Grab The Promo
Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

KEK LAPIS CRAKER BERKRIM


Gabungan Nestum dan milo beserta cream cheese dan sos karamel membuat kek lapis creaker berkrim ini enak  dan lazat penuh berkrim pasti menjadikannya ia di sukai ramai.
 
 
KEK LAPIS CRAKER BERKRIM
 
Bahan-Bahan:
Setengah cawan Nestum
Sedikit serbuk koko @ Milo
Susu Pekat @ Sos Karamel
250gm Cream Cheese
75gm Butter
Setengah cawan gula
1 Pek Cream Cracker – 40 keping
2 cawan susu – rendaman biskut
.
Cara Membuat:

.
1. Masukkan cream cheese, butter serta gula di dalam bekas dan pukul hingga sebati. Rendam biskut jangan terlalu lembik dan susun di dalam loyang.
.
2. Sapukan sebatian cream cheese tadi sehingga rata keatasnya. Jangan terlalu tebal. Kemudian tuangkan susu pekat atau sos karamel. Dilayangkannya agar nipis untuk melekatkan serbuk nestum dan milo.
.
3. Kemudian taburkan serbuk nestum atau milo atau kedua-duannya. Ulang langkah tadi hingga habis. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Hidang semasa ia sejuk.
.
P/S: Kek ini amat sedap sekiranya diletakkan sos karamel dan ditabur dengan serbuk nestum disetiap lapisannya. Sesuai juga disajikan untuk menu minum petang anda bersama keluarga. Mudah dan simple sahaja untuk menyediakannya


Sumber : https://www.facebook.com/KongsiKongsiResepi

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


LEMON BLUEBERRY CHEESE BARS


Rasa Cheese yang di gandingkan dengan blueberry pasti membuat anda teruja .



LEMON BLUEBERRY CHEESE BARS
 
 
Bahan-Bahan:
.
Base –
110g butter, di cairkan
200g digestive biscuits
100g oreo di hancurkan, optional
50g almond flakes, di panggang
2 sb brown sugar
.
Filling –
500g cream cheese
30g butter
129g gula kaster
1 biji parutan kulit lemon
1 biji jus lemon
30g tepung jagung, di ayak
300ml UHT whipping cream
4 biji telur
150g blueberry pie filling
.
Cara Membuat:
.
Buat Base –
1. Satukan semua bahan2 base. Gaul rata.
2. Sediakan loose base tin bersaiz 9′. Masukkan adunan base dalamnya & tekan rata.
3. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling.
.
Buat Filling –
1. Pukul cream cheese & butter hingga lembut.
2. Masukkan gula, parutan kulit lemon, jus lemon & tepung jagung. Pukul hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan whipping cream. Pukul hingga pekat. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
4. Keluarkan loose base tin berisi base tadi, tuang 1/2 adunan filling dalamnya.
5. Guna sudu, masukkan blueberry pie filling atas filling cheese tadi. Tuang pula baki adunan filling perlahan2 hingga habis.
6. Bakar kek guna kaedah water-bath pada suhu 160 C selama 1 jam atau hingga kek masak.
7. Sejukkan sepenuhnya baru di simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman
.
 
 
 
Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Resepi Tat Limau Nipis


Tat merupakan sejenis kuih yang paling mendapat sambutan pada hari perayaan mahupun untuk santapan harian. Kebiasaan nya tat yang biasa kita makan adalah tat nenas . Selain itu Tat Limau nipis ini juga sangat enak dan unik . Boleh di cuba utuk santapan anda .
 
 
Resepi Tat Limau Nipis
 

.

BAHAN-BAHAN:


BAHAN UNTUK PASTRI COKLAT (ASAS KULIT TAT COKLAT):

BAHAN A:


125gm mentega
80gm gula aising


BAHAN B:

1 biji telur
½ sudu teh esen vanila


BAHAN C:

230gm tepung gandum
50gm serbuk coklat


BAHAN INTI:

3 biji telur
90gm gula kastor
90ml susu segar
70ml jus limau nipis
70ml krim putar UHT
Pewarna hijau secukupnya


CARA MEMASAK:

1. Untuk membuat pastri coklat, campurkan bahan A dan gaul sehingga sebati.

2. Kemudian masukkan bahan B dan bahan C. Gaul adunan sehingga membentuk doh.

3. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 30 minit dan bentuk di dalam acuan tat. Bakar selama 15 hingga 20 minit pada suhu 170°C. Asingkan.

4. Untuk bahan inti pula, satukan kesemua bahan dan gaul sebati.

5. Akhir sekali, paipkan adunan ke dalam kulit tat yang telah siap dibakar dan bakar sekali lagi pada suhu 170°C selama 15 hingga 20 minit.



Sekiranya tidak mahu rasa masam yang keterlaluan, bolehlah dikurangkan jus limau nipis di dalam adunan..


Sumber : www.facebook.com
 
Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


KEK BROWNIE BUTTER


Kek Brownie Butter  kek yang meyelerakan lagi sedap , tekstur yang  lembut basah lagi menaikkan selera.



KEK BROWNIE BUTTER

 

Bahan-Bahan:

.
Bahan Brownie –
1/4 cawan mentega
1/4 cawan gula perang
140 gm coklat masakan
1 biji telur gred A – dipukul
1/4 cawan tepung serbaguna
.
Bahan Kek Butter –
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula atau mengikut citarasa masing2
2 biji telur gred A
1 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh baking powder
50 ml susu segar
.
Cara Membuat:
.
1. Griskan loyang/bekas acuan bersaiz 10cm x 20cm (4×8-in) dengan menggunakan aluminium foil. Panaskan ketuhar pada suhu 180C/350F.
.
2. Cara buat brownie. Cairkan coklat masakan bersama mentega pada suhu ketuhar yang rendah. Keluarkan dan ketepikan sehingga ianya sedikit menyejuk lalu masukkan gula perang hancur dan kacau kesemuanya sehingga sebati.
.
3. Kemudian, adunan tadi dimasukkan ke dalam mixer. Seterusnya, masukkan telur yang telah dipukul, tepung serbaguna dan pukul lagi sehingga sebati.
.
4. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar pada selama 15 minit. Keluarkan dan sejukkan.
.
5. Cara buat kek butter. Masukkan telur ke dalam mixer satu persatu dan pukul hingga telur kembang. Kemudian, masukkan gula dan pukul lagi sehingga gula hancur dan ia sebati.
.
6. Seterusnya, masukkan tepung serbaguna serta baking powder. Dan pukul lagi sehingga sebati dan akhirnya masukkan susu segar dan kacau lagi.
.
7. Tuangkan adunan tadi keatas brownie yang telah masak tadi dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C/320F selama 25-30 minit sehingga masak.
.
 
 
 
Sumber : www.facebook.com/KongsiKongsiResepi

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)
 






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


RESEPI CHEESE MUFFIN


Cheese muffin adalah muffin yang lazat dan enak di makan. Sesuai di buat santapan minum pagi atau petang bersama keluarga mahupun di buat juadah untuk majlis-majlis lain.

 
RESEPI CHEESE MUFFIN
 

Bahan-Bahan:

.
Bahan Kering –
2 cwn tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
.
Bahan Basah –
1 biji telur gred A
1 cwn susu segar/susu cair
1/2 cwn minyak jagung
1/2 cwn cheddar cheese ~ diparut
.
Cara Membuat:
.
1. Ayak bahan kering, baking powder, gula kastor dan garam.
.
2. Dalam mangkuk yang lain campur bahan basah telur, susu, dan minyak. Pukul sekejap sahaja sekadar untuk bercampur adunan.
.
3. Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke dalam campuran tepung dan gaul rata. Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga rata.
.
4. Sudukan adunan muffin ke bekas acuan yang sudah diglis dengan sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletakkan dalam papercup, isi 3/4 penuh, tabur sedikit parutan cheedar cheese diatasnya.
.
5. Panaskan oven dengan suhu 180’C ~ 200’C dan bakar selama 20 ~ 25minit.
.
Nota: Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras, membuat muffin telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan tangan sahaja. Suhu oven sebaiknya tinggi 180~200’C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit, bila dah panas masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven, insyalah muffin akan naik dengan cantiknya.



Sumber :www.facebook.com/KongsiKongsiResepi

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



Homemade Biskut Ferrero Rocher adalah antara hidangan yang cukup lazat untuk hari raya mahupun  di hari biasa atau sebagai buah tangan  di majlis-majlis istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis harijadi, majlis perasmian dan sebagainya. Semalam ada yang bertanya kepada cik iena mengenai resepi biskut ni selepas cik iena memuat naik gambar di facebook dan instagram .  Okay cik iena kongsikan resepi penuh dekat blog . Jom baca .Sempat lagi nak buat utk raya tahun nie :)





Bahan-bahan Biskut Ferrero Rocher:

  1. 250gm butter
  2. 80gm gula icing
  3. 20gm qroquant/cornfleks hancur
  4. 360gm tpg gandum
  5. 100gm almond powder
  6. 40gm tpg jagung
  7. 1/2 sdt esen vanilla
  8. almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
  9. 3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
  10. coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)

Cara-cara membuat Biskut Ferrero Rocher

  1. Putar butter & gula sehingga sebati kemudian masukkan qroquant atau cornfleks hancur
  2. Masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung gandum,almond powder & tepung jagung.Kemudian uli sehingga sebati.
  4. Panaskan oven suhu 150c.
  5. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan di dalam dulang pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.
  6. Bakar pada suhu 150c selama 20-25 minit.
  7. Golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam putih telur .kemudian golekkan di atas almond nibs.


    RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



  8. Bakar balik biskut lebih kurang 5 ke 10 minit.
  9. Cairkan coklat masakan & celupkan biskut di dalam coklat tersebut & masukkan ke dalam paper cup.biarkan sejuk sendiri atau letak dalam peti ais selama 15 minit . Cik iena tak guna coklat masakan , cik iena guna Beryl's  Chocolate.
RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER




RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER

Okay kawan-kawan Selamat mencuba (^_~)

Nota Blog : harap maaf pada yang request video cik iena tak dapat video kan cara-cara buat . Sebab tak terfikir nak update di blog so memang takde record video. Sekadar ambil gambar dua tiga keping sahaja . Bila ada yang bertanya ,  malas nak tulis banyak kali cik iena tulis dekat blog . 


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Curry Cheese Baked Macaroni


Curry Cheese Baked Macaroni


Makanan barat citarasa melayu, resepi hentam-hentam cik iena . Sumber inspirasi Qaseh Baked Macaroni  cik erna halyani . Sedap pulak habis semuanya licin okay . Tapi pada yang berdiet tak boleh ler makan . Kaya dengan Cheese. Membuak-buak lemak tu nanti haha

 

Bahan-Bahan nya


Cendawan butang

cendawan butang


Bawang merah, bawang putih, cili api


Bawang merah, bawang putih, cili api


Mix Vege


Mix Vege
Mix Vege

Isi Ayam


isi ayam


Makaroni 

Makaroni


Rempah Kari

Rempah Kari


Tomato puree


Tomato puree


Cara-cara 


Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili api


Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili api


Kemudian masukkan isi ayam

Kemudian masukkan isi ayam


Masukkan rempah kari dan tomato puree ,cendawan dan mix vege
TUmis sehingga pecah minyak


   Masukkan rempah kari dan tomato puree


Masukkan makaroni
Gaul sehingga rata

Masukkan makaroni

Gaulkan sehingga rata, letak sedikit garam dan ajinamoto secukup rasa


Gaulkan sehingga rata

Boleh dimakan selepas siap di goreng

Tapi cik iena bakar kan bersama sos cheese 

Untuk buat sos cheese

Panaskan susu segar bersama cheese, di kacau supaya cheese tidak bergumpal
cik iena guna slice cheese je

kemudian masukkan makaroni dan sos cheese dalam bekas
bakar dalam oven,

Nak lebih cheezy cik iena letak kepingan cheese seperti gambar pertama
yang bawah ni cik iena letak cheese yg disagat 
(^_~)

Kedua-duanya sedap

Penggemar cheese mesti suka


Curry Cheese Baked Macaroni


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

RESEPI AYAM PANSUH


RESEPI AYAM PANSUH
 

Menu kami sekeluarga semasa berkelah di sungai semalam adalah Ayam Pansuh. Ayam pansuh ini di masak di dalam buluh . Senang cerita Pansuh ni masakan di dalam buluh yang dibakar. Boleh jadi Ayam, daging, ikan, nasi , mee segera , apa-apa yang di masak di dalam buluh.Ini menurut penerangan rakan yang berasal dari sarawak. Thanks untuk resepi ayam pansuh ni clare.
Kalau macam tu agaknya lemang boleh panggil Pulut Pansuh tak (^_~)

Bahan-Bahan


Buluh,Ayam, bawang merah, bawang putih, cili api, serai,halia, kunyit hidup, bunga kantan, pucuk ubi, garam dan ajinamoto






 
RESEPI AYAM PANSUH

RESEPI AYAM PANSUH




RESEPI AYAM PANSUH

RESEPI AYAM PANSUH


Cara Membuat


  1. Perapkan ayam semalaman dengan bawang merah, bawang putih, halia,serai, cili api, kunyit hidup (kesemua bahan di kisar) dan Hirisan bunga kantan.


    RESEPI AYAM PANSUH


  2. Selepas ayam di perap semalaman, masukkan ayam dan pucuk ubi secara berselang2-selang di dalam buluh sehingga penuh.Diakhiri dengan daun pucuk ubi untuk menutup lubang buluh.
    RESEPI AYAM PANSUH

    RESEPI AYAM PANSUH

    RESEPI AYAM PANSUH
  3. Kemudian bakar buluh tersebut seperti membakar lemang.
    RESEPI AYAM PANSUH
  4. Masa yang diperlukan untuk masak mengikut ketebalan buluh. Jadi anda perlu pandai agak lah . kene rasa ayam tu dah masak ke belum.

    RESEPI AYAM PANSUH

    RESEPI AYAM PANSUH


Okies

Selamat mencuba (^_~)





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

RESEPI KACANG KUDA REBUS

RESEPI KACANG KUDA REBUS

Kuda ku lari gagah berani. Nyanyi siket. hehe okay2 Mak terkejut cik iena pandai buat.
Mak balik dari pasar je dah siap. Mak kata pandai pulak masak  kacang ni ngah .. haha pandailah mak ni, senang je kot, dari kecik-kecik da penah buat masa mak kerja. Mak je tak tau hehe bila mak ade kat umah jadi malas nak mak yang buat semuanye haha.Kan masa kecik pernah tolong maklong meniaga. Macam-macam masakan belajar dari maklong. Ingat tak ingat je.

Masa mak pergi pasar, Masuk dapur tengok ade kacang kuda yang di rebus. Tetiba mood rajin, pergi belakang rumah, ambil daun kari lepas tu tumis kan lah.  Mak balik dari pasar sambil borak-borak makan kacang kuda ni. Ingatkan nak bawak berkelah. tak dan nak bawak dah habis. Mak cakap lagi sedap kalau ada biji sawi. okay lepas ni kalau kakngah buat kakngah letak biji sawi yer (^_~)

Bahan-Bahan


Kacang kuda, bawang merah, bawang putih, cili kering, daun kari, garam dan ajinamoto secukup rasa

RESEPI KACANG KUDA REBUS

RESEPI KACANG KUDA REBUS


Cara-Cara membuatnya


  1. Rendam kacang kuda semalaman, kemudian rebus bersama garam secukup rasa.
  2. setelah empuk, toskan air rebusan.
    RESEPI KACANG KUDA REBUS

    RESEPI KACANG KUDA REBUS

    RESEPI KACANG KUDA REBUS
  3. tumis bawang putih, bawang merah, cili kering, daun kari sehingga naik bau dan masukkan kacang kuda yang telah di rebus dan di tos

    RESEPI KACANG KUDA REBUS
  4. gaul hingga sebati


RESEPI KACANG KUDA REBUS


Nota Blog : masa zaman sekolah dulu selalu beli kacang kuda ni tau.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve