Miss petite inspire 2014 dianjurkan untuk memberi peluang kepada bakat baru wanita bertubuh kecil molek yang berketinggian dibawah 158cm untuk menceburkan diri di dalam bidang peragaan. Pertandingan ini akan berlansung pada 27 Disember 2014 Bertempat di Sungei Wang Plaza.
Selain daripada itu, terdapat juga dua kategori lain yang dipertandingkan iaitu Make Up Artist dan Designer. Kepada anda yang berminat boleh mengubungi Puan Hayat Busaina di laman facebook beliau -
Kepada wanita bertubuh kecil molek berketinggian dibawah 158 cm yang berkeyakinan tinggi dan berminat didalam bidang peragaan sama ada berpengalaman atau pun tidak., anda boleh menyertai pertandingan ini.
Peluang juga dibuka kepada pereka-pereka muda dan juga jurumekap yang berminat untuk menonjolkan hasil seni anda.
Nota Blog : Cik iena berminat tapi cik iena terlebih tinggi .maka tak boleh la join. Untuk designer pun cik iena minat, memang terdetik dihati nak sertai. Tetapi malangnya rezeki tidak menyebelahi cik iena. pada tarikh tersebut cik iena tiada di kuala lumpur. Cik iena perlu menghadiri majlis perkahwinan sahabat di Johor.
Jadi anda yang berminat jangan lepaskan peluang ini.
Hubungi puan Hayat Bussaina
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Jemput tonton video yang sempat cik iena rakam sewaktu berada di Art in Paradise Bangkok, Ada empat video yang cik iena rakam dan digabungkan dalam satu video bersama gambar-gambar di Art in Paradise Bangkok .
Maaf, mula-mula masuk lagi cik iena dah salah sebut Art Of Paradise pulak haha..Rakam spontan je ni, tiada siaran ulangan (^_~)
Video ini dirakam sebagai kenang-kenangan je. Maaf goyang-goyang, tangan ketaq-ketaq pegang monopod :)
Disepanjang percutian cik iena di bangkok, dua kali cik iena makan di Platinum Fashion Mall.Lokasi mall berhampiran dengan tempat penginapan cik iena iaitu MyHotel,Pratunam Bangkok.
Misi mencari kedai yang menjual makanan halal pada hari pertama, berjaya menemukan kedai bernombor 20 .Kedai yang bernama INDIAN FOOD . Kalau dah namanya INDIAN FOOD tentu makanan nye makanan2 india kan.
Kalau di Malaysia cik iena tak berapa suka makan macam ni, bila berada di negara orang ni terpaksa lah makan (^_~)
Alhamdulillah pekerja kedai very peramah. Cik iena suggest siapa datang Platinum Fashion Mall, makan lah dekat sini. Nasi Beriani dia memang sedap. Cik iena memang bukan penggemar nasi beriani, tapi makan nasi beriani kat sini memang habis cik iena makan. Sedap la tu (^_~)
Ess sebelum order, jangan lupa beli kad ni dulu ye, sebab kat sini kene bayar guna kad ni
Tara, Ni vegetable beriani saye
Pada hari terakhir berada di bangkok, cik iena pun makan di Platinum Fashion Mall, hari kedua menjelajah Platinum Fashion Mall baru lah terjumpa satu kedai ni, yang menjual makanan halal. Kedai nombor 5, tapi cik iena tak nasihatkan agar makan disitu, pekerja dia very the sombong and kurang ajar.
Cik iena nak ambil gambar nama kedai je kot. Nak suggest dekat kawan2 muslim if datangPlatinum Fashion Mall boleh makan kt situ. Tapi dia marah. memang sakit hati lah. Ambil order muka masam2, nak pulang kad yang kami bayar tu pun hulur dengan very the kurang ajar.
Memang kurang ajar sangat. Sila jangan makan di stall nombor 5. Biadap nak mampus dengan client.
Stall nombor P20 service terbaik dengan pelanggan.
Kedai ni terletak di tingkat 6, zone 2, Platinum Fashion Mall
Okay, setakat ini untuk info makanan halal di Platinum Fashion Mall Bangkok.
Jemput tengok video yang cik iena record , kedai ni sporting je cik iena amek gambar and record video. Kedai No 5 sangat2 kurang ajar.
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Perkataan ini mampu membuat air mata ini berlinangan, sedih rasa hati bila adik cakap macam tu. Usaha yang terbaik ye dik. Insyaalah kalau dah rezeki tak kemana. Tapi dalam masa yang sama hati rasa sedih kalau adik dapat job dekat JB tu.
Apa-apa pun kalau dapat sambung Master dekat UITM Shah Alam, cik iena prefer adik cik iena sambung belajar dulu.. tentang kos Insya Allah selagi mampu cik iena akan bantu adik cik iena.
Kalau dah kerja nanti jadi macam kakak nya dah malas nak sambung Master.
All the best deqnor. Esok pagi interview kat Developer Country Garden, Danga Bay . Petang ni dah gerak ke JB naek bas je.Jaga diri kat tempat orang dek. Jauh pulak kau pergi Interview
Nasib ada sepupu yang duduk JB boleh tumpangkan adik untuk bermalam.
Thanks Ery & isteri (^_~)
cik iena with deqnor
Nota Belog : cik iena memang mudah menangis . Kat office ni dah selalu dah menangis sorang-sorang. Mudah sentap . Kalau tengok drama sedey kene sediakan tisu sekotak (^_~)
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Alhamdulillah, hari ni cik iena dapat barang kedua yang cik iena beli sewaktu flash sale dari lazada 11 November 2014 yang lalu. CASIO A178WA-1ADF Men's Watch dengan harga RM39 tanpa bayaran postage dimana harga asal yang dijual adalah RM 122. Flash sale untuk jam ini dibuat pada pukul 7 malam, sanggup cik iena tunggu dekat office, tepat pukul 7 malam cik iena terus beli then baru solat magrib, haishh ape nak jadi cik iena ni. Nasib lah kejap je nak beli kelik kelik da beli, yang penting duit harus ada dalam akaun okey (^_~)
Ini jam tangan lelaki, untuk apa cik iena
beli. Ayah cik iena tak pakai jam tangan. Adik-adik lelaki pun cik iena
tengok tak pakai jam tangan. Jadi buat apa cik iena membazir nak beli
ye.
jeng jeng jeng sebenarnya jam ni cik iena beli sebab harga dia
murah, mungkin cik iena akan simpan dulu dan akan beri pada seseorang
pada ulangtahun kelahiran dia yang akan datang.
Nak tau siapa tak
boleh bagi tau.haha Biarlah rahsia. Yang penting orang tu sangat penting
dalam kehidupan cik iena . Pada yang dapat jam tangan ni nanti, scik
iena nak awak tau, awak sangat penting okay. Walaupun cik iena tak
pernah bagi tau depan2. Cik iena sekadar meluah di blog sahaja.
Sebenarnya
hadiah ni tak termasuk dalam list. Tapi lazada buat sale. Memang rezeki
awak la . Hadiah birthday yang sebenar lagi mahal dari harga sebenar
jam ni (^_~)
Hope awak suka jam tangan ni , cik iena tengok awak pakai jam tangan digital macam ni jugak tapi warna lain la, brand ape cik iena tak pasti. takkan nak mintak tangan belek belek tengok jam kan. terus kene penampar percuma haha
Tapi kan kan awak dalam gambar jam ni nampak macam besar, nampak size dia macam jam tangan yang awak pakai . Sebenarnya bila dapat. tak besar macam jam tangan awak T___T
takpelah. Hope awak suka jugak (^_~)
Okay setakat ini dulu yer, ini barang kedua yang cik iena beli daripada flash sale lazada 11 November 2014. Barang ketiga pun dah dapat dah tapi biarlah rahsia kerana terlalu privacy hahah
okay daaaaaaaaaaaaaaa
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com