidur, jangan terburu-buru menyikat rambut, leraikan rambut dengan jari-jari tangan untuk mengurai rambut yang kusut. Pilihlah sikat dengan bahan asas kayu. Sikat rambut dengan lembut, rapikan dengan tangan untuk menghindari hujung-hujung rambut yang beterbangan.


2.Rambut panjang tidak cukup hanya diberi conditioner. Lakukan treatment seminggu sekali untuk memberikan kelembutan dan kilau pada rambut.


3. Ketika menggunaan conditioner atau bahan rawatan yang lain, cukup disapukan di batang dan hujung rambut kerana hanya bahagian itu yang paling perlu dan bukan di kulit kepala.


4. Sebelum syampu rambut, sikat rambut terlebih dulu, demikian juga ketika rambut masih dalam keadaan basah dan selepas memakai conditioner, menyikat rambut dalam keadaan ini akan mengelak rambut menjadi kusut.


5. Terlalu kerap menggunakan pengering rambut akan menyebabkan kerosakan pada rambut dalam jangka masa panjang, jadi, guna pengering rambut sesekali saja.Pastikan pengering rambut anda tidak terlalu panas.


6. Jangan terlalu kerap menggulung rambut dengan rol rambut yang panas , jika terpaksa menggunakannya, pastikan rambut anda telah dilindungi dengan produk rawatan untuk mencegah kerosakan.


7. Sekiranya anda suka berenang, selain menggunakan sunblock untuk kulit, gunakan juga produk rawatan untuk melindungi rambut dari sinar matahari dan air berkalorin di kolam renang.


8. Berapa kerap kita harus memotong rambut? - Jika pertumbuhan rambut anda lambat, potong hujungnya setiap 12 minggu untuk menghindari ujung rambut pecah-pecah. Sebaliknya, jika rambut anda cepat tumbuh, potong setiap 2 bulan sekali.


9. Jika Anda bosan dengan rambut panjang dan merancang memotong rambut pendek tetapi anda masih ragu, cuba untuk memotongnya paras bahu dahulu, sehingga anda tidak akan terlalu terkejut dengan perubahan penampilan anda. Tetapi jika anda sudah pasti potongan rambut apa yang diinginkan, lakukan saja, jika hasilnya tidak seperti yang diharapkan, jangan putus asa, rambut kita akan panjang lagi






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Tips Untuk Membuang Lemak di Peha


Adakah anda ingin membuang lemak berlebihan dibahagian peha anda? Ya anda boleh lakukannya, tetapi jika anda fikir yang anda boleh menghilangkan lemak dipeha anda dengan cepat menggunakan pil kurus atau makanan sampingan, anda sebenarnya salah! Dan jika anda fikir ada senaman tertentu yang boleh anda lakukan untuk membuang lemak dipeha anda sahaja, sekali lagi anda sebenarnya salah!!!

Hakikatnya, samada anda ingin membuang lemak di bahagian peha, perut ataupun pinggang, tidak ada cara untuk anda untuk membuang lemak pada bahagian-bahagian tertentu sahaja pada badan anda. Anda mesti membuang lemak di SELURUH bahagian badan anda. Anda tidak boleh memaksa badan anda untuk membakar lemak pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, malahan badan anda sendiri yang akan menentukan dimana ia patut mula membakar lemak.
Jadi seharusnya anda melakukan aktiviti-aktiviti yang membantu anda untuk membakar lemak diseluruh bahagian badan anda. Secara asasnya anda perlu mengikuti program diet yang seimbang, disertai dengan latihan kekuatan dan kardiovaskular. Inilah cara yang paling sihat dan cepat untuk anda membuang lemak baik dipeha mahupun diseluruh badan anda!
Program diet yang anda pilih untuk menurunkan berat badan adalah sangat penting. Diet yang rendah dengan kalori dan lemak TIDAK membantu anda untuk membakar lemak kerana diet seperti ini bukan sahaja tidak meningkatkan metabolisma anda malahan turut memperlahankannya lagi!!! Jika anda cuba mengikat pinggang dan menahan lapar juga tidak akan berkesan malahan membahayakan kesihatan anda. Selalunya orang yang mengamalkan diet sebegini akan mengumpul kembali lemak yang telah berjaya dibuangnya sebelum ini
Sebabnya, dengan mengamalkan diet yang rendah dengan lemak dan kalori, badan anda tidak akan mendapat nutrisi yang secukupnya. Akibatnya badan anda akan berfungsi seolah-olah anda akan mati kelaparan. Jadi secara automatiknya badan anda akan memperlahankan kadar metabolisma anda dan akan menyimpan kumpulan lemak dalam badan anda sebagai persiapan untuk menghadapi tempoh kelaparan tersebut. Memanglah pada mulanya berat badan anda akan turun beberapa kilogram tetapi lama kelamaan hasilnya akan mula berkurangan dan sebaik sahaja anda berhenti berlapar dan kembali ke tabiat pemakanan normal anda, anda akan memperoleh kembali lemak yang telah anda buang sebelum ini.
Jadi program diet yang bagaimanakah yang terbaik untuk anda membakar lemak berlebihan didalam badan anda? Program diet yang merangkumi buah-buahan dan sayur-sayuran amat berkesan kerana makanan ini menyumbang kepada diet yang seimbang. Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja terbaik untuk membakar lemak malahan makanan ini juga sangat berkesan untuk mengurangkan keinginan anda untuk makan secara berlebihan.
Program diet yang baik juga perlu membenarkan kita untuk berehat sehari dalam seminggu. Anda boleh menggunakan hari rehat ini untuk memakan apa sahaja makanan yang anda idamkan. Anda mungkin takut untuk menggunakan hari rehat ini kerana tidak mahu menjejaskan program diet anda dan seterusnya menyebabkan penambahan berat. Sebenarnya anda salah!!! Hari rehat boleh membantu anda untuk mebuang lemak dengan meningkatkan kadar metabolisma anda kerana ia mengelakkan badan anda daripada rutin pemakanan yang sama yang akhirnya memperlahankan metabolisma anda. Selain itu, hari rehat juga boleh meningkatkan dedikasi anda terhadap program diet anda untuk minggu seterusnya dengan mengurangkan keinginan anda kepada makanan yang menggemukkan.
Walaupun program diet yang baik sebenarnya cukup untuk mengurangkan berat badan anda dengan ketara, ramai orang cuba menyertakan senaman didalam rutin mereka bagi mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan. Latihan kekuatan dan kardiovascular adalah cara yang terbaik untuk mempercepatkan penurunan berat badan. Melalui latihan kekuatan, anda bukan sahaja membakar lemak malahan anda membina otot-otot didalam badan anda.
Otot-otot ini bukan sahaja menjadikan badan anda lebih kuat, malahan ia membantu anda untuk membakar lemak walaupun ketika anda sedang berehat!!! Anda dengan mudahnya dapat mambakar 50 unit kalori sehari dengan 1 pound otot, walaupun ketika berehat. Ini kerana badan anda menggunakan banyak kalori untuk membaiki dan mengekalkan otot-otot anda.
Ikutilah dua tip ini dan anda akan kagum betapa cepatnya anda boleh membuang lemak berlebihan dipeha anda!!!.
 Sumber




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

4 SENAMAN KEMPISKAN PERUT


Memiliki perut yang kempis serta langsing memang menjadi idaman setiap wanita. Bagi mencapai objektif untuk mengempiskan perut, berikut adalah 4 jenis senaman yang boleh anda amalkan setiap hari tanpa perlu memakan ubat, tidak perlukan kos hanya :


A. Knee Circle

1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.

2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.

3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.


pada posisi ini, cuba anda tahan kiraan sehingga 5

4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.

5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.




Senaman knee circle 2

Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan sehingga 5.

6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.

Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.

Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.


B. Side Chop
1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.

2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.

3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.

4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.

Senaman side chop 1


Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.

5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan


Senaman side chop 2


Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.

Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ya.

Selamat Mencuba! 
source from





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Urutan Wajah Mampu Mencantikkan Kulit

Kelebihan Urutan Wajah

  • Mengurangkan kedutan di muka
  • Membuatkan kulit muka lebih berseri
  • Menggalakkan Pengaliran Darah
  • Merupakan rawatan antipenuaan yang berkesan

Click pd gambar utk besarkan






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

8 Tips Mengelakkan Penangguhan



Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.
Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.
Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan
 *""*•.¸¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸


1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
 *""*•.¸¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
 *""*•.¸¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
 *""*•.¸¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
 *""*•.¸¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
 *""*•.¸¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸
6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
 *""*•.¸¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
 *""*•.¸¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.
*""*•.¸¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸ 

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve