Grab The Promo

ESCAPE Shots – Merdeka Video Contest




Tanggal 31 Ogos merupakan detik keramat bagi negara Malaysia, sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 57 ,Celcom Escape telah menganjurkan satu pertandingan video merdeka yang mana ianya boleh disertai oleh semua rakyat Malaysia atau yang bergelar penduduk tetap Malaysia.
Bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini , Celcom Escape mengalu alukan anda semua untuk menyertai pertandingan video merdeka ini.
Pertandingan ini dinamakan Escape Shots iaitu pertandingan video pendek yang bertemakan
 "Disini Lahirnya Sebuah Cinta" .

Apa yang perlu anda tunjukkan dalam video ini adalah tentang  semangat patriotik kita sebagai rakyat Malaysia. Mungkin anda boleh menujukkan tentang keunikan Malaysia, mengapakah anda rasa bertuah  dan bangga menjadi rakyat Malaysia.
Maksimum masa untuk video ini adalah selama 3 minit, jika kurang daripada 3 minit pun sudah memadai asalkan video anda dapat menunjukkan rasa kecintaan anda kepada Negara tercinta kita iaitu Malaysia.

Macam menarik kan ?
Kebiasaan nya kita hanya melihat iklan iklan di television , di Youtube dan kita hanya memberi komentar-komentar tak kiralah positif atau negative. Apakata kali ni kita sahut cabaran Celcom Escape untuk buat video pendek mengenai semangat patriotic,semangat kemerdekaan  dan tunjukkan pada dunia anda mampu lakukannya. Haa jangan pandai komen je tak best la tak menarik la . Sekarang masa untuk anda tonjolkan bakat terpendam anda. Lagi lagi kepada “keybord warrior”.
Mudah je, record video menggunakan handphone pun boleh . Asalkan isi yang nak di tonjolkan tu dapat difahami umum dan member  kesan yang mendalam buat rakyat Malaysia (^_~)
Tema yang dipilih untuk pertandingan video ini adalah
"Disini Lahirnya Sebuah Cinta"


Macam menarik je moment ni kan "Disini Lahirnya Sebuah Cinta"
rumah kayu/papan , rumah lama tu melambangkan warisan (^_~)
[gambar photoshoot cik iena pada Aidilfitri 2011- ops lelaki tu model je bukan pakwe]


"Disini Lahirnya Sebuah Cinta"
Ini merupakan rangkap pertama yg dipetik dari lirik lagu Warisan oleh  Allayarham Sudirman  Haji Arshad

LIRIK LAGU WARISAN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan



Jika dihayati, lagu ini cukup mendalam maknanya dan lagu ini juga amat menyentuh jiwa .
Setiap baris kata kata membawa banyak makna yang tersurat dan tersirat.

Teringat zaman photoshoot dulu
Nak throwback
Lirik ni

“Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini”
Mcm sesuai je dengan gambar photoshoot cik iena yang nie





                        OK ok berhenti berangan, hehe salah satu cara nak cari idea jugak nie (^_~)


 

Okay jom kita tengok dengan lebih dalam lagi apa yang diperlukan untuk menyertai pertandingan ini


Pertandingan Video Merdeka : ESCAPE Shots

Untuk menyertai pertandingan ini , anda hanya perlu buktikan rasa cinta anda yang mendalam buat Negara kita Malaysia dengan menghasilkan  video pendek selama 3 minit (maksimum) dengan bertemakan "Disini Lahirnya Sebuah Cinta".

 Dimana anda dikehendaki menggunakan lagu “Warisan”  sama ada yang dinyanyikan oleh   Allayarham Sudirman  Haji Arshad atau yang dinyanyikan semula oleh Narmi atau mungkin jika anda mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, mungkin anda boleh menyanyikan semula lagu tersebut .

Anda tidak perlu memasukan keseluruhan lagu “Warisan” di dalam video tersebut. Cukup sekadar beberapa bahagian didalam lagu tersebut  yang diselitak di dalam video tersebut.
Jadi apa lagi yang anda tunggu Sertainya sekarang dan anda boleh memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM157,000.

Tarikh akhir  untuk anda menghantar video adalah pada 9 September 2014.



Cara Menyertai Pertandingan Video Merdeka : ESCAPE Shots

  1.   Daftar di http://www.celcomescape.com/escapeshots sertakan nama, email dan no telefon anda.
  2.    Muat turun lagu “Warisan” di https://www.dropbox.com/s/25hrdiddrcbntnn/0294%20ESC%20Narmi-Warisan-CleanVersion-VerB.mp3 dimana anda  dikehendaki  menggunakan mana-mana bahagian dalam lagu ini untuk video anda.
  3.   Hantar video penyertaan anda 
     
    Terdapat dua cara untuk menghantar video
    1.       Penyerahan Online
    Anda dibenarkan mengupload video ke dalam laman Youtube . Kemudian , anda perlu mengisi borang dengan menyertakan apa yang diminta di dalam borang tersebut . Sila klik sini *Borang Penyerahan Online*

    2.       Pengeposan DVD
    1. Anda perlu mengisi *Borang Penyerahan Online* terlebih dahulu.
    2. Cetak (print) borang tersebut dan disertakan bersama-sama DVD dalam bentuk AVI, MP4 atau format H.264 .
    3. Hantar DVD dan borang yang telah dicetak itu ke alamat ini :
    Aras 21, Menara Celcom,
    82, Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
    50300 Kuala Lumpur.
     


Peringatan!
Subtitle dalam bahasa Inggeris (English) perlu disertakan dalam video jika video anda dalam versi bahasa-bahasa lain dan pastikan video anda tidak melebihi 3 minit .
Pastikan anda mengkhatamkan dahulu Terma Dan Syarat menyertai contest ini . Nak tahu kenapa ? Anda akan kerugian besar yang tidak disangka-sangka sekiranya anda kalah dalam pertandingan ini hanya kerana disebabkan oleh satu kesalahan kecil . Tak percaya ? Sila baca sekarang .


Mudah bukan.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang :-

·         Tempat pertama – RM 57,000
·         Tempat Kedua – RM 30,000
·         7 Hadiah Saguhati – RM 10,000


Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.celcomescape.com/escapeshots




“Warisan” cover by Narmi

Untuk pengetahuan anda,
Selain menggunakan lagu “Warisan” dari Allayarham Sudirman Haji Arshad, anda boleh menggunakan lagu “Warisan” cover by Narmi.



Beliau menyanyikan semula lagu ini sebagai tanda peringatan kepada Allayarham Sudirman Haji  Arshad dimana  beliau mendapat ilham daripada barisan  pertama lagu tersebut iaitu  “Disini Lahirnya Sebuah Cinta”
Beliau berharap ianya juga mampu memberikan inspirasi
Kepada peminat-peminatnya dan juga rakyat Malaysia untuk menyertai Pertandingan  Video Merdeka : ESCAPE Shots dan memenangi wang tunai  sebanyak RM 157,000
Untuk maklumat  lanjut anda boleh layari www.celcomESCAPE.com




Pssttttttttttt
Tuan empunya blog pun akan join this video contest.
Insya Allah  the video will be upload before or on 9 September 2014.







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

CABARAN 30 HARI | DAY 3 : SESUATU YANG MENGUATKAN ANDA


Di dunia ni, semua org pasti akan ada masalah.
akan ada saat sedih yg perlu ditempuhi.
Apa yang menguatkan cik iena di saat2 cik iena kesedihan or ditimpa masalah,
Tentulah buah hati pengarang jantung cik iena
nehh

Kalau dia takde meroyan la cik iena
haha
yela cik iena kan duduk bujang 
jauh dari family
T______T

dengan henset ni la cik iena akan 
call atau message org2 tertentu untuk 
share masalah cik iena.
Update blogpost ni pun pakai henset ni la
hehe

Cik iena nie klu ade tgh sedih
mmg cik iena perlukan seseorang utk dgr luahan cik iena.
biasa nya cik iena akan luahkan pada sahabat2 terdekat Dan pada adik perempuan cik iena.
Kebiasaan nye cik iena takkan luahkan dekat mak n abah..
sebab cik iena taknak dorang susah hati.
Mereka lah kekuatan cik iena.
Cik iena x nak mak n abah sedih.
biarlah cik iena sendiri tanggung penderitaan ni.
Kalau mak n abah sedih
cik iena lg sedih

cik iena tanamkan dalam diri
cik iena perlu kuat utk teruskan hidup
untuk terus bantu keluarga
kalau cik iena takde siapa nk tolong mereka

Teringat kate2 adek.
"kakngah ko jgn kawen dlu sampai aku dpt kerja yg stabil"
Hehe tergelak2 jgak la bile adek ckp cmtu..
haishh nk kawen kne tgu adek keje dlu la cmnie
ade betulnya..
kalau cik iena kawen kalau dapat suami yg memahami
yg izinkan kita bantu keluarga
Alhamdulillah
kalau dpt yg tak izinkan
acanerrrr

cik iena ni lahir dari keluarga yg serba kekurangan
tapi Alhamdulillah
berkat usaha gigih mak abah memberikan didikan secukupnya
kini cik iena berjaya 
Terima kasih mak.n abah
jasa mak n abah tidak ternilai buat kakngah
   
Alhamdulillah di usia muda  seawal 22 thn
cik iena dh pn beli sebuah rumah utk family
walaupun hanya rumah kos rendah
ye la mude lg kot  time tu mana mampu beli umah mahai2
Now agak tua siket
(^_~)

Selebihnya
Sesuatu yang menguat kan cik iena dan semua org adalah
sujud pada yg esa
 memohon diberikan kekuatan untuk menempuh segala dugaan yang mendatang.

Allah takkan menguji di luar kemampuan kita





Haha 
sebenarnye tak de idea nk tulis ape

mcm berat je cabaran tuk hari  ke tiga

Cukup la tu kot
payah pulak taip pakai henset
malas nak bukak lappy
haha
oOkiess daaaaaa
Cik iena nk bersiap g keroje


Psttttt : cantek kan cover phone note ii cik iena
cik iena beli kat korea..
ouhhj rindu nye kat korea




.::CABARAN 30 HARI::.















Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

CABARAN 30 HARI | DAY 2 : 5 CARA MEMENANGI HATI ANDA


Woww cabaran hari ini,
Cara memenangi hati cik iena 
(^_~)
Milik Siapakah hati ini jeng jeng jeng
 
 
.::Yang Pertama ::.
 
Kuat amalan agamanya dan menjaga solat fardhu.
 
.::Yang Kedua ::.
 
Bertanggungjawab terhadap keluarga dan ibu bapanya.
 
.::Yang Ketiga ::.

Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturan yang sopan, melambangkan peribadi dan hati yang mulia.
 
.::Yang Keempat ::.

Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
 
.::Yang Kelima ::.
 
Tidak merokok.
 
 
Wokiess setel sudah 
nak 5 cara je kan
ke Lima2 diatas yg the most important yg perlu ada pada seseorang lelaki tuh kalau nak memenangi hati cik iena
(^_~)

Secara Jujurnya Ke Lima2 yg disebutkan diatas
ada pada seseorang yg cik iena suke
TAPIIIIIIIIII
dia tak tau pon
hahaha
Cik iena perempuan
hanya mampu berdoa
lalallalalalala
 
Kalau lah dia blogger
then dia sahut cabaran nie
dapat la cik iena tau cara2 nak memenangi hati dia
TETAPI malangnya dia bukan blogger 
T____T
 
Okies nk jiwang2 jap
Awak Awak
Lagu uTk Awak
Semoga Allah Dgr Doa Saye
(^_~)
 

Pstttttt gambar diatas gambar cik iena jadi model je
huhu cik iena belom kawen lg
 
 



.::CABARAN 30 HARI::.
















Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Cabaran 30 Hari | Day 1 : Gambar Terbaru Anda Dan 5 Fakta Tentang Diri Anda

Assalamualaikum. 
Hari ni cik iena tertarik dgn cabaran 30 hari yang rakan2 blogger join.
Tq Syukri bg cik iena info (^_~)
Okies today cik iena nak sahut cabaran seperti rakan2 blogger yang lain.
Untuk hari yang pertama cabaran ini, cik iena nak kongsikan 5 fakta tentang diri cik iena
 
 
5 FAKTA TENTANG DIRI
5 FAKTA TENTANG DIRI
 
 5 fakta tentang diri cik iena
 
 
  1. Cik iena nie kecik je org nya, kalau tgk gambar kat fb nmpk mcm bam bam. Tapi sebenarnya muka sahaja yang bam bam.Tak tau la kenapa muka ni beso sangat.Kawan2 panggil cik iena tweety dulu2 sb kepala besar badan kecik mcm carton tweety bird (^_~). Kalau photoshoot kt butik pun if photoshoot baju kurung, owner butik kene asingkan baju size S atau XS tapi kain nye size M , sebab cik iena kurus tinggi .
  2. Cik iena tak suka make up pergi kerja tapi if weekend cik iena akan keluar ber make up (^_~)
  3. Cik iena suka makan sayur  dan tak makan daging lembu 
  4. Cik iena kurang gemar lelaki merokok sb cik iena ade asma (sb tu smp skrg takde pakwe sb nk cari pakwe yg tak merokok haha)
  5. Cik iena nie susah nak jatuh hati kat seseorang , tapi kalau sekali dah suka cik iena akan setia and cik iena akan usaha untuk dapatkan ape yang cik iena nak tapi apa2 pun Allah maha berkuasa.Jika dia tidak mengizinkan cik iena terpaksa redha. 

 Nie gambar terbaru cik iena
gambar smlm mase shoot video pendek tuk celcom escape




Okies, selesai sudah cabaran pada hari yang pertama. Nantikan cabaran pada hari yang kedua pulak. 
 
.::CABARAN 30 HARI::.











 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve