6 Peralatan Surfing Perlu Dimiliki Penggemar Surfing


Malaysia merupakan destinasi yang sesuai untuk sukan air seperti snorkeling, surfing, jet ski dan kayak. Ini adalah kerana Malaysia mempunyai keadaan pantai dan airnya yang bersih. Terdapat juga beberapa terumbu karang di Laut China Selatan yang boleh dilihat di Pantai Timur Malaysia, yang menjadikannya destinasi popular untuk snorkeling.

6 Peralatan Surfing Perlu Dimiliki Penggemar Surfing


Lokasi terbaik untuk snorkeling adalah Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Bagi peminat sukar Surfing pula boleh  meluncur dengan angin utara-timur, dengan kelajuan 20 knot atau lebih, di Pantai Timur dari bulan Februari hingga Mac. Peluncuran boleh mencecah paras kemuncak 3-meter jika bernasib baik.

Sukan  Luncur air atau surfing ini juga merupakan pilihan sukan air yang popular di pantai barat, dimana ianya  boleh didapati di kebanyakan pantai terutamanya di Pulau Pinang dan Port Dickson.

Buat anda yang mahu menjadikan Sukan Surfing atau luncur air ini sebagai satu hobi anda berikut merupakan beberapa peralatan Surfing yang perlu anda ada untuk memulakan aktiviti hobi baru anda.


 Peralatan Surfing Perlu Dimiliki Penggemar Surfing


  1. Pakaian untuk Surfing
  2. Leash
  3. Wax
  4. Board
  5. Wax Comb
  6. Fins


1. Pakaian untuk Surfing
Surfing juga mempunyai pakaian sama seperti  berenang, maka ada pakaian khusus yang digunakan untuk bermain sukan surfing di dalam air. Antara pakaian harus di gunakan adalah pakaian yang  ketat atau sesuai dengan tubuh.

Pakaian untuk Surfing
Pakaian untuk Surfing


Pakaian tersebut mestilah memudahkan pergerakan anda, ia juga dikenal sebagai penjaga rash. Salah satu perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan semasa membeli pakaian ini ialah memilih jenis yang meliputi semua bahagian tubuh, atau pakaian yang panjang. Ianya penting untuk melindungi kulit daripada pendedahan cahaya matahari.


2. Leash
Ia juga dikenali sebagai tali kaki, tali khas yang akan menghubungkan pergelangan kaki dengan papan surfing , ini adalah tali yang memerlukan sokongan keselamatan surfer, kerana apabila anda kehilangan keseimbangan dan kemudian dilepaskan oleh ombak,ianya  pasti akan membahayakan diri surfer, Oleh itu, pastikan anda menggunakan tali  yang benar-benar berkualiti.

Leash
Leash

Leash
Leash



3. Wax

Satu bahagian penting peralatan jika anda bercadang untuk tinggal di suatu tempat untuk masa yang lama. Anda boleh membeli di kedai Surfing dengan banyak bentuk, warna dan rasa bergantung pada suhu air surfing yang anda mainkan. Sekiranya anda surfing di Malaysia memilih lilin dengan penulisan 27 darjah, ia biasa digunakan untuk iklim tropika.

wax
wax



Anda boleh menggunakannya di geladak papan luncur, untuk menambah kuasa melekit seperti kaki melekit ke papan luncur, mengelakkan licin.

wax

 4. Board
Ia adalah bahagian yang sangat penting apabila surfing, iaitu papan selancar atau papan luncur, mempunyai ketinggian kira-kira 2 meter, ia dibuat dengan bahan khas yang boleh terapung di dalam air dan juga akan hanyut ketika dibawa oleh gelombang atau gelombang laut. Pilih board yang ringan dan juga selesa untuk dipakai.

Board
Board


 5. Wax Comb
sikat yang digunakan untuk meratakan dan membuat lilin panjang ditarik dan lebih kasar dipermukaanya. Sangat berguna jika anda sedang melayari perjalanan luncur dan lupa membawa lilin. Alat ini juga boleh digunakan untuk membersihkan lilin lama sebelum memasang dengan lilin baru.

Wax Comb
Wax Comb


 6. Fins
Ia digunakan untuk menyesuaikan arah papan luncur apabila terkena angin.

Fins
Fins


Bercakap mengenai Peralatan Sukan Surfing ni, kalau anda semua tak tau bagaimana cara menggunakannya  dan ingin belajar mcara menggunakannya jom sama-sama  kita tonton Filem yang berkaitan dengan sukan Surfing ini iaitu "SURF THIS LOVE" .


SURF THIS LOVE
SURF THIS LOVE


Ia merupakan Filem Surfing pertama di malaysia yang mana ianya di bintangi oleh pelakon kesukaan Cik iena iaitu Shukri Yahya dan ianya bakal di tayangkan pada 22 Febuari 2018 . Selain Shukri Yahya ntara pelakon yang terlibat adalah Christina Suzanne, Josiah Hogan, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Syuhada Abraz, Mustaqim Bahadon. .


Jom Cik iena ceritakan Sinopsis Filem Surf This Love.





SINOPSIS FILEM SURF THIS LOVE


Billie (20an) bekerja dengan kakaknya, Siti (30an) sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billie sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal.


FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Selain Bobby, Mike Malaya (30an) dan Jimmy (30an) yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billie. Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 8 tahun hinggalah sekarang Billie tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak.

Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati lemas dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki.


FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billie terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun.

Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billie dengan sukan ini tidak pernah luntur. Kisah ini bermula sejak kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia (20an) yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapatkan liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang.



FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Walaupun Mia 1st time sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia (20an). Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board di tepi pantai. 

Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawanya sejak kecil iaitu Billie.


FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Billie lah yang membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billie yang kelakar dan bersahaja. Jauh dalam hati Mia, Mia kagum dengan kesungguhan Billie dalam sukan surfing walaupun Billie sering gagal dan tidak pandai dalam sukan itu.

Bagi Billie pula, dia sudah mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti kakaknya, tidak seperti orang lain di pulau itu yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.  Kini, Billie mempunyai satu lagi impian, iaitu mahu menjadi juara sukan luncur ombak, dan memenangi hati Mia yang baru dikenalinya.


FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Hancur luluh hati Billie apabila mengetahui yang Mia sudah berpunya malah Billie lebih frust lagi apabila mengetahui teman lelaki Mia adalah Mike Malaya, idolanya selama ini. Terpaksalah Billie melupakan Mia dan menumpukan perhatiannya pada cita-cita asalnya.

Kehadiran Mike Malaya ke pulau itu memberikan semangat baru kepada Billie. Billie menemui Mike Malaya dan memperkenalkan dirinya sebagai adik kepada Bobby. Mike Malaya yang agak sinis dan sambil berseloroh cuba ‘meraikan’ perkenalan singkat itu.


FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Billie dengan yakin dan bersemangat, meminta Mike Malaya mengajarnya cara-cara surfing yang betul. Mike Malaya dengan berat hati bersetuju dan meminta Billie menunggunya malam itu di pantai. Pada mulanya Billie agak hairan kenapa Mike Malaya mahu mengajarnya surfing waktu malam tetapi dia tetap bersangka baik dengan Mike Malaya.

Walaubagaimanapun, Mike Malaya tidak mengotakan janjinya. Mike hanya mahu memperdayakan si Billie semata. Billie rasa terhina dengan perbuatan Mike Malaya dan sejak dari peristiwa itu, Billie tidak mengharap pada sesiapa lagi. Dia sudah hilang rasa hormat pada Mike Malaya.


FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE



Pada masa yang sama, Mike Malaya mahu melamar Mia di pulau itu. Mia agak terkejut dengan lamaran itu, akhirnya bersetuju dengan permintaan Mike untuk menjemput ahli keluarga kedua pihak bagi meraikan malam pengumuman tentang tarikh pernikahan mereka berdua.

Jimmy tidak gembira dengan kedatangan Mike Malaya ke pulau itu. Billie dan Lia hairan, kenapa dua sahabat itu kini dingin hubungan mereka. Lia dapat rasakan ada sesuatu rahsia besar yang pernah terjadi antara persahabatan ketiga-tiga juara luncur ombak itu.

Oleh kerana tidak tahan dengan hinaan Mike Malaya, Jimmy yang selama ini enggan mengajar Billie, berubah fikiran. Dia berjanji dan bertekad, akan memastikan Billie terus belajar dan handal meluncur di ombak seperti arwah Bobby dahulu.



FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Pada malam majlis pengumuman, Mike Malaya telah dimalukan oleh Mia. Hasratnya untuk melamar Mia bertukar menjadi peristiwa yang sangat memalukan. Mia bukan sahaja memutuskan perhubungan mereka berdua, malah memperkenalkan kekasih gelap Mike yang kini sedang hamil anak Mike sendiri.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku kini, tidak mematahkan semangat Billie. Malah Billie kini lebih bersemangat untuk menjadi juara sukan luncur ombak, dan sekaligus memenangi hati Mia untuk dijadikan permaisuri hidupnya.


Menarik juga jalan cerita filem Surf This Love ni kan . Tak sabar pula rasanya Cik iena nak tonton . Cik iena memang suka cerita cintan cintun ni (^_~)






4 comments:

  1. Menarik filem ni...peralatan di atas sangat penting dan perlu ada untuk surfing ! 💗

    ReplyDelete
  2. ah ni antara peralatan yg perlu ada kalau nk surfing :)

    ReplyDelete
  3. Wow, macam best. Nanti nak tengok la filem ni.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog