Grab The Promo

Ah Boys To Men 3: Frogmen Ditayangkan Di Malaysia 19 Mac 2015


Edisi ketiga daripada pengarah singapura, Jack Neo, dalam siri "Ah Boys To Men" telah menjadi sensasi web dengan lebih daripada 15,000 "hit" dalam hari terbitannya dalam You Tube.



Ah Boys To Men 3: Frogmen Ditayangkan Di Malaysia 19 Mac 2015


Wayang gambar ini memaparkan pelakon asal termasuk Wang Wei Liang, Tosh Zhang, Joshua Tan, Bunz, Jaspers, Maxi Lim, Wesley Wong dan Charlie. Ia mendapat sokongan yang memberansangkan daripada para peminat tempatan dan mencatat rekod baru di Singapura Bersempena Tahun Baru Cina dengan pengumpulan tikit sebanyak sebanyak SGD$2.8 juta. Tayangan "Box Office" ini telah mencapai SGD$6.4 juta, dengan jumlah pungutan dijangka mengatasi jualan tiket untuk  "Ah Boys To Men" . Ia akan ditayangkan di Malaysia pada 19 Mac ini.


Disiarkan oleh MM2 Entertainment , "Ah Boys To Men 3 : Frogmen"  adalah komedi aksi tentang sekumpulan rekruit muda di Tentera Laut Singapura.. Ia menceritakan pengalaman rekruit muda ini bersempena dengan latihan mereka dengan unit Selaman Tentera Laut (Naval Diving Unit- NDU ), khususnya semasa "hellweek" yang sukar.

Ah Boys To Men 3: Frogmen Ditayangkan Di Malaysia 19 Mac 2015

Menurut pengarah Neo, walaupun cerita ini adalah berdasarkan rekruit tentera, ia berbeza daripada dua edisi terawal di mana pusat latihan adalah bertempat di Tekong. Beliau berkata bahawa NDU adalah sebuah unit khas  dimana skill dan latihan yang diberkan lebih mencabar daripada unit lain. Tentera laut memerlukan kesemua pelakon muda ini menampilkan tahap kecergasan yang tinggi, kerana mereka akan memainkan watak angkatan tentera elit. Justeru itu kesemua pelakon telah diberikan latihan Intensif selama 3 bulan untuk memastikan tahap kecergasan mereka adalah berpatutan.



AH BOYS TO MEN 3 : FROGMEN


Ah Boys To Men 3: Frogmen Ditayangkan Di Malaysia 19 Mac 2015

Pengarah : Jack Neo
Pelakon : Wang Wei Liang, Tosh Zhang, Joshua Tan, Bunz Jasper, Maxi Lim, Wesley Wong, Charlie
Genre : Komedi, Aksi
Ditayangkan Pada 19 Mac 2015 - Malaysia

 SINOPSIS AH BOYS TO MEN 3 : FROGMEN

Menceritakan pengalaman rekruit Singapura sebelum pengasasan ABTM. Akan tetapi Ah Boys ini ditempatkan di Unit Selaman Tentera Laut (NDU), dan bukannya pulau Tekong.
Watak utama termasuk
Ken Chow (Joshua Tan) , anak muda yang selalu cuba mengelak NS,
Aloysius Jin/Wayang king (Maxi Lim) yang tidak disukai oleh rakan kabinnya,
Lobang (Wang Wei Liang)  yang selalu cuba menipu rakan kabinnya.
Watak baru termasuk
Hei Long -Black Dragon (Wesley Wong) , seorang ketua samseng yang jahat yang selalu cenderung terhadap tindakan ganas.
Sebagai satu unit mereka wajib melalui 40 minggu latihan keras. Adakah pasukan ini mampu menjadi satu daripa unit tentera elit Singapura, iaitu "Frogmen" ?




Ah Boys To Men 3: Frogmen Ditayangkan Di Malaysia 19 Mac 2015

Jangan Lupa Saksikan Bermula Esok 19 Mac 2015 di pawagam-pawagam berhampiran anda.

Dari apa yang cik iena tengok cerita ni memang seronok yang pasti korang memang akan tergelak terbahak-bahak. Lawak dia memang boleh buat korang tergelak sampai telinga lah (^_~)
Pada cik iena sedih pun ada jugak kisah ni. Memaparkan pelbagai masalah diantara rejruit-rekruit muda . Ye la semua orang pasti ada masalah kan. Dimana akhirnya mereka semua bersatu menjadi satu pasukan . Best lah cik iena bagi 5 Bintang. Tak rugi korang tengok cerita ni. Untuk remaja-remaja nakal yang rasa-rasa gengster tu pun sesuai tengok. Bagi Insaf sikit.

Jom layan 

"Ah Boys To Men 3: Frogmen" Official Theme Song - "Who Else"




Dalam cerita ni cik iena suka tengok Wesley Wong, pelakon Hong Kong. Walaupun wataknya agak jahat pada awal cerita. Tapi suka tengok dia hensem hahahah ok jemput cuci mata.



Ah Boys To Men 3: Frogmen Ditayangkan Di Malaysia 19 Mac 2015
Wesley Wong

Ah Boys To Men 3: Frogmen Ditayangkan Di Malaysia 19 Mac 2015
Wesley Wong


Cik iena tak ambil benyak gambar semasa sesi movie preview ni almaklumlah hennset cik iena warded di Samsung Service Centre.
Cik iena suh adek ambil gambar sikit je
(^_~)


Ah Boys To Men 3: Frogmen Ditayangkan Di Malaysia 19 Mac 2015

Ah Boys To Men 3: Frogmen Ditayangkan Di Malaysia 19 Mac 2015

Ah Boys To Men 3: Frogmen Ditayangkan Di Malaysia 19 Mac 2015
Bersama rakan blogger ida


Nota Blog : Thanks #kelabbloggerbenashaari diatas peluang yang diberi (^_~)

iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve