Grab The Promo
Grab The Promo

5S Tips Kekal Segar Sepanjang Pagi

Anda mengalami masalah mengantuk di waktu pagi? Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:
"Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi"
Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.
Ada tips yang boleh diamalkan jika kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi.  Mari kita amlkan 5S ini :
01.Subuh
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma'thurat atau al-Quran.
02.Senaman
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.
03.Sembang
Rupanya borak-borak pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga buat kalau ada sahabat yang turut tidak tidur lepas subuh. Tapi jangan sembang benda- benda yang mendatangkan   dosa(mengumpat/fitnah); nanti pagi-pagi sudah kumpul dosa. Nauzubillah.
04.Sapu rumah
Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu senaman.
05.Selesai atau Sempurna
Pastikan semua yang kita buat tu semuanya selesai. Yela, nak hilangkan mengantuk, kita pun pergi la cari penyapu nak sapu rumah, tapi tidak sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk sangat.
Kesimpulannya, tips 5S ini perlulah dilaksanakan dengan sempurna supaya ia betul- betul berkesan.
Ada dua S  untuk hilangkan mengantuk dan tidak tidur lepas subuh.
Pertama,  Segarkan diri (mandi), bila tubuh dah segar secara tak langsung, saya rasa semangat, tidak banyak pun sikit.
Kedua, Stadi atau Siapkan kerja yang tidak siap.
Ok, selamat beramal dan jika ingin wajah berseri ataupun awet muda, jangan amal tidur lepas Subuh ye :D

SUmber





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Superstar Karaoke Alamanda


Siape minat karaoke..
nie ade info..
cik iena dpt pamphlet nie masa g tgk movie kt alamanda
(^_~) 

Superstar Karaoke Alamanda
Superstar Karaoke Alamanda

Superstar Karaoke Alamanda

Sumber : pamphlet comel kt bwh nie
hihi dpt kt alamda

Superstar Karaoke Alamanda


cik iena minat karaoke tp kt umah sudaaa
hahahha klu g karaoke pn dgn family
(^_~)
ayah satu geng dgn cik iena





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TIPS PENJAGAAN WAJAH


Kulit wajah yang cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman setiap wanita. Tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Untuk mendapatkan kulit idaman, pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan wajah yang asas, iaitu membersih, menyegar dan melembap. Tip berikut juga boleh membantu.

1) Pelembab Untuk Kulit Sihat Dan Segar

a. Kulit Normal
Kulit jenis ini sebenarnya memiliki kandungan minyak yang semulajadi. Tetapi, adakalanya kulit menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan supaya memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen. Jika menggunakan pelembab jenis AHA, jangan gunakannya terlalu kerap, cukup sekali atau dua kali seminggu.

b. Kulit Kering
Kulit jenis ini sangat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur yang lebih berat seperti krim. Selain itu, jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur pada setiap hari. Krim malam ini berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda remaja.

c. Kulit BerminyakSebenarnya mereka yang mempunyai kulit berminyak tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kalenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting sekali ia berasaskan air. Pelembab jenis AHA amat disarankan kerana ia membantu membuka pori-pori yang tersumbat.

2) Tips Untuk Solekan Natural dan Segar
a. Persediaan Kulit WajahPerkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membersihkan wajah dengan pembersih yang lembut. Ini diikuti dengan penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol akan membuat kulit kering, bahkan apabila ia tidak sesuai dengan kulit wajah, ia akan menyebabkan kulit mengelupas. Selain itu, jangan lupa sapukan pelembap untuk mencegah kulit kering.

b. Cerahkan WajahIngat! yang anda cari adalah kulit yang bersinar dari dalam, bukan yang berkilat kerana berminyak. Untuk mendapatkan kesan sebegini, sapukankan ‘highlighter’ di atas tulang pipi, tulang alis, dan bahagian tengah hidung sebelum menyapukkan bedak.

c. Periksa Cela-cela Pada Wajah
‘Concealer’ berfungsi untuk menutup cela-cela yang terdapat pada wajah.Tetapi, jika ia terlalu tebal dan banyak, ‘concealer’ hanya akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik, sapukan ‘concealer’ anda secara tipis di tempat yang bernoda sebelum menggunakan alas bedak.

d. Pilih Bedak Yang Tepat
Jika kulit anda berminyak, pilihlah bedak tabur yang ‘translucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. Sapukan secara merata, lebih-lebih lagi di sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar.

e. Bermain Warna
Tampil dengan mekap tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih warna kontra pada gincu bibir. Pilihlah yang berwarna lembut seperti merah jambu cerah dan oren lembut. Untuk mata, sebaiknya pilih yang berjenis ‘matte’. Hindari pembayang mata yang ‘glossy’. Jangan lupa sapukan pemerah pipi senada dengan warna gincu agar anda nampak segar berseri.

f. Awas minyak!Akhir sekali, jangan lupa membawa kertas minyak atau pun tisu muka di dalam tas tangan anda. Kedua-dua barang ini diperlukan untuk menyerap minyak pada wajah. Cara ini lebih baik diguna pakai daripada anda harus mengaplikasikan bedak setiap sejam sekali kerana muka yang berminyak. Malah, ia juga menjimatkan penggunaan bedak muka anda.


3) Buat Si Kulit Kering

Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri. Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia anda yang sebenar? Mungkin ada yang tidak kisah, tapi majoriti akan mula melatah. Kalau boleh biarlah sentiasa kelihatan awet muda walaupun usia sudah menginjak ke 50 tahun. Di mana silapnya?

Sebenarnya untuk tampil awet muda, anda harus memelihara kecantikan dan kesihatan kulit, terutamanya kulit wajah. Kulit yang sihat akan membuatkan anda sentiasa kelihatan muda berseri. Kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya hanya mencacatkan penampilan. Kulit kering memang memerlukan penjagaan yang rapi dan anda seharusnya mengikuti langkah-langkah tersebut untuk memiliki kulit wajah idaman.

a. Bersihkan wajah dengan pembersih yang bersifat lembut. Lakukan sebelum anda tidur di malam hari. Pagi esoknya, memadailah dengan membasuh muka menggunakan air suam dan sapukan pelembap.

b. Lakukan pengelupasan sel kulit mati seminggu sekali untuk menghindari kusamnya kulit. Pilih skrub yang butirannya kecil, halus serta lembut. Sebaik-baiknya hindari skrub yang terdiri daripada partikel garam atau pun ekstrak kacang. Skrub daripada jenis-jenis ini lebih kasar dan boleh menyebabkan kulit wajah cedera. Selain itu, kelembapan kulit juga akan hilang apabila menggunakan skrub daripada jenis tersebut.

c. Seboleh-bolehnya, cuci muka dengan menggunakan air sejuk sahaja. Jika sering menggunakan air suam ia hanya menyebabkan kulit wajah semakin kering.

d. Bersihkan wajah dengan susu pembersih. Jangan gunakan penyegar yang mengandungi alkohol.

e. Gunakan tuala yang lembab untuk mengeringkan wajah setelah membersihkannya.

f. Selesai dengan langkah-langkah di atas, jangan lupa untuk menyapu vitamin E. Kandungan asid lemaknya sangat baik untuk kesihatan kulit.







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

KENALI KULIT WAJAH SEBELUM MEMBELI PRODUK WAJAH


Cara buat pemeriksaan sendiri terhadap muka mengikut jenis kulit

Kulit normal

Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.

Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.

Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.

penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.





Kulit kering
Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.

Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.

Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.

Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.





Kulit berminyak

Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.

Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.

Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.





Kulit kombinasi
Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.

Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.

Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.


Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.


Oleh itu jika ingin mengetahui cara penjagaan wajah , urutan muka dan cuba produk Mary Kay yang mungkin sesuai dengan korang boleh jenguk entri saya yang bertajuk : Percuma Facial & MakeOver Wajah Di Seluruh Negara Ada tawaran Hebat menanti korang







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Cara Hilangkan Selulit

Apa Dia Selulit?
Selulit sebenarnya adalah lemak pada kulit yang bercantum dengan collagen. Gabungan collagenitulah yang memberikan selulit rupa seperti "cottage cheese" yang dimana kebanyakan org  tidak menginginkannya. Selalunya selulit terbentuk pada peha, punggung dan kadangkala pada tangan, dan betis.

Masalah selulit adalah genetically driven (85% daripada kebanyakan wanita mempunyai selulit) dan jarang terdapat pada kaum Adam kerana sel lemak pada kulit lelaki adalah yang lebih jauh daripada lapisan atas kulit. Oleh kerana ia berpunca daripada keturunan, ia juga terdapat pada wanita yang sebenarnya kurus dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Cara Untuk Mengurangkan Selulit?
Malangnya, disebabkan oleh ciri-ciri selulit, hampir mustahil untuk menghilangkan selulit. Apa yang  boleh lakukan adalah mengurangkan lemak!
Kurangkan lemak boleh mengurangkan kesan selulit. Ia tidak hilang 100% tetapi tidak begitu jelas kelihatan.
Untuk keterangan yang lebih lanjut, berikut merpakan   kaedah untuk merawat selulit (kurangkan lemak) :
  • Liposuction: Ia adalah rawatan untuk buang lemak bawah kulit. Ia mahal dan hanya memberi kesan untuk sementara waktu. Liposuction surgery mempunyai beberapa risiko. Selain itu liposuction tidak mengubah struktur kulit anda. Jadi selulit akan terjadi semula sedikit demi sedikit.
Selain itu, terdapat juga rawatan berikut :
  • Mesin Endermologie: ia banyak digunakan oleh pusat rawatan dan spa. Ia mengunakanroller dan suction tool pada bahagian badan yang mempunyai selulit. Sekali lagi, ia hanya rawatan jangka pendek.
  • Pil Pembentung (Blocker) Collagen. Teori : Kurang collagen maka kurang selulit?
  • Krim-krim dan lain-lain.
  • Gaya hidup sihat! Ini mungkin cara yang paling berkesan untuk mengurangkan lemak dan kesan selulit.
Kesimpulan
Kita patut terima hakikat bahawa selulit adalah genetically driven. Rawatan di spa dan pusat kecantikan bukan sahaja mahal tetapi ia hanya untuk jangka masa yang pendek untuk mengurangkan kesan selulit (bukan untuk menghilangkan terus). Jadi kita perlu sentiasa jaga pengambilan lemak dengan pengamakan gaya hidup yang sihat dan akhir sekali, terima badan anda seadanya.

Sumber






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Anda Kurus? 10 Sebab Berat Badan Anda Tidak Naik

1. Kurang Makanan
Untuk membolehkan badan anda menambah berat badan ataupun otot, anda perlu bekalkan kalorie surplus. Di sini, tenaga bekalan makanan perlu lebih daripada tenaga yang dibakar.

2. Senaman pemberat yang kurang berkualiti

Badan anda perlukan sebab untuk membesar - ia perlukan suatu catalyst. Senaman pemberat adalah catalyst yang wajib! Tetapi senaman pemberat semata2 tidak mencukupi. Ia perlukan senaman pemberat yang berkualiti!

3. Terlalu Aktif

Sekiranya anda kerap berlari marathon ataupun banykan amalan senaman kardio, memang sukar untuk menambah berat badan. Jadi sekiranya anda ingin terus aktif dan menambah berat pada masa yang sama, anda perlu tingkatkan lagi pengambilan kalori dari makanan.

4. Takut penambahan berat lemak!

Semua inginkan penambahan berat yang bersih tanpa penambahan lemak. Tetapi itu sukar! Nasihat saya: tambah berat terlebih dahulu, nanti risau pasal lemak berlebihan.

5. Salah Pilih Senaman

Senaman jogging dan badminton tidak akan membantu anda tambah berat badan. Lupakan senaman kardio buat sementara dan beralih kepada senaman pemberat!

6. Tidak Konsisten

Sama seperti proses menurunkan berat bada, menambah berat badan bukanlah kursus jangka masa pendek. Jadi walaupun anda berjaya melalui 10 minggu bersama saya, tidak bermakna anda boleh lepas tangan! Ia perlukan komitmen sepanjang hayat!

7. Over-Training

Yang ini bukan mengenai kardio tetapi senaman beban. Ingat: setiap kali anda melakukan senaman pemberat pada mana2 otot, anda perlu rehatkan otot berkenaan selama 48-72 jam. Ini untuk membolehkan otot tersebut membaiki dan kuatkan diri.

8. Bergantung kepada Suplemen!

Ramai yang  habiskan ratusan ringgit untuk weight gainer dan makanan tambahan yang lain. Tanpa, pemakanan asas dan senamam berkualiti, usaha anda memang sia2

9. Adakah Kekuatan anda Meningkat?

Satu-satu cara saya menilai tumbesaran badan adalah dengan rujukan kekuatan saya melakukan suatu senaman. Sekiranya saya makin kuat, ia adalah tanda otot tersebut telah membesar.

10. Tidak Cukup  Protein

Protein adalah sumber tumbesaran otot. Tanpa bekalan protein yang mencukupi, otot tidak boleh membesar. Pastikan anda makan lebih kurang 2g protein untuk setiap kg berat badan anda.

Sumber




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve