Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Bulan Ramadhan


Ketika berpuasa pasti anda tidak dapat lari dari rasa mengantuk . Ini adalah kerana kita bangun lebih awal untuk makan sahur terutama buat golongan kaum hawa yang perlu bangun lebih awal untuk menyediakan makanan.
 
 
Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Bulan Ramadhan
 
 
Berdasarkan hasil carian google cik iena, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.Selain itu boleh diamalkan mengantuk ketika belajar.
 

Doa Menghilangkan Ngantuk

 

 
Doa Menghilangkan rasa mengantuk


” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA – ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)
 
 
Selain daripada doa ini. Anda juga boleh mencuba tips-tips di bawah bagi mengurangkan rasa mengantuk . Jika anda sudi anda juga boleh kongsikan tips anda di ruangan komen di bawah :)
 

 Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Bulan Ramadhan



1. Tidur awal . 
Jangan tidur lewat kerana anda perlu bangun awal untuk bersahur . Pada yang susah tidur  awal anda mungkin boleh cuba cipta suasana yang selesa untuk tidur. Elakkan  dari gangguan bising, Jadi, jangan tidur depan telvision. Jangan tidur sebelah handphone.(Letakkan handphone jauh dari katil) Tidur di dalam bilik, tutup lampu, pada yang tidur pasang lampu,tidur pakai penutup mata supaya dapat tidur berkualiti. Lagi bagus jika anda tidur menggunakan penutup mata yang boleh di sejukkan di dalam peti ais. Okay yang itu nanti cik iena share .
 
Ini untuk cik iena .Tak semua orang boleh minum nescafe atau kopi . Cik iena merupakam peminum nescafe tegar :)  . Kebiasaannya cik iena akan mengambil Nescafe atau mocha atau lathe atau white coffee di waktu pagi di pejabat atau di waktu petang jika cik iena mengantuk . Memandangkan bulan puasa ni cik iena perlu lah tukar pada waktu sahur .
Satu lagi tips nak bagi Nescafe lagi umphh nak tahan ngantuk letakkan secubit garam masakan. Tips ini memeang cik iena guna dari zaman belajar. Cik iena kan ambil jurusan sains komputer . Belajar programming bukan mudah . Besengkang mata tak tidur malam nak ulangkaji pelajaran . Air Nescafe campur garam ni lah buat cik iena bertahan mata dan Alhamdulillah cik iena Habis belajar dengan Jaya nya dan berjaya menjadi seorang Programmer :)

3. Tidur sekejap sewaktu rehat . 
Pada yang ada waktu berehat boleh lah gunakan masa tersebut untuk tidur dalam 20 minit. Jangan tidur lama-lama tak solat pula nanti dan terlajak tidur tak sambung kerja pula nanti . Yang penting jangan lupa kunci jam tau. 
Untuk cik iena , pada bulan puasa kami tiada waktu rehat jadi cik iena tak dapat la nak melelapkan mata. Tapi kalau dah ngantuk tu lepas solat cik iena nak lelap juga 5 minit.

4.  Basuh muka
Basuh muka dengan air sejuk. Lakukan banyak kali pun tidak menjadi masalah kerana tidak membatalkan puasa .Tapi jangan pula nganga mulut semasa basuh muka . Selain basuh muka dengan air ni. Sekarang dah macam-macam produk untuk menyegarkan wajah yang boleh korang guna . 
Sebagai contoh boleh guna Bio-essence Miracle Bio Water
 

5.  Bangun berjalan-jalan setiap beberapa jam supaya hilang sedikit rasa mengantuk anda. 
Bangun jalan, tengok permandangan luar. Lagi bagus kalau dapat tengok pokok-pokok yang bewarna hijau dimana ianya boleh menenangkan minda sedikit sebanyak dapat juga menghilangkan rasa mengantuk. Kalau takde tu tengok je benda-benda bewarna hijau :)


Wokay sekian tips dari cik iena. Sebenarnya cik iena pun google je tips ni untuk cik iena . Sebab cik iena mengantuk sangat nie . Jadi alang-alang dah baca cik iena kongsi dengan anda-anda semua  okay :)

 Selamat Berpuasa Semua  (^_~)
 
 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


MENGENAL HATI BUDI LELAKI


Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.


Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah. Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka. Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka.

Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”. Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya


Sumber : azhaan.com

Nota Blog : Untuk rujukan cik iena nie, cik iena dalam tempoh mengenal hati budi anak pakcik yahya (^_~) Awakkk da hampir setahun saya menyelam hati budi awak. Awak special dari lelaki lain yang saya kenal. Walaupun awak pendiam dan pemalu tapi saya tak tau mana datangnya kekuatan untuk terus  bersabar dan terus memahami awak hahaha Hope Persahabatan kita kekal :)



iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve