Grab The Promo
Grab The Promo

MENJAGA KESIHATAN SISTEM PENGHADAMAN


MASALAH penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, pedih hulu hati dan senak perut boleh dianggap gejala biasa yang lazimnya tidak serius. Bagaimanapun, kita semua ingin mengawal atau mencegah gejala ini daripada kerap berlaku dan berlarutan sehingga menjadi penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Hakikatnya, bukan susah untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman. Anda hanya perlu menjaga gaya hidup dan diet pemakanan, kerana kesihatan sistem penghadaman bergantung kepada makanan yang anda makan (atau tidak makan!), gaya hidup yang diamalkan dan kegiatan fizikal yang anda lakukan.

Awasi apa yang dimakan
Untuk membolehkan badan anda menghadamkan makanan dengan cekap dan menyerap nutrien, anda memerlukan sistem penghadaman yang sihat. Diet tidak sihat dan tabiat makan yang tidak sihat seperti makan dengan gelojoh dan juga tidak makan pada waktu makan boleh mengganggu sistem penghadaman.

Sebagai contoh, pengambilan makanan yang sudah diproses dan makanan berlemak setiap hari akan memberi tekanan kepada sistem penghadaman anda kerana ia perlu bekerja lebih masa untuk memecahkan atau mengurai makanan tersebut.

Pemakanan yang tidak sihat menjejaskan kesihatan sistem penghadaman, hingga boleh menyebabkan usus kecil kehilangan keupayaan untuk menyerap nutrien daripada makanan. Sistem yang tidak sihat juga menyebabkan kemerosotan aktiviti rembesan (disebabkan kerosakan kelenjar tambahan dan mukosa usus), mengurangkan toleransi lemak dan mengakibatkan kekurangan zat makanan. Semua ini boleh menjejaskan kesihatan.
Tabiat sihat untuk ususUntuk memastikan kesihatan sistem penghadaman anda berada pada tahap optimum, anda boleh mencuba petua yang disyorkan oleh Pertubuhan Gastroenterologi Sedunia:

- Amalkan pengambilan hidangan makanan lebih kecil secara lebih kerap seperti 4-5 sajian lebih kecil dan bukannya 2-3 sajian besar, setiap hari. Bagaimanapun, pastikan sajian lebih kecil ini tidak meningkatkan pengambilan kalori anda secara keseluruhan!

- Makan lebih banyak makanan berserat seperti buah-buahan (pear, epal, betik), sayuran (brokoli, sayuran berdaun hijau, cendawan), kekacang (pea, lentil) dan bijian penuh (roti, bijirin, beras perang).

- Makan lebih banyak ikan, sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu.

- Pilih daging kurang berlemak seperti ayam, ayam belanda atau daging lembu tanpa lemak.

- Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak atau makanan goreng.

- Ambil probiotik seperti susu kultur dengan lebih kerap.

- Minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari dan kurangkan minuman yang mengandungi kafein, alkohol dan gula.

- Aktiviti dan gaya hidup sihat

Mengamalkan gaya hidup sihat dan senaman fizikal secukupnya sangat penting kepada kesihatan sistem penghadaman, dan juga kesihatan badan secara keseluruhan.

Cara berikut dapat membantu anda memastikan sistem penghadaman anda bekerja secara optimum:
Kurangkan tekanan
tekanan atau stres berlebihan boleh melencongkan pengaliran darah daripada sistem penghadaman anda. Sistem penghadaman mudah disesuaikan dengan rutin harian. Justeru, dengan menetapkan masa tertentu untuk tugas tertentu, anda dapat membantu sistem penghadaman anda dan seterusnya membuat diri berasa lebih berupaya mengawal keadaan. Jika anda mengalami Sindrom Gangguan Usus (SUT), tekanan boleh mencetuskan kekejangan dalam kolon anda.

Kekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat
Risiko Penyakit Refluks Gastroesopfagus (GERD) dan kanser adalah lebih tinggi di kalangan individu yang gemuk atau mengalami berat badan berlebihan. Senaman jenis kardiovaskular membantu menguatkan otot abdomen dan mengurangkan rasa malas badan dengan merangsang otot usus untuk menolak kandungan dalam usus untuk melalui sistem anda.

Berhenti merokok
Merokok menjejaskan seluruh badan, termasuk sistem penghadaman. Ia mengurangkan tekanan di persimpangan antara perut dan esofagus, menyebabkan asid perut mengalir balik ke dalam esofagus dan boleh menyebabkan pedih hulu hati dan pelbagai komplikasi lain. Merokok juga boleh memburukkan lagi ulser peptik dan keradangan usus, dan turut dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit kanser.

Hadkan minuman yang mengandungi alkohol, kafein atau gula
Semua ini boleh menjejaskan kesihatan sistem penghadaman anda dan menyebabkan masalah seperti pedih hulu hati, sembelit dan memburukkan lagi gangguan seperti SUT. Alkohol boleh menyebabkan keradangan perut atau dinding esofagus dan mencetuskan gejala pedih hulu hati. Kafein pula boleh menyebabkan asid perut mengalir masuk balik ke dalam esofagus (refluks) dan mengakibatkan pedih hulu hati.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TIPS RAWATAN KUKU

Tips merawat kuku setiap hari dalam mengerjakan pekerjaan rumah adalah dengan melakukan kerja berganti-ganti antara pekerjaan basah dan kering. Contohnya habis mencuci pinggan, seterika baju, jangan membersihkan kamar mandi atau mencuci baju. Dengan cara begini kuku tiadak terlalu lama berada dalam keadaan lembab.

Setiap hari minumlah segelas susu atau jus buah yang ditambah dengan lemak haiwan. Ia bertujuan untuk membuat kuku halus dan tidak mudah retak.

Untuk melembutkan tangan, rendam kedua tangan di dalam jus jeruk yang telah dicampur madu, selama 10 minit. Keringkan tangan dengan cara saling menepukkan kedua tangan dan kemudian sapukankan cream untuk tangan.

Jus lemon merupakan bahan yang sangat bagus untuk memutihkan kuku dan menghilangkan noda baik di kuku mahupun di kulit tangan. Oleskan ke seluruh tangan dan kuku, biarkan selama 15-20 minit. Bilas dengan air hangat dan keringkan dengan menepukkan kedua tangan.
Oleh kerana lemon boleh membuatkan kulit kering, oleskan pelembab berbentuk cream.

Minum tablet kalsium laktat tiga kali sehari dan segelas susu setiap hari akan menguatkan bukan sahaja tulang dan gigi, tatapi juga kuku. Jika kuku dan tangan kusam dan kasar akibat sabun yang tajam, usapkan campuran air mawar dan gliserin sekerap mungkin.

Seperti bahagian tubuh yang lain, tangan juga memerlukan olahraga agar peredaran darah berjalan lancar. Tekup dan kepalkan jari-jari tangan dengan jempol berada dalam kepalan, lalu buka, kepalkan - buka - kepalkan, lakukan sebanyak 15-20 kali per hari. Seterusnya tarik dengan lembut tiap-tiap jari (tidak perlu sampai bunyi).




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TEKNIK SOLEKAN RINGKAS

Mekap secara betul elak wajah kelihatan lesu 

MAHU kelihatan anggun dengan wajah yang bersolek rapi tapi tidak tahu bagaimana caranya menyebabkan ramai wanita tampil di khalayak dengan penampilan solekan yang keterlaluan atau wajah yang lesu tidak bermaya.

Bagi memberi peluang kepada wanita terutama wanita bekerjaya mempelajari teknik betul untuk bersolek,disini diberikan panduan solekan ringkas agar ia memberi manfaat kepada semua.

Wajah
Bersihkan wajah terlebih dulu sebelum disapu pelembap dan seterusnya bedak asas. Pastikan anda memilih bedak asas dan bedak yang sesuai dengan kulit bagi memastikan solekan tahan lama dan kekal gebu. Lanjutkan dengan sapuan pemerah pipi pada tulang pipi tapi ingat, jangan terlalu berlebihan.

Pastikan sebelum membeli bedak, pastikan anda mengenali warna dan jenis kulit terlebih dulu.



Wanita yang mempunyai kulit berminyak lebih sesuai mengenakan bedak jenis debu, kulit kering pula digalakkan menggunakan bedak padat manakala mereka yang berkulit kombinasi, gunakan alat solek berasaskan air.

Bibir 
Lengkapkan penampilan dengan sapuan solekan yang secukupnya saja. Jika ingin bibir kelihatan penuh, bentuk dengan menggunakan pensil bibir berwarna neutral atau semula jadi. Selepas itu, oles gincu berwarna merah jambu sebelum diakhiri dengan sapuan pengilat bibir.

MataJangan terlalu berani memadankan terlalu banyak warna pembayang jika anda ingin tampil sederhana. Pilih warna selamat seperti coklat, hijau dan ungu. Aplikasi maskara penting sebagai pelengkap solekan mata anda.

Pastikan piilihan warna adalah yang sesuai dengan usia, juga warna kulit dan pakaian supaya wajah anda tidak kelihatan pelik dilihat orang lain.

Alis mata
Gunakan pensil alis untuk merapi dan membentuk kening. Ramai wanita yang mengabaikan bahagian alis sedangkan goresan ringkas pada bahagian berkenaan dapat menaikkan seri wajah.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

GELANDANGAN



Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan, gelandangan sebagai orang yang tiada pekerjaan atau tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap, manakala Mr. Dominic Mapstone, Social Worker and Director of Rebecca Community pula mentakrifkan gelandangan sebagai "...an inadequate experience of connectedness of family and or community".

Menurut Hall, 2009, istilah Gelandangan atau Homeless pada asalnya disebut sebagai Vagrants yang kemudiannya digantikan kepada bahasa Eufemistis iaitu Homeless.

Melalui takrifan di atas dapat difahami bahawa gelandangan adalah individu atau sekumpulan orang yang bukan sahaja tidak mempunyai pekerjaan atau tempat tinggal tetapi juga telah hilang kefungsiannya dalam keluarga ataupun masyarakat. Golongan ini juga sangat berkait rapat dengan fenomena orang papa seperti yang ditafsirkan di bawah seksyen 2, Akta Orang-Orang Papa 1977 iaitu:

(i) seseorang yang mengemis di tempat awam hingga menimbulkan kegusaran atau mengganggu orang ramai yang biasa mengunjungi tempat tersebut; atau

(ii)seseorang peleser yang dijumpai di tempat awam, sama ada ia mengemis atau tidak, yang tiada mata pencarian pada zahirnya atau tiada tempat tinggal atau tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.

Gelandangan atau homeless bukanlah satu fenomena yang baru. Namun, sejak akhir-akhir ini ia menjadi satu fenomena sosial yang semakin menarik perhatian umum di negara ini kerana ia menimbulkan kegusaran masyarakat sekeliling dan semakin banyak dibangkitkan di dalam media cetak dan media elektronik, terutamanya masalah gelandangan yang berlaku di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Masalah gelandangan kebiasaannya terjadi akibat sukar untuk mendapat pekerjaan, tidak mampu menanggung kos sara hidup dan sewa rumah yang tinggi terutamanya di bandar-bandar besar. Golongan penagih dadah dan pesakit mental yang telah terbiasa dengan kehidupan bergelandangan yang bebas dan tidak terikat dengan sesiapa juga menyumbang kepada isu gelandangan ini.

Pada masa ini, golongan gelandangan menjadi sebahagian daripada pemandangan biasa di sekitar kawasan ibu negara, khususnya pada waktu malam. Keadaan ini secara tidak langsung boleh menjejaskan reputasi dan imej negara. Isu gelandangan ini tidak lagi boleh dianggap sebagai isu terpencil tetapi perlu dilihat sebagai masalah sosial yang wajar ditangani dan dicari jalan penyelesaian dengan segera. Justeru, mekanisme yang terbaik bagi menangani isu ini, sekaligus dapat membantu mereka diintegrasikan semula ke dalam masyarakat serta tidak terus tercicir daripada arus perdana pembangunan negara perlu dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.



TAHUKAH ANDA HAMPIR 80 % GELANDANGAN ADALAH TERDIRI DARI KALANGAN ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM.
OLEH KERANA RAMAI DIANTARA GELANDANGAN ADALAH BERAGAMA ISLAM,ADA SEGELINTIR PIHAK GEREJA YANG MENAWARKAN SEJUMLAH WANG YANG AGAK LUMAYAN KEPADA INDIVIDU ISLAM YANG BERTUKAR AGAMA KEPADA KRISTIAN DAN JUGA INDIVIDU YANG BERJAYA MENG KRISTIAN KAN GELANDANGAN ISLAM INI JUGA DIBERI UPAH RM YANG LUMAYAN.


SUMBER INI DIPEROLEHI OLEH SAHABAT CIK IENA YANG SEDANG BERGIAT AKTIF DALAM USAHA MEMBANTU GELANDANGAN2 ISLAM SUPAYA TIDAK TERJEBAK DENGAN AGAMA KRISTIAN.



Cik iena dh lama dgr mengenail gelandangan nie.Tapi cik iena tak dengar lg isu org kristian memberi ganjaran RM kpd gelandangan islam yg bertukar agama ke kristian.

Esok malam, 20 April 2012 cik iena dijemput untuk sama2 membuat kerja2 amal menyediakan makanan bagi membantu gelandangan2 di kuala lumpur.

Insyaallah cik iena akan hadir
(^_~)











Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

FAEDAH MEMBERUS GIGI

Mengapa perlu memberus gigi ? 

Amalan memberus gigi secara teratur dan berkesan adalah langkah pertama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Kesihatan mulut yang baik menyumbang kepada penambahbaikan kesihatan dan peningkatan kualiti hidup. 

Bagaimana memberus gigi dapat membantu? 

Amalan memberus gigi sehingga bersih dan secara teratur membantu : 
bersihkan sisa makanan dan plak gigi. 
cegah kerosakan gigi (karies gigi), penyakit gusi (penyakit periodontal) dan nafas berbau (halitosis). 

Perlukah berus gigi ditukar? 

Ya, berus gigi perlu ditukar: 
apabila bulu berusnya mula kembang atau haus. 
selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk. 
selepas 3 bulan penggunaannya. 

Berapa kerap gigi perlu diberus? 
Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya selepas makan dan malam sebelum tidur. Berus selama 2-3 minit. 

Bagaimana memilih berus gigi yang baik? 

Pilihlah berus gigi yang mempunyai ciri-ciri berikut : 
saiz yang sesuai dengan mulut. 
pemegang yang selesa dan teguh. 
bulu berus yang lembut dan hujungnya membulat. 

Apakah cara terbaik untuk memberus gigi? 

Langkah-langkah berikut dapat membantu anda mengamalkan teknik memberus gigi yang berkesan : 
Pada permukaan luar dan dalam, letakkan berus pada kecondongan 45 darjah dan mulakan memberus dari gusi ke gigi. 

Pada permukaan mengunyah, pegang berus gigi mendatar dan berus ke luar dan ke dalam. 
Pada bahagian dalam gigi hadapan, tegakkan berus gigi dan berus perlahan-lahan ke dalam dan ke luar dengan menggunakan hujung berus. 

Di celah-celah gigi / kawasan interdental, gunakan berus gigi kecil (berus interdental) dengan gerakan ke luar dan ke dalam. 
Pegang berus gigi mendatar dan berus lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke belakang. 

Adakah petua-petua yang lain? 

Pastikan memberus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan di celah-celah gigi. 
Jangan berkongsi berus gigi. 
Gunakan ubat gigi berfluorida. 
Simpan berus gigi berasingan (tidak bersentuhan dengan berus gigi lain) untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit melalui bulu berus.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Hilangkan Lebam Bawah Mata



Lingkaran hitam bawah mata seringkali menjadi masalah terutama kepada wanita. Mereka sering menutupinya dengan memakai cermin mata gelap. Namun begitu, mereka tidak perlu risau lagi setelah mengamalkan petua ini yang hanya menggunakan sebiji kentang. Senang dan mudah.



Ikuti cara2 seperti berikut;

1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.

2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.

3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.

4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.

5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.

6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.

7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.

Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.


Selamat Mencuba dan Berjaya!






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Photoshoot @ Tmn Botani Putrajaya





Talent :Iena Eliena

Mua:Iena Eliena

W/Drop:Iena Eliena

Crew:La Ahmad,Ro Hass Nain,Irwan Shah Shah TikusMakmal,Khairil Anuar Black Orionpax,cousin Irwan Shah Shah






Photographer : La Ahmad







Photographer : Dex Fadle


Photographer : Dex Fadle







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Barbie Doll Outing







"Barbie Doll" Outing @ Tasik Permaisuri Cheras

Organizer : Felix In

MUA : Iena Eliena

Model : Iena Eliena

Wardrobe : Iena Eliena





Photographer : Own's Nizam







Photographer : Own's Nizam






Photographer : Own's Nizam




Photographer : Own's Nizam




Photographer : Own's Nizam




Photographer : Own's Nizam




Photographer : Own's Nizam




Photographer : Fiqa Qisfani 




Photographer : Fiqa Qisfani 






Photographer : Fiqa Qisfani 





Photographer : Fiqa Qisfani 




Photographer : Fiqa Qisfani 




Photographer : Fiqa Qisfani 













Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com

Giveaway time..
jom same2 memeriah kan giveaway yg dianjurkan oleh lidarahim.com
utk join KLIK SINI

SYARAT2 NYA

1. Sediakan satu entri khas yang bertajuk :  :: RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com :: dan linkkan ke entri-> KLIK SINI
2. Copy & paste senarai hadiah di bawah ini ke dalam entri kamoo-kamoo.

Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai
 Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai
 Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunai
Hadiah Saguhati x 10 orang
3. Terbuka kepada blogger warganegara Malaysia sahaja.


4. Nak follow blog ini dialu-alukan tetapi tidaklah diwajibkan. Tapi make sure la masa pengumuman pemenang nanti dapat alert dan beri feedback dalam masa 3 hari selepas pengumuman dibuat. Lepas 3 hari tak der feedback, automatik LR akan buat cabutan baru untuk pemenang baru k.


5. Nak tag kawan-kawan juga dialu-alukan tapi tidaklah diwajibkan.

6. Tinggalkan link lengkap entri kamoo-kamoo di ruangan komen entri ini. Oh ya.. letakkan sekali ID facebook atau alamat emel untuk mudah dihubungi nanti.

7. Tarikh tamat GA ini pada 07.05.2012jam 12.00 tengahari.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua Hilangkan Parut Jerawat

petua hilangkan parut jerawat



1. Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

2. Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

3. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut pada waktu malam. Esoknya, cucilah dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu.

4. Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

5. Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

6. Rajin membasuh muka dengan air suam. Beberapa kali dalam sehari.

7. Perah buah Lemon, dan amik jus nya sahaja. Lumurkan jus lemon ke muka 2 kali sehari dan minum jusnya 1 kali dalam sehari.

8. Cuba jangan stress. Ini kerana Stress seringkali menyebabkan jerawat.

9. Menggunakan daun Lidah Buaya. Ambil jel nya saja dan lumurkan ke bahagian parut sehingga kering. Kemudian bilas dengan air suam. Boleh juga jel nya dibuat jus dan diminum sekali sehari.

10. Air panas mati, Air suam. Banyakkan meminum air masak. Kerana air adalah penawar untuk segala jenis penyakit.




Selamat Mencuba (^_~)

Sumber : petuanenek
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve