Grab The Promo
Grab The Promo

Kepentingan Kelengkapan Keselamatan Kebakaran di Rumah


Menurut kenyataan , Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim Selaku Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat baru-baru ini,


Kepentingan Kelengkapan Keselamatan Kebakaran di Rumah

"isi rumah di seluruh negara perlu dilengkapi dengan  sekurang-kurangnya alat pengesan asap di dapur dan kawasan yang mempunyai litar elektrik, dan alat pemadam api.
Langkah berjaga-jaga adalah sangat penting tetapi realitinya  sebilangan besar rumah di Malaysia tidak mempunyai keperluan yang paling asas untuk keselamatan kebakaran seperti asap pengesan penggera."

Menurut rekod pemantauan 11street terdapat peningkatan sebanyak 60% dalam penjualan pengesan asap pada 15 Februari yang lalu, berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2016 iaitu tahun lepas. Ini sebenarnya merupakan satu tanda positif  bahawa rakyat Malaysia telah mula mengambil langkah-langkah keselamatan terhadap insiden kebakaran di rumah. 





Bak pepatah melayu, 'Mencegah lebih baik daripada mengubati', jadi pengesanan awal boleh menjadi titik perubahan untuk melindungi anda dan orang yang anda sayangi dan lebih baik menyediakan anda dalam keadaan yang tidak diduga.

Seperti yang kita sedia maklum, Kita tidak akan dapat meramalkan kejadian perkara-perkara  yang tidak dijangka tetapi kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan kelengkapan yang sepatutnya supaya apabila  berlaku kejadian kebakaran dan yang seumpamanya, anda boleh mula berfikir tentang bagaimana anda boleh melindungi orang yang anda suka dan rumah terhadap musibah.

Berikut merupakan senarai peralatan pencegahan kebakaran yang anda boleh dapati di 11street. Melabur untuk  membeli kelengkapan keselamatan kebakaran adalah kecil nilainya berbanding denngan besarnya nilai  keselamatan diri dan nyawa yang terancam jika berlakunya kebakaranterhadan anda dan orang yang anda sayangi.

  1. Smoke detector at RM16.50
  2. Portable fire extinguisher at RM149.90
  3. Fire Safety Package (1 Smoke Alarm Detector + 1 Fire Blanket) at RM63.00

Smoke detector at RM16.50


Smoke detector
Smoke detector
 

"Home Security Photoelectric Cordless Smoke Detector Fire Sensor Alarm smokehouse Alarm Detector

Features:

100% brand new and high quality
High sensitivity
Excellent stability
Low battery indicator
Alarm test button for easy testing
Alarm Indication: Red LED flash
Simple installation
This small gadget will alert and warn people to stay far away from danger field
 when it detects smoke(Smoke concentration in the air of 10%).
This product named Photoelectric detector (hereinafter called detector) detects
 the smoke by a couple of infrared diodes. The principle of detecting is granule in
The detector is suitable for detecting the smoke in the house, shop, hotel, restaurant,
 office building, school, bank, library, computer house, storehouse etc.
       

Smoke detector
Smoke detector


Specifications:

9V battery (Not Included)
Sound Level :> =85dB/m
Operating Temperature: -10°C ~ +40°C
Operating Humidity: 95%RH
Detecting Area: 20 square meter
Smoke Sensitivity: 2.36%/FT +/-1.251%/FT OBS
Size: 107*35mm
Color: White"


Smoke detector
Smoke detector








Portable fire extinguisher at RM149.90




Portable fire extinguisher
Portable fire extinguisher

Portable fire extinguisher
Portable fire extinguisher

= Portable EMR PFE Fire Eliminator  = 


SPECIAL PROMOTION ! 

Brand: NANOMAN
Technology : USA

For you and your Love one !!
MUST HAVE in Kitchen / bedroom/ car !!!!!!!!!!!!!!!!


- Effective to extinguish category A,B,C E+F Combustion 
- Safe , Convenience , easy to use 
- Human, Equipment, Environmental friendly 
- 5 Years Lifespan 
-  5 years 1 to 1 Manufacturing Warranty 
- No yearly Maintenance fee

>> ' Aerospace  Technology '<<  
Non Pressurized  (Non explosive), you can safely keep in your car.  
Portable fire extinguisher





Fire Safety Package (1 Smoke Alarm Detector + 1 Fire Blanket) at RM63.00



Fire Safety Package




Performance:

Best to keep in store, shops, boats, vehicles, especially for home kitches to prevent spread of fires, protection of persons and property.
Especially useful when it involves flaming liquid fuels such as flaming pan, simply cover the fire with this fire blanket and watch the flames go off.
PVC box provides a neat look mounting it on walls.
This fire blanket is reusable after each use, provided it suffers no damage from previous usage, and may keep up to 10 years.




Specification:

Fire blanket demo: http://www.youtube.com/watch?v=MF9FVmlfI-w
Effects of water on oil fire: http://www.youtube.com/watch?v=6PGgiJHJ908
Contents: Fiber glass fire resistance cloth
Packaged dimensions: 25 x 16 x 3.5cm
Fire blanket dimensions: 1.2m x 1.2m
Thickness: 0.43mm
Temperature Limit: 550 ~ 600 degrees Celsius
Packaging: PVC box pack
Weight: 1kg

Fire Safety Package
Fire Safety Package





Untuk Maklmat Lanjut Layari 








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Sewa vs. Beli Rumah Yang Manakah Jalan Terbaik Untuk Anda?


Kenaikan harga sewa dan kadar gadai janji yang rendah memacu rata-rata pembeli untuk membeli hartanah lebih awal dari perancangan. Sesetengah yang lain pula lebih selesa menunggu pasaran hartanah pulih, walaupun pelbagai insentif diadakan, sebelum mula membeli hartanah. Sebenarnya, tiada jawapan yang tepat untuk soalan sama ada untuk menyewa atau membeli rumah. 



Sewa vs. Beli Rumah Yang Manakah Jalan Terbaik Untuk Anda?
Sewa vs. Beli Rumah Yang Manakah Jalan Terbaik Untuk Anda?


Ada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat sebarang keputusan. Kedua0dua pilihan ada kebaikan dan keburukan tersendiri, dan kekuatan kewangan anda adalah faltor terkuatr dalam membuat pilihan.

Sewa


Walaupun anda tidak mampu menambah ekuiti anda, menyewa menawarkan anda lebih kebebasan, terutamanya jika anda menyewa secara bulanan. Anda boleh mencari unit sewaan yang baik di bahagian apartmentfor rent in KL di PropertyGuru.

Kelebihan:


·         Anda tidak perlu memikirkan tentang isu penyelenggaraan. Jika ada sebarang kerosakan di ru ah sewa anda atau anda perlukan khidmat juru elektrik, anda cuma perlu menghubungi pengurus bangunan. 

·         Senang untuk berpindah. Jika anda masih di tahap kerjaya yang memaksa anda untuk tidak menetap di satu-satu tempat dalam jangka masa yang lama atau anda mungkin akan dipindahkan bila-bila masa, adalah mudah untuk anda berpindah dan anda tidak perlu sampai menjual rumah anda.  

·         Tiada aset susut nilai. Nilai hartanah kekal, naik atau atau turun dalam pasaran hartanah. Tiada jaminan yang nilai pangsapuri anda akan naik dalam jangka masa yang khusus.

Kekurangan:


·         Kenaikan harga sewa bulanan. Biasanya harga sewa akan naik terutamanya di bandar besar. Ini bermakna anda mungkin akan perlu bayar lebih sebaik sahaja perjanjian sewaan anda tamat.
·         Tiada ekuiti. Bayaran yang anda buat setiap bulan memberikan anda tempat tingal, tetapi tidak memberi anda aset yang anda boleh jual di kemudia hari. 

·         Tiada faedah cukai. Merujuk laporan Asia One Business , pemilik rumah akan terus menerus mendapat pelbagai faedah dan insentif daripada kerajaan, seperti yang dinyatakan AsiaOneBusiness. Sudah tentu penyewa tidak berhak untuk menikmati insenti dan faedah yang dinyatakan. 

·         Perlukan kebenaran pemilik sebelum melakukan apa-apa ubahsuai. Ada sesetengah pemilik yang baik hati dan memberi kebenaran ubahsuai seperti mengecat rumah kepada penyewa. Bagaimanapun anda perlu berbincang dengan mereka berkenaan pemilihan warna. Sebarang perubahan yang berkaitan dengan penambahbaikan perkakasan memerlukan kebenaran daripada pemilik rumah atau pengurus kompleks perumahan.

Beli


Pilihan untuk membeli bukan untuk semua orang, tetapi ia menawarkan kelebiohan dari sudut emosi dan kewangan.

Kelebihan:


·         Menambah ekuiti. Kebiasaannya, nilai pangsapuri akan bertambah pada kadar 4 ke 6 peratus setiap tahun. Walaupun nilainya tidak bertambah, anda masih dikira menambah ekuiti semasa anda menjelaskan bayaran gadai janji anda selama mana nilai hartanah anda tidak berubah.
·         Pengecualian cukai. Pemilik rumah memiliki banyak kelebihan cukai di Malaysia. Kelebihan ini mampu membantu mengurangkan kos untuk membeli rumah anda. 

·         Pembayaran yang stabil. Gadai janji kadar rata menawarkan bayaran pokok dan bunga yang sama untuk tempoh pinjaman anda. Bagaimanapun, insuran dan cukai mungkin berubah. 

·         Rumah sebagai pelaburan. Jika anda pilih untuk membeli rumah dan menyewakan hartanah itu, anda akan dapat pendapatan yang berterusan. Bagaimanapun, ini cuma berlaku jika anda boleh menampung  bayaran pinjaman anda dengan bayaran sewa. Oleh itu, jika anda ingin membeli, pilihlah hartanah yang mampu memberikan pulangan di masa depan. 

·         Menetap di sebuah komuniti. Komitmen yang ada dalam pembelian sesebuah hartanah membuatkan anda lebih melibatkan diri di komuniti kejiranan kerana anda akan berada di situ bertahun-tahun. Anda boleh berkenalan dengan jiran anda, menyertai Kesatuan Penduduk (yang menawarkan pelbagai manfaat seprti yang dijelaskan PersatuanPembeli Rumah Kebangsaan) bahkan membantu secara sukarela di projek setempat yang bertujuan menambah baik taraf kehidupan komuniti atau sekolah. 

·         Kebebasan menghias. Salah satu kelebihan memiliki rumah adalah kebebasan mengubahsuai persekitaran rumah anda untuk disesuaikan dengan cara hidup anda. Bagaimanapun, jika anda hidup dalam lingkungan kesatuan pemilik rumah, kebebasan anda untuk menghias ruangan luar agak terbatas, tetapi sekurangnya anda masih boleh mengecat dapur anda dengan warna kuning terang jika anda mahu.

Kekurangan:


·         Anda bertanggungjawab untuk menyelenggara. Anda akan habiskan banyak masa dan wang demi memastikan rumah anda dalam keadaan baik. 

·         Aset  tak cair. Jika secara tiba-tiba anda mengalami perubahan dari sudut kerjaya, perpindahan atau situasi yang mendesak, anda tidak boleh menjual rumah anda secepat mungkin. 

·         Cukai tanah. Cukai boleh meningkat, dan membuatkan kediaman anda di luar kemampuan anda. 

·         Kehilangan nilai. Tiada jaminan nilai hartanah anda akan meningkat. 

Membeli rumah baru untuk didiami adalah perkara besar yang tidak patut dipandang ringan. Bagaimanapun, kenaikan kos dan penurunan kadar gadai janji menjadikan pembelian satu pilihan yang lebih baik. Ambil masa anda dan teliti semua kelebihan dan kekurangan. 

Bergantung kepada perkara di atas, anda mungkin mendapati yang pangsapuriuntuk disewa di KL di PropertyGuru Malaysia mungkin pilihan  kewangan yang tepat sebelum anda membuat keputusan untuk memiliki hartanah






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


We are looking for KOLs ! | Broadcasting Live Video


Hai semua hari ini cik iena nak kongsikan pada anda semua, jika ada diantara anda yang berminat dan mempunyai bakat seni seperti menari dan menyanyi sera berkemahiran menghiburkan orang anda boleh sertai kominiti kami .
 
 

 
 live broadcasting video
 

Merupakan satu Aplikasi yang membuat  Broadcasting Live Video yang dapat memberikan anda pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah atau dari mana-mana sahaja dengan menggunakan smart phone anda sahaja.
 
 
Aplikasi ini sudah popular di negara cina dan kini ianya akan di bawa masuk ke pasaran Malaysia. Jadi dengan itu kami masih lagi mencari anda yang berbakat untuk menyertai kami. Kepada yang berminat sila rujuk poster di bawah dan email details yang di perlukan kepada  talent@inx.my


 

 live broadcasting video
live broadcasting video
 
Cik iena rasa ada yang tertanya apa itu KOLs? 


KOLs  bermaksud   Key Opinion Leaders.


Untuk jawatan ini anda hanya perlu membuat kerja dari rumah sahaja atau di mana-mana lokasi yang anda suka asalkan anda sentiasa dengan smart phone anda .


Sekiranya anda sangat berbakat dalam menghiburkan orang awamm dengan membuat video-video yang menghiburkan anda sangat sesau untuk menyertai kami. Anda cuma memerlukan masa minimum 2 jam untuk tugasan ini.









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Projekkahwin.com Portal Kelengkapan dan Servis Perkahwinan


 Projekkahwin.com

Menguruskan sesuatu persiapan majlis perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah dan singkat. Dalam menguruskan urusan persiapan perkahwinan ini, banyak masa yang perlu  anda luangkan serta banyak perancangan yang perlu dilakukan dengan teliti  dan juga banyak perkara yang perlu di titik beratkan untuk sesuatu majlis supaya ianya berjalan dengan lancar dan dapat  memberi 1001 kenangan yang manis buat anda dan keluarga khususnya.

Dalam merealisasikan impian sebuah majlis perkahwinan terdapat pelbagai cara untuk kita laksanakan antaranya dengan melakukan sendiri bersama pasangan mahupun keluarga dan anda juga boleh mengpah pihak ketiga untuk menguruskan sepenuhnya majlis anda.
 
 
 Projekkahwin.com
Projekkahwin.com
 
 
Antara cara yang diambil oleh bakal pengantin untuk mencari pakej yang sesuai untuk mereka yang diantaranya adalah seperti bertanya kepada rakan yang sudah pun melangsungkan majlis perkahwinan dan pergi ke pameran pengantin untuk mencari perkhidmatan dan pakej kahwin yang sesuai.
 
Dalam kesibukan pasangan pengantin yang kebanyakannya sangat sibuk dalam menguruskan hal perkahwinan ini . Satu laman portal  Projekkahwin.com telah menghasilkan perkhidmatan berkaitan majlis perkahwinan dimana ia dihasilkan berfungsi untuk memudahkan bakal pengantin mencari perkhidmatan perkahwinan serta pakej kahwin yang sesuai untuk majlis yang dilangsungkan dengan mengikut citarasa dan bajet yang sesuai.





projekkahwin
Projekkahwin.com


Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin


Portal Projek Kahwin ini dibina bagi memudahkan bakal pengantin untuk mencari dan memilih pengusaha perkahwinan dari pelbagai jenis perkhidmatan mengikut citarasa dan kawasan yang berhampiaran dengan mereka.


 Projekkahwin.com
Projekkahwin.com

Dengan ini ianya akan memudahkan lagi bakal pengantin dalam mencari pakej perkahwinan yang sesuai untuk majlis mereka yang diantaranya adalah seperti wedding planner, butik pengantin, katering, jurufoto, solekan, pakej bulan madu, dewan, hotel dan sebagainya.

Ianya sangat Memudahkan dan menjimatkan masa buat bakal pengantin. Ini merupakan antara maklamat portal Projek Kahwin cuba hasilkan untuk membantu bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk majlis mereka.



Projek Kahwin Membantu Pengusaha Bumiputra


Untuk pengetahuan anda, menurut pengasas Projek Kahwin, Idea portal Projek Kahwin ini timbul setelah menyedari kurangnya laman web yang menjadi tempat mengumpulkan pengusaha-pengusaha produk perkahwinan lebih-lebih lagi dikalangan pengusaha bumiputra.

Projek Kahwin juga dibina untuk membantu pengusaha bumiputra meluaskan lagi perniagaan dan jenama mereka ke serata Malaysia dan juga luar negara.
 

 Projekkahwin.com
Projekkahwin.com

Ramai dikalangan bakal pengantin yang sebenarnya tidak mempunyai masa yang banyak untuk menguruskan majlis perkahwinan dan kurangnya pendedahan kepada pengusaha produk perkahwinan kerana tidak banyak sumber yang memudahkan mereka untuk mencari pengusaha produk perkahwinan ini mengikut perkhidmatan yang diperlukan.



 Projekkahwin.com
Projekkahwin.com



Portal Projek Kahwin Mesra Pengguna


Dalam memastikan portal Projek Kahwin ini mudah diakses, ia dibina dengan fungsi-fungsi yang mesra pengguna yang diantaranya adalah ianya mesra telefon pintar. Portal Projek Kahwin boleh dilayari melalui pelbagai jenis telefon pintar seperti iphone, Samsung, ipad dan sebagainya.

Fungsi-fungsi yang disediakan juga memudahkan bakal pengantin mencari vendor perkahwinan yang sesuai dimana disini bakal pengantin akan didedahkan dengan maklumat syarikat seperti logo syarikat, media sosial, nombor telefon dan hasil kerja mereka.

 Projekkahwin.com
Projekkahwin.com


Jika bakal pengantin ingin tahu lebih dekat mengenai vendor ini, mereka boleh lihat terus akaun facebook dan instagram vendor ini dan bakal pengantin juga boleh terus hubungi vendor untuk bertanya kepada mereka dengan jelas.

Portal Projek Kahwin juga akan mengeluarkan aplikasi ios dan android tersendiri pada masa akan datang bagi memudahkan bakal pengantin menggunakan dan melayari portal Projek Kahwin dengan lebih lancar.
 
 Projekkahwin.com
Projekkahwin.com


Secara kesimpulannya, portal Projek Kahwin ini dibina bagi memudahkan dan menjimatkan masa bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk mereka mengikut citarasa dan bajet yang sesuai.

Menarik bukan Portal Projek Kahwin ni, semuanya anda boleh dapatkan di dalam portal ini.  Ianya dapat menjimatkan masa anda lagi . Kepada yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut. Sila Layari












iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


10 Kegunaan Gel Lidah Buaya dari Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel




Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel

Lidah Buaya atau Aloe Vera merupakan tumbuhan yang banyak manfaatnya untuk merawat kulit yang bermasalah. Tetapi ia juga membawa keburukan jika kita kurang pengetahuan mengenainya terutama bagi tujuan rawatan penyakit2 yang serius. 
 
 
Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel



Perkara penting yang perlu diketahui ialah Aloe dari species Barbadensis sahaja yang dibuktikan mengandungi medicinal properties. Buat masa ini terdapat lebih dari 400 species Aloe telah dikenalpasti.
 
Diantara Produk Lidah Buaya yang anda perlu cuba adalah Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel dari Jayeon Cosmetics Sdn Bhd yang mana kini sudah berada di pasaran Malaysia pada bulan Disember 2016.
 
 
Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel


Produk ini diimport dari Korea  dimana ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan ianya   di jual pada harga RM19.90 (300ml).
 
Kandungan didalamnya merangkumi beberapa bahan yang mampu memberi kesan kepada kulit, yakni ;-

  •     Rosemary Leaf: Anti-bakteria, membaiki dan meratakan warna kulit.
  •     Green tea leaf: Antioksidan
  •     German Chamomile Flower/ leaf: Melegakan dan melembutkan kulit.
  •     Aloe Baradensis Leaf: Melembutkan dan melembapkan kulit.
  •     Byungpul Extract: Membaiki dan melegakan kulit.
  •     Licorice Root: Antioksidan, melegakan dan mencerahkan kulit.
  •     Mulberry Root: Mencerahkan, melembapkan dan melegakan kulit.
  •     Artemisia Absinthium (wormwood) Extract: Anti-bakteria dan melegakan kulit
 
 
Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel

Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel


Untuk pengetahuan anda,  fungsi Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel ini adalah untuk  melembabkan kulit. Penggunaan jus asli daun Aloe Vera dari California Mountain sebanyak 98% dapat melembapkan dan melegakan kulit. Ianya Mampu memberikan kesegaran pada kulit tanpa meninggalkan rasa melekit. Gel ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk sebagai pelembap, penyegar, pelindung sinaran matahari dan juga sesuai digunakan untuk tubuh badan dan rambut.

 

10 Kegunaan Gel Lidah Buaya dari Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel

10 KEGUNAAN GEL LIDAH BUAYA – ALOE  VERA FRESH SOOTHING & MOISTURING GEL



1. SEBAGAI MAKEUP REMOVER BAGI KULIT SENSITIF

Kebanyakan makeup remover di pasaran mengandungi bahan kimia yang mengeringkan kulit dan memedihkan mata. Sebagai alternatif, gunakan Aloe Gel ini untuk menghilangkan sisa alat solek dengan menggunakan kapas muka. Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya berkesan untuk alat solek yang bukan kalis air (non waterproof)


2. SEBAGAI SHAVING CREAM

Sifat Aloe Vera sebagai anti bakteria sangat sesuai digunakan untuk tujuan bercukur. Tambahan pula gel ini licin dan melembapkan kulit. Boleh digunakan terus atau gunakan resepi ini untuk lebih manfaat

  • 1/3 cawan aloe gel
  • 1/4 cawan sabun castile
  • 1 sb minyak vitamin E
  • 5 titik minyak kayu putih
  • Campurkan bahan2 di atas di dalam botol. Simpan dalam peti sejuk. Tahan sehingga 6 bulan.


3. UNTUK MELEGAKAN KULIT YANG CEDERA

Aloe Gel amat baik untuk melegakan kulit yang rosak akibat terdedah pada sinaran matahari berlebihan, terbakar yang ringan, gigitan serangga, poison ivy dan psoriasis. Simpan di dalam peti ais dan gunakan sejuk untuk kesan yang optimal.


4. SEBAGAI PENCUCI MUKA

Caranya ialah campurkan 1sb Aloe Gel dengan 1sk susu badam dan 1sk jus lemon. Sapu pada wajah dan biarkan beberapa minit sebelum cuci. Sekali lagi ia sesuai untuk yang berkulit sensitif, berjerawat dan rosacea (adult acne) kerana sifatnya yang anti bakteria


5. SEBAGAI ANTI AGING BOOSTER (ANTI PENUAAN)

Jika nak awet muda boleh guna cara ni. Campurkan 1sb Aloe Gel dengan 1sk minyak kelapa dara. Tuang dia tapak tangan dan urutkan dengan lembut ke wajah beberapa minit. Cuci muka seperti biasa dan bilas dengan air suam kuku.


6. SEBAGAI AGEN PENGELUPASAN (EXFOLIATOR)
Tidak perlu kerap melakukannya tapi kulit akan menjadi lebih bermaya dan segar dengan kaedah ini.
Jadikan Aloe Gel sebagai asas DIY untuk scrub kerana ia membantu melembutkan wajah, menyalurkan oksigen ke dalam sel dan menguatkan tisu untuk kulit sihat.
Caranya ialah campurkan 1/2 cawan Aloe Gel dengan gula perang ATAU baking soda untuk mendapatkan konsistensi yang dikehendaki. Scrub pada siku, lengan atau pada bahagian2 yang kasar semasa mandi.


7. SEBAGAI MASKER

Berikut merupakan beberapa resepi mask dari dari Aloe Gel. Gunakan selama 15minit di wajah sebelum menanggalkannya dengan air suam diikuti dengan air sejuk.

Mencerahkan wajah – Aloe Gel dan jus lemon

Menghidrat kulit – Aloe Gel dengan kisaran timun dan putih telur.

Mengatasi Kulit berminyak – Aloe Gel dengan madu
Mengatasi Kulit Kering – Aloe Gel dengan Minyak Zaitun dan shea butter

Bagi kulit sensitif – Aloe Gel dicampur dengan kisaran timun, yougurt dan minyak essential pilihan anda.

Menghilangkan noda dan cela – Aloe Gel dan air mawar.


8. SEBAGAI PENYUBUR BULU KENING

Sapukan Aloe Gel pada bulu kening untuk menyuburkannya. Jika anda ingin melebatkan bulu kening, tambahkan satu bahagian minyak castor dgn satu bahagian Aloe Gel dan sapukan pada kening setiap malam dan pasti bulu kening anda akan tumbuh lebih lebat selepas beberapa minggu.

 
9. UNTUK KULIT KAKI YANG KERING DAN BERKERAK


Campurkan 1/2 cawan oatmeal, 1/2 cawan corn meal, 4sb Aloe Gel dan 1/2 cawan body lotion. Gosokkan pada kaki anda yang kepenatan hingga kulit mati mengelupas


10. SEBAGAI ANTI KELIMUMUR UNTUK RAWATAN RAMBUT

Sifat Aloe Gel yang anti fungal dapat menghilangkan kelimumur. Enzim yang terdapat di dalamnya bertindak dengan mengangkat sel2 mati. Ia menjadikan rambut anda lembut dan bermaya. Ia juga mengimbangi PH di kulit kepala untuk mencegah kelimumur dari kembali menyerang.
Urutkan kulit kepala dengan Aloe Gel dan biarkan selama 10minit sebelum mencuci dengan shampoo.
Atau untuk kesan yang lebih lembut campurkan dengan santan dan minyak wheat-germ, perap seketika pada kulit kepala dan cuci seperti biasa.
 

Untuk maklumat lanjut mengenai Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel sila layari

Website: www.jayeoncosmetics.com
Facebook: facebook.com/jayeoncosmetic
Instagram: @jayeoncosmetic







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve