Grab The Promo

GROCERY SHOPPING DURING THE COVID-19 OUTBREAK VLOG AT GIANT BUKIT ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni pasti kita ada juga keluar untuk membeli barangan groceries. Berikut Cik iena kongsikan vlog Cik iena semasa membeli barangan groceries di Giant Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur.

GROCERY SHOPPING DURING THE COVID-19 OUTBREAK VLOG AT GIANT BUKIT ANTARABANGSA KUALA LUMPUR


Ini merupakan kali kedua Cik iena keluar dari rumah untuk membeli barangan keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 March 2020. Kali pertama Cik iena keluar adalah pada 20 March 2020 hari jumaat malam selepas waktu bekerja Cik iena. Cik iena keluar dari rumah sekitar jam 7 malam.

Waktu bekerja Cik iena sampai 6.30 petang. Jadi selepas waktu bekerja baru boleh keluar. Adik ada je cuma adek tak boleh memandu kereta. Walaupun dia tak bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tetap membutuhkan kakaknya untuk kemana-mana kerana adik Cik iena tak boleh memandu kereta.

Besar ya tanggungjawab kakak. Kami tinggal bujang berdua beradik sahaja dan menyewa rumah di Bistaria Residensi . Jadi lokasi paling dekat untuk membeli Groceries adalah Giant Bukit Antarabangsa. MEmandangkan Perdana Menteri telah keluarkan arahan hanya ketua keluarga seorang sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan jadi dalam kes kami dua beradik. Iena lah yang perlu keluar untuk membeli barang keperluan...

Kebiasaannya Cik iena akan keluar beli barang dapur dengan adik. yelah kami perempuan bujang. Keluar sorang-sorang agak bahaya. Jadi selalu kemana-mana berdua. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan ni terpaksalah iena patuh dan iena keluar berseorangan. Kali kedua keluar membeli groceries adalah hari ke 12 Perintah Kawalan Pergerakan iaitu tanggal 29 March 2020.



GROCERY SHOPPING DURING THE COVID-19 OUTBREAK VLOG AT GIANT BUKIT ANTARABANGSA KUALA LUMPUR




MASIH ADA YANG INGKAR ARAHAN HANYA KETUA KELUARGA YANG BOLEH KELUAR


Yaa memang masih ramai yang tidak mematuhi arahan yang cik iena lihat berlaku di Giant Bukit Antarabangsa. Walaupun PM telah mengeluarka arahan bahawa hanya ketua keluarga seorang sahaja yang dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan tetapi masih ada lagi segelintir masyarakat yang ingkar. Mereka keluar bersama anak , suami mahupun adik beradik.

Ini dari pemerhatian Cik iena semasa membeli belah di Giant Bukit Antarabangsa lah. Ouh ya mungkin Bukit antarabangsa tempat orang have-have jadi mereka tak biasa keluar beli barang dapur seorang. Mesti nak ada pembantu. rasanya lah. Ouhhh mengada sungguh kan. Cik iena ni pun tak biasa tau keluar seorang di KL ni tapi Cik iena perlu patuh arahan kerajaan. Walauoun ada rasa takut keluar seorang terpaksa beranikan diri.

Kerajaan buat macamni bersebab. Kita nak putuskan rantaian covid-19. Nanti kalau dah bawa keluarga pergi beli barang dapur sama kalaulah ada yang terkena covid-19 nanti dua-dua terkena sama macam mana. Cuba lah faham apa yang kerajaan cuba sampaikan. tak susah pun nak ikut arahan. Takkan lah bila ada salah seorang ahli keluarga dah kena Covid-19 baru nak patuh arahan kerajaan.

Tak faham betul iena dengan segelintir masyarakat Malaysia ni. Cik iena tak cakap semualah. Segelintir sahaja. Masa Cik iena beli barangan dapur tu ada je lelaki mahupun perempuan yang datang berseorangan. Dua jam Cik iena cari barang dekat situ. Adik Listkan barang nak beli, cik iena beli. jadi sepanjang 2 jam di sini Cik iena nampak lah siapa yang datang seorang siapa yang datang berdua.

Sedih sangat lah.Kenapa susah sangat nak faham, kenapa susah sangat nak ikut arahan.Elok-elok kita boleh keluar rumah beli groceries nanti terus tak boleh keluar rumah sebab covod-19 makin berleluasa.


Nak Beli Hand Sanitizer and face mask ? Blh beli sini https://t.productlink.io/a16fcn [Ready Stocks] Instant Hand Sanitizer 120ML / 250ML / 500ML / 800ML / 1LITER, Alcohol 75% READY STOCK FACE COVER MASK MEDICAL 10 PCS LIMITED STOCK https://t.productlink.io/a16fco Bioion Germ-Free Deo-Sanitizer :https://t.productlink.io/a16fcp [READY STOCK] Alcohol based Instant Hand Sanitizer :https://t.productlink.io/a16fcq Disposable Poly Glove : https://t.productlink.io/a16fcr Goggles Clear Eye Protection Glasses : https://t.productlink.io/a16fcs Surgical face mask : https://t.productlink.io/a16fct


Anda bagaimana pula? Siapa yang keluar beli groceries?






26 comments:

  1. Hehehee. Seronok shopping macam ni. Semua disiplin jaga jarak dan cepat-cepat membeli. Akak suka pi Hero Market. Sana beratur panjang dan 30 org je boleh masuk dalam satu masa.

    ReplyDelete
  2. Sepanjang PKP, baru sekali Sis keluar be;i barang dapur, tu pun terpaksa, then sampailah sekarang terus Suami tak bagi keluar, tu yang rajin order online hehehhe

    ReplyDelete
  3. Kita baru je beli sebarang semalam dekat pasaraya besar sikit. Isteri masuk Target, suami masuk econsave sebabnya brg yang nak beli xd pulak dekat Target tu

    ReplyDelete
  4. Waktu PKP ni, cx memang tak keluar langsung. Suami shaja yang keluar beli brg. Cx nak keluar sekali pon tak bagi. Rasa tepu dah dlm rumah hahaha! Tapi demi keselamatan, cx redha.

    Tapi sungguhlah sis, suami pon ckp, ada lg yg degil nau tak ikut PKP. Bilalah nak reda covid19 kalau ada org mcm ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau iena da kawen pn..iena akn suruh suami hahaha..takot nk kuar sorang2..
      tu la mmg ramai yg tak ikut arahan ..sedih

      Delete
  5. Penat lah tak bebas membeli macam dulu . Dia bagi tempoh . Tak boleh lama - lama kalau kat tempat saya

    The Little Yana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kt sini masih boleh lama-lama lagi..iena 2 jam cari barang..haha orang tak pernah beli groceries sendri..PKP ni kene lah berdikari :D

      Delete
  6. ye betul, huda pernah pergi TESCO dekat area rumah pun still ada yang berteman. Pula tu sampai bertiga. Tapi pihak TESCO hanya benarkan seorang sahaja masuk dan beli barang keperluan. Membazir je lagi dua tu ikut. Betul, we need follow kerajaan dan semua ni bersebab. Bukan saja - saja kerajaan keluarkan perintah PKP.

    Kalau family huda, kekadang abah, kekadang adik, dan kekadang huda. kami bergilir - gilir keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macma tu ok la dia tapis..kat sini dia bagi je masuk..cuma sebelum masuk dia suruh pakai hand sanitizer and dia cek suhu..kalau demam takleh masukk :D

      Delete
  7. Amboi sungguhnya tenung barang nak beli tu hehehe kita kalau nak shopping pun sekali keluar dan beli yang boleh tahan untuk 2 minggu senang nak keluar sekarang kat Mall semua dah ketat kena saring bagai hurmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la..iena beli tuk dua minggu lah tu..harap bekalan mencukupi la :D

      Delete
  8. memang masih ada yang langgar arahan. tapi saya rasa bertenang sikitlah shopping kat giant kan, kalau kedai acheh kadang tu tak jaga social distancing

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu..kedai aceh dorang memang tak jaga jarak..walaupun cashier kedai tu dok tegur makcik2 ni..masih buat tak tau//dok dekat2 ngan iena..sekali tu jela iena pergi kedai tu

      Delete
  9. sib baik berdekatan rumah aida ni, kedai runcit nyer ada brg yg hampir2 complete.
    apa nak semua ada, alhamdulillah.
    asben aida yg gi, naik motor je. pakai sarung tgn. mask tutup hidung & mulut.
    sekali masuk, hanya 5 org je.
    settle 5 org, lagi 5 org.
    ditetapkan oleh kedai tu. terbaik. semua follow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus buat mcm tu had kan bilangan org yg blh masuk kedai..bagus tuk social distancing :)

      Delete
  10. Biasalah, org have2 mesti nak bawak pembantu dorg utk bawakkan barang. Kita nie yg biasa2, shopping sendiri2 je. Hahaaa. Be safe always Iena 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan..kite nikene bawak barang sndri..
      you too Zharif ..#staysafe

      Delete
  11. Yang tak faham bahasa patut kene saman je..huhu..senang ada grocery dekat, macam nad, kedai runcit, tesco pun dekat sennag. Harap covid berkuranganla

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan saman je..baru ade akal :D
      nad umah dekat sgt ngan tesco..jeles iena haha

      Delete
  12. nak tak nak, kena keluar juga kan sis iena. tak da sapa nak harap dan minta tolong. kalau tak keluar, tak makan kat rumah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul tu ..mmg kene keluar gak nk tak nak..tp seklai keluar mmg kene beli bnyk sb nk kurangkan dari keluar umah beli brg..dpt simpan stock seminggu pn ok :D

      Delete
  13. Before ni keluar berdua dgn husband kalau nak beli barang. Yela, terasa puas kita sndiri pilih kan. Tapi sekarang encik suami je la yang keluar.. Mujur dia dah biasa, so takde banyak kesalahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bagus mcm tu..iena pn sblm ni berdua ngan adek..sb covid ni terpaksa keluar sorang..kita kene sama2 sokong kerajaan dlm usaha utk putuskan rangkaian covid ni :)

      Delete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve