Grab The Promo
Grab The Promo

LAMAN PADI DAN KAMPUNG PISANG LOKASI MENARIK MAHA 2018


Seperti yang kita sedia maklum, pada masa ini telah berlangsung Ekspo Dan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism) MAHA 2018 yang bertempat di di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) .Ia nya telah berlansung bermula 22 November hingga 2 Disember 2018

LAMAN PADI DAN KAMPUNG PISANG LOKASI MENARIK MAHA 2018
LAMAN PADI DAN KAMPUNG PISANG LOKASI MENARIK MAHA 2018


Ekspo selama 11 hari ini masih mengekalkan tema seperti tahun sebelumya iaitu  'Makanan Kita, Masa Depan Kita'.




Jika sebelum ini cik iena pernah menulis mengenai pengalaman cik iena di MAHA 2016 di hari kedua terakhir Ekspo tersebut yang mana ianya mencatatkan   3.7 Juta Pengunjung dengan Mencapai Jualan Dan Perjanjian Jualan Melebihi RM380 juta. Tahun ini MAHA 2018 mensasarkan sebanyak 3.8 Juta pengunjung.





Untuk pengetahuan semua  MAHA ini diadakan setiap 2 tahun sekali. Tahun ini merupakan tahun ke dua Cik iena berkunjung ke MAHA. Berbeza dengan tahun sebelumnya, tahun ini Cik iena cuma menfokuskan kepada Kluster Agro Pelancongan MADA yang menyediakan pelbagai tarikan aktiviti seperti "Health & Beauty", "Hobby & Recreation", "Lepak Santai", "Agro Art & DIY" dan "Agro Cult.

Almaklumlah dalam masa satu hari memang sukar untuk mengunjungi kesemua tempat di MAHA tambahan lagi Cik iena mengalami masalah kekangan masa kerana sibuk bekerja . Baiklah jom cik iena ceritakan serba sedikit pengalaman Cik iena di MAHA 2018 .



Antara Kluster Agro Pelancongan MADA yang cik iena kunjungi adalah


  1. Kampung Pulau Pisang
  2. Laman Padi Maha 2018
  3. Agro Trade - Booth-Booth Usahawan Mada 

Setibanya di MAHA 2018, terlebih dahulu Cik iena mengunjungi  Agro Perlancongan MAHA 2018  iaitu Kampung Pulau Pisang.


Agro Perlancongan MAHA 2018 - Kampung Pulau Pisang


Kampung Pulau Pisang MAHA 2018
Kampung Pulau Pisang MAHA 2018



Di MAHA 2018 anda berpeluang merasai pengalaman Agro Perlancongan terbaik di Kampung Pulau Pisang yang diadakan di DEWAN A. Untuk pengetahuan Kampung Pulau Pisang di MAHA 2018  di inspirasikan dari Homestay Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kampung Pulau Pisang  Pekan Tunjang, Jitra , Kedah.




Kampung Pulau Pisang MAHA 2018
Kampung Pulau Pisang MAHA 2018


Istimewa buat warga kota,  anda boleh mengambil peluang ini untuk merasa sendiri pengalaman di Kampung Pisang ini untuk rasai suasana perkampungan utara Malaysia yang indah dan mendamaikan.




Kampung Pulau Pisang MAHA 2018
Kampung Pulau Pisang MAHA 2018


Cik iena sendiri berpeluang merasai pengalaman yang cukup menarik ini. Terasa seperti di sebuah perkampungan yang mana terdapat sawah padi ,binatang ternakan  , warong-warong makanan serta rumah kayu tersergam indah dan terdapat juga produk health and beauty dan aktiviti-aktiviti menarik yang lain.

Kampung Pulau Pisang MAHA 2018
Kampung Pulau Pisang MAHA 2018


Antara yang menarik di Kampung Pulau Pisang adalah

  1. Wakaf Mahsuri
  2. Gelanggang Pantai Merdeka
  3. Warong Ulu Sedaka
  4. Charuk Pelanduk
  5. Pelantang Gunung Keriang



Wakaf Mahsuri  (Health And Beauty)


Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018
Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018



Di wakaf mahsuri anda boleh alami kelembutan urutan wajah dan bahu sebagai terapi minda di sudut ruangan Wakaf Mahsuri. Di sini juga anda boleh dapatkan khazanah alam yang merungkai keistimewaan kecantikan daripada beras, madu, herba dan Jewel Of Borneo.

Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018
Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018


Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018
Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018

 

Gelanggang Pantai Merdeka (Hobby And Recreation)

Gelanggang Pantai Merdeka Kampung Pisang  MAHA 2018
Gelanggang Pantai Merdeka Kampung Pisang  MAHA 2018


Terokai dan imbau permainan zaman silam seperti congkak, dam aji gergasi dan getah atas para  di Gelanggang Pantai Merdeka serta rasai keseronokan bersama haiwan peliharaan di Farm in The City.


Gelanggang Pantai Merdeka Kampung Pisang  MAHA 2018
Gelanggang Pantai Merdeka Kampung Pisang  MAHA 2018



Warong Ulu Sedaka (Lepak Santai)


Di Warung Ulu Sedaka anda boleh nikmati  menu tradisi yang lazat. Anda boleh makan hidangan yang lazat sambil  menikmati suasana kampung yang cukup indah disini . Ntara menu yang di hidangkan adalah menu masakan utara seperti  ubi kayu rebus,peknga, pulut pekasam dan nira nipah.

Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018
Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018

Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018
Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018

Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018
Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018

Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018
Warong ulu Sedaka Kampung Pisang  MAHA 2018



Charuk Pelanduk (Agro Art And DIY)


Apa yang menarik lagi disini adalah anda boleh berkongsi keriangan bersama keluarga dengan menyertai aktiviti DO IT YOUR SELF yang disediakan. Disini anda berpeluang menyaksikan demonstrasi penghasilan kertas daripada serat nenas dan jerami padi yang dihasilkan oleh usahawan di Agro Art & DIY. Dan banyak lagi demonstrasi lain untuk anda lihat. Segmen mewarna seramik dan batik pastinya mengujakan. Melalui aktiviti ini, para pengunjung berpeluang mencuba sendiri cara pembuatan kraftangan

Charuk Pelanduk Kampung Pisang  MAHA 2018
Charuk Pelanduk Kampung Pisang  MAHA 2018



Pelantang Gunung Keriang (Agro Culture)



Disini anda boleh menghayati seni persembahan tradisional warisan asli kebudayaan masyarakat Malaysia. Antara persembahan yang boleh disaksikan adalah gendang silat, persembahan kebudayaan orang asli,  zapin, persembahan tradisional suku kaum sarawak, persembahan kumpulan muzik tradisional, persembahan band Bamboo Art Sound dan persembahan tarian kebudayaan ASWARA.

Pelantang Gunung Keriang Kampung Pisang  MAHA 2018
Pelantang Gunung Keriang Kampung Pisang  MAHA 2018

Pelantang Gunung Keriang Kampung Pisang  MAHA 2018
Pelantang Gunung Keriang Kampung Pisang  MAHA 2018





Setelah selesai menikmati keindahan dan kepelbagaian aktiviti di Kampung Pisang , seterusnya Cik iena mengunjungi Laman Padi Maha 2018.


Laman Padi Maha 2018


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018





Mengunjungi Sawah padi yang terbentang menghijau, patung orang-orang yang ‘menakutkan’  merupakan pengalaman yang sangat sukar Cik iena lupakan. Cik iena sememangnya sangat menyukai Sawah walaupun tidak pernah ke Sawah Pengalaman ini membuatkan ianya melengkapi keinginan Cik iena untuk ke Sawah.




Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018



Laman Padi Maha 2018
PAdi yang menghijau di Laman Padi Maha 2018



Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018


Melihat sawah yang menghijau sememangnya menenangkan jiwa dan mendamaikan jiwa. Bukan sawah yang menghijau juga daopat kita lihat. Terdapat juga sawah yang telah di bajak serta ianya juga diceriakan dengan aktiviti-aktiviti sukar di sawah seperti sukan bola sepak bendang.


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018


Terdapat juga sebuah muzium yang lengkap menceritakan pelbagai keunikan mengenai industri beras negara yang mana ianya sememangnya menjadi tarikan pengunjung ke Laman Padi ini. Disini anda boleh pelajari bagaimana beras di proses. Teknik-teknik serta peralatan yang digunakan dan hasil-hasil yang diperolehi.


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018


Terdapat juga demostrasi penghasilan beras dan juga  pameran mengenai jenis-jenis beras dan anda juga boleh merasai beras  dipamerkan . Tidak lupa juga bubur lambuk percuma yang disediakan setiap hari . Setiap hari mereka akan menggunakan beras yang berbeza untuk menghasilkan bubur lambuk. Cik iena sendiri telah rasa keenakan bubur lambuk yang mereka masak tersebut.


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018




Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Selain daripada itu terdapat juga demostrasi masakan  seperti Demostrasi Membuat Laksam dan nasi Tumpang, Demostrasi masakan berasaskan beras Faiza, Demonstrasi Lemang Perak beserta Rendang Bota dan banyak lagi.


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018






Disni juga terdapat bilik pameran untuk Simulasi Drone di Laman Padi . Cik iena berpeluang melihat sendiri penguunaan Drone dalam penanaman padi. Dron digunakan untuk meracun serangga di sawah . Kerja ini lebih mudah dan senang jika dibandingkan dengan tenaga manusia untuk menyembur racun. Penggunaan Drone ini sememangnya sangat membantu dalm industri ini.


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018






Antara aktiviti yang sukar Cik iena lupakan di Laman Padi adalah Cik iena berpeluang menaiki Kerbau. Susah nak Cerita . Lihat gambar di bawah . ini merupakan aktiviti yang sangat Cik iena suka. Teruja sangat dapat rasa pengalaman ni :)


Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018



Di Laman Padi Cik iena juga berpeluang mempelajari dan membuat salah satu daripada proses pembuatan bedak sejuk. Ia merupakan pengalaman yang sukar di dapati. Bedak sejuk juga sekarang kurang mendapat perhatian. Dengan adanya pameran seperti ini diharap sedikit sebanyak dapat memperkenalkan dan mengekalkan pengeluaran Bedak Sejuk Di Malaysia diamana suatu ketika dulu ianya merupakan salah satu produk penjagaan kecantikan wajah kaun wanita.






Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018

Laman Padi Maha 2018
Laman Padi Maha 2018



 
 Selepas mengunjungi Laman Padi MAHA 2018, cik iena ke Agro Trade untuk melihat usahawan-usahawan kita menjual produk keluaran lereka terutama usahawan-usahawan di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA.







Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA


Berikut merupakan Booth-booth usahawan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA yang Cik iena kunjungi..


Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA


Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA


Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA

Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA



TOBIAR GOLD BES MANGGA




TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018

TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018

TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018

TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018

TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018

TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018





Kadar Parking MAHA 2018


Untuk pengetahuan semua kadar parking yang dikenakan adalah RM5 untuk sekali masuk. Anda perlu menggunakan kad touch and go untuk pembayaran parking.  Tidak kira anda parking dekat atau jauh anda tetap perlu membayar RM5 ketika anda keluar daripada MAHA 2018.

Dinasihatkan untuk datang seawal yang mungkin . Anda perlu tiba seawal jam 9 pagi disana bagi mengelakkan kesesakan ketika memasuki MAEPS Serdang.




LAMAN PADI DAN KAMPUNG PISANG LOKASI MENARIK MAHA 2018


Mengenai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA


MADA atau Lembaga Kemajuan Pertanian Muda telah ditubuhkan pada 30 Jun 1970 di bawah satu Dekri Darurat dengan nama asalnya ialah Pehak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. Ianya kemudian telah ditukarkan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, 1972.

Tugas-Tugas MADA


Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Muda. Selain itu MADA juga berfungsi untuk Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.

Matlamat MADA


MADA juga telah menetapkan 2 matlamat utama iaitu memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa dan melebihkan hasil untuk keperluan Negara.

Fungsi-Fungsi MADA

 Bagi memastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya, MADA telah menetapkan fungsi-fungsi utama yang harus dilaksanakan dengan efisien dan efektif iaitu:

  1.  Menyediakan perkhidmatan pertanian dan infrastuktur pengairan bagi memenuhi keperluan beras Negara.
  2.   Menguruskan sumber air secara cekap dan berkesan.
  3.  Meningkatkan pendapatan peladang melalui aktiviti bukan padi.
  4.  Memajukan industri asas tani dan mewujudkan usahawan yang bertaraf komersil.
  5.  Membentuk dan membangunkan institusi peladang.
  6.  Mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat peladang.

Website MADA : http://www.mada.gov.my


Selaras dengan matlamat dan tugas serta fungi MADA. MADA bersama agensi lain telah menyertai MAHA bagi mengetengahkan dan memajukan lagi Industri Pertanian Malaysia . Maka dengan itu marilah kita bersama-sama menyokong dengan mengunjungi Kluster Agro Pelancongan MADA di MAHA 2018 pada tahun ini.




LAMAN PADI DAN KAMPUNG PISANG LOKASI MENARIK MAHA 2018



Bersama-sama kita menyumbang kepada industri Pertanian Malaysia dan meningkatkan taraf hidup usahawan pertanian Malaysia dengan membantu mereka membeli produk-produk keluaran mereka di MAHA dan juga di pasaran luar.


JOM KUNJUNGI MAHA 2018.



Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Review

Jika sebelum ini kita hanya mengenal pencuci wajah berbentuk  cleansing foam, cleansing cream, dan face bar soap untuk membersihkan wajah. Kini pembersih wajah hadir dalam berbagai bentuk. Masing-masing mempunyai fungsi utama yang sama iaitu membersihkan wajah disamping fungsi lain mengikut jenis.


Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Review
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser





Kini telah hadis satu revolusi pencuci wajah yang baru iaitu Bubble Cleanser . Bubble cleanser  merupakakn jenis Cleansing foam tetapi ianya agak sedikit berbeza kerana ianya terus keluar menghasilkan bubble tanpa perlu anda menggosokkannya terlebih dahulu.


Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Review
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Tekstur bubble cleanser ini adalah  busa nya lebih halus berbanding pencuci wajah yang lain.

Antara bubble cleanser yang bagus untuk anda cuba adalah Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser . Cik iena sendiri merupakan pengguna bubble cleanser ini dan cik iena sangat sukakakn bubble cleanser ini. Berikut Cik iena ceritakan serba sedikit mengenai Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini.



Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser




Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sangat Efektif untuk menghilangkan kotoran, sel kulit mati, dan juga solekan dari wajah. Aloe AC Bubble  ini mampu memberi kelembapan pada wajah dan kulit wajah anda tidak akan berasa kering. Kulit anda akan tetap lembap sepanjang hari selepas proses mencuci. Ini adalah kerana buih yang terdapat dalam Aloe AC Bubble  ini kaya dengan kelembapan yang  tinggi yang mampu melindungi kulit anda daripada  kering.




Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser





Ianya membersihkan secara mendalam ke liang-liang pori . Selain membersih secara mendalam ianya juga  menguatkan liang pori anda serta menyihatkan liang pori anda. Masalah pori-pori terbuka akan dapat diantasi dan kulit anda akan lebih licin berseri.





Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Kandungan Minyak pokok teh dalam Aloe AC Bubble  ini mampu melindungi kulit serta menjadikannya licin dan  lembab disamping mengekalkan kesegaran kulit wajah.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit kering,  kulit berminyak, kulit sensitif atau berjerawat, kulit kusam dan juga anda yang mempunyai masalah blackhead dan whitehead. Pendek kata ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutama buat kulit yang bermasalah.



Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser



Kandungan Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Aloe Barbadensis Leaf Juice ; Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil) ; Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract ; Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract ; Jasminum Officinale (Jasmine) Extract ; Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Review
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Review


Cara Penggunaan Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser




Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

1. Basahkan wajah anda terlebih dahulu
2. Picit dalam 2-3 full pump
3. Ratakan pada keseluruh wajah dan buat urutan membulat
4. Kemudian bilas sehingga bersih

Ianya digunakan dua kali sehari iaitu pada waktu siang dan malam.



Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Review


Secara keseluruhannya Cik iena suka akan Aloe AC Bubble  ini . Ianya memberi kelembapan pada kulit wajah Cik iena . Masalah utama kulit cik iena adalah kering. Dengan penggunaan Aloe AC Bubble ini ianya mampu memberi kelembapan yang berpanjangan dan memberikan kesan solekan yang cantik.
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Seperti yang anda sedia maklum cik iena sememangnya gemar bersolek . Untuk kulit yang kering, solekan akan cepat merekah . Dengan penggunaan Aloe AC Bubble  ianya mampu mengekalkan solekan cik iena tanpa rekahan.

Ianya juga membersihkan solekan cik iena dengan sempurna untuk solekan asas. Namun untuk solekan tebal jika cik iena ke event. Cik iena memerlukan dua kali atau lebih cucian. Sekiranya solekan harian. hanya sekali cucian memadai untuk membuang solekan cik iena secara keseluruhan.
Berbeza dengan solekan seperti gambar dibawah atau solekan tebal . Ianya memerlukan lebih dari sekali cucian untuk membersihkan solekan dengan sempurna .

 Cik iena merupakan seorang yang teliti. Setelah mencuci muka dengan pencuci muka , semasa pemakaian toner cik iena akan pastikan kulit Cik iena bersih dari sisa solekan. Sekiranya masih ada Cik iena akan cuci sekali lagi atau cik iena akan gunakan make up remover yang tidak memerlukan cik iena mencuci wajah.



Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Bukan apa, penting tau untuk pastikan kulit kita bersih dari sebarang sisa solekan ketika tidur. Masa ini lah kulit kita perlukan rehat tanpa sebarang solekan yang menghalang kulit untuk bernafas dengan sempurna dan menghalang penyerapan segala krim atau serum yang anda gunakan.

Bagi anda yang tidak gemar bersolek tebal. Hanya satu kali cucian memadai . Review tulus ikhlas dari hati  ;)

Harumannya juga sangat menenangkan dan cik iena juga sangat suka akan harumannya. Jepada anda diluar sana yang mempunyai masalah kulit khususnya. Anda boleh cuba  Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser  ini.

Harga Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser 




Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser


RM65 (150ml, Size 5.29 fl.oz.)

Rating Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

8/10



Untuk Maklumat Lanjut mengenai produk ini  sila layari atau ikuti laman sosial mereka seperti dibawah.



Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia





Nando's Memperkenalkan Perisa Baru Smoky PERi-PERi


Nando's  merupakan salah sebuah rangkaian restoran terulung di Malaysia, sebuah jenama ikonik yang digemari di seluruh dunia dan terkenal dengan sajian ayam panggang PERi-PERi yang terdiri dari pelbagai perisa telah memperkenalkan perisa baru iaitu Smoky PERi-PERi .


Nando's  Perkenalkan Perisa Baru Smoky PERi-PERi
Nando's  Perkenalkan Perisa Baru Smoky PERi-PERi


Menikmati hidangan di Nando's pasti akan membuat anda berasa sangat puas dengan keenakan ayam yang di perap cukup sempurna rasanya. Terdapat pelbagai pilihan perasa untuk anda cuba bersama-sama insan tersayang . Ianya pasti dapat memberi memori indah buat anda dan keluarga menikmati pelbagai perisa ayam bersama keluarga disamping dapat mengeratkan lagi sillaturrahim.


Nando's  Perkenalkan Perisa Baru Smoky PERi-PERi
Cik iena dan adek sedang menikmati keenakan smoky peri peri




Baru-baru ini cik iena telah di jemput sama  bersama rakan blogger serta media untuk menikmati perisa terbaru daripada Nando's  iaitu Smoky PERi-PERi   .  Terima kasih di ucapkan kepada pihak Nando's Malaysia diatas jemputan dan penghargaan ini .


Nando's  Perkenalkan Perisa Baru Smoky PERi-PERi
Nando's  Perkenalkan Perisa Baru Smoky PERi-PERi


Perisa Terbaru Nando’s Malaysia 2018 : Smoky PERi-PERi



Nando’s menawarkan pelbagai cara unik untuk memenuhi selera anda dengan ayam PERi-PERi yang dipanggang menggunakan api, dalam perisa-perisa pengenalan Lemon & Herb, Mild, Hot dan Extra Hot! Dan kini Nando's hadir dengan perisa baru  Smoky PERi-PERi


Nando's  Perkenalkan Perisa Baru Smoky PERi-PERi
Nando's  Perkenalkan Perisa Baru Smoky PERi-PERi









Nando's  Perkenalkan Perisa Baru Smoky PERi-PERi

Diilhamkan oleh gabungan ajaib warna-warni Afrika, warisan unik dan rasa berasap hasil kaedah memasak terbuka, maka Smoky PERi-PERi yang ‘super-natural’ terhasil.


Ia memberikan rasa paprika yang kaya, manis dan berasap, sedikit rasa limau, gabungan herba yang menarik dan sememangnya sentuhan Cili Api PERi-PERi tersendiri Nando’s. Semua gabungan ini memberikan rasa berasap unik yang mengimbau suasana barbeku yang baik.


Menurut  PERi-ometer Nando’s, Smoky PERi-PERI lebih pedas daripada Lemon & Herba (yang juga mengandungi cili ajaib secara kebetulan) tetapi kurang pedas daripada rasa Sederhananya. Ia sesuai untuk mereka yang menggemari makanan berperisa tetapi tidak terlalu pedas dan ia memperkenalkan satu dimensi baharu ke rangkaian rasa ayam Nando's.




Nando's  Perkenalkan Perisa Baru Smoky PERi-PERi
Nando's  Perkenalkan Perisa Baru Smoky PERi-PERi







"Kami mahu memberi peminat kami rasa sesuatu yang ajaib musim ini dengan ayam PERi-PERi kami yang dipanggang dengan api dan itulah bagaimana wujudnya Smoky PERi-PERi. Selama bertahun-tahun kami telah mencuba pelbagai resipi yang berbeza untuk mencari rasa istimewa yang akan memberi peminat kami sesuatu yang baharu yang dapat dinikmati dan kami memutuskan untuk mencuba dengan Smoky PERi-PERi. Ia memberikan gabungan rasa hebat yang menarik dan unik, tetapi sinonim dengan Nando’s pada masa yang sama," kata Stephen Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Nando's Malaysia.

Nando's  Perkenalkan Perisa Baru Smoky PERi-PERi
Nando's  Perkenalkan Perisa Baru Smoky PERi-PERi

Nikmati Smoky PERi-PERI baru yang mempesonakan bersama semua sajian anda
sebelum ia hilang. Cara terbaik adalah untuk meraikan musim perayaan dengan hidangan Smoky PERi-PERI untuk 4 dengan hanya RM99.00. Ini termasuk sajian menyelerakan dengan 4 sajian sampingan lazat, 4 minuman ringan tanpa had dan Salted Caramel Cake Bites yang baharu!


Nando's  Perkenalkan Perisa Baru Smoky PERi-PERi
Nando's  Perkenalkan Perisa Baru Smoky PERi-PERi


Nando’s memberi tumpuan bukan sahaja pada ayam bakar sempurna, tetapi juga perisa dan sentiasa bersedia menyahut cabaran untuk meningkatkan pengalaman bersantap mereka ke dimensi yang lain. Nando’s bercita-cita untuk mengumpul dan menyajikan hanya yang terbaik di atas pinggan anda.






Fakta-fakta Menarik mengenai PERi-PERi

 

Nando's Rai Ulang tahun ke-20


•  Cili PERi-PERi adalah unik kepada Nando's

•  42,000 cili diperlukan untuk mengisi satu beg 14kg dan 25,000 beg dipenuhi setiap tahun – jumlahnya adalah lebih daripada satu bilion cili!

•  Setiap kilang cili menghasilkan kira-kira 300 cili yang dipilih dengan tangan dan dipetik satu demi satu

•  Mereka juga diasingkan dengan tangan dan dikeringkan secara semula jadi di bawah sinaran matahari Afrika

•  Cili PERi-PERi mengandungi ‘capsaicin’ yang memberikan kesan 'terasa baik' – anak mata anda akan membesar dan kadar metabolisme anda akan meningkat apabila anda merasakan peningkatan endorfin

•   PERi-PERi juga kaya dengan Vitamin A, B dan C





Untuk Maklumat LAnjut :

Facebook : https://www.facebook.com/NandosMY/
Instagram : https://www.instagram.com/nandosmy/



Photo Credit to  Zulhilmi zaini
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve