Berita gembira buat pelanggan setia Firefly khususnya kini anda boleh dapatkan Firefly RM100 Cash Voucher di 11street . Jangan lepaskan peluang untuk penjimataan ini. Sedikit sebanyak anda dapat mengurangkan sedikit kos perbelanjaan penerbangan anda.
Firefly Airlines Bekerjasama dengan 11street untuk berhubung dengan pelanggan
Pada 4 April 2017 bertempat di Subang, Firefly yang merupakan Sebuah Syarikat Penerbangan Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk menjadi rakan niaga dengan 11street yang merupakan portal membeli-belah dalam talian terbaru Malaysia.
Promosi selama 2 bulan yang bermula 4 April 2017, akan memberi pelanggan menikmati baucar RM100 dengan diskaun 17% apabila membeli melalui laman web 11street di www.11street.my. Kod baucar yang diterima boleh digunakan untuk membeli tiket penerbangan melalui www.fireflyz.com.my.
Dengan menyertai pelbagai kumpulan rakan-rakan perniagaan ini, Firefly akan dapat memanfaatkan pelanggan dalam talian dengan lebih luas, dan pada masa yang sama dapat memberi ganjaran kepada pelanggan setia yang terus menyokong Airlines tersebut. Satu perkongsian selama setahun ini akan dapat melihat lebih banyak aktiviti promosi dan merancang untuk menyediakan nilai kepada penumpang Firefly.
"Kami terujauntuk bekerja bersama-sama dengan 11street, terutamanya pada masa sambutan ulang tahun ke-10 kelahiran syarikat penerbangan kami yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke seluruh bagi menggembirakan dan memudahkan pelanggan dengan tawaran yang terbaik", kata Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong.
Naib Presiden Merchandising untuk 11street, Bruce Lim berkata:
"Perkongsian itu merupakan satu lagi pencapaian penting bagi 11street, kerana Firefly merupakansebuah syarikat penerbangan pertama yang membentuk satu pakatan strategik ini dengan 11street. Bersama-sama dengan itu 11street menawarkan tawaran hebat yag menarik kepada pengguna bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia untuk membuat perjalanan udara yang lebih murah.
Tambahan lagi dengan bakalnya tiba musim perayaan tidak lama lagi, kerjasama dengan Firefly tidak terputus disini ianya akan diteruskan pada masa yang akan datang dengan promosi yang lebih menarik "
Log masuk ke www.11street.my hari ini untuk menikmati pengalaman penjimatan ini. Pelanggan juga boleh mencari link produk untuk baucar sini: http://bit.ly/2oDlVhR
Pasti ramai yang tidak mengetahui khasiat kayu cendana untuk kecantikan kulit. Ianya jarang didengari namun ianya merupakan bahan semulajadi yang berkesan untuk penjagaan kecantikan kulit terutama buat kulit bermasalah seperti jerawat dan jeragat. Di Indonesia ianya sudah biasa digunakan di dalam kandungan produk kecantikan. Tidak hairanlah kulit mereka cantik.
Merolz Beauty Skincare
Kini di Malaysia anda boleh dapatkan produk kecantikan berasaskan kayu cendana dengan rangkaian produk kecantikan dari Merolz Beauty Skincare. Sebelum cik iena bercerita lebih lanjut tentang Merolz Beauty Skincare, mari cik iena ceritakan tentang fungsi kayu cendana dalam industri kecantikan.
Manfaat Kayu Cendana Untuk Kulit
Manfaat utama Kayu Cendana adalah Untuk Kulit Bebas Jerawat . Pohon cendana berasal dari India dan ia merupakan sejenis kayu dengan harga yang cukup tinggi. Kayu cendana mempunyai aroma yang harum maka tidak hairan jika kayu cendana diaplikasikan sebagai bahan campuran dari pembuatan kosmetik hingga parfum.
Di negara Indonesia khususnya, kayu cendana diguna sebagai media ukiran yang sangat bernilai tinggi. Kayu cendana juga merupakan bahan semulajadi yang mempunyai manfaat untuk kecantikan kulit. Kayu cendana sudah mula di gunakan sebagai penjagaan kecantikan sejak zaman dahulu lagi. Ia digunakan oleh putri dan ratu sebagai bahan rawatan semulajadi kecantikan kulit.
Kayu cendana tidak hanya hadir dengan bentuk serbuk saja tetapi ianya juga hadir dalam bentuk minyak malahan kini ianya telah di hasilkan dalam bentuk krim, penyegar dan pencuci untuk industri kecantikan.
Buat anda yang ingin mendapatkan kulit cantik bebas daripada masalah kulit seperti jerawat dan kulit berminyak , anda boleh mencuba penjagaan kulit menggunakan skincare yang mempunyai kandungan kayu cendana .
Kayu cendana merupakan bahan semulajadiyang sangat popular dalam pelbagai produk kecantikan. Mempunyai beberapa manfaat istimewa dalam penjagaan kulit. Kayu cendana sendiri banyak di dapati pada pelbagai produk seperti sabun, krim, pakej rawatan wajah, hingga pencuci tangan.
Keistimewaan lain kayu cendana mempunyai aroma harum yang menenangkan maka tidak hairan jika kayu cendana juga banyak di aplikasikan sebagai bahan alami dari pembuatan aromaterapi sampai parfum.
Menggunakan kayu cendana sebagai rawatan kulit secara semula jadi lebih disyorkan untuk mendapatkan manfaat yang lebih maksimum. Penjagaan kulit dengan menggunakan kayu cendana yang di buat sendiri dinilai akan lebih selamat kerana tidak mengandungi bahan campuran kimia . Kayu cendana mempunyai sifat antimikrobial yang berkhasiat untuk merawat pelbagai masalah kulit. Kayu cendana juga boleh merawat gatal, luka bakar, bekas luka, juga biang keringat.
Beberapa manfaat kayu cendana untuk kecantikan kulit
Mengatasi kulit berminyak
Mengatasi Masalah Penuaan
Mengatasi masalah jerawat
Mencerahkan kulit
Okay Untuk pengetahuan semua, sudah sebulan lebih cik iena menggunakan produk kecantikan berasaskan kayu cendana ini. Hasil yang memuaskan kerana kulit cik iena menjadi semakin licin dan flawless.
Kebiasaannya di bahagian hidung walaupun nampak bersih teapi akan ada blackhead dan whitehead. Dengan mata kasar nampak rata tapi apabila di rasa dengan sentuhan akan terasa permukaan kulit yang keras kerana blackhead dan whitehead tersebut. Dengan mengamalkan Merolz skincare kini cik iena tiada lagi masalah tersebut.
Okay baiklah mari cik iena kongsikan serba sedikit mengenai produk kecantikan berasaskan kayu cendana yang telah cik iena cuba ini yang manay ianya dikenali dengan nama Merolz Beauty Skincare.
Merolz Beauty SkinCare
Merolz Beauty SkinCare
Di asaskan oleh Puan Nor Syariza Othman berusia 42 tahun yang merupakan seorang usahawan wanita yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan . Beliau berpengalaman dalam menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan ketika mengikut suami bertugas di luar negara dan dengan itu beliau memanfaatkan pengalaman tersebut ssebaik mungkin dengan menghasilkan produk kecantikan keluaran sendiri.
Langkah pertama adalah dengan menggunakan Cleanser. Apa yang menarik hati cik iena adalah cleanser ini berbau seperti coconut shake. Keharumannya membuat cik iena terasa seperti nak makan je pencuci muka ni. Bau-bau harum manis cocunut shake. Struktur warna Cleanser ini berwarna jernih dan ianya tidak mempunyai banyak buih .
Ianya sangat mudah dicuci dan tiada rasa melekit yang biasanya akan mendatangkan ketidakselesaan pada si pemakai. Biasanya cik iena akan menggunakan cleanser ini 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam.
Untuk pengetahuan semua cleanser ini juga boleh di jadikan sebagai masker . Selepas mencuci muka bersama cleanser ini. Keringkan wajah anda dan aplikasikan cleanser ini pada keadaan kulit lembap dan biarkan selama dua puluh minit dan bilas. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan tegang seperti kulit bayi.
Keistimewaan:
Membersih dengan lembut walau di sekitar mata.
Tidak menyebabkan kulit kering atau pedih selepas mencuci.
Bagi lelaki, boleh digunakan sebagai shaving foam semasa bercukur.
Langkah 2: Toner Merolz Skin Care
Toner Merolz SkinCare
Selepas menggunakan cleanser, langkah kedua pula adalah menggunakan Walaubagaimanapun untuk untuk peringkat awal Toner Merolz Skin Care ini tidak perlu digunakan setiap hari. Anda cuma perlu guna dua kali dalam seminggu (sinag dan malam).
Apa yang menariknya toner ini tidak memerlukan kapas kerana rekabentuknya yang sangat memudahkan pengguna iaitu dalam bentuk spray.Anda hanya perlu spray dan dab dab pada wajah anda. Menariknya toner ini anda akan berasa segar berangin selepas spray di wajah anda kerana kandungan peppermint yang ada dalam toner ni. Rasa kesegaran ini akan membuat anda rasa lebih tenang dan segar.
Toner Merolz Skin Care ni sangat bagus untuk mengecutkan liang-liang kulit dan mencegah kulit muka kendur serta kesan penuaan. Kesan penggunaan gaharu dalam toner ni boleh merapatkan tisu kulit supaya kulit wajah kita nampak lebih lembut dan muda.
Cik iena sangat suka toner ini rasa sangat perbezaan apabila menggunakan toner dan tidak. Pada cik iena cik iena suka amalkan setiap hari walaupun dicadangkan 2 kali seminggu kerana apabila memakai toner ini kulit cik iena menjadi lebih flawless, lembut dan terasa sangat segar.
KeistImewaan:
Kesan gaharu membantu dalam mengecutkan
liang-liang kulit serta mencegah kendur dan penuaan kulit. Ianya merapatkan tisu kulit untuk memberikan penampilan yang lembut dan muda kepada kulit wajah.
Langkah 3: Moisturizer Merolz Skin Care
Langkah terakhir iaitu langkah tiga, calitkan sedikit Moisturizer Merolz Skin Care pada wajah dan ratakan. Tekstur warna krim moisturizer ini berwarna putih dan baunya pula harum lembut yang menenagkan jiwa. Tekstur krim pula sangat cepat meresap dan tak melekit. Moisturizer ini dipakai 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Ianya sangat jimat dan memudahkan kerana anda tidak perlu membeli dua krim berasingan iaitu krim siang dan krim mala.
Moisturizer Merolz Skin Care ini sangat bagus untuk kesan anti penuaan dan juga untuk menghaluskan wajah. Sangat sesuai untuk cik iena yang berusia 32 tahun kerana ianya akan melambat kan proses penuaan kulit.
Selain berfungsi untuk kecantikan Ianya juga di jadikan sebagai 'sunblock' untuk melindungi kulit muka daripada sinaran UV, debu dan kekotoran. Pada yang mengalami masalah kulit muka yang cepat kering anda sangat sesuaiuntuk menggunakan moisturizer ini kerana ianya akan mengekalkan kelembapan wajah sepanjang hari.
KeistImewaan:
Anti penuaan.
Melindungi kulit wajah dari sinar UV.
Mencegah kulit wajah menjadi kering.
Mengekalkan kelembapan kulit wajah.
Melindungi kulit wajah dari debu dan kotoran.
Menghaluskan kulit wajah.
Review Merolz Beauty Skincare
Secara keseluruhannya cik iena berpuas hati menggunakan set penjagaan wajah Merolz Skincare ini kerana ianya membuatkan kulit cik iena bertambah licin dan flawless. Difahamkan juga skincare ini mampu mencerahkan wajah. Agak menarik tetapi kulit cik iena sememangnya sangat susah untuk kesan pencerahan.
Walaubagaimanapun terdapat testimoni-testimoni lain yang mendapat kulit yang cerah selepas menggunakan Merolz Skincare. Untuk melihat testimoni lain sila klik http://www.merolzbeauty.com/testimonial.html .
Pada anda diluar sana yang masih tercari-cari set penjagaan wajah untuk mencantik, melicin, menganjal dan mencerahkan anda boleh mencuba Merolz skincare. Kesan pada setiap orang mungkin berbeza.
Jadi cik iena cadangkan anda mencuba produk kecantikan Merolz Skincare ini terlebih dahulu terutama buat mereka yang mengalami masalah jerawat dan jeragat kerana kandungan kayu cendana ini mampu mengatasi masalah tersebut.
Pekerjaan sememangnya sesuatu yang sangat penting untuk kita terus hidup di muka bumi ini. Tanpa pekerjaan amatlah sukar untuk kita menyara kehidupan kita terutama buat yang sudah berkahwin.
Ada diantara kita yang sudah bekerja juga berhasrat untuk memiliki kerja yang mempunyai gaji yang lebih baik daripada pekerjaan semasa.
Cik iena tertarik membaca Artikel dari seorang rakan blogger mengenai sebuah platform pengambilan pekerjaan secara atas talian. Tambahan lagi baru sahaja hari ini di saat artikel ini sedang di tulis, tiga rakan sekerja cik iena menamatkan perkhidmatan di syarikat cik iena bekerja.
Ada diantara mereka yang masih belum mendapat pekerjaan baru. Mungkin juga mereka ingin berehat dari bekerja buat sementara waktu . Antara rakan yang berhenti adalah rakan yang sangat komited dalam kerja. Cik iena yakin mereka berhenti di sebabkan gaji yang mereka rasakan tidak berbaloi dengan bebanan kerja serta skill yang mereka ada.
Jadi setelah membaca artikel di blog rakan blogger cik iena cik iena amat merasakan platform ini sangat penting buat kita untuk mendapatkan majikan yang betul-betul perlu skill yang kita ada. Dan majikan yang betul-betul menghargai pekerja bukan majikan yang racist .
Jom kita baca mengenai Qwork
PELUANG PEKERJAAN UNTUK PELBAGAI BIDANG DAN SKILL BERSAMA QWORK
Qwork merupakan platform pengambilan pekerja secara atas talian yang dibangunkan berdasarkan skill dan pengalaman kerja untuk disuai padankan dengan kehendak syarikat yang memerlukan pekerja bagi memenuhi kateria yang mereka inginkan.
Berbeza dengan platform lain yang memberikan servis yang sama dimana di platform lain kita yang perlu membuat permohonan untuk sesuatu pekerjaa. Kali ini dengan menggunakan Qwork, majikan yang akan mencari anda untuk bekerja di bawah naungannya sebaliknya bukan seperti kebanyakan platform lain sekarang yang membuat anda tercari-cari dan menerima majikan yang menaburkan janji manis sebelum diterima bekerja.
Sekaligus ianya dapat mengurangkan masa bagi majikan mencari pekerja yang terbaik, bahkan anda berpeluang untuk bekerja dengan mana-mana majikan yang memerlukan skill seperti anda.
Dalam ertikata lain, Qwork membantu menyuaipadankan pekerja dan majikan mengikut skill yang diperlukan. Ianya sesuai jika anda merupakan fresh grad, pelajar atau mereka yang suka bekerja secara freelance, anda boleh mendaftar sebagai Qworkers di www.qwork.my.
Tidak mustahil juga jika anda seorang surirumah atau pelajar mahupun sudah berkerja mampu menjana pendapatan dengan melakukan kerja lain yang bersesuaian dengan skill anda di waktu lapang. Apatah lagi bagi mereka yang sememangnya sedang menganggur.
Lebih menarik lagi, majikan dapat mencari tenaga kerja secara harian, separuh masa, sepenuh masa atau berdasarkan projek. Kos pembayaran tenaga kerja dapat dikurangkan untuk hasil yang optimum.
Sekiranya anda sebagai majikan berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Jangan lepaskan peluang ini, ambil mereka terus bekerja secara sepenuh masa dengan anda. Setiap hasil kerja anda sebagai Qworker akan diberi penilaian supaya anda lebih menyerlah untuk dipilih oleh majikan akan datang.
Sebagai tambahan, Qwork turut menyediakan Qwork Vidzume, iaitu video resume profesional yang merupakan sebahagian inisiatif projek antara Qwork dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Secara tidak langsung, majikan boleh nampak kemahiran & ketrampilan anda melalui video resume tanpa perlu memanggil anda untuk datang interview.
Peranan Qwork Dalam Memperkasa Kerjaya Dan Industri
Qwork berperanan menyediakan peluang kepada Qworkers generasi muda (millenials) dalam menggalakkan mereka membina atau menjana pengalaman bekerja sebagai portfolio semasa masih belajar.
Ia juga membantu Generasi Y memperkukuhkan skill pekerjaan mereka melalui pelbagai program ‘empowerment’ yang dianjurkan. Inilah peluang terbaik membina portfolio untuk kerjaya masa hadapan yang mantap untuk generasi Y khususnya.
Antara projek Qwork yang bakal diadakan tidak lama lagi ialah Qube – pusat pembangunan remaja yang direka bertujuan memperkasa kemahiran dan bimbingan kerjaya sosio-remaja di Gombak.
Qwork juga akan menyediakan resume mereka melalui program ‘Get-Skilled-Get-Employed’ kepada mana-mana organisasi berkaitan.
Sekiranya anda Berminat. Anda boleh mendaftar di www.qwork.my secara PERCUMA.
Nota Blog : Terima kasih rakan blogger www.broframestone.com buat iena tertarik tentang Qwork dan tulis untuk di kongsi bersama para pembaca yang lain terutama buat yang memerlukan pekerjaan.
Sharing Is Caring :)
Dewasa kini kenaikan harga barang boleh dikatakan membebankan rakyat Malaysia khususnya buat mereka yang berpendapatan rendah. Ramai yang merungut di mana harga barang keperluan naik mendadak seperti barangan persekolahan anak-anak dan juga barangan keperluan yang lain.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil ataupun baru menyambut kelahiran anak sudah pasti tercari-cari lokasi untuk mencari barangan keperluan anak anda dengan harga yang murah tetapi tetapi dengan kualiti yang baik.
Disini cik iena ingin kongsikan tentang kempen jualan murah untuk barangan bayinyang boleh dikatakan terbesar di Malaysia yang dianjurkan oleh Lazada Malaysia. Terdapat pelbagai jenama pakaian dan barangan keperluan bayi berjenama sehingga 85% diskaun.
Lazada Big Baby Fair
Dengan peningkatan kos sara hidup, kita sewajarnya
merancang perbelanjaan dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Istimewa buat pelanggan Lazada khususnya, Lazada ingin berkongsi keceriaan bersama ibu-bapa atau bakal ibu
bapa sempena kempen “Big Baby Fair” yang berlangsung dari 29 March
hingga 2 April ini. Anda boleh menikmati tawaran terbaik pada harga yang sangat murah untuk pelbagai jenis produk
bayi!
Bersempena jualan ini, Anda berpeluang
menikmati diskaun sehingga 85% untuk pelbagai barangan bayi serta kanak-kanak termasuklah lampin,
fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi.
Antara jenama
terkemuka yang anda boleh dapatkan di sepanjang kempen “Big Baby
Fair” ini termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N,
Wyeth, Anakku , Fisher Price dan banyak lagi jenama yang terlibat.
Diskaun Sehingga 43 % Huggies
Huggies juga
menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi. Menarik
kan? Ini merupakan masa yang sangat sesuai untuk anda membeli barangan tersebut. Kebanyakan kaum ibu suka membeli pada harga yang murah dan simpan. Jadi anda perlu ambil peluang ketika jualan murah ini untuk membeli barangan keperluan bayi anda yang boleh di simpan untuk kegunaan bayi atau anak kecil anda.
Sangat mudah membeli-belah di Lazada.Tanpa perlu
keluar dari rumah, anda boleh membeli belah barangan bayi dengan mudah di
Lazada Malaysia. Lazada menawarkan kepada para pelanggan dengan cara
pembayaran yang pelbagai. Selain membayar melalui perbankan online, anda juga boleh membayar dengan kad kredit, debit card mahupun secara Cash On Delivery.
Selain daripada itu anda bukan sahaja
akan menikmati diskaun hebat dan jualan segera daripada jenama di atas
tetapi anda juga boleh mendapatkan penghantaran
percuma apabila anda membeli produk terpilih!
Kepada anda yang menggemari contest-contest di laman sosial, anda juga
berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social
media Lazada Malaysia.
Apa yang menarik di Lazada Big Baby Fair
Jika di tanya pada cik iena sudah pasti cik iena akan katakan Jualan Flash Sale kerana pada ketika ini anda boleh dapatkan barangan bayi sehingga serendah RM1 untuk satu barangan. Walaubagaimanapun untuk setiap item flash sale anda hanya dibenarkan membeli hanya satu item untuk satu akaun lazada.
Ini merupakan kempen yang paling cik iena gemari. Walaupun cik iena masih belum berkahwin cik iena mengambil kesempatan ini untuk membeli hadiah untuk kawan-kawan cik iena yang baru melahirkan bayi.
Lazada Big Baby Fair Blogger Contest
Istimewa buat Blogger-blogger Malaysia
, anda berpeluang untuk memenangi Lazada Malaysia shopping voucher dengan
menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. 6 Blogger bertuah berpeluang memenangi
voucher membeli-belah Lazda Malaysia bernilai RM500 setiap seorang.
Lazada Big
Baby Fair Blogger Contest bermula pada 27 March dan akan tamat pada 2 April
2017.
Cik iena pun nak membeli-belah juga, beli hadiah new born kawan-kawan yang baru melahirkan baby. Di Pejabat cik iena subur-subur belaka. Bersambung-sambung kisah pregnancy. Sorang habis cuti bersalin, sambung lagi seorang dua. Berjangkit-jangkit sampaikan big boss cakap wanita-wanita office kami subur (^_~)
Kepada anda di luar sana yang berhasrat untuk berkumpul beramai-ramai dam makan di sebuah restoran tanpa sebarang masalah di sekitar KL Sentral, cik iena cadangkan
anda makan di Restoran Warisan Yang terletak di level LG Nu Sentral.
Ini merupakan kali kedua majlis farewell yang cik iena anjurkan untuk rakan pejabat cik iena. Sememangnya sangat mudah berurusan dengan pihak Warisan. Tiada deposit dikenekan kerana mereka mengamalkan sifat "PERCAYA KEPADA PELANGGAN".
Perkataan ini sendiri keluar dari mulut salah seorang pekerja yang melayan cik iena pada hari cik iena membuat tempahan kerana pada ketika itu cik iena menghulurkan sejumlah wang untuk deposit.
Cik iena sangat terkejut dengan kata-kata pekerja tersebut. Jika sebelum ini urusannya juga mudah cuma mereka ambil deposit yang cik iena beri, berbeza kali ini.
Sangat mudah berurusan dengan Restoran Warisan. Makanan juga di hidang dengan cepat dan pantas tanpa perlu menunggu lama.
Sikap Acuh tak Acuh dan Sambil Lewa Pekerja The Chicken Rice Shop KL Sentral
Jika mengikut perancangan awal kami merancang untuk mangadakan farewell lunch di the chicken rice shop KL Sentral tetapi malangnya pihak The Chicken Rice Shop KL Sentral sangat mengecewakan. Sebelum hari kejadian cik iena telah bertanya terlebih dahulu tentang cara-cara untuk membuat tempahan.
Mereka menyatakan tembahan awal boleh di buat tetapi perlu membayar jumlah penuh. Jadi cik iena mula mengambil tempahan rakan-rakan dan pada pagi hari kejadian. Cik iena ke The Chicken Rice Shop untuk membuat tempahan tetapi malangnya ayat yang keluar hari ini berbeza.
Jika sebelum ini mereka tidak menyatakan waktu-waktu larangan untuk tempahan awal dan menu-menu larangan untuk tempahan awal. Jadi terjadi lah sedikit kekecohan kerana sikap acuh tidak acuh pekerja mereka yang memberi informasi yang salah , sedikit sebanyak menganggu kerja-kerja cik iena.
Mereka menyatakan tempahan awal tidak boleh di buat untuk jam 1 ke 2 tengah hari dan terdapat beberapa menu yang tidak boleh di buat tempahan awal. Ini amat mengecewakan cik iena kerana pihak mereka sangat tidak membantu. Walaupun cik iena akan membayar jumlah yang penuh seperti yang diminta mereka tetap tidak mahu mengambil tempahan.
Servis Terbaik dan Pantas di Restoran Warisan Nu Sentral
Cik iena sangat-sangat kecewa dengan pengurusan The Chicken Rice Shop KL Sentral. Mungkin nama mereka sudah gah ,mereka boleh bersikap acuh tak acuh, endah tak endah.
Berbeza pula dengan pengurusan Restoran Warisan Nu Sentral. Selepas di perlakukan begitu cik iena berubah hati dan tawar hati untuk meneruskan tempahan di situ. Cik iena pergi ke Warisan Nu Sentral . Lagi pun sebelum ini cik iena makan di The Chicken Rice Shop KL Sentral walaupun hanya 6 orang servis sangat lambat.
Ternyata pilihan cik iena Restoran Warisan Nu Sentral tidak mengecewakan seperti yang sebelumnya malahan servis mereka bertambah baik. Ini merupakan kali kedua farewell lunch yang cik iena anjurkan di sini. Sebelum ini cuma makan-makan biasa namun servis mereka dan makanan mereka memang terbaik.
Cik iena bersama lebih kurang 30 orang rakan pejabat meraikan farewell lunch untuk rakan pejabat di Warisan Nu Sentral dengan rasa sangat gembira dan puas hati dengan servis. Sejurus tiba rakan-rakan cik iena makanan sedia terhidang, cuma cik iena perlu [astikan sekian menu untuk siapa dan siapa.
Dan ada menu tambahan dari rakan yang perlu di order, walaupun order kemudian makanan sangat cepat di sediakan. Sangat-sangat berbeza jika cik iena makan di The Chicken Rice Shop.
Jadi kepada anda di sekitar KL Sentral yang ingin membuat majlis kecil makan-makan anda boleh berurusan dengan Warisan Nu Sentral. Di bawah cik iena lampirkan nombor terbaru yang cik iena berurusan untuk hantar order.
Cik iena cuma hantar pesanan makanan melalui whatsapp sahaja. Sangat-sangat mudah. Sebelum ini cik iena sering menganjurkan majlis kecil makan-makan bersama rakan-rakan di sekitar KL Sentral dan KLCC.
Warisan merupakan restoran yang sangat mudah untuk berurusan. Maaf cik iena jarang update di Blog megenai program-programm bersama rakan pejabat yang cik iena anjurkan. Cuma kali ini cik iena rajin tulis kerana cik iena rasa terharu sangat dengan servis Warisan. Penyelamat cik iena tau. Cik iena organize small event tiba-tiba The Chicken Rice Shop buat hal sedangkan cik iena dah tanya awal cuma maklumat yang di sampaikan oleh the chicken rice shop menghampakan.
Mohon The Chicken Rice SHop perbaiki lah . Cik eina tau nama awak dah gah tapi mohon jangan buat pelanggan macam tu. Ajar pekerja bagi maklumat penuh. Untuk hari ini dek kesombongan dan kebodohan staff kamu kamu hilang sales lebih kurang RM500. Mungkin tak banyak bagi kamu tapi saya memang tak puas hati dengan pekerja yang memberi maklumat yang tidak lengkap dan menyusahkan pelanggan.
Gambar Farewell Lunch Jessie, Weisern dan Riza
Okay sekian coretan cik iena hari ini, terima kasih Warisan Nu Sentral dan terima kasih juga rakan-rakan pejabat yang sudi luangkan masa untuk sertai farewell lunch for Jessie, Weisern dan Riza.
To Jessie, Weisern dan Riza jangan lupakan kami okay terutama iena yang sweet nie tau hahaha
#cikienasangatsweet alallalalallalalalaaaaaaaaaa
kita dapat # tu dari follower instagram yang rajin follow update iena tau .Comel je dia komen .
Ehh okay cik iena nak sambung kerja ..daaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Alamat:
LG, Nu Sentral,Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi · 10AM–10PM
Telefon : 03 22766039 Hp : 601128101807 (ini nombor yang cik iena berurusan untuk hantar menu tempahan)
Nota Blog : Ini bukan paid post atau paid review dan sebagainya tau..hahaha kalau paid post/review pun cik iena update sekurang-kurangya dalam masa seminggu. Ini tak sampai 12 jam. Nampak tak betapa excited dan terharunya dengan servis Warisan dan betapa kecewanya dengan servis The Chicken Rice Shop.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com