Grab The Promo
Grab The Promo

Kedai Makan Murah KL Sentral RM5 Dua Sayur Dan Satu Lauk



Nasi beserta dua jenis sayur dan satu lauk samaada ayam, daging atau sebagainya dengan harga RM5 di mana ianya boleh di katakan murah untuk anda yang bekerja di sekitar KL Sentral.

Hari ini merupakan hari ke tiga cik iena bekerja di Q Sentral , KL Sentral. Menurut rakan-rakan yang telah awal berpindah pejabat disini . Kedai ini merupakan kedai yang termurah yang mereka temui. Kebanyakan kedai berdekatan sini agak mahal.
Kepada yang berjimat tu amat lah sesuai untuk hadir ke sini. 

Kedai Makan Murah KL Sentral RM5 Dua Sayur Dan Satu Lauk
Kedai Makan Murah KL Sentral RM5 Dua Sayur Dan Satu Lauk




Cik iena ni memang budgetable sikit. Kos hidup tinggi kan memang perlu berjimat. Sekali sekala makan mewah takpe. kalau selalu pitam cik iena .Buat masa ni cik iena nak makan di luar. Selepas ni cik iena akan bawa bekal untuk langkah berjimat.
Untuk anda yang sama pemikiran seperti cik iena boleh lah makan di sini tau.


Kedai Makan Murah KL Sentral RM5 Dua Sayur Dan Satu Lauk
berhadapan lalaun masuk LRT KL Sentral


Lokasi kedai di dalam KL Sentral, berhadapan laluan masuk LRT terdapat sebuah foodcourt. Masuk sahaja foodcourt tersebut anda jalan terus sehingga ke hujung dan belok ke kiri .
Rasa makanan pun sedap cik iena dah rasa. Nah tak sempat ambil gambar lauk. Dah licin baru nak ambil gambar


Kedai Makan Murah KL Sentral RM5 Dua Sayur Dan Satu Lauk
nyummy sedap,cik iena ambil kari ayam, sayur terung dan sayur kacang panjang

Untuk pengetahuan kedai makan ini halal :)
Cik iena lupa nak ambil gambar sijil halal (^_~)


New Update Feb 2018 : Maaf cik iena dah lama tak ke KL Sentral. Baru-baru ni ke KL Sentral Cik iena tengok food court yang ada kedai ni dah pun tutup . Kawasan ni di tutup sepenuhnya dan pintu masuk LRT di buka di sini. Sebelum ni hanya satu bahagian je pintu masuk ke LRT. Sekarang dah buat dua dan kwasan kedai ni di tutup.



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Serum Yang Mengekalkan kelembapan wajah serta memberi efek kilauan pada wajah


Kulit wajah yang cantik, lembab, halus serta putih dan berseri menjadi idaman kaum wanita. Kulit yang lembab serta halus akan menaikkan lagi seri wajah  jika di tatarias atau di solek. Untuk mengekalkan kelembapan dan kecantikan kulit pada masa kini terdapat pelbagai produk yang berada di pasaran. Antara produk yang menarik perhatian cik iena adalah Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum.

Serum Yang Mengekalkan kelembapan wajah serta memberi efek kilauan pada wajah
Sebelum cik iena kongsi mengenai serum yang menjadi pilihan cik iena ini terlebih dahulu cik iena ingin terangkan secara umum apa itu serum dan apa perbezaan serum dan pelembab atau krim kecantikan yang lain.

Apa itu Serum?


Serum bermaksud cairan yang mengandungi formula zat aktif yang berguna untuk memperbaiki struktur kulit. Ia bertindak untuk melawan tanda-tanda penuaan seperti tompok-tompok hitam, kulit kusam, tona warna tak sekata, kedutan dan garis-garis halus yang terdapat pada kulit wajah. Ia juga membantu mencegah jerawat dan mencerahkan serta memberi kesegaran dan keanjalan pada kulit. Bergantung mengikut fungsi tertentu, setiap serum mengandungi bahan-bahan yang suci dan selamat digunakan seperti vitamin C, asid amino, gliserin, cendawan, timun dan aloe.

Apakah Perbezaan Pelembab/Krim Kecantikan dengan Serum?


Serum Wajah mempunyai molekul lebih kecil berbanding dengan pelembap-pelembap wajah yang lain sehingga boleh memberikan Pemakanan Wajah lebih dalam dari kulit anda, berbeza dengan pelembab wajah biasa tidak akan mampu mecapainya sehingga boleh dikatakan serum wajah lebih baik dari pelembab wajah. Kulit Wajah yang paling luar sering sekali terdedah kepada matahari dan juga mudah sekali terkena pencemaran persekitaran luar. Sehingga sering sekali timbul masalah seperti kulit kusam, flek- flek hitam, kedutan wajah, dan bahkan banyak bermunculan jerawat. Dalam dunia kecantikan yang disebut serum adalah formula aktif yang berguna meperbaiki struktur kulit yang rosak. Seandainya anda mempunyai masalah dengan kulit wajah seperti kulit gelap, flek flek hitam, kedutan tanda penuan awal serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum mampu menanganinya.

 Okay sekarang anda dah tau apa itu serum dan apa perbezaannya dengan pelembab atau krim kecantikan lain. Jika di pendekkan cerita untuk mendapatkan kesan yang lebih pantas dan efektif penggunaan serum adalah lebih cepat dan berkesan . Anda juga boleh mengamalkan sekali memakai serum dan juga pelembab muka . Ianya akan mempercepatkan lagi proses yang berlaku pada raut wajah anda.

Serum Yang Mengekalkan kelembapan wajah serta memberi efek kilauan pada wajah


Untuk Produk ini cik iena cadangkan untuk mendapatkan kesan yang sangat mujarab anda di galakkan untuk memakai bersama Ephyra Skin Bar . Dimana sabun ini memang telah teruji berkesan untuk menjaga kecantikan wajah anda, melindungi kulit dari jerawat dan pembiakan jerawat mahupun parut jerawat. Ia nya juga merupakan sabun pilihan pelakon yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Memey Suhaiza dimana beliau juga merupakan pengguna dan Duta kepada produk Ephyra. Pasti semua sudah sedia maklum dengan kejelitaan raut wajah Memey Suhaiza dengan kulit yang sangat halus mulus putih gebu .

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Ia merupakan serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.  ianya BEBAS dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. 

Serum Yang Mengekalkan kelembapan wajah serta memberi efek kilauan pada wajah

Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah.

10 KESAN NYATA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM 


10 KESAN NYATA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
10 KESAN NYATA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
1. Mengecutkan jerawat

2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat

3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur

4. Menghilangkan bintik – bintik hitam

5. Mencerahkan kulit kusam

6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata

7. Mengekalkan kelembapan wajah

8. Menghilangkan lebam bawah mata

9. Merawat kulit terbakar ( sunburn )

10. Memberikan efek kilauan pada wajah


BAGAIMANA TEKNOLOGI NANO BERTINDAK PADA KULIT 

 

Serum Yang Mengekalkan kelembapan wajah serta memberi efek kilauan pada wajah

 


Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan  sangat popular dalam bidang kecantikan.
Teknologi ini menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. Dengan serum ini, ia memberikan manfaat kepada kulit :

MEMULIHKAN : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda.

MEMPERBAHARUI : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.

MELINDUNGI : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia

CARA PEMAKAIAN EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM

 

 Ephyra Skin Bar
Cuci muka anda dengan  Ephyra Skin Bar untuk kesan yang lebih cepat

 

 EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
Selepas mencuci muka, keringkan muka dan titiskan  EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM kemudian ratakan keseluruh wajah anda.

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
Sebelum dan selepas 7 hari penggunaan EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM. Sila abaikan lebam bawah mata memang susah nak hilang sebab cik programmer memang kurang tidur. Almaklumlah programmer kene berjaga malam jadi burung hantu buat programming



EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM


EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM

15ml
Harga: 
RM 88 (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak) 
Harga Promosi : 
RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak)

Kepada anda yang berminat untuk dapatkan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini, anda boleh membeli secara online melalui

www.oceanlife2u.com atau Whatsapp ke HOTLINE :  019 - 7373770 / 019 -3800779

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini serta promosi-promosi terkini sila follow dan like facebook dan instagram Ephyra

Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u
Website :  www.oceanlife2u.com

Selain daripada itu anda Juga boleh dapatkan produk ini di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/took jamu.






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Lirik Lagu Jalanan Oleh Hanis Kamal Bakar


Lirik Lagu Jalanan Oleh Hanis Kamal Bakar
Ku berjalan di tepian,
Berkeliaran mencari teman,
Dimana ku berjalan,
Ku tetap kesunyian.
Dimanakah kasihan,
Dimanakah kasih sayang,
Agar ku mendapatkan,
Secebis harapan.
Tangisan dan rintihan,
Jarang mendapat perhatian,
Namun ku tak berdaya,
Keluar dari kehinaan.
Oh tuhan...
Berikan ku jalan,
Dalam mencari jawapan,
Menghadapi dugaan.
Senyuman ku terukir,
Di dalam hati terasa pedih,
Mengenangkan nasib diri,
Ku cuma Anak kecil...



Lagu ciptaan Hanis Kamal Bakar istimewa buat anak2 gelandangan
Lagu ciptaan @haniskamalbakar istimewa buat anak2 gelandanganSedih lirik dia T__TProgram Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran @haniskamalbakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FMhttp://www.ienaeliena.com/2016/03/program-amal-anak-anak-gelendangan.html?m=0#faezramly#bloggermalaysia #MalaysianBlogger #anakanakgelandanganHKB#haniskamalbakar #4UFM #RTM #mediablogger #malaysiablogger #alzafaceliftclubmalaysia#ienaeliena #lifestyleBlogger #charity #kerjaamal
Posted by ienaeliena.com on Saturday, March 26, 2016

-JALANAN-

Lirik: Hanis Kamal Bakar
Penyanyi : Scarlett's Diary feat Dian Zman
Lagu : Dian, Azumi Salleh, Ian Ayub, Talha Rusli, Danil Sullivan Meister Kylo Ben Khairril Adha






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve