Hadramawt Palace merupakan restoran berkonsepkan makanan Arab dan timur tengah dengan dekorasi menarik yang mengetengahkan warna hitam dan putih selain dinding diukir khas pereka dalaman yang diterbangkan dari negara Arab yang pasti akan membuatkan para tetamu dapat merasakan suasana berbeza dan unik sebaik melangkah masuk ke dalam restoran ini.
Terdapat juga ruang yang lebih luas ditambah dengan penyediaan bilik golongan kenamaan (VIP) memberikan restoran ini imej yang lebih privasi. Pada masa yang sama, ruang untuk keluarga dan rakan-rakan beristirehat santai turut disediakan sambil diiringi alunan lagu-lagu Arab yang pasti menimbulkan lagi suasana arabic.
Istimewa buat anda penggemar makanan Arab terutama hidangan Nasi Arab, Nasi Mandy dan Nasi Malqubah ayam atau kambing, Hadramawt Palace adalah lokasi yang paling tepat untuk anda kunjungi kerana keenakan masakan Arabnya serta dekorasi restoran yang cukup indah yang pasti membuatkan anda seolah olah berada di negara timur tengah ini.
Hadramawt Palace telah beroperasi sejak tahun 2011 dan kini terus mencuri tumpuan kerana merupakan restoran menjadi pilihan utama pelancong Timur Tengah dan warga Kuala Lumpur untuk menikmati menu masakan Arab dan Timur Tengah.
Menu popular yang disediakan yang terletak di Bukit Bintang inu semuanya adalah menu asli dari Lebanon, Syria dan Yemen dengan menggunakan chef khas dan rempah ratus yang turut diimport dari negara berkenaan bagi menampilkan kelainan dan pengalaman baharu kepada pengunjung yang hadir ke restoran ini.
Untuk pengetahuan, Restoran Hadramawt Palace ini diusahakan bersama tiga rakan kongsi dan restoran ini juga turut menawarkan pelbagai perkhidmatan katering secara pek kepada pelanggan. Disamping itu restoran ini mempunyai keluasan yang boleh menampung sehingga 300 orang pelanggan dalam satu masa, restoran ini juga turut dibuka khusus buat mereka yang ingin mengadakan pelbagai majlis.
Bagi anda yang menggemari makanan Arab terutamanya Nasi Arab, Hadramawt Palace pastinya tidak akan mengecewakan anda. Suasana dekorasi dan juga hiburan di sini pasti membuatkan anda teruja dan akan sentiasa mengingati detik makan malam mahupun apa jua waktu disini.
Hadramawt Palace patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan MKN
Anda yang hadir tidak perlu kuatir kerana restoran ini telah mengambil langkah pencegahan wabak Covid-19, kakitangan Hadramawt Palace turut mematuhi antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP).
Pengarah Hadramawt Palace, Faris Abdul Rahman berkata, pihaknya sangat komited mengikut garis panduan, selain merekod butiran pelanggan yang datang iaitu nama penuh, nombor telefon serta mengambil suhu badan pekerja dan pelanggan.
“Di dalam restoran pula, susun atur meja ditetapkan dengan jarak dua meter antara meja bagi memastikan penjarakan sosial.
“Pada masa sama, hanya dua pelanggan dibenarkan duduk semeja dengan setiap meja disediakan cecair pembasmi kuman.
“Apa yang kami lakukan ini bagi memastikan pelanggan yang hadir berasa selamat untuk menikmati menu yang disediakan tanpa ragu-ragu,” katanya.
Mengulas lanjut, Faris menambah, sejak arahan Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP), restoran itu tidak beroperasi selama tiga bulan dan hanya menumpukan kepada pesanan secara atas talian dan konsep bungkus untuk dibawa pulang.
Namun jelas beliau, konsep pek yang diperkenalkan mendapat sambutan luar biasa kerana mendapat pilihan banyak syarikat-syarikat korporat bagi program korporat tanggungjawab sosial untuk sumbangan nasi Arab kepada barisan petugas hadapan.
“Sama ada menikmati menu kami di sini atau dibawa pulang, pihaknya kami sentiasa menitikberatkan langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 ini.
“Namun pelanggan juga perlu bersedia menghadapi perubahan kehidupan dengan adanya ‘normal baharu’ ini,” katanya konsep pek itu disediakan untuk 20 tempahan ke atas.
Wah menarik pula Cik iena tengok gambar gambar dari Hadramawt Palace ni. Puan ibunda pun sangta suka masakan Arab. Insya Allah ada masa nanti boleh lah Cik iena bawa Puan Ibunda ke Hadramawt Palace untuk menikmati masakan arab kegemaran beliau.
Untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan
Website : http://www.hadramawtpalace.com/
Instagram: Hadramawt.palace.restaurant
Restoran Hadramawt Palace Kuala Lumpur
No talifon : 03-21433333
Email : almadinahcity@yahoo.com
Alamat : Lot No, 251, Bukit Bintang Street, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Restoran Hadramawt Palace Melaka
No Talifon : 062866662
Email : hadramawatpalace@gmail.com
Alamat : No.15,jalan pnbb 2,pusat Niaga Bukit Baru, Mukim Bukit Baru,Seksyen IV, 75150 Melaka
Restoran Hadramawt Palace Jakarta
No. Talifon : +62 21 7181633
Email : awtarshishalounge@gmail.com
Alamat : Jalan Kemang Raya
No.24 Jakarta Selatan
Sumber : MalaysiaGazette