Dunia hujung jari ni memang mudah kan. Semuanya sekarang kita boleh lakukan secara dalam talian. Boleh lakukan sendiri . Kali ini Cik iena kongsikan Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah. Setiap tahun Cik iena memang akan renew sendiri di Etiqa .
Jadi tahun ini pun Cik iena pastinya akan renew di Etiqa. Jom Cik iena kongsikan bagaimana untuk renew secara online. Anda boleh buat sendiri je. Sebelum ni kereta Cik iena pernah accident. Mudah saja nak Claim sebab semua dokumen online. Jadi Cik iena email sahaja dokumen yang dperlukan.
Berikut Cik iena kongsikan screenshoot cara-cara Cik iena renew insurans di Etiqa Takaful.
iena pilih Motor Takaful with Shariah compliant plan
Macam iena memang guna insurans dari sini jadi iena just masuk no kereta, dia ada record. Pada yang belum pernah perlu klik New car with no plate number
Pilih Sum Covered
klik add bank account
isi akaun back details untukdapat cashback bila kita tak claim
iena ambil windscreen coverage
Windscreen ni kalau taknak ambil pun takpe.Untuk pengetahuan windscreen ni untuk cermin depan kereta kita. Biasakita bawa kereta ada risiko batu-batu lori jatuh ke. kalau pecah boleh claim, atau bila accident pecah boleh claim. Amount berapa kita nak pilih tu terpulang. Ikut jenis kereta sebenarnya. Kalau kereta mahal lagi mahal lah kan. Kalau kereta iena murah je . Kalau ikutkan jumlah default value dia letak RM800 tapi memandangkan tengah sengkek ni, dah masa untuk major service kereta ni pula, datang serentak.So Iena buat minimum value je RM400 . lagi pun setakat ni tak pernah pecah lagi. Harap-harap tak pecah lah.
Kalau takde budget kalau tak ambil pun takpe, cuma kalau berlaku apa-apa cermin pecah, insuranse tak cover lah.
Kalau iena tersalah info mohon perbetulkan di ruangan komen ya. nanti iena update. yelah perempuan bukan tau sangat pasal kereta ni. tau pakai je :)
tanda bahagian declaration
Pilih payment method
Untuk pelanggan baru sebelum buat pembayaran pastikan Engine No dan Chassis No serta beberapa maklumat lain adalah betul . Macam iena memang pelanggan Etiqa jadi semua detail dah betul masa mula-mula iena buat. Walau apa-apapun perlu semak juga E Cert yang kita dapat betul atau tidak.
selesai bayar
Boleh download E certificate dan dokumen lain di sini atau dalam email
Dokumen-dokumen renew insurans
iena tunjuk contoh E certificate tapi bukan full, dia panjang lagi
Pihak etiqa juga akan email details.
Haa mudah je kan nak renew insurans kereta. Tapi lepas tu jangan lupa renew roadtax pula. Biasa kalau kita renew dengan agen mereka akan buat sekali renew roadtax. Tapi harga akan jadi lagi mahal lah. Kalau kita buat sendiri lebih mudah. Nanti Cik iena akan kongsikan macam mana Cik iena renew roadtax secara online pula ya.
AirAsia lancar Pas Tanpa Had Baharu untuk memacu pelancongan domestik
Berikutan pengumuman kebenaran perjalanan domestik di Malaysia pada hari ini, AirAsia akan melancarkan Pas Tanpa Had baharu untuk memacu pelancongan domestik Malaysia bagi menyokong usaha kerajaan.
Hanya RM399 untuk menebus penerbangan tanpa had ke 16 destinasi di seluruh Malaysia
Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia yang ditawarkan dengan harga RM399 bersih, tersedia untuk semua Ahli AirAsia BIG di Malaysia di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah pautan Deals) dari 11 Jun 2020 (1000h GMT + 8) hingga 13 Jun 2020 (2359h GMT + 8). Beli sekarang dan buatlah perjalanan pada bila-bila masa bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.
Pas ini boleh ditebus untuk penerbangan ke 16 destinasi menarik di Malaysia iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami menyambut baik pembukaan semula perjalanan domestik menerusi pengumuman Perintah Pemulihan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan pada awal minggu ini, dengan insentif seperti pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga bulan Disember 2021.”
“Ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita haruslah bekerjasama untuk memacu semula industri pelancongan negara. Kami juga berharap untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam industri pelancongan daripada pengusaha hotel kepada ejen pelancongan untuk mencapai objektif ini. Bagi AirAsia, Pas Tanpa Had ini adalah tawaran utama kami untuk para tetamu menebus penerbangan tanpa had dalam rangkaian domestik kami ke 16 destinasi.
“Dengan melakukan perjalanan domestik, kita semua bukan sahaja dapat menyokong masyarakat setempat, malah boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Dalam membuat perjalanan, kami meminta kerjasama daripada semua tetamu kami untuk mengamalkan kebersihan diri yang tinggi dan memakai pelitup muka.”
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara membeli dan merancang perjalanan anda dengan Pas Tanpa Had AirAsia, sila rujuk panduan ini.
Penerbangan yang ditebus dengan Pas Tanpa Had tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj-caj lain yang berkenaan. Tempahan penerbangan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum waktu perlepasan, serta terdapat tempoh embargo dan terma dan syarat lain yang dikenakan.
Menarik bukan? cuma RM399 sahaja anda boleh melancong ke 16 destinasi dalam Malaysia. Kepada yang dah merancang bercuti tapi tergendala semasa PKP boleh lah sambung bercuti. Tapi seperti anda sedia maklum kita hanya dibenarkan bercuti di dalam Malaysia sahaja. Jadi untuk anda yang gemar melancong. pas tanpa had ini sememangnya menarik buat anda.
Dapatkan pas ini sebelum habis ya. Ianya dijual bermula 11 Jun 2020 sehingga 13 Jun 2020.
KUALA LUMPUR: Tidak mahu memberi komen atau maklum balas terhadap beberapa artis atau agamawan yang memberi pelbagai reaksi terhadap dirinya yang menyahut cabaran Lathi atau “Lathi Challenge”, pengasas produk kosmetik terkenal ANAS Cosmetics, Anas Zahrin bagaimanapun berbangga usahanya menampilkan proses transformasi solekan khas dipuji ramai.
Bahkan penyanyi asal lagu Lathi dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Weird Genius secara kolaborasi bersama penyanyi cantik molek Sara Fajira, juga penulis lirik yang dikenali sebagai “@ybrap” serta jurusolek muda popular “@jharnabhagwani” yang mempunyai jutaan pengikut Indonesia dan Malaysia di laman instagram juga memberikan komen sangat membina buat anak muda dari Malaysia ini
Malah penyanyi, komposer, warganet dari seberang termasuk Instafamous terkenal, Mimi Peri juga melayangkan ucapan pujian kepadanya. Ini menjadi salah satu platform terbaik buat anak muda ini untuk membuka mata semua bahawa, hasil seni sebegini juga boleh di terima sehingga ke negara seberang
Tak ketinggalan selebriti tempatan seperti Datin Diana Danielle, Zulin Aziz, Bella Astillah, Uyaina Arshad, Nadiyah Shahab serta ramai lagi juga memuji usahanya itu.
Video transformasi wajah lelaki biasa kepada putera jawa seterusnya menjadi sosok seram yang dimuat naik itu juga ditonton hampir 600,000 orang selain lebih 7 ribu komen diterima dan mendapat reaksi lebih 20 juta di laman Twitter & Instagram, membuatkan video yang di muat naik Anas antara yang terbaik di Malaysia dan Indonesia setakat ini
“Setiap orang ada pandangan, reaksi dan terjemahan masing masing dalam hal ini. Ia sangat subjektif. Ada yang menerima dan sebaliknya.
“Saya menerima semua komen dengan hati terbuka dan lapang dada. Mengejutkan ramai yang memuji usaha saya menampilkan transisi solekan yang rata rata melihatnya cukup sempurna dan kreatif”
“Lebih utama saya mahu orang ramai menghargai sentuhan dan bakat jurusolek tidak mengira samada komersial (beauty makeup) atau kesan khas (sfx makeup),” katanya.
Anas berkata dia melihat terjemahan video cabaran berkenaan kepada realiti kehidupan yang mana video yang di terjemahkan ada maksud tersendiri.
“Manusia tidak pernah sempurna. Pasti akan ada satu perasaan, rasa nakal, jahat, rasa negatif dalam diri kita yang kita cuba dan sedang lawan supaya tidak menguasai diri kita. Syaitan itu benar wujud dan sedaya upaya nak buat kita fikir benda bukan bukan, hasut buat benda tak baik serta nak hancurkan hidup kita semua umat manusia.
“Jadi sosok Putera Jawa menunjukkan sisi baik atau positif dalam diri kita kita manakala Makhluk Jahat atau dianggap hantu pula melambangkan sisi negatif. Kedua sisi ini cuba berjuang serta lawan antara satu sama lain. InsyaAllah, jika sisi baik dalam diri kita kuat, cekal juga tabah dan dengan izin kuasa Allah, pasti berjaya lawan semua perasaan negatif dan jahat
“Kesimpulannya yang saya sendiri buat ialah kita manusia biasa ada sisi baik (positif) dan sisi satu lagi (negatif). Dua sisi itu berperang sesama sendiri. Semoga kita semua menjadi insan positif dan lakukan kebaikan serta beri manfaat kepada orang lain. Terus positif,” katanya.
Anas memberitahu dia mengambil masa tiga hari melunaskan cabaran solekan berkenaan.
“Proses menyolek ini memakan masa apatah lagi ia membabitkan kesan visual khas. Bayangkan proses suntingan pun memakan masa satu hari.
“Semua ini takkan dapat direalisasikan dengan khidmat jurusolek profesional artis serta jurusolek profesional kesan khas. Merekalah yang menghidupkan semua ini. Fungsi dan peranan mereka amat penting serta wajar dikedepankan
“Malah menerusi cabaran ini juga ramai teman jurusolek bergabung melakukan video transformasi solekan, bila lagi kita nak lihat jurusolek dan jurusolek kesan khas bergabung, lihat dari sudut yang positif” katanya.
Dalam perkembangan lain, Anas memberitahu yang jenama ANAS Cosmetics akan mengeluarkan koleksi Edisi Klasik bertemakan batik yang di reka sendiri oleh pereka profesional dengan harga mampu milik hujung bulan ini yang mana pilihan warna mengikut kesesuaian warna kulit wanita asia, juga menampilkan selebriti terkenal Datin Diana Danielle sebagai wajah koleksi ini
“Serlahkan Warna Sebenar Anda (Show Your True Colours) menjadi tagline khas untuk semua,” katanya lagi.
Asslammualaikum, hari ini Cik iena ingin berkongsi pengalaman unik Cik iena menerusi Virtual Experience untuk melihat Keindahan Pulau Semporna yang Tidak Terungkap. Sebut sahaja Sabah, pasti ramai yang terbayangkan keindahan pulau-pulau yang terdapat di negara bawah bayu ini. Sabah merupakan destinasi pelancongan yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia mahupun pelancong asing.
Terdapat banyak tempat menarik di Semporna yang anda boleh kunjungi. Semporna merupakan sebuah pekan yang terletak di Tawau, Sabah. Dengan kedudukan yang strategik, destinasi ini sering dikunjungi oleh pelancong yang gemarkan aktiviti air.Antara aktiviti menarik di Semporna adalah scuba diving, snorkeling, hiking dan sightseing.
The Untold Beauty of Semporna Island
Dengan menyertai program virtual experience The
Untold Beauty of Semporna Island ni sebenarnya bertambah bersemangat Cik
iena nak kesana. Memang Semporna Island merupakan salah satu destinasi
percutian Cik iena untuk tahun 2021. Tahun 2020 Cik iena telah ke Kota
Kinabalu dan Kundasang , Sabah jadi tahun berikutnya Cik iena dan kawan
merancang untuk ke Semporna Island.
Cik iena
harap tahun 2021 nanti tiada masalah untuk Travel ke Sabah. Jadi
dapatlah Cik iena meneruskan rancangan untuk ke Semporna Island.
Apa yang orang tak beritahu tentang maklumat geology Pulau Semporna
Apa yang kita tau mengenai Semporna ni adalah terdapat banyak pulau-pulau yang cantik namun kita tidak mengetahui tentang muka bumi kepulauan semporna ni . Tak banyak travel agent yang bercerita tentang sejarah geologi kepulauan Semporna ni kerana faktor kurang knowledge. Penting untuk kita mengetahui info geology pulau pulau Semporna seperti faktor kritikal kejadian asalnya. Jadi disini Cik iena kongsikan sedikit maklumat yang cik iena perolehi dari sesi Virtual Experience tersebut.
Fakta Geology Pulau Semporna
Untuk pengetahuan Pulau Semporna merupakan Gunung Berapi Kuno. Ianya telah meletus puluhan juta tahun yang lepas. Apabila terjadi letusan gunung berapi dasar laut , lava keluar dari dasar laut dan ianya mengeras apabila terkena air. Proses ini akan berulang sehinggalah Lava yang timbul menjadi pulau.
Sebagai contoh Bohey Dulang terjadi dari Gunung berapi Meletus tetapi yang tinggal sekarang hanya rim sahaja. Kawahnya telah tenggelam. Untuk pengetahuan, pasir pasir putih halus di kepulauan semporna ini terjadi daripada coral timbul dipermukaan dan kemudiaannya mati dan seterusnya ianya berubah menjadi pasir dan batu.
GEOLOGY KEPULAUAN SEMPORNA
Persepsi masyarakat tentang Semporna Island
Dengar sahaja nama Semporna Island perkara pertama yang bemain difikiran iena adalah selamat ke kalau pergi travel ke Semporna ni sebab seperti anda sedia maklum di Semporna pernah terjadi kes Pembunuhan dan Penculikan dan kawasan ini dikatakan kawasan Lanun. Ini lah mindset Cik iena dulu tapi selepas Cik iena ke Kundasang bersama rakan karib Cik iena melihat keindahan Sabah Cik iena jatuh cinta pada negeri dibawah bayu ni. Secara automatik rasa tu sudah tiada.
Selain dari soal selamat ke tidak tu antara persoalan lain pastinya nak tinggal dimana? makan pula macam mana, halal ke tidak? senang nak dapat ke tidak dan yang penting mahal ke tidak? kalau nak travel ni memang perlu ada budget kan. Jadi amat penting bagi kita untuk merancang perbelanjaan sebab tu perlu tau semua ni.
Sebenarnya anda tidak perlu risau banyak je tempat untuk penginapan dan juga tempat makan di kepulauan semporna ni antara nya adalah Lato Lato Resort. Harganya juga amat berpatutan.
Lato-Lato Resort
Lato-lato resort adalah resort yang terletak di tengah laut. Resort ini memang cantik dan ianya dikelilingi batu karang yang cantik. Sekiranya air surut, anda boleh turun melihat batu-batu karang.
Istimewanya Lato-lato Resort ini lagi adalah kedudukannya yang strategik dan berhampiran dengan Taman Marin Tun Sakaran.
Photo : Laili Basir
Photo : Laili Basir
Jika dilihat keadaan disini ianya seperti penginapan 5 Bintang namun harganya jauh lebih murah berbanding penginapan 5 bintang. Untuk sampai ke Lato-lato resort ini anda perlu menaiki bot dari Jeti Semporna. Bagi anda yang dari luar Tawau, anda perlu menaiki Fligh ke Tawau dan kemudiaan ke Jeti Semporna selama lebih kurang satu jam perjalanan sebelum anda menaiki bot untuk ke Lato-lato Resort.
Photo : Laili Basir
Pada awal pumbukaan resort ini sekitar tahun 2013 mereka hanya mempunyai 4 bilik sahaja. Kinimereka telah mempunyai 36 bilik. Lokasi mereka yang agak unik semangnya kan menarik perhatian anda ditambah lagi dengan bilik yang cantik. Permandangan dari dalam bilik juga cantik.Nampak air laut yang jernih membiru.
Photo : Laili Basir
Permandangan Lato lato resort dari atas memang nampak cantik. Apa yang anda lihat tompokan bewarna hitam itu adalah coral. Suasana keindahan laut disini pasti akan membuat anda teruja. Anda boleh melakukan aktiviti snorkeling tidak kira waktu siang mahupun malam.
Photo : Laili Basir
Photo : Laili Basir
Suasana malam disini juga sangat indah dan menyeronokkan . Anda juga boleh terjun ke laut diwaktu malam tapi pastikan anda pandai berenang. Pada waktu malam terdapat aktiviti busking. Anda juga boleh mengambil gambar di waktu malam kerana suasanga yang cantik dengan lampu neon yang indah. Anda juga boleh lakukan Night snorkeling dan melihat penyu.
Photo : Laili Basir
Photo : Laili Basir
Harga Pakej di Lato Lato Resort
-RM150 seorang untuk 2D1N -termasuk makan minum sepanjang menginap -tidak termasuk kos bot, transfer dan tour
Menarikkan Lato-lato Resort ni. Pada yang takut nak tinggal diatas air
terdapat juga resort lain di atas darat untuk anda tinggal antaranya
adalahPom Pom Island 2Win Resort dan Selakan Dive Lodge, Pulau Selakan
Pom Pom Island 2Win Resort
Photo : Google
Pom Pom Island 2Win Resort terletak di timur laut Sabah, serta menawarkan aneka jenis penginapan termasuk khemah dan pantai peribadi. Juga terdapat terdapat pelbagai aktiviti termasuk diving
Selakan dive lodge juga antara salah satu lokasi menarik untuk anda menginap.Disini anda dapat lebih mendekati dengan orang kampung. Dapat mempelajari cara-cara kehidupan masyarakat disini.
Untuk pengetahuan anda kepualuan semporna dikelilingi oleh banyak pulau menarik yang sangat sesuai dijadikan sebagai destinasi pelancongan. Berikut merupakan pulau-pulau di Semporna yang anda mesti singgah.
Pulau Bohey Dulang
Sekiranya anda ke Semporna , Sabah tidak sah jika anda tidak ke Bohey Dulang. Bohey Dulang merupakan antara lokasi menarik yang sering menjadi kunjungan pelancong mahupun penduduk setempat.
Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu daripada lapan pulau yang terdapat di Taman Marin Tun Sakaran. Manakala tujuh pulau lain yang meliputi Taman Marin ini ialah Pulau Mantabuan, Pulai Sibuan, Pulai Maiga, Pulau Selakan, Pulau Sebangkat, Pulau Tetagan dan Pulau Bodgaya.
Photo : Laili Basir
Pulau Bohey Dulang terbentuk dari batuan volkanik dan meliputi kawasan seluas 313 hektar. Bulan Februari sehingga April adalah waktu terbaik untuk melancong ke Bohey Dulang kerana cuaca pada bulan tersebut sangat baik, tiada hujan atau ribut.
Mengikut orang tempatan, pulau ini mendapat nama kerana bentuknya yang seperti dulang air. Untuk
ke sini, anda boleh menaiki bot dari pekan Semporna yang mengambil masa
sekitar 30 minit untuk sampai. Tarikan utama pulau ini adalah
pemandangan dari puncak Bohey Dulang yang sangat indah
keseluruhan laut membiru dan tumbuhan menghijau mekar.. Bagi anda yang gemar berhiking,
inilah tempat sempurna untuk anda.
Pulau Mantabuan
Photo : Laili Basir
Pulau Mantabuan merupakan sebuah pulau karang kecil yang terletak di Sabah, Malaysia. Ia terletak dalam Taman Marin Tun Sakaran. Pulau ni terkenal dengan keindahan terumbu karangnya. Disini anda boleh lakukan aktiviti snorkeling untuk melihat karang-karang yang terdapat dalam laut tersebut.
Kepada anda yang gemar merakam gambar anda pasti akan teruja dengan keindahan pulai ini. Anda boleh ambil banyak gambar menarik disini.
Photo : Laili Basir
Photo : Laili Basir
Photo : Laili Basir
Pulau Sibuan
Pulau Sibuan terletak dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran.
Pulau yang indah ini terkenal dengan pasir putih halus dan air yang
jernih penuh dengan ikan pelbagai warna. Ia juga kaya dengan pelbagai
jenis batu karang. Untuk memastikan keselamatan pelancong, pulau ini
dijaga oleh Tentera Laut Malaysia.
Photo : Laili Basir
Photo : Laili Basir
Photo : Laili Basir
Pulau Mabul
Pulau ini merupakan tempat menarik di Semporna yang anda mesti singgah. Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Sabah. Saiz pulau ini adalah kecil dan melengkung. Dasarnya yang tidak dalam, amat sesuai untuk aktiviti scuba diving. Di sini juga terdapat bermacam-macasm jenis batu karang dan spesies ikan.
Pulau Sipadan
Photo : Google
Pulau yang terkenal ini pernah dinobatkan sebagai salah satu pulau yang tercantik di dunia. Ia merupakan satu-satunya pulau di Malaysia yang terhasil dari batu kapur, dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Jika anda ke sini, jangan lepaskan peluang untuk berenang dengan penyu.
Taman Marin Tun Sakaran
Photo : Google
Taman marin ini, juga dikenali sebagai Semporna Islands Park.Ia terdiri dari 8 pulau, termasuk Pulau Sebangkat, Selakan, Mantabuan serta menjadi kawasan terumbu karang yang terkenal.
Pulau Kapalai
Photo : Google
Pulau Kapalai adalah sebuah pulau percutian yang terkenal di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai pulau resort scuba diving. Pulau ini terletak hanya 15 minit dari Pulau Sipadan. Alang-alang, apa kata anda singgah ke Pulau Kapalai dan nikmati pemandangan matahari terbenam yang cantik.
Pulau Mataking
Photo : Google
Jika anda inginkan pulau dengan air yang sangat jernih seperti Kristal, Pulau Mataking adalah pilihan terbaik. Anda pasti terpukau dengan air laut yang biru kehijauan dan pasir putih yang halus. Perairan pulau ini dipenuhi dengan bermacam spesis terumbu karang yang eksklusif.
Pulau Pom Pom
Photo : Google
Pulau Pom Pom terletak dalam lilitan 2.3 km di garisan air pasang. Di dasarnya terdapat terumbu karang sepanjang 4 km. Keistimewaan pulau ini ialah ia tidak mempunyai kampung atau kediaman manusia. Kesan manusia yang minimum dan tiada pencemaran menjadikan ia sebagai tempat menarik di Semporna yang popular.
Pulau Bum Bum
Photo : Google
Berbeza dengan Pulau Pom Pom, Pulau Bum Bum mempunyai ramai penduduk dan banyak kesan pembangunan di sekitar pulau ini. Namun begitu, air lautnya kekal jernih dan cantik.
Pulau Timba-Timba
Photo : Google
Jika anda berminat untuk melakukan aktiviti island hoping, jangan lepaskan peluang untuk ke pulau ini. Airnya yang jernih dan ikan yang berwarna-warni pasti memukau mata anda.
Pulau Bodgaya
Photo : Google
Pulau Bodgaya terletak di pantai timur Sabah. Pulau ini adalah pulau terbesar dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran. Untuk pengetahuan anda, terumbu karang di sekitar pulau ini adalah sisa-sisa gunung berapi yang telah pupus.
Selain berkunjung ke tempat-tempat menarik diatas, anda juga boleh mengenali dan mempelajari gaya hidup masyarakat disini iaitu kominiti Bajau Laut.
Komuniti Bajau Laut
Photo : Laili Basir
Komuniti Bajau Laut yang terdapat di Sabah pada hari ini adalah berasal dari keluarga besar Bajau di selatan kepulauan Filipina dan mula bermigrasi dan menetap di kawasan perairan pantai timur Sabah semasa era pemerintahan Kesultanan Sulu lagi, iaitu sekitar abad ke-18. Setakat ini, kajian dan penulisan berhubung sosial, ekonomi, sosiobudaya, seni bina dan warisan komuniti Bajau Laut ini masih lagi terbatas dan hanya dilakukan oleh beberapa orang sarjana seperti James Francis Warren (1981, 2000, 2002), Yap Beng Liang (1993), Clifford Sather (1997), David E. Sopher (1965), Halina Sendera (2007) dan lainlain lagi. Sumber - http://web.usm.my
Photo : Laili Basir
Photo : Laili Basir
Uniknya kaum bajau Laut ini adalah kediaman mereka di laut. Pelbagai aktiviti dilakukan di laut. Namuk kehidupan mereka kelihatan agak sedikit daif. Rumah mereka agak kecik untuk keluarga mereka yang besar. Tambahan lagi tidak banyak kemudahan asas di kawasan rumah atas laut mereka seperti kemudahan bekalan elektrik dan air bersih.
Pada waktu siang cahaya matahari akan menerangi mereka manakala pada waktu malam mereka bertemankan cahaya bintang sahaja. Mereka hidup dalam serba kekurangan namun kehidupan mereka jauh dari tekanan kota, bebas hutang dan pencemaran alam sekitar.
Sejak bertahun-tahun dahulu kaum Bajau laut tinggal didalam bot beralaskan lautan atau pondok kecil tinggi yang diperbuat dari kayuatas terumbu karang. Kehidupan mereka bergantung kepada sumber laut semata-mata dengan menangkap ikan , mengutip kupang dan kerang serta memungut mutiara di pulau-pulau terpencil.
Memakmurkan Kaum Bajau Laut Kepulauan Semporna
Sememangnya kehidupan mereka agak daif berbanding dengan kita. Jadi bagi membantu komuniti ini aktiviti perlancongan perlu terus dipromosikan supaya ramai pelancong yang datang kesini. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka.
Photo : Laili Basir
Selain dari kunjungan pelancong, pihak kerajaan juga perlu terus melakukan usaha murni membantu mereka memberikan keperluan asas.
Photo : Laili Basir
Banyak juga kan lokasi menarik di Pulau Semporna, Sabah. Kepada anda yang masih merancang destinasi percutian berikutnya selepas musim PKBB berakhir nanti anda boleh lah berkunjung ke Pulau Semporna, Sabah dimana dalam masa yang sama dapatlah kita membantu golongan bajau Laut di sana. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut dan bertanyakan soalan soalan lain tentang kepulauan ini anda boleh sertai Virual Experience mengenai Untold Beauty Of Semporna Island oleh Encik Laili Basir pada sesi seterusnya iaitu pada 1 July 2020 di https://travelbuddy.onpay.my/order/form/19
Menariknya program online sharing ni anda juga berpeluang menmenangi hadiah cabutan bertuah seperti pakej penginapan,pakej paragliding dan juga t-shirt.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com