Grab The Promo
Grab The Promo

Cara Mudah Membuat Luka Palsu

 
 
Cik iena tertarik dengan cara mudah buat luka ni , macam menarik je. Selalu buat photoshoot nak nampak cantik-cantik je kan. Cik iena suka photoshoot yang pelik-pelik and mencabar ni. Takkan nak orang tengok kita cantik je kan.Macam menarik je ni buat conceptual photoshoot luka-luka kat badan.

Sebelum nie ada pernah jadi pocong. ehehe tapi yang make up kan cik iena guna tepung kalau tak silap.
Tapi ok lah jugak

comel kan pocong mengintai blkg tu haha
 
Jom tengok macam mana orang cina buat luka palsu, tapi korang jangan lah salah guna kan dekat malaysia ni yer,
kalau di china dorang buat luka palsu ni untuk minta sedekah (^_~)


Okay jom tengok

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara menghasilkannya:-
- Gam
- Pewarna merah
- Span pencuci pinggan
- Pencungkil gigi
- Cotton buds (pengorek telinga)
 

1. Sapukan gam pada kulit dan dibiar sehingga kering.


2. Selepas kering, gosokkan sedikit bahagian gam itu dengan span pencuci pinggan.


3. Pewarna merah disapukan sedikit di bahagian gam.

4. Gam yang sudah kering dicungkil pada bahagian tepinya dengan pencungkil gigi bagi melihatkan kesan terkopek pada kulit. 

5. Sapukan pewarna merah dengan cotton buds di bahagian yang menampakkan luka dalam dan biarkannya sehingga kering. 

Dan inilah hasilnya~Jeng..Jeng..Jeng...


 
Nampak real kan, Dua pic yang dkat atas tu pic lama cik iena tahun 2011 (^_~)
 
 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Terima Kasih Awak


Alhamdulillah dapat jugak jumpa awak yang senantiasa sibuk dari cik iena. Cik iena doakan awak terpilih untuk badminton tournament  tu yer. Insya Allah awak mesti terpilih, awak kan rajin berlatih setiap malam.

Terima kasih belanja makan malam tadi tau.. tiba-tiba cik iena rasa awak sweet, jemput cik iena di office , pergi makan and hantar balik rumah .
Awak awak selain bekas tunang cik iena tak pernah lagi lelaki single lain yang jemput cik iena kat office nak bawak keluar makan tau. Awak insan terpilih hehe

ok mood tuan empunya blog malam ni mood happy. Gedik nak update kat blog jugak.
Baru petang tadi post pasal berdepan dengan si pendiam/pemalu.
Tiba-tiba lepas magrib awak wassap.. yeayy happynye.. kalau takde orang kat office tadi mau cik iena melompat lompat kot. Insan yang pendiam dan pemalu yang sukar di dekati nak jumpa yeayyy

Actually lama dah cik iena nak jumpa dia nak bagi souvenir  dari bangkok, tapi dia sibuk kerja and mak dia masuk hospital.
macam-macam halangan la bile nak jumpa tu tapi takpe..Family first.
Semoga mak awak cepat sembuh. Jangan lupe bagi handbang yang cik iena belikan utk mak awak tu tau.jauh beli dari bangkok (^_~)



Nots blog : cik iena update gune note ii je ni sambil golek2 nak tidur.. good night semua.. tidur sambil senyum sampai telinga.

awak awak nak bagi tau...cik iena rindu senyuman awak ahaha..awak senyum macam berlapis2 lesung pipit tu sampai  telinga.. kiut okeyh haha..









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

BERHADAPAN SI PEMALU/PENDIAM


 
 
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi dimana anda berhadapan dengan seorang yang pendiam dan pemalu . Mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka yang petah bercakap  tetapi ia juga boleh mengundang masalah besar sekiranya terlepas cakap atau terlakukan sesuatu yang kurang disenangi nya. Almaklumlah orang yang banyak bercakap ni adakala nya akan bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu berbeza jika dibandingkan dengan orang yang pemalu atau pendiam, mereka akan berfikir sebelum bercakap atau menyuarakan sesuatu.
Okay jom kita selami serba sedikit tentang mereka yang pendiam/pemalu
 
1. Terima mereka seadanya. Fahami yang mereka mungkin tidak berapa suka ke majlis-majlis, social gathering, atau suka bercakap didalam group. Mereka mungkin sangat berbudi bahasa, menghiburkan orang dengan cara mereka tersendiri bila bersosial dan sangat memahami bila anda perlukan masa bersendirian.
 
 
2. Fahami yg dia tidak suka situasi mengejut. Lebih baik anda memberi dia sedikit maklumat tentang apa yg akan berlaku. Mereka mungkin suka keluar tetapi ianya boleh menjadi sesuatu yang memenatkan. Jadi jangan rancang sesuatu yang melibatkannya untuk bersosial selepas satu event ke event yg lain. Maksudnya jika anda ingin ke tempat lain selepas sesuatu event itu anda perlu memberitahu awal bukan memberitahu pada hari kejadian supaya dia tidak berasa terkejut dengan rancangan anda.


 
3. Jika mereka mahukan masa utk bersendirian, hormati mereka dengan memberi ruang untuk bersendirian (give them some space). Mereka kadang-kadang perlukan masa utk recharge dan akan ok balik selepas sedikit masa. Jadi janganlah ambil hati bila anda berhadapan situasi begini. Think positif ok.


 
4. Jangan tinggalkan mereka bila anda pergi ke majlis/acara sosial. Mereka akan rasa janggal dan keseorang di majlis-majlis besar. Lagi ramai orang mereka perlu bersosial, lebih banyak tenaga mereka perlukan. Bila pergi ke mana-mana acara, keep it brief atau fahami jika mereka mahu pulang awal dari suatu majlis.
 
 
 
5. Kalau anda seorang yg outgoing, pastikan anda hubungi mereka untuk bertanya khabar, update mereka dimana anda berada. Mereka akan appreciate yang anda mengambil masa untuk mereka. Belajar utk berkata-kata dengan menggunakan body language, senyuman jika anda ingin mengambil hati mereka.
 
 
 
6.Orang yang pemalu mungkin agak perlahan untuk memberitahu apa mereka rasakan especially kalau anda bergaduh atau berselisih faham. Anda mungkin fikirkan yg mereka tidak kisah, tidak merasakan apa-apa. Mereka mungkin perlukan masa untuk menyatakan sesuatu hingga mereka benar-benar pasti.
 
 

Jadi, jika anda berjumpa dengan seorang yang pemalu/pendiam dan ingin berkawan dengan mereka ambillah masa untuk memahami mereka
 
 
Nota Blog :  Ehem ehem sekarang terjadi pada cik iena, susah jugak nak mendekati seseorang yang pemalu dan pendiam. Memang perlu banyak kesabaran. Perlu bersabar dan sentiasa berfikiran positif dan yang paling penting sentiasa berdoa kepada Allah.

Siapa ada tips lain mohon share (^_~)
 
 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve