Grab The Promo
Grab The Promo

Misteri Teksi Buruk Di Jalan Sungai Tua


Lebih kurang 6 tahun yang lepas cik iena pernah di hantui kemalangan misteri yang cukup memberi impak dalam kehidupan cik iena . Tanggal 29 oktober 2010 lebih kurang jam 11 malam, cik iena berseorangan memandu di jalan sungai tua , Selayang . 


Kebiasaannya cik iena akan pulang ke kampung bersama adik tapi berbeza pada hari tersebut cik iena pulang bersendirian kerana pada ketika itu adik tidak dapat turut pulang sama kerana ada peperiksaan di UKM

Sebelum melangkahnya cik iena untuk memandu pulang ke kampung memang sudah terdetik rasa yang mencurigakan , rasa yang kurang selesa tapi atas desakan keluarga cik iena pulang juga malam tersebut kerana keesokan hari nya adalah majlis persandingan sepupu cik iena di batang Kali.

kawasan perkelahan sungai tua p3
Kejadian misteri ini terjadi berhampiran tempat berkelah P3 di sungai tua di mana ia merupakan tempat laluan memotong dan mendaki bukit dari arah kuala lumpur ke batang kali. Setibanya di kawasan memotong tersebut cik iena telah memintas/memotong satu Teksi yang agak usang dan perlahan . Jika di ikutkan peraturan memang tiada salah memotong di kawasan memotong .

Kebiasaannya cik iena jarang memotong di jalan sungai tua, akan tetapi teksi yang di pandu tersebut tersangat perlahan dan cik iena telah lama mengikut kereta tersebut dari belakang jadi setibanya di lorong memotong cik iena bertekad untuk memotong.

Selepas sahaja cik iena memotong teksi tersebut, kereta dari arah bertentangan cik iena memberikan lampu tinggi . Cik iena pun berasa pelik mengapakah kereta tersebut memberikan lamu tinggi . Dalam hati cik iena mungkin dia ingin memberitahu ada kemalangan di hadapan atau ada polis.

Cik iena pun terus memandu dengan tenang tetapi malangnya sejurus selepas kereta tadi lalu di sebelah cik iena keadaaan di hadapan cik iena bertukar menjadi kabus tebal seperti seolah olah cik iena berada diatas awan dan pada ketika itu cik iena merasakan seolah olah cik iena sedang bermimpi. Tiba tiba cik iena tersentak apabila cik iena menyedari bahawa cik iena berada di lorong bertentangan.


Kawasan perkelahan sungai tua P3
Kawasan perkelahan sungai tua P3


Cik iena mula menekan brek namun kereta makin laju seolah-olah brek tidak berfungsi dan yang peliknya jalan tersebut adalah menaki bukit yang boleh dikatakan tinggi. Cik iena pun memusingkan stearing kereta ke kiri bagi mengelakkan cik iena terjunam ke tepi bukit lorong sebelah dan mengelak dari terlanggar kereta lorong bertentangan dan selepas itu kereta pun berpusing pusing.

Apa yang cik iena dapat rasakan dalam kereta pada ketika itu adalah dalam keadaan slow motion kereta berpusing pusing sehinggalah ke pusingan ke tiga iaitu terakhir kereta cik iena berdentum terbalik di bahu jalan. Semasa adengan kereta berpusing ni cik iena terbayang MOVIE TOkyo Drift haha merapu betul.

Bila dah terbalik dan berdentum di tepi jalan cik iena tersedar dari lamunan. Ouhh iena accident ke.
Alhamdulillah walaupun keaddan kereta boleh di katakan teruk  tapi cik iena selamat tanpa sebarang luka . Cuma cik iena mengalami lebam-lebam seluruh badan dan sakit kepala akibat hentakan .

Yang mebih membuatkan cik iena rasa bersyukur adalah keadaan cermin kereta yang pecah depan dan belakang tetapi cik iena terselamat tanpa luka . Kuasa Allah betul, ramai yang berhenti di tempat kejadian terkejut kerana pemandu masih selamat dan hidup.


Okay sambung cerita setalah cik iena accident . Cik iena gagah kan diri untuk keluar dari kereta kerana di situ laluan sunyi. Cik iena berusaha memanjat pintu depan kereta bahagian sebelah pemandu untuk keluar tapi tidak berjaya kerana cik iena kekurangan tenaga . Keadaan kereta cik iena pada ketika itu adalah dua tayar dia tas dan dua tayar di bawah di mana bahagian pemandu dan penumpang sebelah kanan terbalik di bawah dan bahagian penumpang sebelah kiri diatas.


Boleh di katakan kereta cik iena mengalami kerosakan yang sangat teruk . Cermin depan belakang dan bahagian pemandu serta belakang pemandu pecah dan bumbung kereta terbelah dua . CIk iena pun tak pasti apa yang cik iena langgar sehingga terbelah dua (belum terbelah habis lah tapi memang kene ganti body..krik krik duit kuar. Nasib ade insurance)

Maaf kejadian lama berlaku cik iena tidak menyimpan gambar tambahan pula pada waktu kejadian cik iena berseorangan . Agak lama juga cik iena tunggu bantuan sehingga lah datang seorang uncle india  membantu cik iena keluar .

 Dalam masa menanti bantuan cik iena berusaha untuk keluar walaupun tangan , kaki, badan sakit kerana cik iena terlalu berdrama cik iena risau kereta meletop . Mana taknya kereta cik iena terbalik kot . Mau tak cuak .

Tapi jika di ikutkan cik iena boleh je merangkak keluar ikut cermin belakang sebab cermin belakang pecah. Tapi masa tu cik iena memang tak berani pandang belakang lah. Suasana sunyi tiada kenderaan yang lalu. Sangat seram , cik iena bertarung dengan perasaan, bertarung tenaga cuba menyelamatkan diri.

Sehinggal lah bantuan tiba. Setelah cik iena di keluarkan oleh uncle india tu  datang sepasang suami isteri yang menyatakan bahawa mereka yang memberikan lampu tinggi pada cik iena . Mereka tekad membuat keputusan untuk berpatah balik kerana mereka dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku pada cik iena .

Cik iena pun bersuara, akak nampak tak teksi yang saya memotong tadi? mana dia ? saya takot kalau kalau saya terlanggar dia . Rasa bersalah pula kalau saya membahayakan nyawa orang . Tiba tiba kakak tu cakap , "masa akak bagi lampu tinggi tu akak nampak adik je , takde kereta lain . Dan akan bagi lampu tingi sebab... emmm akak tak boleh cerita sekarang, akak pun dah terkena tapi akak sempat brek. Akak rasa adik faham "



HUwaaaaaa seram bila akak tu cakap macam tu tau. Seram sangat bila dia cakap dia tak nampak kereta lain . Maknanya teksi yang iena nampak yang iena potong tu bukan teksi lah . Ada yang berpendapat dia sengaja mengacau. MEmunculkan diri dalam bentuk kereta tapi bukan sebenarnya dan dalam pada masa yang sama cik iena kemalangan terdapat tiga lagi kemalagan yang di laporkan di kawasan berhampiran yang mana sebabnya juga adalah sama seperti cik iena .

Pasti ada yang tertanya-tanya apa yang kakak tersebut nampak . Cik iena terlupa mengambil no telefon kakak tersebut kerana keadaan cik iena yang dalam separuh sedar . Cik iena cuma teringat kata katanya bahawa dia tidak boleh menceritakan pada ketika itu kerana keadaan yang tidak sesuai.

Sehingga sekarang cik iena masih fobia melalui kawasan tersebut . Jika berseoarangan cik iena tidak akan mengikut laluan tersebut. Cik iena rela ikut jalan Rawang untuk balik Batang Kali walaupun jalan sungai tua adalah yang paling dekat . Cik iena cuma akan menggunakan jalan tersebut jika berdua dan sebelum waktu magrib . 

Lagi pun sebelum ini cik iena memang kerap di ganggu dengan kejadian kejadian aneh di jalan sungai tua namun cik iena beranikan diri kerana itu merupakan jalan pintas untuk balik kampung cik iena. Kebiasaannya apabila diganggu cik iena tidak akan melayan, cik iena berdiam diri dan memasang surah surah di dalam kereta dalam ketika itu adik atau sesiapa yang naik kereta bersama cik iena memang akan faham kenapa cik iena tiba tiba diam dan memasang surah .

Cik iena pun pelik kenapa cik iena suka di ganggu benda benda halus. Cik iena pergi ke Chiang Mai dan  Chiang Rai thailand pun sama ada yang berkenan nak menyakat . HUhh biasanya cik iena akan bagi tau roomate cik iena tentang sifat mudah di dekati benda halus pada mereka sebab cik iena risau kalau mereka juga tak kuat. Sehingga pernah terjadi cik iena dan roomate bermalam sekejap di bilik kawan lelaki kerana kami diganggu oleh sesuatu . Yang lagi menyeramkan boleh pulak budak budak tu google kisah seram kat situ dan jumpalah hantu tuk tuk.

Filem Volkswagen Kuning
Filem Volkswagen Kuning


Awakkkkkk kejam betul lagi iena takut masuk bilik. memang malam tu kami berdua jadi bibik dorang la buatkan megi buatkan air sambil layan movie. Masa tu company trip  ke chiang mai dan chiang rai. Nasib lah hotel kat situ 5 star besar selesa. Haha boleh menumpang. Kalau iena cerita kisah ni jadi makin panjang pulak entry ni kan.. hahaha nanti iena cerita okay .

Menyeramkan betul hantu TUK TUK tu tak pasal pasal jadik bibik encik officemate sebab takut nak tidur bilik sendiri.
Hmmmmm dalam keadaan terdesak tak salah kan iena dan kawan iena menumpang bilik  kawan lelaki . Iena rasa pun kalau korang kat tempat iena korang buat benda yang sama . Iena pun bagi tau keluarga iena apa yang berlaku.

Volkswagen Kuning
Filem Volkswagen Kuning

Ish panjang pulak cik iena cerita kan . Ni sebenarnya iena nak bagi tau ni ada Filem Seram baru yang bakal di tayangkan pada 22 September 2016  iaitu filem yang bertajuk Volkswagen Kuning


Sinopsis Volkswagen Kuning



Volkswagen Kuning
MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah,
datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari  kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.










JOm tengok sikit the making filem ni


Haa ni pulak official trailler dia .



Tiba-tiba cik iena rasa nak tengok filem ni walaupun pada azali nye cik iena takut cerita hantu  tapi bila baca sinopsis tu cik iena nak tau apa yang Sarah bawa tu . Sebab sebenarnya cik iena sendiri kadang kadang merasakan sesuatu yang pelik pada diri sendiri. Hurmmm Penat pergi berubat dah Tapi kadang kadang malas nak layan tapi kadang kadang perlu di fikirkan
T______________T

Okay dah lewat malam ni, esok raya awakkkkkk
Selamat HAri Raya Aidiladha 
Ehh cerita diatas bukan cerita dongeng tau.
Kisah cik iena tu kisah benar


Blogger Contest Volkswagen Kuning


EHH Lupa pula sebenarnya blog post ini adalah untuk Blogger Contest Volkswagen Kuning . KEpada Blogger yang menyertai Contest ini anda akan berpeluang untuk ke Tayangan Perdana Filem Volkswagen Kuning pada 20 September 2016 dan berpeluang memenangi Hadiah Utama (setakat ini masih tak pasti hadiah utamanya tapi dengar dengar cerita handphone (^_~) )

Pada yang berminat untuk sertai anda boleh ceritakan mengenai kisah seram anda atau pun kisah yang anda pernah dengar di Blog anda . Kemudian di Penghujung Entry tuliskan serba sedikit mengenai Filem Volkswagen Kuning .Beserta Video Behind The Scene dan Trailler.

Selepas itu, anda di kehendaki meninggalkan komen di ruangan komen pada http://www.broframestone.com/2016/09/bloggers-contest-filem-volkswagen-kuning/

Ehh ada lagi satu . Anda juga di kehendaki memuat naik poster Filem ini da laman sosial anda iaitu faceebook dan Instagram.

Untuk gambar tersebut anda boleh PM facebook  tuan empunya contest (https://www.facebook.com/framestone) atau boleh je guna gambar yang sama seperti cik iena upload.


A photo posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on

Dan anda juga perlu menghantar link pengesahan ( Blog post + fb post + instagram post ) di Fanpage Hye Bro Sebelum 14 September 2016 jam 11.59 pm.



Pstttttttttttt Nak bagi tau tempoh contest dah di lanjutkan sehingga 18 September 2016  jam 12 tengah hari .  Cepat cepat siapa nak Oppo F1s , jom join contest ni .


Oppo F1s
Oppo F1s
 


Jom join contest ni :)


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


3 Langkah Mudah Kulit Kekal Cantik dan sihat dengan Bluebell

3 Langkah Mudah Kulit Kekal Cantik dan sihat dengan Bluebell


Hanya 3 langkah dengan menggunakan Pencuci Muka, Serum dan krim siang/ krim malam dari Bluebell Skincare, kulit akan kekal sihat, cantik, lembab dan berseri. Gandingan sempurna ini mampu membuatkan kulit menjadi putih berseri.  


Bluebell adalah rangkaian produk kecantikan yang di sahkan Halal serta mempunya Sijil GMP dan  berdaftar dan mempunyai sijil dari Malaysian Ministry of Health. Ianya juga tidak di uji pada haiwan.



Bluebell Radiance Skincare Series
Bluebell Radiance Skincare Series


Bluebell Radiance Skincare Series


Merupakan Set Penjagaan muka yang mengandungi Cleanser, Daily Defence Moisturiser, Night Moisturiser dan Serum. Ia merupakan siri kedua dari Rangkaian Produk kecantikan dari Bluebell selepas lahirnya Bluebell Classic.



Bluebell Radiance Skincare Series
Bluebell Radiance Skincare Series


Jika di bandingkan dengan Bluebell Classic,  rumusan kali ini telah di pertingkatkan di mana kandungan kandungan aktif seperti "Collagen" dan "Stem cells" di tambah.

Pembaharuan ini dirumuskan agar anda dapat menikmati kulit yang lebih putih berseri disamping bebas daripada kesan jerawan dan cela.

Bluebell Cleanser



Bluebell Cleanser
Pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mengandungi Salicylic Acid dan Glycolic Acid membantu menghilangkan bintik-bintik jeragat, jerawat dan sel-sel kulit mati di kulit wajah anda tanpamengakibatkan liang roma tersumbat. Kulit muka anda akan sentiasa kelihatan bersih serta berseri .



Kandungan : Aqua, selulosa, Glycerin, Sodium Cocoyl Isethionate, Propylene Glycol, Betaine, Asid salisilik, Hamamelis Virginiana (ahli sihir hazel) ekstrak, asid laktik, asid Glycolic, Triclosan, BHT, Fragrance, CI 77.491, Imidazolidinyl Urea








Cara Penggunaan :
Basahkan muka dan leher anda. Sapukan muka dan urut perlahan-lahan pada muka dan leher dengan teliti. Bilas dengan air bersih.

Bluebell Serum



Bluebell Serum
Diformulakan untuk meningkatkan seri wajah serta mencerahkan kulit secara semulajadi. Gabungan serta rumusan khas daripada "Kojic Acid", "Licorice", "VitaminE" dan "Stem Cells" mempercepatkan lagi pencerahan kulit secara semulajadi dan membantumelambatkan penuaan serta menghilangkan masalah jerawat dan jeragat.

Kandungan : Aqua, Carbomer, Cellulose, Glycerin, Menthol, Alcohol Donal. Triethanolamine, Kolc Acid, Lactic Acid, Glycrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Salicylic Acid, Propolis Extract, Hamamelis Virginiana (With Hazel) Extract, Tochopheryl Acetate, Hydrolyzed Soy Protein, Collagen, Sodium Hyaluronate, Argon Oil PEG•8 Ester, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Imiclazolidinyl Urea





Cara Penggunaan :
 Selepas mencuci muka dengan  Pembersih muka Bluebell ,  titis kan serum pada dahi, pipi dan dagu. Kemudian gosokkan secara sama rata di muka. Buat urutan lembut supaya ia meresap sempurna ke dalam kulit wajah.


Bluebelll Daily Defence Moisturiser



Bluebelll Daily Defence Moisturiser
Direka Khas untuk kulit orang Asia dalam menghadapi cuaca panas terik serta melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB. Tekstur warnanya yang menyerupai kulit orang Asia boleh di jadikan sebagai Asas Solekan. ia juga turut di perkaya dengan "Licorice" yang membantu kulit anda menjadi lebih cerah dan berseri sepanjang hari.


Kandungan : Aqua, Bulyrospermum Parkii (Shea Butter) Fruit, Diment htcone, Hydrolyzed Candolilla Wax, Synthetic Beeswax, Cocos Nuclfera (Coconut) 011, CeHulas *, Diatomaceous Earth, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Zinc Oxide, Titanium Dioxide, Glycerin, Sodium Chloride. BHT, Tr! Clown, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Glycrrhiza glabra (Licorice) Root Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Tocopheryl Acetate, Panthenol, Propolls Extract, Collagen, Fragrance, Imidazolidinyi Urea, Phenoxyethonol, Capryiyi Glycol, Imidazolidingl Urea.


Cara Penggunaan :
Selepas mencuci muka dengan  Pembersih muka Bluebell dan menggunakan Serum Bluebell,  titik pelembap pada dahi, pipi dan dagu. Kemudian gosokkan secara sama rata di muka.

Bluebell Night Moisturiser



Bluebell Night Moisturiser
Pelembab malam yang diperkaya dengan "Stem Cells" dan "Collagen" ini dapat membuatkan kulit anda sentiasa muda remaja. "Stem Cells yang diekstrak dari tumbuh tumbuhan adalah agen anti penuaan yang amat efektif untuk meransang Sel-Sel baru dan membantu menghilangkan tompok-tompok hitam. Krim ini membuatkan kulit anda sentiasa kelihatan tegang dan anjal.

Kandungan : Aqua, Glycerin, PEG-5 Glyceryl Stearate, Cetyl Alcohol, Carbomer, Propylene Glycol, Triethanolamine, Menthol, Fragrance, BHT, Panthenol, Collagen, Aloe Barbadensls Leaf Extract, Tocopheryl Acetate, Propolls Extract, Glycrrhiza Gkibra (Licorice) Root Extract, Citrus Aurantlum Dulcis ( Orange) Callus Culture Extract, Sodium Hyaluronate, Phenoxyethanol , Caprylyl Glycol, Imidazoliclinyl Urea.




Cara Penggunaan:
Selepas mencuci muka dengan pembersih muka Bluebell dan menggunakan Serum , sapu pelembap dan urut perlahan-lahan ke dalam malam seluruh muka.




Produk Penjagaan Kulit yang di sahkan Halal


Produk kosmetik Halal tidak mengandungi alkohol, sumber haram produk haiwan secara umum dan babi khususnya. produk kosmetik yang boleh mendatangkan mudarat kepada manusia untuk pengindahan adalah tidak dibenarkan. TidakMenggunakan sumber berasaskan haiwan dan bahan kimia yang boleh membahayakan .



Produk Penjagaan Kulit yang di sahkan Halal
Produk Penjagaan Kulit yang di sahkan Halal

  • Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau produk haiwan yang halal bagi umat Islam atau produk haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Syariah.
  • Tidak mengandungi mana-mana bahan-bahan yang najis mengikut undang-undang Syariah. 
  • Selamat dan tidak berbahaya.
  • Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan dicemari najis (tahi dan tidak bersih) mengikut undang-undang Syariah. 
  • Bahan bahan tidak mengandungi mana-mana bahagian manusia atau pendapatan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang Syariah.



Apa Kata Cik Iena Tentang Bluebell


3 Langkah Mudah Kulit Kekal Cantik dan sihat dengan Bluebell
Packaging yang sangat mudah untuk di bawa kemana-mana dan ianya muat untuk di letakkan di dalam beg tangan anda


Antara perkara yang menarik apabila menggunakan produk ini adalah. Packaging yang sangat mudah di bawa kemana-mana. Jadi anda boleh gunakan di rumah mahupun di surau pejabat serta di luar kawasan selepas anda berwuduk dan bersolat . Ianya sangat mudah di bawa kemana-mana dan ianya muat di letakkan di dalam beg tangan anda

Selain daripada itu apa yang cik iena suka mengenai produk ini selepas seminggu penggunaan  cik iena dapati krim malam produk ini sangan nyaman untuk di pakai. Anda akan berasa segar seperti anda sedang menghirup udara segar di tanah tinggi Genting Highland. Anda pun boleh melelapkan mata ketika tidur dengan tenang dan nyenyak.

Krimsiang nya juga sangat sangan membantu cik iena yang kurang gemar bersolek ketika ke pejabat. Walaupun nichie blog cik iena adalah beauty tapi cik iena ni memang tidak bersolek ketika hari biasa iaitu weekday . cik iena lebih selesa pergi ke pejabat tanpa solekan .Cik iena hanya bersolek pada hujung minggu atau jika terdapat mana-mana jemputan event.

Jadi krim siang ini sangat sangat membantu cik iena untuk kelihatan lebih berseri tanpa menggunakan solekan . Sekiranya anda ingin kelihatan lebih menyerlah anda boleh lebihkan pemakainan krim siang ini . Ianya tidak berminyak untuk anda gunakan sepanjang hari.


Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari atau hubungi

Website : http://bluebell-halal.com/
Facebook : https://facebook.com/bluebellhalal
Instagram :  https://www.instagram.com/bluebellhalal/
Twitter : https://twitter.com/bluebellhalal
Website : www.bluebell-halal.com




iBLUEBELL COSMECEUTICALS (M) SDN. BHD (1127711-D)

Address: Plaza Azalea, 40000, Shah Alam Selangor
Telephone: +6019 356 8850
E-mail: bluebellhalal@gmail.com






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Bawal Aidijuma di Lazada Malaysia


Tudung Aidijuma di Lazada Malaysia

Aidijuma merupakan jenama tudung yang tidak asing lagi di Malaysia. Aidijuma mempunyai peminatnya yang tersendiri sehingga ada diantara mereka yang sanggup mendapatkan setiap design bagi setiap keluaran.  Aidijuma juga dikatakan jenama tudung yang berkualiti dan dijual pada harga yang sangat berpatutan . Harga berpatutan yang di katakan harga mampu milik ini membuatkan jenama ini terus kekal di hati Rakyat Malaysia.

Tambahan lagi Aidijuma sentiasa mengeluarkan design design yang terkini khas buat peminat setia mereka . Ibu dan adik cik iena juga merupakan penggemar Aidijuma . Begitu juga dengan rakan pejabat cik iena . Mendengarkan kisah rakan pejabat yang sangat teruja untuk mengumpul setiap koleksi bawal Aidijuma buat cik iena rasa teruja .


KENAPA AIDIJUMA DI GEMARI RAMAI ?

 


Cik iena berkesempatan bertanya apakah faktor utama yang menyebabkan Aidijuma menjadi pilihan.

Dengan tenang dan bersahaja rakan cik iena menjawab "TAK PERLU IRON DAN MUDAH DI PAKAI SERTA SELESA"

"TAK PERLU IRON" , cik iena juga suka tudung yang tidak perlu di iron :). Mudah nak pergi kerja
.

Bawal Aidijuma di Lazada Malaysia
sembang santai bersama rakan pejabat mengenai Aidijuma :)

Sebenarnya cik iena juga kalau lambat ke pejabat cik iena akan pakai tudung Aidijuma adik cik iena . Adik dan ibu cik iena memang peminat tegar Aidijuma . Selepas ni cik iena boleh lah menjinak jinak kan diri dengan Aidijuma.


Bawal Aidijuma di Lazada Malaysia
Terima Kasih Lazada :)


Bercerita mengenai Aidijuma baru baru ini cik iena dapat hadiah daripada Lazada Malaysia iaitu tudung Aidijuma . Seperti yang pembaca blog cik iena sedia nampak di blog cik iena memang banyak iklan lazada merelip merelap , Bagi menghargai Blogger yang sentiasa menyokong beliau. Pihak Lazada memberikan Bawal Aidijuma untuk cik iena cuba.



Bawal Aidijuma di Lazada Malaysia
Cik iena memakai Bawal Aidijuma dari Lazada :)


Jemput tonton video Unboxing yeahh




Cik iena pun baru tau bahawa di Lazada Malaysia juga ada jual Bawal Aidijuma. Kebiasaannya cik iena beli kan mak dan adik bawal Aidijuma di Nu Sentral . Jadi lepas ni nak bodek puan Ibunda cik iena tak perlu susah susah ke Nu Sentral dah, boleh beli online je di Lazada.



Bawal Aidijuma di Lazada Malaysia
Adik cik iena selaku peminat tegar Aidijuma pun pakai Bawal Aidijuma dari Lazada



Pada yang berminat nak dapatkan secara Online di Lazada sila klik pautan di bawah



Istimewa buat pelanggan anda semua ni cik iena nak kongsi voucher code yang anda boleh guna .
Untuk pengetahuan semua sekarang tengah hangat berlansung "MY FASHION BIG BRAND SALE" bermula dari 5 september 2016 sehingga 11 September 2016 .

Untuk kempen ini anda boleh menggunakan Voucher code yang berikut.

MY FASHION BIG BRAND SALE
VOUCHER CODE : FABIG20
Tarikh Tamat : 11 September 2016

 Selain daripada itu anda juga boleh gunakan Voucher Code berikut .

malaysia day sale

malaysia day sale


LAZADA JUAL AIDIJUMA ORIGINAL KE?

 

Pasti ada yang tertanya tanya original ke tidak . Untuk pengetahuan semua Lazada menjual Aidijuma yang original, bukan tiruan seperti yang terdapat di pasar malam . Cik iena yakin dan jamin 100% Aidujuma Original . Rakan cik iena sendiri yang mana beliau adalah peminat setia Aidijuma juga mengesahkan Original atau tidak bila cik iena sendiri menunjukkan tudung Aidijuma dari Lazada yang cik iena dapat.
Seperti kita sedia maklum Lazada merupakan platform jualan Online yang sangat popular di Malaysia khususnya jadi mereka sangat mementingkan Kualiti mereka .   Jadi anda tidak perlu ragu ragu akan hal tersebut . Cik iena jamin ORIGINAL okay :)









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Lady Aderissa Couture sinar baharu dunia hijab


Lady Aderissa Couture merupakan Online Boutique yang berpegang kepada prinsip trendy mengikut syariat . Mereka merupakan salah satu jenama tudung terkenal dalam talian. 
Lady Aderissa Couture atau LAC membawa sinar baharu dalam industri tudung negara apabila ia menawarkan pelbagai jenis tudung bersaiz besar dan labuh dengan rekaan moden yang sangat menarik dan selesa .

Pengasas LAC, Puan Izzah Jaslenda berkata, keistimewaan tudung LAC terletak pada pematuhan kepada tuntutan syariat dan kualitinya.



Menurutnya lagi “Kepakaran kami adalah menghasilkan tudung segera atau instant hijab, tudung separa segera atau semi instant, selendang lebar dan tudung bawal bersaiz besar, labuh, dengan kualiti terbaik. Matlamat kami adalah supaya wanita Islam dapat menutup aurat dengan sempurna mengikut tuntutan syariat namun tetap kelihatan bergaya dan kontemporari,” 

 Puan Izzah Jaslenda
Puan Izzah Jaslenda

Untuk pengetahuan, Puan Izzah Jaslenda  pernah berkhidmat di Bank Negara Malaysia sebelum menceburi bidang keusahawanan tudung secara sepenuh masa. Beliau mengambil keputusan untuk membuat perniagaan ini secara sepenuh masa setelah 3 tahun beroperasi secara dalam talian . 
Kadar permintaan pelanggan yang semakin meningkat membuatkan beliau bertekat untuk membuka butik sendiri.

Lady Aderissa Couture
Lady Aderissa Couture


Kualiti dan keunggulan jenama LAC juga diiktiraf apabila menjadi penaja bagi pelbagai majlis melibatkan selebriti terkemuka negara termasuk tajaan cenderahati eksklusif untuk majlis pernikahan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin serta tajaan pakaian untuk telefilem dan drama.

Lady Aderissa Couture
Lady Aderissa Couture

Puan Izzah Jaslenda  berkata, LAC yang membawa moto ‘Jenama Islam No. 1 Anda’ pada awalnya bergerak secara dalam talian termasuk dijual melalui laman web membeli-belah popular ZALORA sejak Disember 2015.

Lady Aderissa Couture
Lady Aderissa Couture


Kini, jenama tudung itu mula melebarkan sayapnya dengan memasuki pasaran runcit dan boleh didapati di AEON Shah Alam serta AEON Kota Bharu bermula awal tahun ini.


Menyentuh mengenai projek terkini LAC, Izzah berkata jenama itu berjaya mengeluarkan pakaian pejabat plus size pertamanya yang menampilkan dua rekaan eksklusif dan bergaya, iaitu #MayesaBlouse dan #BalqeesBlouse.

Lady Aderissa Couture
Lady Aderissa Couture


Katanya lagi , LAC juga mengukir satu lagi sejarah manis apabila ia kini telah membuka butik pertamanya di Bangi Sentral pada awal Ogos yang lalu.

“Hasrat kami adalah untuk memartabatkan tudung yang mewah dan berkualiti dengan harga mampu milik, insya-ALLAH,” katanya.


Lady Aderissa Couture
Lady Aderissa Couture
Baru baru ini cik iena telah berkesempatan menghadirkan diri ke Majlis Pembukaan Rasmi  Lady Aderissa Couture bertempat di Bandar Baru Bangi

Majlis Pembukaan Rasmi  Lady Aderissa Couture (LAC)

 

Majlis ini disambut meriah dengan kehadiran media dan juga pelanggan setia  Lady Aderissa Couture . Pada hari tersebut kesemua koleksi tudung di jual pada harga RM49.90  untuk kesemua koleksi tudung mereka yang mana harga asalnya bermula dari RM49.90 sehingga RM 219 .

Setibanya cik iena di sini sudah pasti cik iena tidak melepaskan peluang untuk melihat koleksi koleksi tudung yang ada. Apa yang cik iena dapati LAC menggunakan Shiffon Pearl yang sangat lembut , berat dan berkualiti . Penggunaan material yang berkualiti juga mampu membuat pelanggan mereka setia pada jenama mereka .

Cik iena juga sempat membeli belah tudung ketika menghadiri majlis tersebut . Kepada peminat tudung dan selendang anda pasti akan jatuh cinta dengan koleksi tudung dari LAC sekiranya anda berkunjung ke Butik mereka begitu juga dengan cik iena :)

Gambar Di Sekitar Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)


Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)
cik iena sempat membelek dan membeli tudung semasa Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)

Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)
tuanempunya blog shopping sambil selfie

Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)
OOTD cik iena ketika Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)

Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)
Butik Lady Aderissa Couture (LAC) yang cantik dekorasinya




Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)
Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)

Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)
Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)


Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)
Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)

Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)
Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)

Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)
Majlis Pembukaan Rasmi Lady Aderissa Couture (LAC)


JUALAN HARI RAYA AIDILADHA RM49.90 UNTUK KESEMUA JENIS TUDUNG

Bersempena hari  raya aidiladha yang bakal tiba LAC membuat jualan RM49.90 untuk kesemua koleksi tudung mereka sehingga 11 September 2016 . Jadi kepada peminat LAC jangan lupa dapatkan koleksi tudung impian anda dari LAC :)


Untuk maklumat lanjut Sila Layari atau hubungi

Email : ladyaderissacouture@gmail.com
Alamat :  1-11- 3, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
Nombor telefon 03-89128614.

Lady Aderissa Couture sinar baharu dunia hijab



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Percuma Buy One Free One Dominos Pizza apabila anda membeli belah di 11street


11street’s partnership with Domino’s Pizza Malaysia means that every shopper who buys something from 11street will receive a voucher code to redeem free pizza from Domino’s Pizza Malaysia
Istimewa buat pelanggan 11street dan penggemar pizza, kini anda berpeluang mendapatkan voucher "Buy One Free One Dominos Pizza" apabila anda membuat sebarang pembelian di 11street. Tawaran ini sah daripada 1 septermber 2016 sehingga 30 september 2016 . 


Percuma Buy One Free One Dominos Pizza apabila anda membeli belah di 11street
Step in-store to any Domino’s Pizza Malaysia outlet to receive 11street discount coupons

 

"Buy One Free One Dominos Pizza"

 
Anda cuma perlu membeli belah di 11street . Tiada syarat minimum pembelian di kenakan. Kempen ini sah di kedua dua aplikasi 11street  iaitu desktop dan juga mobile apps.

Untuk penebusan Pizza dominos ianya sah mulai 1 september 2016 sehingga 7 oktober 2016 .

Anda boleh menebus pizza secara online di www.dominos.com.my dengan memasukkan voucher code yang telah di emailkan kepada anda selepas anda selesai membuat pembayan di www.11street.my


Percuma Buy One Free One Dominos Pizza apabila anda membeli belah di 11street
The ‘Buy 1 Get 1 Free Pizza’ promotion on 11street starts 1 September and ends 30 September

Order 'Fabulous Four' di Dominos Malaysia untuk Menerima 11street Voucher



Selain manfaat membeli-belah secara online diatas ,  anda juga berpeluang menerima vaucher dari 11street bernilai RM11 sekiranya anda membuat pesanan 'Fabulous Four'  di mana-mana 164 cawangan Domino Pizza di seluruh negara.



Terima kupon 11street bernilai RM11 apabila anda membeli Fabulous Four baru dari Domino Pizza Malaysia

Terima kupon 11street bernilai RM11 apabila anda membeli Fabulous Four baru dari Domino Pizza Malaysia




Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan tawaran, sila layari 11street di www.11street.my, atau Domino Pizza Malaysia di www.dominos.com.my.









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve