Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Saturday, November 28, 2015

Chowrasta Adaptasi kisah naib canselor UiTM


Mengisahkan kisah benar tentang kehidupan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Chowrasta merupakan Filem ke-38 pengarah terkenal Profesor Datuk A Razak Mohaideen.Penghasilan filem chowrasta adalah di adaptasi daripada buku biografi Sahol berjudul Mencorak Destini  yang berkisar mengenai perjuangan dalam memartabatkan bangsa Melayu..


Antara babak romantik dalam Chowrasta
Antara babak romantik dalam Chowrasta

Filem berlatarbelakangkan zaman 60 an dan 70 an ini merupakan terbitan  bersama FiTA Studios Sdn Bhd dan Nation Film Studio Sdn Bhd yang mana ianya menggabungkan empat genre berbeza iaitu komedi, Bol­lywood, aksi dan romantis. Filem ini juga adalah sebagai buah tangan daripada Profesor Datuk A Razak Mohaideen untuk 600,000 alumni UiTM di seluruh negara.
Filem ini di barisi pelakon hebat iaitu Hero Malaya Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su dan Nur Risteena Munim, dan  juga pelakon baru yang ingin di ketengahkan sebagau tunjak Utama iaitu Chem Ammar . Chowrasta bakal menggegarkan 60 buah pawagam di seluruh Malaya bermula 3 Disember nanti.




SINOPSIS RINGKAS CHOWRASTA


Kehidupan Hamid penuh dengan perjuangan. Sejak kecil lagi, kehidupannya sentiasa dihimpit kemiskinan serta sering dihina dan dicaci. Namun, demi kelangsungan hidup diri dan keluarganya, di Hutton Road, Pulau Pinang, dia terus bangkit. Segalanya bertitik tolak daripada gesaan ibunya yang meminta dia untuk tidak hanya berdiam apabila dibuli dan meminta Hamid untuk menjadi seorang yang berani bukannya seorang pengecut.

Dari situ Hamid bertekad dan belajar seni mempertahankan diri “Muay Tai”, yang dikendalikan oleh Pak Ngahnya yang terkenal dengan nama “Uncle Don”. Berkat kegigihannya berlatih di samping tekad yang terpahat, akhirnya Hamid dapat meletakkan dirinya sebagai seorang yang disanjungi oleh rakan-rakannya dan digeruni oleh pihak lawan.

Selain bertarung di gelanggang, dia juga mula terlibat dengan kegiatan kongsi gelap yang dikepalai Pak Ngah Don di Chowrasta serta mula berjinak dengan kelab malam. Malah, dia juga telah mula rapat dengan Zaharah, iaitu seorang penyanyi di kelab tersebut. Pada masa yang sama, kawasan di bawah penguasaan Pak Ngah Don semakin bertambah, seiring itu musuhnya turut juga bertambah. Konflik demi konflik membawa Hamid ke kancah pertarungan sengit sehingga suatu ketika dia hampir menemui ajalnya di tangan Jali. Akan tetapi dia dapat diselamatkan oleh Zaharah dan kawan baiknya Eng Choon.
Melihatkan keadaan itu. Hamid diminta oleh Pak Ngah Don dan ibunya supaya meninggalkan Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajarannya.

Hamid kemudiannya diterima masuk ke ITM dan menjadi seorang pelajar jurusan kejuruteraan. Prestasi Hamid dalam pelajaran menyerlah, namun disebabkan kemiskinan, Hamid terpaksa bekerja di tempat pembinaan bagi menyara kehidupan keluarganya. Disebabkan Hamid tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran, dia kemudiannya gagal mencapai gred yang ditetapkan dan terus dibuang ITM.
Dengan tiada tempat lain untuk dituju, Hamid pulang ke kampung dan kembali menerajui Chowrasta. Dalam pada itu, Pak Ngah Don telah menemui ajal apabila dia dibakar hidup-hidup oleh musuh ketatnya, Jali. 

Hamid terus memburu Jali untuk membalas dendam dan berlakukan satu pertarungan sengit yang menyaksikan Jali menyerah kalah dan berjanji untuk tidak menganggu Hamid lagi. Tidak lama kemudian, Hamid didatangi oleh Miss Tan, seorang pensyarahnya yang bertujuan untuk membantu. Hamid diberi peluang kedua untuk melanjutkan pelajarannya dengan semua perbelanjaannya ditanaggung oleh Miss Tan. Semenjak itu dia tidak lagi menoleh ke belakang. Dengan semangat dan usaha bersungguh-sungguh, Hamid akhirnya berjaya  sehinggalah beliau menjadi seorang yang sangat disegani.




TRAILER CHOWRASTA



Mengisahkan kisah benar tentang kehidupan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Tan Sri Dr Sahol...
Posted by ienaeliena.com on Saturday, November 28, 2015



GAMBAR-GAMBAR SEDUTAN DALAM FILEM CHOWRASTA

 

 

 

Chowrasta Adaptasi kisah naib canselor UiTM
Hamid sedang bertarung untuk merebut gelaran juara Muay Thai


seni pertahanan diri Muay Thai
seni pertahanan diri Muay Thai


Antara babak romantik dalam Chowrasta
Antara babak romantik dalam Chowrasta

chowrasta

Antara babak romantik dalam Chowrasta
Antara babak romantik dalam Chowrasta

Antara babak romantik dalam Chowrasta
Antara babak romantik dalam Chowrasta

babak di mana pakngah don atau rosham nor di bunuh
babak di mana pakngah don atau rosham nor di bunuh

Antara babak romantik dalam Chowrasta


Lakonan Hebat pelakon Chowrasta
Lakonan Hebat pelakon Chowrasta

Lakonan Hebat pelakon Chowrasta
Lakonan Hebat pelakon Chowrasta


Chowrasta Adaptasi kisah naib canselor UiTM
Babak sedih sebelum Hamid ke ITM, dimana sebelum ini hamid tidak pernah berenggang dengan ibunya

Chowrasta Adaptasi kisah naib canselor UiTM
Hamid ketika kecil, di gelar karipap amarica kerana membantu ibunya menjual kuih

Nur Risteena
Nur Risteena

Lakonan Hebat pelakon Chowrasta
latihan seni pertahanan diri Muay Thai


Ost Filem Chowrasta Cinta Ke akhir cerita 

Tajuk : Cinta Ke Akhir Cerita
OST filem Chowrasta
Penyanyi : EEZA ZAINAL & TAUFIQ RODZI
Komposer & Penggubah Lagu : AZMEER pc
LIRIK : SHAHRUL FITRI MUSA




Tajuk : Cinta Ke Akhir CeritaOST filem ChowrastaPenyanyi : EEZA ZAINAL & TAUFIQ RODZIKomposer & Penggubah Lagu : AZMEER pcLIRIK : SHAHRUL FITRI MUSA
Posted by ienaeliena.com on Saturday, November 28, 2015




TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015

 

TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015

 

Pada 18 November 2015 cik iena  mewakili www.hyebro.com ke Majlis Tayangan Khas dan Sidang Media Chowrasta Yang bertempat di GSC Nu Sentral . Majlis gilang gemilang ini berjalan dengan lancarnya dan di hadiri dengan tetamu-tetamu terhormat , pihak media dan juga tetamu-tetau lain seperti pelajar-pelajar Uitm sendiri dan juga Artis-artis tanah air. 


TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015
CIK IENA DI TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015

CIK IENA DI TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015
CIK IENA BERSAMA DATUK ROSHAM NOR, PAKNGAH DON  DI TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015





REVIEW CHOWRASTA DARI CIK IENA


Walaupun cerita ni agak lewat di mulakan, dalam tempoh menunggu cik iena ada terasa bosan lah tetapi setelah cerita ini dimainkan tiada rasa bosan tersebut. Di sepanjang cerita ini dimainkan  terdapat pelbagai babak dan jalan cerita yang menarik untuk di hayati bersama.

Tiada bahagian yang akan membuat anda bosan. Sebelum ini cik iena tengok abang bond spectre tu ada bahagian-bahagian yang rasa..errr apa ni bosannya. Haa kalau cerita ni memang best sampai ke akhir cerita cik iena duk khusyuk tengok dan baca kisah-kisah yang terjadi kepada kesemua watak dalam cerita tersebut, ape yang mereka buat pada waktu sekarang.

Filem chowrasta yang berlatarbelakangkan zaman 60 an ni jika di lihat pada warna-warna 60 an mungkin agak bosan bagi kita yang lahir pada tahun 90 an ke atas ni , namun apabila cerita ini di mainkan timbul rasa minat dan ingin tau dari cik iena.

Sebenarnya masa dapat invitation ni cik iena terkejut dengar tajuk filem ni. Chowrasta?? hah filem apa tu . Tengok gambar poster macam tak bersemangat nak pergi kan. Selepas tau cerita ni dari Profesor Datuk A Razak Mohaideen baru cik iena berkeyakinan nak datang. Ahaa ko ingat ko diva ke cik iena haha .

Haaaaaa okay apa-apa pun filem ni best tau. Maaf lambat update. Cik iena sibuk kerja di pejabat T___T .

Kepada anda di luar sana jangan lupa saksikan filem ini yang bakal di tayang kan di pawagam pawagam berhampiran anda pada 3 Disember 2015. Filem yang bakal menggegarkan Industri Perfileman Negara dengan berlatarbelakangkan suasana zaman 60 an dan ianya berkisar mengenai perjuangan dalam memartabatkan bangsa Melayu..








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


No comments:

Post a Comment

Mini Lazada