Secara jujurnya cik iena bukanlah peminat tegar cerita Hindustan mahupun Tamil kerana Kebanyakan cerita tau pun filem mereka memakan masa yang lama dan cik iena akan bosan. Berbeza dengan Filem Terbaru Shah Rukh Khan yang cik iena tonton baru-baru ini, cik iena tidak rasa sedikit pun rasa bosan kerana filem ini penuh dengan jalan penceritaan yang bagus dan menarik perhatian penonton. Bagi cik iena cerita ini tidak menghampakan dan juga tidak membosankan.
Raees Bhai yang di lakonkan oleh Shah Rukh Khan telah memulakan aktiviti menjual arak sejak kecil lagi sehinggalah beliau sendiri menjadi pengusaha arak yang berjaya dan setelah berlaku konflik antara beliau dan juga peniaga arak lain serta ahli politik beliau melalui pelbagai rintangan getir sehingga membuatkan beliau telah mengorak langkah masuk ke dunia Politik demi untuk mempertahan kan dan meneruskan perniagaan Arak beliau.
Cik iena bergambar bersama rakan blogger dan media semasa Press Screening RAEES baru-baru ini
A video posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on
SINOPSIS FILEM RAEES
Filem ini diarahkan oleh Rahul Dholakia, dan turut diterbitkan oleh isteri dari aktor ternama itu sendiri, yakni Gauri Khan, bersama Ritesh Sidhwani dan Farhan Akhtar. Filem ber genre action thriller ini mengisahkan tentang drama kejahatan dari seorang pengusaha pembuat minuman keras di Gujarat, India pada tahun 1980-an.
Ada seseorang bernama Raees Bhai (dilakonkan oleh Shah Rukh Khan), yang menjalankan perniagaan pembuatan minuman keras, dan sekaligus sebagai penyelundupnya. Selama ini, perniagaan yang dijalankan tersebut sangat mencabar dan sangat sukar untuk dipatahkan oleh pihak polis, sehingga bertahun-tahun. Raees Bhai sendiri memang sangat cerdas, cerdik, dan cekap dalam menjalankan perniagaan tersebut.
Kadang-kadang dia juga tak takut untuk berlaku kejam demi melicinkan perniagaan haramnya itu. Tidak hairan jika selama ini semua aksinya berjalan lancar. Selain itu, dia juga disokong oleh istrinya, Aasiya Khan (dilakonkan oleh Mahira Khan).
Namun, aksi Raees Bhai ternyata tak selamanya berjalan tanpa halangan dan konflik. Pada suatu ketika, dia juga harus menghadapi masalah besar apabila bertemu polis yang lebih cerdik daripadanya yang bernama ACP Ghulam Patel (dilakonkan oleh Nawazuddin Siddiqui).
Pihak Polis berjaya memerangkap Raees Bhai dalam sebuah operasi di Mumbai, India. Mulai saat itu, jalan cerita dalam filem ini pun berubah menjadi drama aksi berbau ngeri yang dipenuhi dengan pelbagai tipu muslihat. Salah seorang produser filem ini, yakni Farhan Akhtar, juga ikut berperanan sebagai seorang pegawai polis.
Menariknya lagi, pelakon seksi Bollywood Sunny Leone juga turut tampil dengan goyangannya dalam lagu yang berjudul 'Laila O Laila'. Filem "Raees" ini telah mula di tayangkan di pawagam sekitar Malaysia bermula 25 Januari 2017.
Kepada peminat SRK di luar sana jangan lupa saksikan filem terbaru
beliau yang pasti tidak akan membuat anda kecewa dengan hasil
lakonannya .
Tapi sebenarnya cik iena kecewa tapi
bukan sebab lakonan tapi sebab kenapa Raess Mati, kebiasaannya Hero tak
mati . Sedih tau mengalir air mata cik iena bila Raess kene tembak tiga
kali di mana beliau sendiri yang menyerah diri kepada polis untuk di
tembak mati . Kalau nak tau kenapa, jangan lupa tonton tau.
Lokasi Tayangan Filem Raees
Lokasi Tayangan Filem Raees
Untuk Maklumat Lanjut mengenai Filem ini sila rujuk
My Stupid Boss merupakan filem yang di adaptasi dari sebuah buku yang
popular dan terlaris di Indonesia yang berjudul My Stupid Boss (MSB).
Ia merupakan Karya anak tempatan Chaos@work yang digarap dari empat
jilid penerbitannya yang mula diterbitkan pada 2009 menjadi satu cerita
yang sarat dengan elemen komedi.
Antara babak yang menarik di mana Diana membalas kembali perbuatan Bossman keatas dirinya, Nak tau kenelah tonton di pawagam :)
Filem terbitan syarikat
perfileman Falcon Pictures ini menjalani penggambaran 100 peratus di
Kuala Lumpur. Ia memakan masa selama 25 hari untuk menjadikannya sebuah
Filem yang bakal menjadi bualan ramai.
Selain daripada
pelakon Indonesia, ia juga di lakonkan oleh pelakon-pelakon Malaysia
yang tidak asing lagi antaranya Atikah Suhaimie, Bront Palarae, Chew
Kinwah dan Iskandar Zulkarnain.
Pekerja-pekerja
Bossman yang kelihatan gembira akan perubahan Bossman, namun adakah
perubahan itu berterusan ? Pastikan anda tonton di pawagam okay :)
Filem ini merupakan filem ke-15
terbitan Falcon Pictures dan ini merupakan kali pertama mereka
berkolaborasi bersama pelakon Malaysia diketuai oleh pelakon berkaliber
dari negara serumpun iaitu Bunga Citra Lestari, Reza Rahadian dan Alex
Abbad.
Penerbitnya Frederica, berkata
kesukaran menggabungkan empat novel kepada sebuah penceritaan menjadi
hikmah buat mereka apabila usaha itu secara tidak langsung dapat menyatu
persahabatan dua negara serumpun.
Bossman yang sangat pelik dan mempunyai pendirian dan sistem kerja yang pelik dan tidak moden
Falcon
Pictures pernah menerbitkan beberapa filem pecah panggung seperti Comic
8, Comic 8; Casino King, Haji Backpacker, Coboy Junior The Movie,
Sejadah Ka'bah dan banyak lagi.
Filem ini juga akan ditayangkan serentak di empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bermula 19 Mei ini.
Sinopsis My Stupid Boss
Bunga Cintra Lestari yang melakonkan Watak Diana
MENGISAHKAN tentang Diana lakonan Bunga Citra Lestari yang harus mengikuti suaminya, (Alex Abbad) berpindah dan bekerja di negera jiran iaitu Malaysia. Di Malaysia, Diana
terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka dan bekerja
di sebuah pejabat yang memiliki pekerja dari pelbagai negara. Konflik
berlaku apabila Diana terpaksa berhadapan dengan majikannya, Bossman yang juga berasal dari Indonesia (Reza Rahadian). Bossman memiliki tingkah laku yang agak pelik namun begitu Bossman mempunyai karakter yang melucukankan.
Bossman yang sentiasa menganggap dirinya benar dalam segala perkara walaupun sebenarnya apa yang dilakukan itu salah
Bossman memiliki
prinsip yang luar biasa, berbeza dengan majikan lain. Di pejabatnya,
tiada peraturan dan sistem yang jelas dalam pengurusan syarikat
membuatkan urusan harian menjadi huru-hara. Bossman mempertahankan prinsip tersendiri iaitu 'Bossman Always Right'.
Setiap keinginannya harus dituruti oleh semua pekerjanya. Di situ, Diana mula mengenali rakan setugasnya iaitu Norahsikin lakonan Atikah Suhaimie, Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain) dan Mr.Kho (Kinwah Chew) yang banyak memberi nasihat untuk berhadapan dengan Bossman.
Bossman dan Diana atau lebih dikenali dengan nama kakak Kerani
Terbitan: Falcon Pictures. (Indonesia)
Kerjasama: Madness Films Sdn Bhd (Malaysia)
Edaran: Skop Productions Sdn Bhd (Malaysia)
Penerbit: HB Naveen & Frederica
Pengarah: Upi
Genre: Komedi/ Drama
Durasi: 107 minit
Pelakon Malaysia: Atikah Suhaimie, Bront Palarae, Chew Kinwah dan Iskandar Zulkarnain.
Pelakon Indonesia: Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari dan Alex Abbad
Lokasi Penggambaran: Kuala Lumpur
Tarikh Tayangan: 19 Mei 2016
Lima sebab Kenapa Perlu Tonton My Stupid Boss
Merupakan Cerita Komedi pertama yang di lakonkan Bunga Citra Lestari
Reza Rahadian yang handsome dan kurus menjadi gemuk, buncit dan rambut separa botak.
Menggabungkan pelakon-pelakon hebat Indonesia dan Malaysia
Mengisahkan tentang Boss yang pelik dan mempunyai sistem kerja yang tidak boleh di terima pakai
Sebagai persediaan untuk anda menghadapi STUPID BOSS like this :)
Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Barisan pelakon
Baru-baru ini cik iena berpeluang menghadiri majlis tayangan perdana filem My Stupid Boss terbitan
Falcon Pictures dengan kerjasama Madness Films Sdn Bhd dan edaran Skop Productions Sdn Bhd.
Sambutan hangat dari peminat-peminat pelakon-pelakon yang terlibat di dalam filem ini jelas ketara.
Cik iena bersama adik dan rakan blogger Iskandar
Kehadiran tetamu yang cukup
ramai yang terdiri dari peminat , media cetak, media elektronik, blogger
dan artis-artis tempatan serta yang pastinya pelakon utama dari
Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari dan Reza Rahadian .
Cik iena bersama rakan blogger Kak Qasehsu & Ayu Idris
Setelah sama-sama menonton
filem ini cik iena dapat rasakan filem ini bakal mendapat tempat di hati
rakyat Malaysia dengan lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon hebat
dari dua negara. Ianya merupakan Filem komedi yang sangat menghiburkan.
Bersama rakan blogger Iskandar
Untuk pengetahuan
anda semua ini merupakan kali pertama Bunga Citra Lestari melakonkan
cerita komedi dan beliau berjaya melakonkannya dengan bagus . Menurut
beliau ini merupakan filem yang mencabar bagi beliau kerana ini
merupakan kali pertama belia melakonkan cerita berunsur komedi. Menurut
beliau lagi ternyata bukan mudah untuk melakonkan watak komedi namun
dengan ada nya rakan-rakan artis lain yang turut sama membantu dalam
menghayati watak tersebut beliau berjaya melakonkan dengan begitu baik
sekali.
Cik iena bersama rakan blogger Ally dan Erin
Apa yang cik iena dapat
kongsikan filem ini seronok dan lawak sehingga tahap anda tidak akan menyedari
bahawa anda sudah sampai ke penamat dan bagi cik iena agak sedikit
tergantung. Mungkin kerana cik iena rasa filem ini sangat menghiburkan
sehingga cik iena tidak menyedari hampir 100 minit sudah berlalu dan
cerita sudah menghampiri penghujung nya.
Unsur-unsur lawak yang diterapkan membawa mesej-mesej tertentu yang bermakna. Selain daripada itu terdapat juga banyak mesej dang pengajaran serta pedoman yang boleh di lihat di dalam filem ini walaupun ianya berunsurkan komedi.
Okay mohon lanjutkan ke My Stupid Boss 2. Nak tau sama ada Bossman berubah atau tidak :)
Gambar Bersama Pelakon My Stupid Boss dan Artis yang turut beri sokongan
bersama pelakon utama Reza Rahadian yang kacak lagi kurus berbeza dengan watak bossman yang gempal dan separa botak
bersama Bront Palarae
Bersama Zizan, haa zizan pun ada tau dalam cerita ni, nak tau sebagai apa jangan lupa tonton :)
bersama Mr Chew Kinwah
bersama si cantik jelita Atikah Suhaimie
bersama si cantik jelita Atikah Suhaimie
bersama Iskandar Tajuddin dan Iskandar Zulkarnain :)
Bersama Kak Yasmin Hani
Bersama shery alhadad
Okay
semua jangan lupa tonton tau Filem ini akan ditayangkan serentak di
empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bermula 19
Mei ini. 2016
Mengisahkan kisah benar tentang kehidupan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Chowrasta merupakan Filem ke-38 pengarah terkenal Profesor Datuk A Razak Mohaideen.Penghasilan filem chowrasta adalah di adaptasi daripada buku biografi Sahol berjudul Mencorak Destini yang berkisar mengenai perjuangan dalam memartabatkan bangsa Melayu..
Antara babak romantik dalam Chowrasta
Filem berlatarbelakangkan zaman 60 an dan 70 an ini merupakan terbitan bersama FiTA Studios Sdn Bhd dan Nation Film Studio Sdn Bhd yang mana ianya menggabungkan empat genre berbeza iaitu komedi, Bollywood, aksi dan
romantis. Filem ini juga adalah sebagai buah tangan daripada Profesor Datuk A Razak Mohaideen untuk 600,000 alumni UiTM di seluruh negara.
Filem ini di barisi pelakon hebat iaitu Hero Malaya Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su dan Nur Risteena Munim, dan juga pelakon baru yang ingin di ketengahkan sebagau tunjak Utama iaitu Chem Ammar . Chowrasta bakal menggegarkan 60 buah pawagam di seluruh Malaya bermula 3 Disember nanti.
SINOPSIS RINGKAS CHOWRASTA
Kehidupan Hamid penuh dengan perjuangan. Sejak kecil lagi, kehidupannya sentiasa dihimpit kemiskinan serta sering dihina dan dicaci. Namun, demi kelangsungan hidup diri dan keluarganya, di Hutton Road, Pulau Pinang, dia terus bangkit. Segalanya bertitik tolak daripada gesaan ibunya yang meminta dia untuk tidak hanya berdiam apabila dibuli dan meminta Hamid untuk menjadi seorang yang berani bukannya seorang pengecut.
Dari situ Hamid bertekad dan belajar seni mempertahankan diri “Muay Tai”, yang dikendalikan oleh Pak Ngahnya yang terkenal dengan nama “Uncle Don”. Berkat kegigihannya berlatih di samping tekad yang terpahat, akhirnya Hamid dapat meletakkan dirinya sebagai seorang yang disanjungi oleh rakan-rakannya dan digeruni oleh pihak lawan.
Selain bertarung di gelanggang, dia juga mula terlibat dengan kegiatan kongsi gelap yang dikepalai Pak Ngah Don di Chowrasta serta mula berjinak dengan kelab malam. Malah, dia juga telah mula rapat dengan Zaharah, iaitu seorang penyanyi di kelab tersebut. Pada masa yang sama, kawasan di bawah penguasaan Pak Ngah Don semakin bertambah, seiring itu musuhnya turut juga bertambah. Konflik demi konflik membawa Hamid ke kancah pertarungan sengit sehingga suatu ketika dia hampir menemui ajalnya di tangan Jali. Akan tetapi dia dapat diselamatkan oleh Zaharah dan kawan baiknya Eng Choon.
Melihatkan keadaan itu. Hamid diminta oleh Pak Ngah Don dan ibunya supaya meninggalkan Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajarannya.
Hamid kemudiannya diterima masuk ke ITM dan menjadi seorang pelajar jurusan kejuruteraan. Prestasi Hamid dalam pelajaran menyerlah, namun disebabkan kemiskinan, Hamid terpaksa bekerja di tempat pembinaan bagi menyara kehidupan keluarganya. Disebabkan Hamid tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran, dia kemudiannya gagal mencapai gred yang ditetapkan dan terus dibuang ITM.
Dengan tiada tempat lain untuk dituju, Hamid pulang ke kampung dan kembali menerajui Chowrasta. Dalam pada itu, Pak Ngah Don telah menemui ajal apabila dia dibakar hidup-hidup oleh musuh ketatnya, Jali.
Hamid terus memburu Jali untuk membalas dendam dan berlakukan satu pertarungan sengit yang menyaksikan Jali menyerah kalah dan berjanji untuk tidak menganggu Hamid lagi. Tidak lama kemudian, Hamid didatangi oleh Miss Tan, seorang pensyarahnya yang bertujuan untuk membantu. Hamid diberi peluang kedua untuk melanjutkan pelajarannya dengan semua perbelanjaannya ditanaggung oleh Miss Tan. Semenjak itu dia tidak lagi menoleh ke belakang. Dengan semangat dan usaha bersungguh-sungguh, Hamid akhirnya berjaya sehinggalah beliau menjadi seorang yang sangat disegani.
Mengisahkan kisah benar tentang kehidupan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Tan Sri Dr Sahol...
Posted by ienaeliena.com on Saturday, November 28, 2015
GAMBAR-GAMBAR SEDUTAN DALAM FILEM CHOWRASTA
Hamid sedang bertarung untuk merebut gelaran juara Muay Thai
seni pertahanan diri Muay Thai
Antara babak romantik dalam Chowrasta
Antara babak romantik dalam Chowrasta
Antara babak romantik dalam Chowrasta
babak di mana pakngah don atau rosham nor di bunuh
Lakonan Hebat pelakon Chowrasta
Lakonan Hebat pelakon Chowrasta
Babak sedih sebelum Hamid ke ITM, dimana sebelum ini hamid tidak pernah berenggang dengan ibunya
Hamid ketika kecil, di gelar karipap amarica kerana membantu ibunya menjual kuih
Nur Risteena
latihan seni pertahanan diri Muay Thai
Ost Filem Chowrasta Cinta Ke akhir cerita
Tajuk : Cinta Ke Akhir Cerita
OST filem Chowrasta
Penyanyi : EEZA ZAINAL & TAUFIQ RODZI
Komposer & Penggubah Lagu : AZMEER pc
LIRIK : SHAHRUL FITRI MUSA
Tajuk : Cinta Ke Akhir CeritaOST filem ChowrastaPenyanyi : EEZA ZAINAL & TAUFIQ RODZIKomposer & Penggubah Lagu : AZMEER pcLIRIK : SHAHRUL FITRI MUSA
Posted by ienaeliena.com on Saturday, November 28, 2015
TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015
Pada
18 November 2015 cik iena mewakili www.hyebro.com ke Majlis
Tayangan Khas dan Sidang Media Chowrasta Yang bertempat di GSC Nu
Sentral . Majlis gilang gemilang ini berjalan dengan lancarnya dan di
hadiri dengan tetamu-tetamu terhormat , pihak media dan juga
tetamu-tetau lain seperti pelajar-pelajar Uitm sendiri dan juga
Artis-artis tanah air.
CIK IENA DI TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015
CIK IENA BERSAMA DATUK ROSHAM NOR, PAKNGAH DON DI TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015
A photo posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on
REVIEW CHOWRASTA DARI CIK IENA
Walaupun cerita ni agak lewat di mulakan, dalam tempoh menunggu cik iena ada terasa bosan lah tetapi setelah cerita ini dimainkan tiada rasa bosan tersebut. Di sepanjang cerita ini dimainkan terdapat pelbagai babak dan jalan cerita yang menarik untuk di hayati bersama.
Tiada bahagian yang akan membuat anda bosan. Sebelum ini cik iena tengok abang bond spectre tu ada bahagian-bahagian yang rasa..errr apa ni bosannya. Haa kalau cerita ni memang best sampai ke akhir cerita cik iena duk khusyuk tengok dan baca kisah-kisah yang terjadi kepada kesemua watak dalam cerita tersebut, ape yang mereka buat pada waktu sekarang.
Filem chowrasta yang berlatarbelakangkan zaman 60 an ni jika di lihat pada warna-warna 60 an mungkin agak bosan bagi kita yang lahir pada tahun 90 an ke atas ni , namun apabila cerita ini di mainkan timbul rasa minat dan ingin tau dari cik iena.
Sebenarnya masa dapat invitation ni cik iena terkejut dengar tajuk filem ni. Chowrasta?? hah filem apa tu . Tengok gambar poster macam tak bersemangat nak pergi kan. Selepas tau cerita ni dari Profesor Datuk A Razak Mohaideen baru cik iena berkeyakinan nak datang. Ahaa ko ingat ko diva ke cik iena haha .
Haaaaaa okay apa-apa pun filem ni best tau. Maaf lambat update. Cik iena sibuk kerja di pejabat T___T .
Kepada anda di luar sana jangan lupa saksikan filem ini yang bakal di tayang kan di pawagam pawagam berhampiran anda pada 3 Disember 2015. Filem yang bakal menggegarkan Industri Perfileman Negara dengan berlatarbelakangkan suasana zaman 60 an dan ianya berkisar mengenai perjuangan dalam memartabatkan bangsa Melayu..
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com