BANYAK pihak menyambut baik langkah meminda Akta Binatang 1953
(Semakan 2006) (Akta 647) bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada
pihak yang menyeksa dan menganiaya haiwan di negara ini apabila mereka
yang terbabit boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau
kedua-duanya sekali.
Kadar denda RM200 bagi kesalahan mendera haiwan di bawah Akta 647
ketika ini wajar dinaikkan kepada satu jumlah yang lebih setimpal dengan
penderaan dan kekejaman dilakukan terhadap binatang yang tidak bersalah
dan tidak berakal itu.
Malah, hukuman yang dikuatkuasakan sejak 58 tahun lalu itu hanya
mengenakan denda RM200 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali
jika sabit kesalahan kini dilihat terlalu ringan memandangkan
penganiayaan dan penderaan terhadap haiwan sudah berterusan sejak sekian
lama tanpa pembelaan sewajarnya kerana dianggap amalan biasa saja bagi
sesetengah golongan, apabila sikap tidak berperikemanusiaan ini perlu
dihentikan segera melalui penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas
dan berkesan dalam menanganinya.
Dalam laporan media sebelum ini
300 ekor kucing diselamatkan orang ramai daripada penganiayaan dan
kekejaman yang dahsyat oleh seorang pemilik pusat jagaan haiwan membuka
mata banyak pihak terhadap keperluan pindaan akta berkenaan yang dilihat
tidak menakutkan orang ramai jika disabitkan dengan kesalahan mendera
binatang di negara ini.
Walaupun penguatkuasaan undang-undang bukanlah satu-satunya jalan
penyelesaian dalam menangani masalah penganiayaan binatang, namun
dengan ruang yang ada membolehkan hukuman kepada mereka yang terbabit
perlu ditingkatkan lagi sebagai langkah pencegahan.
Sebagai contoh, baru-baru ini seorang wanita didenda RM400 oleh
Mahkamah Majistret atas kesalahan menzalimi tiga kucing dengan memukul
menggunakan payung, menendang serta menyakiti haiwan malang itu apabila
mahkamah juga memerintahkannya dipenjara tujuh hari jika gagal membayar
denda itu.
Penganiayaan wanita berkenaan terhadap tiga kucing
itu sebelum ini tersebar luas di laman sosial, facebook dan blog selepas
dimuat naik ke Internet hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di
lokasi kejadian. Rakaman lima minit itu menimbulkan kemarahan banyak
pihak, khususnya pencinta haiwan apabila rakaman video itu menunjukkan
perbuatan tertuduh yang melakukan penyeksaan terhadap tiga kucing
termasuk melibas dengan payung, menolak ke longkang, malah memijak
hingga menyebabkan seekor kucing mati.
Mengikut tuduhan pertama,
wanita berkenaan didakwa secara zalim menyakiti dua kucing dan bagi
kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta
Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44 (1) akta
sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan
penjara atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Wanita
berkenaan juga didakwa melakukan perbuatan tidak wajar menyebabkan
kesakitan serta penderitaan seekor kucing pada masa, tarikh dan tempat
sama apabila dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1) (d) Akta 647 dan boleh
dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman
denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika
disabit kesalahan.
Di samping itu, bagi memastikan kebajikan
haiwan terpelihara, contoh lain ialah Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Perak sebelum ini mengeluarkan notis langkah penguatkuasaan tegas
melarang penyembelihan lembu bunting dan masih produktif bagi mengelak
unsur kekejaman terhadap haiwan itu serta menjejaskan populasi dan
bekalan daging segar pada masa depan.
Notis peringatan larangan
mengikut Akta Binatang 1953 itu diedarkan berikutan perangkaan mendapati
66.2 peratus lembu yang disembelih di empat rumah sembelihan kerajaan
di Perak sejak Januari lalu adalah lembu betina dengan sebilangannya
dipercayai bunting atau masih produktif.
Ini sekali gus
melanggar undang-undang kerana ia bertentangan dengan etika dan satu
bentuk kekejaman ke atas haiwan seperti termaktub dalam akta berkenaan.
Mereka
yang melanggar akta itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000 bagi
seekor lembu, selain boleh juga dipenjara jika ia merujuk kesalahan
mengikut Seksyen 44 akta berkenaan kerana penyeksaan terhadap binatang.
Bagaimanapun,
akta dan notis itu bukan bermakna tiada mana-mana lembu betina boleh
disembelih, sebaliknya ia tertakluk kepada pemeriksaan pegawai veterinar
dan jika lembu betina itu tidak lagi produktif atau ada perkara yang
membolehkan haiwan itu disembelih, ia dibenarkan.
Kesimpulannya,
di samping penguatkuasaan undang-undang yang ada, ramai bersetuju
peningkatan kes penderaan dan penganiayaan terhadap haiwan berlaku
kerana kekurangan kesedaran, sebagai contoh terdapat pemilik yang
meletakkan haiwan mereka di dalam sangkar selama beberapa hari tanpa
penjagaan serta penyediaan makanan yang sempurna dan ini adalah salah
dan amat tidak berperikemanusiaan.
Oleh itu, pemilik haiwan di
negara ini perlu mempunyai pemahaman dan pengetahuan dalam menjaga
binatang peliharaan mereka bagi mengelak daripada berlaku penganiayaan
dalam apa jua bentuk yang bakal berdepan dan dikenakan tindakan
undang-undang.
Malah, dalam ajaran Islam sendiri terdapat adab
tertentu dengan haiwan apabila terdapat hadis sahih yang menceritakan
seorang lelaki dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum
seekor anjing yang dalam kehausan (HR Bukhari). Inilah keindahan akhlak
Islam walaupun terhadap haiwan yang perlu dicontohi kita semua.
Dalam
satu hadis lain pula menceritakan seorang perempuan dimasukkan ke
dalam neraka kerana perbuatannya yang mengurung seekor kucing sehingga
mati kelaparan (HR Bukhari).
Sumber
cik iena sokong sgt2..
biar denda org jahat2 ni yg suka dera binatang..
kucing cik iena pon mati sebab jiran depan rumah pukul dia sampai dia xlarat bangun
sedey sgt tgk kucing sndri saket..
makan tak lalu..
nak bangun pun xlarat..
cik iena mmg dendam dgn jiran dpn rumah
tak de bukti je nk saman ko
sabar je dlu nty ko dera kucing jiran lain plak
aku record..huhuhu
mak kate jiran dpn rumah tu pun dera kucing jiran..
mak pernah nampak..
perempuan gila tu buat muka tak bersalah je dia pukul kucing tu dgn batan penyapu..
sambil jerit2 "ko amek balik kucing ko ni..aku tak teragak2 nk bunuh kucing ko"
gile punye ppuan..ckp kt budak kecik mmg la...cube ckp dgn mak budak tu..
kene pelempang..
kucing mane tau ape beb..dia jalan dpn umh ko pn nk pukul..
ko la sekejam2 umat wahai cik jiran..
smp mase nty dpt record video ..habes la ko
JanGaN LuPa cLicK piC CoMeL
CiK iEnA kat sebelah nie
sELePaS BaCe Blog Post ciK iEna Yer (^_~)
heheh owh terperasan sudaa
comel kerh!!
hahah cik boy pren kate comel pon da cukup
<------ click okeyh