Grab The Promo
Grab The Promo

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016



Be My Reason Shower Run merupakan Program Larian anjuran Shokubutsu yang bertujuan untuk  meningkatkan tahap kesedaran  tentang pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Ia bakal menjadi satu larian yang berbeza di mana para peserta digalakkan untuk berlari bersama pasangan mereka sebagai simbolik penyebab mereka melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Ianya akan diadakan pada 9 Oktober 2016 bertempat di The Arc, Bandar Rimbayu Shah Alam bermula jam 7 pagi.



Shokubutsu ‘Be My Reason’ Shower Run 2016


Be My Reason Shower Run:


Tarikh        : 9 Oktober 2016, Ahad
Masa        : 7.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat    : The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran        : RM50 / seorang, RM90 / 2 orang satu kumpulan
Pendaftaran    : Secara online (Sila Rujuk Jadual di bawah)

Shokubutsu ‘Be My Reason’ Shower Run 2016


Code
Participating Type
Category
Starting Time
Entry fees**
Distance
A
B
On-Line
Men Open     (Individual)
Women Open (Individual)
7.30 am
RM 50* per pax + RM 3 on-line registration fee
5KM
C
On-Line
Men or Women Open (Pair or Couple)
7.30 am
RM 90* per pair/couple + RM 3 on-line registration fee

5KM
D
Corporate Registration
Men or Women Open
(Group of 10 & above)
7.30 am
RM 45* per pax with NO on-line registration fee
Use form attached and send to by Sep 10, 2016
5KM

*     RM 10 bagi setiap pax PENDAFTARAN akan di sumbang kepada National Cancer Society Malaysia 

Kepada anda di luar sana jangan lepaskan peluang ni tau . Asyik duduk di pejabat je, sekali sekala sertai aktiviti larian seperti ini. Selain menyihatkan badan , kita juga dapat menambahkan kenalan tau.Aktiviti yang membuat cik iena tertarik adalah bubble section, dan juga shower section! .Insya Allah cik iena juga akan ada semasa larian tersebut nanti . Tak sabar rasanya nak lari sambil main bubble main air yeayyy.. Agaknya mampu ke cik iena habiskan larian ehh??  Takpe yang itu belakang cerita yang penting semangat tu ada yeayyy.. Yakin boleh.. Malaysia Boleh, cik iena boleh. Awak awak semua pun boleh . 

Apa yang menarik lagi kalau anda semua nak tau goodies bag nya sangat sangat menarik tau . Ni yang cik iena baca di fanpage shokubutsu . Kesemua barangan tersebut bukan lah saiz sample menurut shokubutsu. Saiz sebenar okay . Jadi cik iena rasa sangat sangat berbaloi dengan yuran seminima RM50  tu .

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016

Cik iena tak menang pun takpe sebab goodies bag dia memang awesome .  





Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016




Okay di sini cik iena nak kongsikan siaran media tentang larian ini.  jemput baca mengenai larian ini ya.


LARIAN BERSAMA YANG TERSAYANG SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA


Kuala Lumpur, 26 Ogos 2016 - Apabila tiba di bulan Oktober, kita pastinya dihujani dengan pelbagai kempen kesedaran kanser payudara. Tetapi, adakah kita benar-benar memberi perhatian kepada kempen ini? Apakah yang akan anda lakukan sekiranya individu yang anda sayangi atau sesiapa sahaja yang anda kenali kini sedang berjuang melawan kanser payudara? Atau apakah yang telah anda lakukan terhadap diri sendiri untuk meningkatkan peluang untuk hidup sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka ini?


Shokubutsu ‘Be My Reason’ Shower Run 2016


Siri jelajah yang diadakan oleh Shokubutsu dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) pada tahun lalu untuk melakukan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara ternyata memberi hasil yang membimbangkan. Ramai di antara mereka tidak pasti bagaimana mahu melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan malahan tidak komited dalam pemeriksaan sendiri payudara di rumah yang selesa. Lebih mengejutkan apabila pemeriksaan rambang yang dilakukan di siri jelajah tersebut, enam wanita didapati mempunyai ketulan yang mencurigakan pada payudara mereka, menunjukkan tanda-tanda lazim kanser payudara.

Situasi yang kurang menyenangkan ini telah mendorong Shokubutsu, jenama terkemuka sabun mandian di Malaysia, untuk meneruskan Kempen Pink Ribbon yang menggalakkan wanita melakukan perubahan terhadap diri mereka dan orang yang mereka sayangi dengan memeriksa sendiri payudara semasa mandi secara kerap. Sekali lagi, disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), kempen pada tahun ini bakal menjadi lebih besar dan lebih berani. Untuk menyebarkan mesej mengenai pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi, Shokubutsu akan menganjurkan Be My Reason Shower Run, larian bertemakan mandi, pertama di Malaysia.

Dijadualkan akan berlangsung sekitar bulan Oktober, bersempena bulan kesedaran kanser payudara, acara larian ini akan mempromosikan kesedaran dan menyebarkan mesej tentang sokongan dan kebersamaan untuk orang sekeliling. Pada acara ini, para peserta Be My Reason Shower Run digalakkan untuk berlari bersama pasangan masing-masing sebagai simbol penyebab mengapa mereka perlu melakukan pemeriksaan sendiri payudara.

Pelakon terkemuka Malaysia, Beto Kusyairy, akan turut menyertai larian untuk memeriahkan lagi kempen ini. Beto akan menyertai Be My Reason Shower Run yang bakal diadakan pada 9 Oktober 2016 ini, bersama isterinya, Tisha Shahar – sebagai tanda sokongannya kepada Tisha yang mempunyai pengalaman menakutkan apabila ketulan dikesan di payudara beliau tidak lama dulu. Mereka akan bersama-sama membantu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kanser payudara dan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi.

Beto Kusyairi dan isterinya merupakan pasangan terbaik yang layak dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia bagaimana wanita boleh diberi galakan oleh pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Apabila Tisha mengesan ketulan pada payudaranya semasa melakukan pemeriksaan sendiri, dia telah bersiap sedia untuk mengalami peralihan hidup, termasuklah terapi dan mungkin juga pembedahan. Katanya, suaminya Beto Kusyairi merupakan sumber kekuatan yang sering memberi sokongan disaat dia menghadapi tempoh yang mencemaskan itu. Meskipun ketulan itu tidak berbahaya tetapi ia merupakan pengalaman yang mendorong mereka untuk meyakinkan orang ramai tentang kepentingan melakukan pemeriksaan sendiri payudara.

"Shokubutsu secara aktif telah mempromosikan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi kerana ia penting untuk pengesanan awal. Pemeriksaan sendiri payudara adalah mudah dan ringkas untuk dilakukan dan tidak memerlukan masa yang panjang. Oleh itu, kami menggalakkan para wanita untuk melakukannya semasa mandi kerana ia merupakan aktiviti harian dan waktu yang senang untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara, " kata Jackie Low, Pengurus Pemasaran, Jabatan Produk Penjagaan Peribadi, Southern Lion Sdn. Bhd, syarikat bagi jenama Shokubutsu.
"Kami telah diberi peluang untuk mengadakan kempen ini pada tahun yang kedua dan kami ingin meningkatkan kesedaran dengan cara yang lebih luas dan besar. Be My Reason Shower Run dianjurkan dengan harapan ia mampu menggalakkan semangat memperkasa dengan memberikan komitmen bertindak sepenuhnya untuk diri sendiri dan juga demi orang yang kita sayangi. Kami juga berharap agar larian ini akan menjadi satu landasan untuk rakyat Malaysia menunjukkan sokongan mereka terhadap orang yang mereka sayangi yang menghidap kanser payudara dan kami amat menggalakkan para peserta untuk menyertai larian ini bersama pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan!

Kami turut berbesar hati kerana Beto Kusyairy dan isterinya, Tisha Shahar turut sudi menyertai kempen ini dan bersama-sama mereka, kami berharap lebih ramai wanita dan juga lelaki sedar tentang kepentingan pengesanan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara dengan lebih kerap semasa mandi," ujarnya lagi.


Be My Reason Shower Run:

Tarikh        : 9 Oktober 2016, Ahad
Masa        : 7.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat    : The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran        : RM50 / seorang, RM90 / 2 orang satu kumpulan
Pendaftaran    : Secara online di
http://pacerssport.my/index.php?route=product/product&product_id=93(INDIVIDUAL)
http://pacerssport.my/index.php?route=product/product&product_id=94(GROUP))

Selaindaripada tujuan utama larian untuk mencipta kesedaran terhadap pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi, para peserta turut akan dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang penyakit yang menimpa satu daripada 19 orang wanita ini. Rakan kerjasama Kempen Pink Ribbon Shokubutsu, NCSM akan turut membuka sebuah but pameran khas buat mereka yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kanser payudara dan bagaimana untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi dengan cara yang betul. Bekas pensakit kanser payudara akan turut mengambil bahagian di dalam Be My Reason Shower Run dan para peserta yang lain berpeluang untuk mendengar pengalaman mereka melawan kanser payudara degnan bantuan dan sokongan orang tersayang.

Semua peserta yang menyertai Be My Reason Shower Run akan menerima sebuah pingat, sijil dan cenderahati termasuk baucer diskaun Mammogram/Ultrasound Payudara/ Ultrasound Prostat daripada BP Healthcare Group dan minuman yang ditaja oleh Umbro- Isotonic Drinks daripada Ace Canning Corporation Sdn. Bhd.

RM10 daripada yuran penyertaan Be My Reason Shower Run dan RM0.10 daripada pembelian setiap produk mandian Shokubutsu akan disumbangkan kepada NCSM sebagai tanda sokongan terhadap organisasi ini dan juga sebagai tanda kesedaran. Kempen Pink Ribbon oleh Shokubutsu akan diadakan bermula 1 Oktober 2016 sehingga 30 Oktober 2016.




Untuk informasi lanjut, sila layari laman Facebook Shokubutsu Malaysia di https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia


NOTA BLOG : Psstt Nak Bagi tau istimewa buat pembaca blog cik iena, cik iena nak hadiahkan 3 individual  pass kepada anda yang bertuah. Dalam masa terdekat nanti cik iena akan anjurkan mini giveaway di fanpage cik iena ya :)

New Update : Yeayy cik iena join tau jemput baca : 1,500 Peserta Menyertai Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


TOOKAR melancarkan revolusi jual beli kereta di Malaysia


Tanggal 22 Ogos 2016, Revolusi laman web jual beli kereta secara online, TOOKAR telah dilancarkan. Ia merupakan platform perkhidmatan jual beli kereta yang pertama di ASIAN yang menyatukan pengedar, penjual dan pembeli kereta di bawah satu bumbung. Kini urusan jual beli kereta menjadi lebih mudah, jimat dan selamat dengan adanya TOOKAR.

TOOKAR melancarkan revolusi jual beli kereta di Malaysia

 

TOOKAR Revolusi Pengalaman Membeli Kereta Atas Talian 


Dato’ Wei Chuan Beng selaku pelabur dan pengasas bersama TOOKAR menjelaskan  bahawa tradisi jual beli kereta tidak pernah berubah. Bahagian yang menyeronokkan adalah berkunjung ke showroom kereta dan ‘test-drive’ pelbagai kereta yang ada seterusnya berbincang dengan wakil jualan untuk tawaran terbaik. Hasrat TOOKAR adalah untuk memudahkan bakal pembeli dengan perbincangan secara online terlebih dahulu sebelum perkara lain diteruskan. Inilah aspirasi kami dalam menyediakan TOOKAR.


TOOKAR melancarkan revolusi jual beli kereta di Malaysia


Melalui kelebihan teknologi online, pembeli boleh menyatakan bajet harga yang diinginkan berserta model dan jenama kereta untuk diperkenalkan kepada pelbagai wakil jualan yang menawarkan ‘offer  & discounts’ yang paling menarik. Ia juga merupakan peluang strategik kepada setiap wakil jualan untuk mengetengahkan tawaran terbaik kepada prospek dan bakal pembeli. TOOKAR memberi kemudahan terus kepada pembeli dan wakil jualan tanpa melibatkan ‘middleman’ atau pihak ketiga meraih keuntungan.


TOOKAR melancarkan revolusi jual beli kereta di Malaysia

Tawaran TOOKAR Sempena Hari Merdeka


Bagi meraikan pelancaran disamping menyambut Hari Kemerdekaan negara, TOOKAR menawarkan voucer tunai bernilai RM 300.00 dari LAZADA kepada semua pembeli kereta yang melanggani perkhidmatan online TOOKAR bermula 22 Ogos hingga 16 September 2016 ini. Voucer akan diberikan bersama kereta pilihan yang dihantar terus kepada pelanggan.


TOOKAR melancarkan revolusi jual beli kereta di Malaysia




Untuk maklumat lanjut bagaimana membeli kenderaan impian dengan mudah, jimat dan selamat secara online di TOOKAR, anda boleh layari laman web dan Facebook di bawah:

Website : www.tookar.my
Facebook: www.facebook.com/TookarMY/





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Menu Terbaru Nandos | Try Something New, Try Something Nandos


chicken Pita



Nando’s terkenal dengan sajian ayam panggang PERi-PERi yang pedas . Menikmati hidangan di Nando's  akan membuat anda seperti berada di rumah anda sendiri di mana suasana di Nando's yang agak santai, perkhidmatan yang mesra dan sudah tentu  hidangan makanan di dalam kuantiti yang banyak.


Try Something New, Try Something Nandos

Baru-baru ini cik iena telah di jemput sama  bersama rakan blogger serta media untuk menikmati menu terbaru daripada Nando's  .  Terima kasih di ucapkan kepada pihak Nando's Malaysia diatas jemputan dan penghargaan ini . Walaupun cik iena lewat kerana urusan kerja Pihak Nandos masih mengalu alukan kedatangan cik iena . Alhamdulillah Syukur sangat orang hargai kita  :)



Try Something New, Try Something Nandos

Memandangkan cik iena lewat jadi cik iena tak dapat merakamkan gambar kemeriahan majlis tersebut . Yang pastinya majlis Nando's sangat sangat meriah . Pelbagai acara menarik di sediakan buat tetamu bagi menghargai sokongan tetamu yang terdiri dari blogger dan media .


Menu Terbaru Nando’s Malaysia 2016

Nando’s menawarkan pelbagai cara unik untuk memenuhi selera anda dengan ayam PERi-PERi yang dipanggang menggunakan api, dalam perisa-perisa pengenalan Lemon & Herb, Mild, Hot dan Extra Hot!

 Menu Terbaru Nando’s Malaysia 2016
Mari kawan kawan cik iena perkenalkan  Menu Terbaru Nando’s Malaysia 2016
Jom cik iena perkenalkan beberapa Menu Terbaru Nando’s Malaysia 2016 yang patut anda cuba sekira menjamu selera di mana-mana cawangan Nando’s di Malaysia. 

The Thigh And Mighty Sandwich 


 The Thigh And Mighty Sandwich
 The Thigh And Mighty Sandwich
Dihidangkan bersama dua paha ayam tanpa tulang diapit pada Roll Portugis yang dibakar, disertakan sekali dengan tomato segar, jeruk bawang merah dan PERinaise.
Boleh dinikmati bersama 2 sideline.

Saucy Tenders, Veg and Rice


Kepingan ayam PERi-PERi terkenal yang dipanggang menggunakan api Nando’s disajikan bersama beras wangi berempah dan sayur-sayuran,


Saucy Tenders, Veg and Rice
Saucy Tenders, Veg and Rice
 Sesuai bagi mereka yang mementingkan penjimatan.

Wing Platter


Wing Platter
Wing Platter

Kepak Ayam yang dipanggang menggunakan api dalam empat perisa ikonik atau kepak ayam berkerak PERi, mampu memberikan yang terbaik buat anda. Ianya didatang dengan 10 Kepak Ayam bersama 4 hidangan sideline. 

Algarve Side Salad dan Caesar Side Salad boleh dinikmati Untuk melengkapkan hidangan anda, ia merupakan Sides Fino Terbaru (yang bermaksud MEWAH  dalam bahasa Portugis)

Selain itu, masih terdapat menu yang sedia anda untuk anda nikmati di Nando’s Malaysia. Antaranya,


Caesar Side Salad
Caesar Side Salad


Algarve Side Salad
Algarve Side Salad

Espetada Carnival
Espetada Carnival

Chicken Caesar Wrap
Chicken Caesar Wrap

Nandocas Choice
Nandocas Choice

Grilled Chicken Cataplana
Grilled Chicken Cataplana


chicken Pita
chicken Pita


1/2 Chicken with per peri chips & chargrilled veg
1/2 Chicken with per peri chips & chargrilled veg

Espetada Carnival with Mediteranean Rice & chargrilled veg
Espetada Carnival with Mediteranean Rice & chargrilled veg

Peri-peri Drizzle
Peri-peri Drizzle


Caramel Cheesecake
Caramel Cheesecake
Menarikkan, banyak menu menu nando's . Selain dari yang di atas anda boleh layari atau rujuk pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang menu-menu Nando's dan tawaran-tawaran istmewa dari Nandos








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Make Up Natural Tanpa Foundation Tebal


Make Up Natural Tanpa Foundation Tebal
Bagaimana untuk bersolek tanpa menggunakan foundation tebal tetapi tahan lama? Pada asasnya foundation di perlukan untuk sesuatu solekan bagi mengekalkan dan menaikkan seri solekan.
Walaubagaimanapun adakalanya pemakaian foundation ini boleh di katakan memakan masa dan kadangkala jika pemakaiaan nga agak tebal menjadikan kita berasa tidak selesa.,  jadi pada wanita berkerjaya terutama yang mempunyai keluarga amatlah sukar bagi mereka untuk menetapkan satu masa yang lama untuk memakai foundation kerana mereka perlu membuat banyak perkara di waktu pagi yang menggalas tugas sebagai isteri dan juga ibu.


Untuk itu di disini cik iena nak kongsi dengan anda semua satu produk yang sangat mudah di aplikasikan dan ianya kelihatan natural seperti anda tidak memakai foundation dan dalam masa yang sama juga ia merawat serta mengekalkan kecantikan kulit anda. Disamping itu terdapat banyak lagi kebaikan dari foundation ini.Memperkenalkan  NYRA SKINWORKS PEARL FOUNDATION.




Ia adalah produk penjagaan kulit yang bertindak sebagai bahan asas semulajadi untuk mengawal kulit dari minyak, sinaran matahari dan bertindak sebagai agen anti penuaan. Ia menyamakan tona kulit dan mampu menutup pori-pori terbuka, jerawat atau jeragat. Selain menjadikan kulit gebu, ia juga mampu merawat masalah kulit seperti masalah ekzema , masalah jerawat dan masalah jeragat selain dapat mencerahkan kulit dan menaikkan seri wajah tanpa kesan mekap asas yang tebal. Sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur.


 NYRA SKINWORKS PEARL FOUNDATION.


Cik iena menggunakan Pearl foundation ini untuk solekan ringan ke pejabat . Apabila memakai foundation ini kulit kelihatan flawless secara semulajadi seperti tidak mengenakan foundation atau bedak asas. Ianya mudah meresap ke kulit kita dan akan berubah mengikut warna kulit kita yang sesuai. Jadi muka kita tidak kelihatan terlalu putih dan ianya kelihatan seperti kulit asal yang sihat dan cantik




Make Up Natural Tanpa Foundation Tebal

Untuk Solekan ringan cik iena cuma guna pearl foundation, blusher, eye shadow, lipstick dan mascara . Mudah dan sekejap sahaja. 





FUNGSI NYRA SKINWORKS PEARL FOUNDATION


Make Up Natural Tanpa Foundation Tebal
Ia dapat menutup masalah kulit secara lembut dan semulajadi. Dengan Nyra Skinworks Pearl,  anda hanya perlukan sedikit sahaja bagi sekatakan tona kulit secara semulajadi agar kulit yg lesu , gelap akan menjadi lebih bermaya.

Selain daripada itu, ia membantu melembabkan kulit. disamping dapat menutup jerawat , liang pori , parut , garisan halus & warna kulit yang tidak sekata.. Ianya juga membantu mengecilkan liang pori dan memperbaiki kulit.

Nyra Skinworks Pearl bertindak sebagai UV yang dapat mengawal lebihan minyak dan pada yang sama dapat memberikan kelembapan yang cukup kepada kulit drpd sinaran UV , Pencemaran udara atau radical bebasSesuai untuk semua peringkat umur dan semua jenis kulit.









KENAPA PERLU DAPATKAN NYRA SKINWORKS PEARL FOUNDATION ?


NYRA SKINWORKS PEARL FOUNDATION mengandungi bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan bagus untuk kulit dimana boleh tampak cantik disamping merawat masalah kulit.



NYRA SKINWORKS PEARL FOUNDATION.
NYRA SKINWORKS PEARL FOUNDATION.


Mari  kita tengok apa kandungan NYRA SKINWORKS PEARL FOUNDATION.

SERBUK MUTIARA



SERBUK MUTIARA

  • Melembutkan dan mencerahkan kulit
  • Mempercepatkan pertumbuhan kulit baru
  • Menyembuhkan jerawat
  • Membaiki kulit rosak akibat terkena pancaran matahari
  • Mengecilkan liang roma


MINYAK KELAPA DARA


MINYAK KELAPA DARA





  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Bebas dari bahan kimia dan alkohol
  • Vitamin A , D , E yang bermanfaat untuk kulit
  • Mengelakkan kulit kering dan mengelupas
  • Membantu dalam melewatkan proses penuaan awal dan penyakit degeneratif kerana sifat antioksidan semulajadi

BEESWAX


BEESWAX




Kelebihan :
  •  Merawat masalah jerawat
  •  Mengandungi vitamin A
  •  Merawat masalah kulit kering

 SHEA BUTTER


Shea butter




Kelebihan :
  •  Melembabkan kulit
  • Mengelakkan radang kulit
  • Melembutkan kulit

SPF 30

Kelebihan :
  • Sebagai pelindung dari pancaran matahari
  • SPF 30 sangat sesuai denga kulit wanita Asia.
    Jika ditinggikan SPF , dikuatiri tidak sesuai untuk sesetengah jenis kulit dan akan menyebabkan kulit menjadi berminyak dan gelap dari warna asal.


Make Up Natural Tanpa Foundation Tebal

NYRA SKINWORKS PEARL FOUNDATION

  1. Tidak berminyak.
  2. Hilangkan minyak, jerawat, parut, jeragat.
  3. Tampil cantik hanya dengan 60 saat.
  4. Anti rekahan.
  5. Tidak perlu pakai bedak.
  6.  Menutup pori-pori terbuka
  7. Wajah nampak natural tanpa makeup yg tebal.
  8. Sesuai utk kegunaan harian dan makeup pengantin.
  9. Menjadikan kulit halus, licin dan gebu
  10. Tahan sehingga 24 jam
  11. SPF 30
  12. Satu kod untuk semua jenis warna kulit.


DENGAN MENGGUNAKAN NYRA SKINWORKS PEARL FOUNDATION, TIDAK PERLU LAGI UNTUK PAKAI

  • Pelembab
  • Pelindung Matahari 
  • Ubat Jerawat 
  • Losyen penutup 
  • Bedak Asas 
  • Krim Pemutih
  • Krim Anti Penuaan

CARA PENGGUNAAN :


Sapukan sedikit pada dahi, pipi, hidung dan dagu. Kemudian ratakan dengan span (untuk hasil terbaik gunakan span basah). Boleh digunakan tanpa bedak untuk kesan glowing. Tak perlu gunakan krim lain seperti toner atau sebagainya. Jimat dan memudahkan!

Harga  : RM89 tidak termasuk kos pos

Harga Promosi : RM 69 (Sehingga 31 Ogos 2016)







Best kan NYRA SKINWORKS PEARL FOUNDATION ?

Dapatkan SEGERA ! 😉

Untuk Maklumat Lanjut Hubungi :

Pengasas : Nazatul Nazira
Fanpage : Ira Nyra
Instagram : @nazatulnazira78



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Liquid Facial Soap





ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Liquid Facial Soap
Produk penjagaan wajah Ecowell terdiri daripada Sabun pembersih wajah Liquid Facial Soap  yang berfungsi untuk membersihkan kotoran dan sisa sisa solekan. Pencuci wajah yang bagus mampu membuang kotoran minyak di bahagian wajah di samping memberi kesegaran pada wajah .

Terdapat banyak jenisFacial Soap yang berada di pasaran, diantaranya yang harus anda cuba adalah Liquid Facial Soap dari Ecowell . Ianya merupakan Organic Skincare yang di cipta has buat anda untuk mengekalkan dan merawat masalah kulit anda secara semulajadi tanpa bahan yang boleh memudaratkan kulit anda.

Kandungan yang terdapat dalam Liquid Facial Soap ini adalah dari sumber organik . Ianya juga tidak menggunakan pewangi dan bahan pengawet yang dikatakan mampu menyebabkan kesan alahan pada kulit.

Bahan yang di gunakan adalah organik dan haruman nya juga dari organc orange oil yang sangat harum . Haruman ini mampu menanangkan minda anda ketika anda mencuci wajah anda


Make Up Cleanser Milk sangat bagus untuk membersihkan solekan dari wajah di samping memberikan nutrisi pada wajah serta mengekalkan kelembapan wajah . Buat anda yang berkulit kering.

Cik iena sendiri telah mencuba Liquid Facial Soap ini selama 25 hari . Setelah menggunakan Make Up Cleanser Milk cik iena akan menggunakan facial soap ini bagi membersihkan lagi wajah cik iena secara mendalam . Hasilnya Solekan dapat di bersihkan dengan mendalam di samping memberi kesegaran serta kelembapan pada wajah  .


ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Liquid Facial SoapPackaging nya juga sangat memudahkan anda untuk mengaplikasikan  Facial Soap ini . Ianya dalam bentuk spray. jadi sangat mudah untuk menggunakannya.  Hanya spray pada tapak tangan anda dan usapkan pada wajah anda . Lakukan sedikit urutan lembut supaya ianya meresap ke dalam kulit kemudian bersihkan dengan air.


Kepada anda yang berminat untuk mencuba produk ini bolah dapatkan di senarai online store di bawah . Ianya juga di jual dalam bentuk trial pack bagi memudahkan anda untuk mencuba produk ini terlebih dahulu . 

Kebiasaannya tahap kesesuaian sesuatu produk kepada seseorang adalah berlainan . Jadi anda boleh mencuba trial pack tersebut terlebih dahulu untuk mengetahui keberkesanannya . Cik iena sendiri mencuba trial pack tersebut. Nanti cik iena akan kongsikan lagi apa yang ada dalam trial pack ini dalam artikel berikutnya .








DI MANA ANDA BOLEH DAPATKAN PRODUK INI ?


ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Liquid Facial Soap
ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Liquid Facial Soap


Set Lengkap Ecowell yang mengandungi Face Tonic, Ecowell Make Up Cleanser Milk , Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream, Liquid Facial Soap dan Cell Renewal & Hydrating Face Mask.
Set Lengkap Ecowell yang mengandungi Face Tonic, Ecowell Make Up Cleanser Milk , Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream, Liquid Facial Soap dan Cell Renewal & Hydrating Face Mask.







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve