Grab The Promo
Grab The Promo
Grab The Promo

SOTONG GORENG TEPUNG BAWANG


Wah menu apekah??
lain resepi yg dpt kt dr.google,lain resepi yg cik iena buat..
nie hasil gabungan dua resepi yg cik iena post sblm nie..(http://ienaeliena.blogspot.com/2011/12/sotong-goreng-tepung.html)
alkisahnye bertukar resepi sb serbuk kari & baking powder xder da..

So cik iena ubah ler serbuk kari ganti dgn serbuk "Knows Pasti Sedap"

lepastu ade bahan tambahan pulak
haishh gatai2 tgn ubah resepi..
cik iena tambah bawang..hihi bawang tu di potong dadu..



okiess jum tgk bhn2 n cara cik iena wat yer

Bahan-bahan

  • 2 ekor sotong saiz sederhana
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)
  • 2 sudu kecil serbuk knows pasti sedap
  • 1 biji telur
  • lada sulah
  • garam cukup rasa
  • bawang besar(potong dadu)
  • serbuk bawang putih

Cara-cara

  1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah,garam,sedikit serbuk cukup rasa knows dan serbuk bawang putih.
  2. Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, serbuk pasti sedap knows, telur,bawang(potong dadu),sedikit garam dan serbuk bawang putih, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.
  3. Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba.
  4. kalau boleh adunan ni diperap selama setengah jam dulu baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan tepung elok lekatnya apabila digoreng nanti. : )
Nyummyyyyyyyy sedap nyeeeeeeee
yeayy da buat da mkn..dan da habes..
xsempat nk amek gambo..

wokiesssss
slmt mencube(^_~)



Sotong Goreng Tepung



Sotong Goreng Tepung



menarik & sedapje bunyi nye kn..
selalu mkn kt kdai je..xpenah masak sndri..
hahhh kali ni cik iena nk msk sndri laaa..
sotong ade tu dlm peti..nty blk nk wt la..okies nie ade dua resepi sotong goreng tepung yg cik iena jmp..

satu yg rangup di luar lembut d dalam..hah yg nie kelainan nye dia guna telur then salut tepung kt luar..
yg satu lg dia bancuh tepung..celup sotong kt bancuhan tepung..

dua2 cik iena nk try nty..

okies jom tgk resepi pertama yg rangup di luar lembut di dalam(^_~)

Sotong Goreng Tepung




Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan

  4. Cara_tpg
    Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.


nyummmyyyyy
rangupnyeeeeeee

okies jom tgk yg resepi kedua pulak yer

Sotong Goreng Tepung




Bahan-bahan

  • 2 ekor sotong saiz sederhana
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)
  • 2 sudu kecil serbuk kari ( ni kalau tak nak letak pun takpe)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, lebih kurang 5 minit ke 8 minit,  step ni penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah.

  2. Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.

  3. Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba.

  4. kalau boleh adunan ni diperap selama setengah jam dulu baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan tepung elok lekatnya apabila digoreng nanti. : )




Get WeLL sOoN My DeaR

Today cik iena kt Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
adek cik iena kene tahan masuk wad sb suspect Appendix..
Yang Lawak nye cik dayah nie degil sibuk nak balik ..ade lab lah..ade kelas la..
haishh degil..doktor kate selagi demam tak okay tak boleh balik..
cik dayah nie tak habis2 ckp "aku demam ke" rase mcm tak demam..
cume saket bahagian pinggang kt perut tu je lah biler berjalan + sesak nafas..
tp today da beransur okay..

Mlm td dlm kul 9 mlm bwk cik dayah g Pusat Rawatan Al-Zahra bangi..
doktor cek darah n air kencing..then doktor kate dia suspect Appendix..kene refer ke HUKM jugak mlm nie..

So lepas tu bwk terus g HUKM..
fuhhh lame giler menunggu...
kul 2.30 pg masih menunggu..
cik dayah jumpa 5 org doktor sblm kene tahan masuk wad..
setel sume bwk g x-ray naik wad..cik iena pn balik la..
cm sedey je nk tinggalkn dia sorang kn..
sampai umh dlm pkl 4 pg...

ngantukss seyhh..
ape2 pon get well soon yer cik dayah..
hehehe cam seram je kn duk dlm bilik pengasingan..
insyaallah dgn izinnya smg cpat sembuh..





J E R A W A T





  • Jerawat merupakan keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia.

  • Kajian yg dijalankan dlm bidang perubatan menunjukkan terdapat hampir 50 jenis jerawat yg menjadi masalah kpd kaum wanita mahupun lelaki.

  • Jerawat = Acne Vulgaris , iaitu masalah kulit yg berlaki pada pilosebaceous (terdiri drpd rongga rambut dan kelenjar minyak) pd bhgian kulit.

  • Masalah Jerawat dialami oleh golongan remaja dan dewasa.



    BAGAIMANA JERAWAT MUNCUL
  1. Kecederaan pada tisu utama yg disebabkan oleh bintik hitam.Bintik2 hitam ini mengandungi sumbatan sebum iaitu bahan berlemak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak.Selain itu masalah jerawat juga berpunca dr pertumbuhan bakteria propionibacterium acnes yg mengisi ruang folikel rambut.

  2. Kekotoran ini akan berada dlm keadaan yg terbuka mahupun tertutup.Sekiranya ia terbuka,maka akan terjadi bintik2 hitam pada kulit manusia akibat proses pengoksidaan.

  3. Jika ia tertutup,tisu yg bernanah akan terbentuk dan mengakibatkan keradangan pada kulit.

  4. Masalah jerawat akan dikategorikan sebagai "ringan" sekiranya jumlah lesi kurang dari 30.

  5. Jumlah lesi dari 30-125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat "sederhana" .Apabila jumlah lesi melebihi 125, maka masalah jerawat akan berada dalam kategori "kronik".

  6. Jerawat sering menyerang remaja yg berusia 14 - 10 tahun kerana perubahan hormon.





JENIS-JENIS JERAWAT

    Jerawat Ringan
  • Hanya terdapat sedikit bintik hitam dan jerawat




    Jerawat Sederhana
  • Anda akan mengalami banyak jerawat pada wajah dan kemungkinan pada bahagian dada dan belakang.




    Jerawat Kronik
  • Radang pd kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengeluarkan minyak atau sebum secara berlebihan dan menyebabkan saluran kelenjar minyak tersumbat.Apabila ini berlaku ,whitehead akan terbentuk dan mengakibatkan jerawat.Sekiranya masalah kelenjar minyak tersumbat teruk, bintik hitam pula akan wujud dan berinteraksi dgn bakteria jerawat.








PUNCA JERAWAT

Terdapat laporan yang menunjukkan bhw masalah jerawat kerap berlaku din kalangan remaja.Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan dan perubahan hormon.Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dgn baik ketika perubahan hormon dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat.Hormon yg dimaksudkan adalah Hormon Testosteron.

Hormon ini akan ditukarkan kepada "dihidrotestosteron" di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan size dan kadar metabolik. Individu yg sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum secara berlebihan.Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir dan lapisan pelindung kpd rambut dan kulit. Kelenjar minyak mengandungi sejenis kuman, propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengunah sebum kepada asid lemak yang menyebabkan keradangan....



SUMBER DARI BUKU PRIMA ->
CANTIK DENGAN MEKAP - Serlahkan Keayuanmu!




Next entry..Kisah DOngeng Sang Jerawat (^_~)



TeSt sHoOt FoR NUR MaGaZiNe(Karangkraf)


Haipp..tetibe je title blog test shoot NUR MAGAZINE kn..hihihi nie pic selepas test shoot da..kt sane x sempat nk curi2 snap pun(^_~)..
Hari Selasa lepas cik iena received phone call dari NUR Magazine(Karangkraf)suruh dtg hari sabtu utk test shoot..wahh hepi giler la cik iena kn..walaubagaimanapun ni bru test shoot je..blm tentu dapat pown kn..ape2 pun tetap suke + hepi sb they all yg call suruh dtg..


masa they all call,cik iena pun tny la ade any syarat ke?
then dia suh bukak fanpage NUR dan LIKE and kat situ ade syaratnye..
rupunye NUR ade publish kt fanpage mengenai test shoot tersebut..
sesiapa pn blh hadir tp mengikut syarat yg d tetapkan..

Syarat yg d tetapkan adalah spt berikut

:Bekerjaya & penampilan menarik
:usia 23-35 tahun
:tinggi 160cm ke atas
:berkeyakinan tinggi


Haaaaaaa so alkisahnye today melaram nk g test shoot NUR ler...
alang2 da mekap tu kn kn..
snap la pic cik iena pakai tudung syria yg cik iena sendiri jahit manik nye
hihihi comel tak manik yg cik iena jahit (^_~)


nie sebenarnya tudung syria lama..
tp cik iena sgt syg baju or tudung2 cik iena..
so cik iena bnyk upgrade tudung & baju la dgn beads/manik..
haaaaaa nampak baru sket..
merelip merelap gituw...


korang2 kalau berminat nk jahit manik cmnie
ley je tempah kt cik iena hokeyhhh
gatai tangan lg nie nk menjahit manik..

now pn tgk jahit manik tudung for customer..
rezeki2...
syukur alhamdulillah (^_~)
yukk layan pic ala2 sengal cik iena yg pantang nmpk kamera nie






















wahh gediks nye cik iena nie yerp
suka benar syok sndri bergambar kn (^_~)

ape2 pn pic nie bukn kt studio karangkraf punye..
ni pic cikai2 dr kamera cik iena jeww..

selepas test shoot cik iena pun shopping buku ler kt karangkraf..
cik iena buku jahitan pakaian wanita + buku mekap + buku dandanan rambut..
cewahhh ade hati nk blaja menjahit pakaian wanita tu...
basic dh ade tp bertahun2 yg lalu..da lupee da...
ni beli buku sb nk asah balik bakat yg ade..cewahhh (^_~)

okiesss masa utk smbg jahit manik tudung customer

S.E.K.I.A.N

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve