Grab The Promo
Grab The Promo

Lazada Declined Order Status


Selepas membaca status +Bro Framestone  di facebook baru cik iena teringat masih ada barang dari Lazada yang masih tak sampai. Barang tu dari Overseas memang akan sampai lambat so cik iena memang tak kisah sangat. Terdetik nak tengok status.
 
Lazada Declined Order Status
 
Ehhh tetiba status Declined . Selama shopping di Lazada tak pernah dapat status macam ni. Cik iena pun cek email. Memang kesilapan cik iena lah tak baca email. Lazada ada email semalam untuk maklumkan isu ni tapi Almaklumlah email cik iena eliena penuh dengan invitation. So ada yang terlepas pandang.
Nahhh ini email dari Lazada
 
Lazada Declined Order Status

 
 
 
cik iena kongsi untuk pembaca supaya tak perlu risau. Tak dapat barang kita akan dapat duit kita balik. Kita boleh dapat dalam dua bentuk sama ada lazada bank in dalam akaun ataupun dalam bentuk cash voucher lazada. 
Sebelum ni cik iena pernah dapat dalam bentuk cash voucher lazada tapi masa tu lupa nak kongsi kat blog. 
 
 
Okay lepas dapat email tu ape perlu buat kita ikut je arahan.
klik
 
SUBMIT BANK DETAILS HERE
 
kemudian keluar page ni


Lazada Declined Order Status


Selepas submit dapat message ni dan kita hanya perlu tunggu duit di masukkan ke akaun kita sahaja. Kalau nak tau berapa lama nanti cik iena update once dapat duit tu ya :)



Lazada Declined Order Status


Actually yang bermasalah tu bukan Lazada, seller so nak marah-marah lazada pun tak guna sebab lazada cuma sediakan platform untuk seller seller ni berniaga. Terpulang kepada seller tu macam mana nak jaga reputasi dia. Kalau dapat feedback yang buruk memang orang takkan beli lah kan. Dan selepas ni cik iena mungkin taknak beli dari Seller: FugouSKU . sebab seller ni yang tak dapat hantar barang cik iena. Mungkin juga barang takde dia tak update status. Still nak jual jugak kat Lazada. Haaaaaaa ini penting Lazada please monitor Seller bermasalah macam ni yang tak update stock barang.

Case for Huawei Honor 7 Stylish PU Leather Flip Stand Case Cover Wallet 

Seller : http://www.lazada.com.my/fugousku/

Haa pada yang dah beli ada pengalaman baik atau buruk jangan lupa tulis review kat product tu supaya orang boleh tau. Bermasalah ke tidak seller tu . Tapi kannnnnnnnnn
iena tak tau part review dari client ni lazada monitor atau seller. Cik iena pernah komen teruk lah. Dia modify ayat tu. Ko raseeeee ..hahha yang tu menyampah . Hawat tukar review dari user kan. Nasib tak tukar banyak tapi sakit hati jugak lah baca kan . bila review kita tak di tulis sepenuhnya.

Okies cik iena nak sambung kerja. Daaaaaa semoga bermanfaat :)



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh


Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh


Pada minggu lepas 7 febuari 2016 cik iena telah di jemput ke Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh yang bertempat di Hotel Sani Kuala Lumpur. Turut serta beberapa rakan blogger yang sama-sama memeriahkan majlis ini. Kami di undang khas bagi mewakili +Hai Blogger! Official .



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh


Jutaan terima kasih di ucapkan diatas undangan dan penghargaan terutama sekali buat founder Ilham Qaseh  serta Founder Hai Blogger iaitu Halim .






Glamnite with QisloversGlamnite with Qislovers Ilham Qaseh Ilham Qaseh
ucapan daripada pengasas Ilham Qaseh iaitu Puan Rosnizan Nawi

Acara di mulakan dengan ucapan daripada pengasas Ilham Qaseh iaitu Puan Rosnizan Nawi, Majlis ini diadakan bagi meraikan ahli keluarga besar Ilham Qasih yang bertungkus lumus mempromosi serta menjual tudung-tudung berjenama Ilham Qaseh sehingga ianya mendapat tempat di Hati Rakyat Malaysia Khususnya buat peminat Hijabista yang menggemarkan tudung yang trendy dan stylo.

Seterusnya turut diadakan pertunjukan fashion koleksi tudung daripada Ilham Qaseh. Majlis turut meraikan para agen dan stokies yang telah mencapai target jualan yang memberangsangkan. Selain daripada itu juga terdapat juga cabutan bertuah yang di berikan kepada para hadirin. Cik iena turut menjadi salah seorang yang bertuah pada malam tersebut.


 
Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
Cik iena dapat cabutan bertuah  lavender coconut body scrub dari

@beautyjuicebyamina

Majlis seperti ini amat sesuai diadakan bagi meraikan usaha dan titik peluh pekerja-pekerja, agen-agen serta stokies supaya dapat membakar semangat mereka lagi bagi terus mempromosi sesuatu produk. Ianya untuk menghargai jasa dan keringat mereka diatas usaha-usaha mereka selama ini. Hadiah-hadiah yang di beri kepada agen mahupun stokis yang dapat mencapai target jualan juga dapat memberikan semangat lagi buat mereka.

Memang seronok kan kalau orang hargai kita. Cik iena pun suka macam ni. Bagus Ilham Qaseh, semoga terus maju dan success di masa hadapan nanti.


GAMBAR DI SEPANJANG MAJLIS



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena bersama founder Ilham Qaseh Puan Rosnizan Nawi



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena bersama founder Ilham Qaseh Puan Rosnizan Nawi



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena brsama rakan Make up Artist , MAria


Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena bersama blogger Dilla

Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
Antara rakan blogger yang turut sama memeriah kan majlis


Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
Fashion & Beauty Blogger yang awesome gituh :)


Facebook :Ilham Qaseh
Instagram :  @ilhamqasehofficial


Kredit Gambar kepada : www.mohdzarin.com







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream


  Aiskrim gulung atau lebih di kenali dengan Fried Ice Cream di Thailand kini terdapat di malaysia. jika sebelum ini perlu ke Langkawi mahupun Thailand untuk memakan Aiskrim gulung tersebut , Kini ianya boleh di dapati di Kuala Lumpur .
 
 
Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream

Sebelum ini cik iena pernah makan aiskrim ini di Chiang Mai Thailand. Ababila video yang di muatnaik cik iena mendapat banyak view dan ramai yang bertanya di mana untuk dapatkan aiskrim ini di Malaysia. Cik iena mula mencari tempat di mana aiskrim ini di jual di Malaysia. 
Daripada yang cik iena google aiskrim ini di dapati di Langkawi. Tapi jauh sangat cik iena nak pergi kan.
Ada kawan yang kata di Nu Sentral, cik iena pergi tapi aiskrim tersebut sememangnya menggunakan teknik yang sama Fried di atas kuali leper yang sejuk cuma aiskrim tersebut tidak di gulung.

Jadi cik iena teruskan lagi misi, sehinggalah terjumpa Aiskrim tersebut.
Sebenarnya banyak je tempat yang kawan-kawan bagi tahu ada. Tapi cik iena tak da masa nak pergi terjah betul ke tidak hehe. Sehinggalah cik iena jumpa di time square. Masa tu baru lepas makan di boatnoodle . ahaa tempat kegemaran cik iena tu.
Okies jemput tonton video blogger gediks nie 
(^_~)
gediks ngan henset sendiri je :D
 
 
Aiskrim Gulung Thai di Monzeter Premium Fried Ice Cream Berjay...
Akhirnya cik iena jmp jugak aiskrim gulung yg pernah cik iena makan di Chiang Mai Thailand Di Malaysia,[http://bit.ly/aiskrimGulungThai]Sebelum ni cuba di Nu Sentral tapi tak sama [http://bit.ly/freshyfreeze]yg ni baru sebijik aiskrim gulung thai yg cik iena makan (^_~)Location : LG-18 | Monzeter Premium Fried Ice Cream Berjaya Time Square [Besebelahan Jipangi Ice Cream & Berdekatan Guardian]www.ienaeliena.comwww.instagram.com/ienaeliena
Posted by ienaeliena.com on Wednesday, February 10, 2016


Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream
ehh nak possing depan kedai ni, pekerja kat sini baik baik dan peramah tau

Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream
menu aiskrim yang anda boleh pilih

Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream
menu aiskrim yang anda boleh pilih

Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream
Nahhhh promosi istimewa, dapat aiskrim free tu. cik iena suka auchhhhhhh

Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream
okay jemput terjah fb dan ig mereka untuk tgk gambar ice cream yg menari tertarik the boomm



Nyummyyyyyyyy sedap tau. Cik iena and adik memang penggemar ais krim. Sedap aiskrim gulung kat sini tak manis potong kaki habaq hang. hehe makan banyak pun tak risau . Tapi harus pandai pilih kombinasi perasa dan sebagainya supaya tak manis tahap potong kaki lah. Cik iena cuba flavour Vanilla + Strawbery + Bluebery + Chocolate Cream . Kombinasi yang sangat sedap dan tak manis sangat. Just Nice :)

Lokasi : LG-18 | Monzeter Premium Fried Ice Cream Berjaya Time Square [Besebelahan Jipangi Ice Cream & Berdekatan Guardian]



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve