Bola sepak dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200 negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling terkenal di dunia.
Di Malaysia sendiri terdapat tiga Liga Malaysia yang mempunyai peminat mereka yang tersendiri iaitu Liga Super Malaysia ,Liga Perdana Malaysia dan Liga FAM .
Liga Perdana Inggeris pula adalah salah satu liga bola sepak yang paling popular dengan jumlah pengikut yang paling tinggi walaupun di Malaysia , lebih-lebih lagi MCFC ( Kelab Bola Sepak Manchester City ) vs MU (Manchester United) .
Ada segelintir diantara mereka yang terlalu fanatik dengan bola sepak ini , hinggakan ada yang rela datang awal sehari , beratur panjang untuk membeli tiket menonton bola secara langsung di stadium. Ada pula yang terlalu fanatik sehingga sanggup bergaduh. Dan terlalu banyak ragam peminat fanatik bola sepak :)
DASHING & ELITE – JOM! LET’S GO MANCHESTER CONTEST 2017
Istimewa buat anda peminat tegar Liga Perdana Inggeris khususnya , Pihak Wipro Unza berbsesar hati untuk membawa anda yang bertuah secara percuma selama 4 Hari dan 3 malam ke Manchester untuk menyaksikan sendiri perlawanan secara siaran langsung di Stadium Etihad ,UK.
4D3N Ke Manchester , sememangnya ia amat menarik untuk di dengari buat peminat Bola Sepak Liga Perdana Inggeris khususnya . Jadi jangan lepaskan peluang untuk sertai Contest ini .
Cara Menyertai DASHING & ELITE – JOM! LET’S GO MANCHESTER CONTEST 2017
- Beli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam satu resit tunggal
- Whatsapp penuh satu resit tunggal tersebut dengan jelas dan namakan seperti NRIC atau PASSPORT , NO NRIC atau NO PASSPORT dan belian pembelian ke nombor +6016-9972373
Sangat Mudah bukan Contest By Dashing ini . Kepada para peminat Dashing yang gemar membeli barangan Dashing, ini merupakan satu peluang yang baik buat anda. . Manakala buat KAKI BOLA, ini merupakan peluang untuk anda dapat tawaran FOC ke Manchester UK . Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tau :)
DASHING Hattrick Limited Edition EDT dan DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray |
Kalau anda KAKI BOLA , berminat untuk sertai tapi tak tau nak beli apa untuk sertai contest ini , Cik iena cadangkan anda beli DASHING Hattrick Limited Edition EDT dan DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray.
DASHING Hattrick Limited Edition EDT
Haruman yang agak soft berbanding jenama Dashing yang lain . Sesuai untuk mana-mana lelaki .
DASHING Hattrick Limited Edition EDT |
Cik iena suka haruman DASHING Hattrick Limited Edition EDT ni. HArumannya juga tahan lama. Sesau untuk semua kaum Adam tidak kira lah bekerja di pejabat mahupun luar pejabat . Haaaa perempuan suka bau wangi-wangi ni tau . Jadi sila pakai minyak wangi .
DASHING Hattrick Limited Edition EDT |
DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray
Deodorant body spray sangat sesuai untuk anda yang sibuk bekerja siang dan malam kerana harumannya bertahan sehingga 24 jam . Seharian masih wangi walaupun tak mandi (^_~)
DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray |
DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray |
DASHING Hattrick Limited Edition EDT dan DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray ni Untuk Siapa ?
Pasti ada yang tertanya cik iena belum berkahwin dan tiada boy friend . Jadi untuk siapa DASHING Hattrick Limited Edition EDT dan DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray ni .
Selain yang teristimewa, ianya boleh juga di hadiahkan kepada rakan anda . Jadi Cik iena nak bagi pada rakan pejabat memandang kan dia memang KAKI BOLA dan selalu tulis artikel mengenai Bola . Jadi Cik iena akan beri pada beliau.
Terma Dan Syarat Contest DASHING & ELITE – JOM! LET’S GO MANCHESTER CONTEST 2017
- Berlangsung dari 1 Oktober 2017 hingga 31 Januari 2018
- Peraduan ini terbuka kepada semua peserta yang berumur 18 tahun dan ke atas (pada 1 Oktober 2017 ) yang merupakan pelanggan prabayar dan/atau pasca bayar telco di Malaysia kecuali kakitangan Pihak Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi Pihak Penganjur.
- Para peserta mestilah membeli mana-mana satu (1) produk DASHING atau ELITE di mana-mana kedai yang mengambil bahagian semasa Tempoh Peraduan. Setiap satu (1) resit tunggal tersebut melayakkan peserta untuk satu (1) penyertaan Whatsapp.
- Tangkap satu gambar resit penuh. Taip (Nama seperti dalam KP atau Pasport)<jarak>(No. KP Baru 12 digit or No. Pasport)<jarak>(Nama kedai pembelian dibuat) dan Whatsapp ke +6016 9972373.
- Contoh: MOHD DANIEL 910101105511 EXTRAMART
- Simpan SEMUA resit bercetak asal (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) yang sepadan dengan SEMUA penyertaan Whatsapp yang dihantar SEPANJANG Tempoh Peraduan sebagai bukti pembelian. Hanya resit bercetak sah (termasuk e-resit bercetak daripada pembelian online) yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan nama pasar raya/kedai dan butiran produk DASHING atau ELITE yang jelas akan diterima.
- Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta untuk caj yang dikenakan untuk menghantar Whatsapp termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), jika ada.
- Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan Whatsapp ini tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej Whatsapp dan syarikat-syarikat ini juga tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.
Cara pemilihan pemenang DASHING & ELITE – JOM! LET’S GO MANCHESTER CONTEST 2017:
Pemenang Hadiah Utama x 6
- Pemenang Hadiah Utama yang layak ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 6, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 30,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 6 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 5,000. Maka penyertaan layak ke-5,000, 10,000, 15,000, 20,000, 25,000 dan 30,000 akan berpeluang memenangi Hadiah Utama tersebut. Jika penyertaan yang disenarai pendek dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-5,000 adalah penyertaan layak ke-4,999.
- Para pemenang yang layak kemudian akan dihubungi melalui telefon dalam tempoh enam (6) minggu selepas tempoh tamat Peraduan dan diwajibkan memberi resit asal yang sepadan dengan penyertaan yang menang sebagai bukti sebelum disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.
- Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar resit bercetak asal sah (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) yang sepadan dengan penyertaan Whatsapp, salinan kad pengenalan dan salinan sah Pasport melalui Pos Laju/kurier dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.
- Para pemenang akan dihubungi melalui talipon dan akan diumumkan oleh pihak Penganjur di mana-mana laman web berikut: www.dashing.com.my / www.facebook.com/DashingMY
Pemenang Saguhati x 500
- Pemenang mingguan saguhati akan dipilih melalui jumlah penyertaan yang layak dibahagi dengan 25, contoh: kalau jumlah penyertaan yang layak diterima ialah 2,405, nombor ini akan dibahagi dengan 25 dan dibulatkan kepada nilai bulat rendah terdekat iaitu 96. Oleh itu, setiap penyertaan ke-96 akan dipilih sebagai pemenang saguhati sehingga semua 25 pemenang atau bilangan pemenang yang telah diputuskan oleh Penganjur untuk hadiah saguhati telah
- Pemenang mingguan akan diumumkan setiap dua minggu dalam laman Facebook Dashing, contoh: Pemenang untuk Minggu 1 akan diumumkan pada Minggu 3 dan Pemenang Minggu 2 akan diumumkan pada Minggu 4 dan seterusnya.
- Pemenang hadiah saguhati dikehendaki menghantar resit bercetak asal sah (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) yang sepadan dengan penyertaan Whatsapp dan salinan NRIC atau pasport melalui Pos Laju/kurier dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.
- Para pemenang akan dihubungi melalui talipon dan akan diumumkan oleh pihak Penganjur di mana-mana laman web berikut: www.dashing.com.my / facebook.com/DashingMY
Hadiah-hadiah Peraduan:
- Hadiah Utama x 6: Percutian semua perbelanjaan dibayar untuk 6 orang untuk menyaksikan perlawanan langsung Manchester City setiap satu.
- Tarikh dan tempat perlawanan akan ditentukan oleh Pihak Penganjur. Hadiah-hadiah Utama termasuk tiket ekonomi pergi-balik, cukai penerbangan, pengangkutan lapangan terbang-hotel di Manchester sahaja, penginapan (perkongsian berkembar dengan sajian terpilih) dan tiket perlawanan langsung Manchester City. Kos dokumen perjalanan, insurans peribadi, kos perjalanan dan perbelanjaan lain selain daripada yang disediakan oleh pihak Penganjur akan ditanggung oleh pemenang. Terma dan syarat agensi perlancongan yang dilantik oleh Pihak Penganjur harus dipatuhi. Sekiranya pemenang Hadiah Utama tidak dapat melancong dan/atau tidak layak untuk mendapatkan pasport atau visa atas sebarang sebab, kelayakan pemenang tersebut akan dilucutkan dan hadiah akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan membayar pemenang tersebut atas kegagalan untuk melancong.
- Hadiah Saguhati x 500 : Hamper produk DASHING & ELITE bernilai RM50 setiap satu. Jumlah hadiah saguhati mungkin tidak akan diedarkan sama rata untuk setiap minggu dan penganjur mempunyai hak untuk menentukan jumlah hadiah mingguan.
- Kesemua hadiah mesti dituntut atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah. Sekiranya Pihak Penganjur mengadakan upacara majlis penyampaian hadiah, setiap pemenang dikehendaki untuk menghadiri atas perbelanjaan sendiri untuk menuntut hadiah. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah akan dilucuthakkan oleh Pihak Penganjur.
- Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Utama sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.
- Pihak Penganjur berhak atas budibicara mutlaknya untuk menambah atau mengurangkan bilangan hadiah atau menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa format atas sebarang sebab.
Jangan lupa join tau, mana tau ada rezeki |
Untuk Maklumat Lanjut
Website : www.dashing.com.my
Facebook : www.facebook.com/Dashing.My
No talian : 03 8023 8311