Grab The Promo
Grab The Promo

Zon Keutamaan Tempat Duduk Pengangkutan Awam


Zon Keutamaan Tempat Duduk Pengangkutan Awam
Seperti kita sedia maklum wanita mengandung, orang tua, wanita beranak kecil dan orang kurang upaya adalah golongan yang perlu di beri keutamaan tempat duduk dalam pengangkutan awam seperti bas, ktm,lrt dan sebagainya. Namun perkara ini sering di perlekehkan oleh rakyat Malaysia khususnya. 
Sikap pentingkan diri menjadi tunggak utama jati diri rakyat yang tidak mempunyai kesedaran sivik. Walaupun telah di tegur masih dengan ego sendiri.
Sebagai contoh kejadian yang terjadi depan cik iena pada hari ini. Jika di ikutkan hampir hari hari terjadi. Tapi terdetik kali ini untuk kongsi kerana kesal dengan sikap rakyat Malaysia yang pentingkan diri dan tiada kerjasama.
Kejadian yang berlaku seorang wanita hamil berdiri lama di hadapan wanita sihat yang sedang membaca buku walaupun telah di tegur oleh orang lain untuk di berikan tempat duduk kepada wanita hamil tersebut namun wanita yang membaca buku itu enggan bertolak ansur. Beliau hanya mendiamkan diri. Kebetulan cik iena yang duduk tidak jauh dari wanita membaca buku berkenaan terdengar dan cik iena pun memberi laluan pada wanita mengandung terbabit duduk .

Kedudukan wanita hamil tersebut betul-betul berhadapan perempuan yang sedang membaca buku tersebut.  Alhamdulillah cik iena tersedar dari tidur dan terdengar perbualan tersebut. Cik iena menaiki KTM dari kampung iaitu Batang Kali, memandang kan perjalanan ke Kuala Lumpur jauh dan dari Batang Kali tren tidak penuh maka cik iena tidur. Cik iena tersedar di Kepong apabila terdengar perbualan seorang perempuan meminta tolong perempuan di hadapan itu memberikan tempat duduk buat wanita hamil tersebut. Namun wanita yang sedang membaca buku tersebut seolah-olah buat endah tidak endah sedangkan apa yang cik iena lihat dia tidak memakai ear phone. Cik iena yang sedang tidur boleh terjaga.

Lalu cik iena memberi laluan untuk wanita hamil tersebut duduk, Cik iena juga meminta maaf pada wanita hamil tersebut kerana cik iena tertidur dan tidak perasan akan beliau. Beliau senyum dan mengucapkan terima kasih . Setelah cik iena berdiri cik iena mengambil gambar wanita yang enggan bertolak ansur dengan wanita hamil tersebut. Wanita itu hanya buat seolah-olah tiada apa yang berlaku. Lansung tiada rasa malu di dalam hati . Sibuk dengan buku dan kemudian main handphone. Beliau turun di station Bank Negara.
 
Awal  cik iena kelaur kerja hari ni, sebab dari kampung so kene keluar awal  bangun awal sampai tertidur dalam train :) Hati masih bengang dengan sikap rakyat malaysia yang pentingkan diri. Mungkin patut keluarkan undang-undang untuk denda mereka-mereka yang keras kepala ni . Ini baru kes keutamaan tempat duduk. Belum lagi kes beri laluan keluar pada penumpang sebelum memasuki pengangkutan awam :)
Wokiess cik iena nak kerja dulu ya . haha semangat update blog sampai awal kan






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM


Alhamdulillah program pada malam ini berjalan dengan lancarnya. Tahniah di ucapkan kepada Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan yang lain diatas usaha murni menganjurkan program kebajikan seperti ini. Diharapkan program-program seperti ini akan berterusan . Semoga selepas ini akan menimbulkan lagi minat dan kesedaran terhadap orang ramai untuk mengadakan program kebajikan seperti ini.

 Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM

Jutaan terima kasih juga di ucapkan kepada anda yang terlibat memberi sumbangan makanan, pakaian dan sebagainya untuk program kebajikan ini . Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga buat sukarelawan yang terlibat dan yang paling utama buat Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan yang terlibat pada malam ini. Tidak lupa juga buat rakan media cetak mahupun media blogger .
 Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM
antara rakan blogger yang turut hadir

Semoga usaha murni ini akan menjadi ikutan buat rakyat jelata yang lain khususnya buat para artis dan dermawan hartawan jutawan wan wan wan .. Hahah okay iena dah melalut. Terlampau excited update blog selepas program . Bersemangat betul .

Sebenarnya cik iena dah biasa dengan program kebajian bersama gelandangan cuma yang berbeza kali ini adalah ramai kanak-kanak gelandangan yang hadir. Memandangkan program ini memang di fokuskan kepada anak-anak gelandangan memang ramai anak-anak gelandangan yang hadir. Tersentuh rasa hati melihat anak-anak kecil ini yang hidup di jalanan. Bersyukur cik iena masih ada tempat tinggal yang selesa .

 Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM

Apa yang lagi menyentuh hati apabila cik iena sendiri melihat Hanis Kamal Bakar bertungkus lumus mengangkut barang-barang untuk diedarkan kepada gelandangan . Bayang kan, artis tuh auchhh bagus sangat attitude dia tau . Memang tersentuh hati tisu ni bila tengok ada rakan sukarelawan lain mengangkat barang dan terjatuh, dengan pantasnya Hanis Kamal Bakar pergi kearah sukarelawan tersebut dan mengutip barang-barang tersebut. Terkedu sekejap si hati tisu ni. Terus tak jadi nak ambil gambar. Hati banjir sekejap . Hanis Kamal Bakar kamu memang artis berhati mulia :)
Semoga rezeki kamu bertambah murah lepas ni Hanis Kamal Bakar . All The Best !!!

 Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM
kata-kata aluan oleh Hanis Kamal Bakar

 Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM
Hanis Kamal Bakar memberikan cup cake buat kanak-kanak yang hadir



Untuk pengetahuan anda semua terdapat pelbagai aktiviti yang di jalankan pada malam ini antaranya pengagihan makanan, pakaian serta barang keperluan asas, persembahan buskers, persembahan tarian, face painting dan pelbagai lagi aktiviti yang turut diadakan . yang Paling istimewa adalah lagu  ciptaan  Hanis Kamal Bakar  untuk anak-anak gelandangan juga turut di dendangkan . Sedih tau lagu dia .


Lagu ciptaan Hanis Kamal Bakar istimewa buat anak2 gelandangan
Lagu ciptaan @haniskamalbakar istimewa buat anak2 gelandanganSedih lirik dia T__TProgram Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran @haniskamalbakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FMhttp://www.ienaeliena.com/2016/03/program-amal-anak-anak-gelendangan.html?m=0#faezramly#bloggermalaysia #MalaysianBlogger #anakanakgelandanganHKB#haniskamalbakar #4UFM #RTM #mediablogger #malaysiablogger #alzafaceliftclubmalaysia#ienaeliena #lifestyleBlogger #charity #kerjaamal
Posted by ienaeliena.com on Saturday, March 26, 2016

Buat masa ni layankan gambar yang ada tak berapa banyak . Nanti cik iena update video yang sempat di rakam kan okay  :)


 Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM


 Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM

 Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM
rakan blogger, kak kolin sedang memberikan gula-gula kepada anak gelandangan


 Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM
pengagihan baju

 Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM
pakaian yang di derma untuk di agihkan buat gelandangan

 Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM
auchh sempat nak ambil gambar tuan tanah  blog nie

 Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM
antara salah satu penaja

 Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM
wefie bersama rakan blogger

 Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM
pertunjukan silap mata

 Program Amal Anak-anak Gelendangan Anjuran Hanis Kamal Bakar dan rakan-rakan Artis bersama Radio Wanita 4U.FM
face painting





Instagram Live Update


















iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


PROGRAM CHARITY ANAK-ANAK GELANDANGAN


Pada hari sabtu ini 26 March 2016 akan diadakan satu program amal buat gelandangan anjuran pelakon Hanis Kamal Bakar bersama rakan-rakan artis Malaysia . Tahniah cik iena ucapkan atas usaha untuk melakukan program amal ini .

PROGRAM CHARITY ANAK-ANAK GELANDANGAN

Kepada anda diluar sana yang ingin memberikan sumbangan buat gelandangan khususnya glandangan kanak-kanak amatlah di hargai. Antara barangan sumbangan yang di perlukan adalah

-Pakaian kanak2 lelaki
-Pakaian kanak2 perempuan
-Pakaian lelaki dewasa
-Pakaian perempuan dewasa
-Alat-alat permainan
-Bahan bacaan
-Tilam/toto
-Bantal dan selimut
-Makanan
-Minuman
-Wang ringgit
-Pampers
-Kasut/selipar
-Tuala wanita
-Barangan bayi
- Dan barangan keperluan Lain

Sekiranya anda berminat untuk membuat sumbangan anda boleh hubungi Zman Dian = 019-908 8923


"Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai"


PROGRAM CHARITY ANAK-ANAK GELANDANGAN

PROGRAM CHARITY ANAK-ANAK GELANDANGAN DIANJURKAN OLEH PELAKON HANIS KAMAL BAKAR BERSAMA RAKAN-RAKAN ARTIS MALAYSIA


Program ini akan diadakan pada :


Tarikh                 : 26 mac 2016 (sabtu)
Jam                    : 4 petang (Pengumpulan Barang)
Program bermula : 9 MALAM
Lokasi                 : Pusat khidmat sementara gelandangan di Lorong Medan Tuanku 2.


Matlamat Program Charity Anak-Anak Gelandangan


Penganjuran Program Charity Anak-Anak Gelandangan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan rasa motivasi kepada masyarakat tentang kepentingan silaturahim, persaudaraan, kesukarelaan, bertanggungjawab dan melakukan kebajikan kepada masyarakat umum serta memupuk budaya sayang menyangi antara satu sama lain.


Objektif Program


i. Memberi kesedaran tentang tanggungjawab sosial terhadap anak-anak gelandangan.

ii. Memupuk sifat penyayang dalam kalangan masyarakat terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

iii. Membina semangat kerja berpasukan dan persefahaman melalui sukarelawan.



Committees Program anak-anak Gelandangan di antaranya :



1. Zman Dian - Organiser
2. Miza & Koie - HKB Crew
3. Kak Ann / Datin Nani - Radio Wanita 4U
4. Abg Lan / Abg Zali - Blood Brothers
7. Faez Ramly - Official Blogger
8. Eijjat & Kery & Echa - The Family
9. Usahawan Muah
10. Explore Angel's Club
11. PEWARIS Malaysia
12. Big Unity Event

Artis terlibat yang turut menjayakan seperti :


- Rockers Otai 90an
- Pelakon Malaysia
- Mentor
- AF
- Model
- Designer

Untuk maklumat lanjut sila layari http://faezramlypunye.blogspot.my/2016/03/nantikan-program-charity-anak-anak.html?m=1


Insya Allah cik iena juga akan sertai aktiviti ini pada hari sabtu nanti :)



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve