Grab The Promo
Grab The Promo

5 Sebab Anda Gagal Mengurangkan Berat Badan


Berikut adalah 5 sebab ramai yang gagal dalam usaha mereka untuk merealisasikan impian kurangkan berat badan.:
  1. Kita tidak sukakan perubahan: Tiada siapa yang sukakan perubahan- contohnya menukar sarapan lazat yang telah anda nikmati selama bertahun-tahun. Its hard to break habits...lagi2 sekiranya perubahan itu drastik kepada cara pemakanan dan gaya hidup. Walaupun untuk jangka masa pendek anda rela dengan perubahan itu, ramai yang gagal untuk jangka masa panjang kerana bosan. 

    Nasihat saya? Lakukan perubahan dengan perlahan-lahan or make changes one at a time. As you adjust to those changes, continue on making changes. Yang penting adalah progress dan perubahan untuk jangka masa panjang.
  2. Tiada kesabaran: kita semua inginkan hasil yang cepat.....tetpai ingat: Mungkin ia telah mengambil masa 5-10 tahun untuk menambahkan berat badan anda, tapi kebanyakan orang ingin perbubahan dalam masa 12 minggu? Walaupun tak mustahil tetapi ia tidak praktikal sama sekali.

    My advice? Sabar lah wahai manusia :) Bukan tak boleh melakukannya dalam 12 minggu tetapi kebanyakkan daripada kita semua tidak mempunyai disiplin dan ilmu pengetahuan untuk menjayakannya. Jika anda berjaya sekali pun, macamana pula dengan amalan pemakanan dan senaman selepas itu. Biar masa yang panjang pun takpe, yang penting anda amalkan perubahan itu sepanjang hayat.
  3. Matlamat tidak realistik: Ini berpunca kerana terlalu banyak menonton TV atau muka depan sesebuah majalah. Ramai yang ingin kelihatan menarik seperti model. Adakah ini munasabah ? Tentu sekali dan ia selera masing-masing. Cuma ia akan mengambil masa.

    Nasihat saya? Fikir apa yang pariktikal. Carilah matlamant yang serasi dengan kehidupan, umur dan gaya hidup anda. Mulakan dengan matlamat sederhana, pastikan anda menjayakan matlamat itu dan teruskan usaha anda.
  4. Tiada panduan: Sama seperti memandu dalam gelap tanpa peta ( panduan ). Ramai yang tiada panduan diet dan senaman dan dengan itu, menyerahkan kejayaan dan matlamat kepada nasib.

    Nasihat saya? Anda memerlukan panduan. Kalau tiada ahli keluarga atau kawan yang sesuai, dapatkan panduan daripada orang yang berkelayakkan, panduan buku, internet ataupun ebook saya seperti Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
  5. Kurang pengetahuan: Ini lebih kurang sama dengan "tiada panduan". Anda perlukan ilmu pengetahuan asas yang kukuh untuk mengawal "nasib" berat badan dan kesihatan anda. Ini bukan soal nasib. Sesetengah orang menunjungi gim hari2 tetapiu masih gagal dalam usaha mereka untuk mencapai azam mereka. Kenapa? Kerana tiada know-how dan melakukan perkara di gim yang bercanggah dengan matlamat mereka.







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Benarkah Nasi Lemak Punca Obesiti?

Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat cadangan supaya penjualan nasi lemak di kantin sekolah dihadkan kepada sekali sahaja seminggu. Selepas cadangan itu diketahui orang ramai, banyak organisasi dan persatuan menyuarakan pendapat mereka yang kebanyakkannya tidak setuju dengan usul tersebut.
Pertama sekali, sudah tentu perniagaan kantin dan juga pengusaha nasi lemak akan terjejas jika cadangan ini dilaksanakan. Ramai juga berpendapat bahawa nasi lemak itu bukanlah musuh utama yang perlu diperangi, tetapi kesedaran masyarakat tentang ‘pemakanan sihat’. Tetapi, persoalan yang paling utama di sini benarkah nasi lemak punca utama kenapa murid di sekolah kita mempunyai risiko yang tinggi mendapat obesiti?
...Tetapi, persoalan yang paling utama di sini benarkah nasi lemak punca utama kenapa murid di sekolah kita mempunyai risiko yang tinggi mendapat obesiti?...
Saya masih ingat dahulu zaman semasa saya masih bersekolah. Setiap pagi saya akan singgah ke kantin dan jamah dulu sebungkus nasi lemak dengan kawan-kawan sebelum sesi kelas bermula. Kadang-kadang kalau tak cukup sebungkus saya akan makan lagi sebungkus. Bila tiba waktu rehat, saya akan berlari pergi ke kantin yang sama dan makan sepinggan lagi nasi (bersama dengan rakan-rakan yang sama). Apabila tamat waktu persekolahan dan sampai ke rumah, ibu saya akan hidangkan nasi dan lauk untuk hari tersebut. Selalunya, saya sudah kenyang sebab sudah makan nasi dua kali di sekolah tapi ibu saya selalu berpesan, "Sebutir nasi itu ibarat setitik peluh petani, tak baik membazir". Disebabkan tidak mahu mengecewakan ibu saya, saya akan habiskan juga nasi itu. Sudah tentu bila tiba waktu makan malam, saya akan dihidangkan dengan nasi lagi bersama dengan hidangan lain. Begitulah selalunya rutin pemakanan saya semasa saya bersekolah. Saya juga tidak bersenam dan hanya habiskan masa dengan bermain komputer dan menonton TV. Bila saya sambung belajar di universiti, saya mula sedar mengapa saya gemuk. Saya tidak tahu langsung apa itu ‘kalori’, ‘lemak’ , ‘karbohidrat’ dan sebagainya. Saya cuma tahu yang kita perlu makan kalau lapar dan membazir makanan ialah suatu perkara yang tidak baik.

Jadi salahkah nasi?

Saya tidak ada niat untuk menuduh nasi sebagai punca kenapa saya gemuk mahupun ibu saya kerana mengingati saya supaya menghargai titik peluh petani. Tetapi, saya rasa murid-murid di sekolah pada hari ini juga mungkin mengalami dilema yang sama seperti saya dahulu. Kemungkinannya mereka tidak tahu berapa jumlah kalori di dalam sebungkus nasi lemak. Saya juga yakin kemungkinan ibubapa mereka juga tidak tahu berapa jumlahnya. Nasi lemak bukan faktor utama kenapa seseorang menjadi obese. Obesiti hanya akan berlaku apabila kita makan secara berlebihan lebih dari apa yang badan kita perlukan.
Nasi lemak bukan faktor utama kenapa seseorang menjadi obese.
Kerajaan perlu mengajar murid-murid di sekolah mengenai makanan. Satu subjek baru patut diwujudkan dan silibusnya meliputi topik-topik mengenai ‘apa itu kalori’, cara memilih makanan sihat, kepentingan senaman dan sebagainya. Kalau kita boleh ajar murid mengira, membaca, sudah tentu kita boleh ajar murid bagaimana untuk hidup dengan sihat bukan?

Akhir kata

Akhir sekali, semua pihak perlu mengambil langkah positif dalam melihat semula cara hidup dan budaya pemakanan kita. Kerajaan boleh hadkan penjualan nasi lemak di kantin tetapi nasi lemak masih tetap lagi dijual setiap hari di gerai, warung, di restoran mamak, di tepi jalan. Kalau kita boleh didik generasi muda mengenai makanan, kita tak perlu risau dan takut terhadap nasi lemak sebab ia bukanlah musuh kita, tetapi makanan tradisi kita. Musuh kita sebenarnya ialah kelalaian kita sendiri apabila kita alpa dan tidak mahu mengambil langkah untuk berubah ke arah yang lebih sihat.

pesanan buat cik iena
jgn kerap mkn nasi lemak okeyh(^_~)

 sumber





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve