Grab The Promo
Grab The Promo

10 Sebab Dr Irma WHITENING BB SERUM FOUNDATION perlu ada dalam handbag


10 Sebab Kenapa Dr Irma WHITENING BB SERUM FOUNDATION perlu ada dalam handbag


Seperti kita sedia maklum foundation atau bedak asas hanya bertujuan untuk kecantikan bukan untuk perawatan kulit tidak seperti BB cream yang mempunyai fungsi dua dalam satu iaitu kecantikan dan perawatan kulit. Berbeza dengan  Dr Irma WHITENING BB SERUM FOUNDATION , foundation ini bukan sekadar untuk kecantikan, ianya juga mempunyai fungsi perawatan kulit dimana ianya mempunyai pelindung matahari SPF35 dan selain itu ianya juga merawat dan mencerahkan kulit kita.



10 Sebab Kenapa Dr Irma WHITENING BB SERUM FOUNDATION perlu ada dalam handbag

 

10 Sebab Kenapa Dr Irma WHITENING BB SERUM FOUNDATION patut ada dalam handbag 


  1. Ianya mudah di bawa kemana-mana
  2. Merupakan bedak asas litupan penuh
  3. Mempunyai pelindung matahari SPF35
  4. Mencerahkan kulit
  5. Merawat jerawat yang membengkak disamping Megeluarkan whitehead dan blackhead
  6. Wajah kekal cantik lebih dari 12 jam tanpa menjadi gelap
  7. Mengatasi masalah pigmentasi
  8. Membaiki tekstur kulit seterusnya mengurangkan kedutan halus
  9. Mengurangkan pengeluaran sebum sekaligus mengawal kulit berjerawat
  10. Menganjalkan kulit

Okay untuk itu cik iena nak terangkan lebih lengkap tentang Dr Irma WHITENING BB SERUM FOUNDATION yang sangat ajaib ini . Selain dari Dr Irma WHITENING BB SERUM FOUNDATION ini terdapat juga RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM yang juga bertujuan untuk merawat kulit . Untuk pengetahuan semua penggunaan serum adalah lebih pantas hasilnya berbanding penggunaan krim. Untuk itu jom baca tentang dua produk yang menarik dari Dr Irma ini.



WHITENING BB SERUM FOUNDATION


Ia adalah gabungan serum dan bedak asas yang berasaskan air dengan pelindung matahari  spf35++, ia dirumus untuk semua jenis kulit dan menaikkan seri semua warna  kulit. Ia mudah di sapu dan serum pemutihan dan perawatan cepat meresap ke dalam kulit. Ia kekal cantik pada wajah lebih dari 12 jam tanpa menjadi gelap (tiada proses oksidasi yang akan berlaku).



WHITENING BB SERUM FOUNDATION DI JUAL PADA HARGA RM98
WHITENING BB SERUM FOUNDATION DI JUAL PADA HARGA RM98



Ia adalah produk ajaib SEMUA DALAM SATU di amana anda hanya perlu mencuci muka dengan pencuci wajah yang lembut dan terus sapukan WHITENING BB SERUM FOUNDATION pada wajah anda. Semudah itu sahaja . Ianya Boleh di sapu dengan sapuan tangan. Titikkan pada dahi, pipi, hidung dan dagu dan ratakan mengarah keluar. Ataupun untuk sapuan lebih rata dan “airbrushed” boleh gunakan buffing brush untuk meratakannya.



WHITENING BB SERUM FOUNDATION DI JUAL PADA HARGA RM98
WHITENING BB SERUM FOUNDATION DI JUAL PADA HARGA RM98


Dr. Irma memformulasi SERUM PEMUTIHAN DAN PERAWATAN KULIT  dan menggabungkan BEDAK ASAS LITUPAN PENUH supaya ia berfungsi sebagai penjagaan kulit dan mekap di dalam satu langkah sempurna dan is didatangkan dalam warna yang sesuai dan memberi seri pada semua warna kulit “DR. IRMA SIGNATURE SHADE” .

Ia mengandungi likoris, vitamin C dan pati buah terkonsentrasi yang terbukti mencerahkan kulit dan pigmentasi seawal 3 hari, ia merawat jerawat yang membengkak dan jerawat pasir seawal 24jam dengan megeluarkan whitehead dan blackhead secara aktif.

Kandungan kolagen dan stem sel epal yang di impot dari France akan membaiki tekstur kulit, mengurangkan kedutan halus dan menganjalkan kulit. Prorduk ini juga mengurangkan kulit berminyak dengan mengurangkan pengeluaran sebum sekaligus mengawal kulit berjerawat. Untuk kulit kering, ia akan memberikan hidrasi yang optimum untuk melembapkan kulit sepanjang hari dan kekal setelah serum foundation ini dicuci.

WHITENING BB SERUM FOUNDATION DI JUAL PADA HARGA RM98 UNTUK 20ML DAN TAHAN SEHINGGA 2BULAN BERGANTUNG PADA PENGGUNAAN



RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM




Ia adalah serum vitamin C dan diperkaya dengan aloe vera yang menenangkan bertujuan untuk pemutihan kulit, menyembuhkan kulit berjerawat, megurangkan pigmentasi dan parut, mengurangkan pengeluaran minyak muka yang berlebihan, menghidrasi kulit, menghilangkan kedutan halus dang menganjalkan menegangkan kulit seawal 3hari.


RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM DIJUAL PADA HARGA RM89


DR. IRMA menggabungkan pati bunga dan tumbuhan dari alps, himalaya dan mediterranian yang mempunyai kuasa antioksidan yang poten,  menggalakkan pembentukan kolagen, mempercepatkan penggantian sel  kulit mati dan merawat serta mencantikkan kulit. Di tambah dengan gabungan “essential oil” yang unik untuk perawatan kulit maksima.

Serum ini mempunyai haruman sejambak bunga yang eksotik dan boleh digunakan sebagai serum siang dan malam. Bila diguna bersama WHITENING BB SERUM FOUNDATION, anda akan lihat hasil yang menakjubkan.


RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM DIJUAL PADA HARGA RM89
RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM DIJUAL PADA HARGA RM89


Cara pemakaian, tekan penutup botol serum dan corong serum akan di isi dengan serum yang cukup untuk sekali aplikasi. Titiskan terus pada dahi, hidung, pipi dan dagu dan usaplah perlahan lahan secara membulat hingga serum diserap masuk.

RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM DIJUAL PADA HARGA RM89 UNTUK 15ML DAN BOLEH BERTAHAN SEHINGGA 2 BULAN BERGANTUNG KEPADA CARA PENGGUNAAN..






Okay macam mana? menarik tak dua produk dari Dr Irma ni ? . Cik iena sendiri telah mencuba kedua-dua produk ini di mana ianya memang sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit kita .
Okay cik iena nak kongsikan gambar cik iena menggunakan   Dr Irma WHITENING BB SERUM FOUNDATION secara nipis dan juga tebal .






A photo posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on



Haa dua atas ni cik iena pakai nipis je tau . Korang juga boleh lihat video cik iena pakai foundation ni , boleh nampak perbezaan pada kulit yang asalnya kusam jadi bermaya selepas menggunakan foundation ni walaupun hanya pakai nipis sahaja . Kalau korang tengok cik iena dari blog nampak macam cik iena ni suka make up kan. Ya memang suka tapi cik iena tidak make up setiap hari . Weekday pergi kerja cik iena tidak akan mengenakan sebarang make up sebabnya makan masa nak make up nak pergi kerja kemudian selepas solat zuhur and asar nak make up lagi. kan dah membazir masa bekerja. Tak boleh lah salah gunakan waktu bekerja untuk make up kan. Jadi dengan ada nya foundation ni sangat mudah untuk pakai dan cuci. Untuk wajah muka yang tidak kusam cik iena pakai foundation ni sahaja kemudian pakai lip balm dah selesai boleh pergi kerja. Kalau ada event barulah cik iena akan make up lebih sikit :)





Ini pula gambar cik iena mengenakan foundation ni lebih tebal dari sebelum ni . Tapi jika ingin memakai foundation tebal korang perlu menggunakan berus tau supaya sapuan tu lebih cantik gituw. Meletopss la muka korang flawless (^_~)





Okies sebelum beradu belanja pic selfie arini.. Today iena pakai Dr Irma Whitening BB Serum Foundation @drirma_official. Untuk pengetahuan selain untuk kecantikan foundation ni juga berfungsi untuk merawat dan mencantikkan serta mencerahkan muka kita, pendek kata kalau pakai foundation ni tak perlu pakai apa2 krim pelembab atau spf sb ianya juga ada fungsi melembab dan fungsi spf yg melindung kulit dr cahaya matahari.. Harga dia RM98 blh thn dua bulan bergantung pada penggunaan.. Tapi kalau pakai tebal mcm cik iena pakai ni tak tahan 2 bln la kan hehe..yg ni iena memang pakai tebal guna berus sebab nk pergi event kan pakai tebal2 lagi tambah lagi cik iena antara yang bertuah dapat menggayakan sebahagian dari koleksi pakaiaan dan tudung dari kak @rinasalleh so iena mesti la nak nampak gojes2 hehe 😊😊😊 Beat of La Donna Raya Collection 2016 RINASALLEH CLOTHING @rinasallehclothing ❤❤❤ Untuk pengetahuan Hari ni cik iena menggayakan sebahagian dari koleksi jubah dan tudung dari @rinasallehclothing #rscklasikraya2016 #MalaysianBlogger #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #aabc #socialMediaInfluencer #huaweiMalaysia #honorMalaysia #ienaeliena #rinasalleh #rinasallehclothing #fashionshow #raya2016 #koleksiraya2016 #sheonista #fashionista #hijabsta
A photo posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


Haaaaaaaaaaa cantik ketidak ? tak perlu hire Make Up Artist lagi, boleh make up sendiri je dengan adanya foundation yang awesome ni :)


Untuk pembelian atau pertanyaan lanjut sila layari atau hubungi


Whatsapp : 60189867511

Instagram : @drirma_official



“keyakinan anda, kebanggaan DR. IRMA”






Lima sebab Kenapa Perlu Tonton My Stupid Boss


My Stupid Boss merupakan filem yang di adaptasi dari sebuah buku yang popular dan terlaris di Indonesia yang berjudul My Stupid Boss (MSB).  Ia merupakan Karya anak tempatan  Chaos@work yang digarap dari empat jilid penerbitannya yang mula diterbitkan pada 2009 menjadi satu cerita yang sarat dengan elemen komedi.



My Stupid Boss
Antara babak yang menarik di mana Diana membalas kembali perbuatan Bossman keatas dirinya, Nak tau kenelah tonton di pawagam :)


Filem terbitan syarikat perfileman Falcon Pictures ini menjalani penggambaran 100 peratus di Kuala Lumpur. Ia memakan masa selama 25 hari untuk menjadikannya sebuah Filem yang bakal menjadi bualan ramai.

Selain daripada pelakon Indonesia, ia juga di lakonkan oleh pelakon-pelakon Malaysia yang tidak asing lagi antaranya Atikah Suhaimie, Bront Palarae, Chew Kinwah dan Iskandar Zulkarnain.


My Stupid Boss
Pekerja-pekerja Bossman yang kelihatan gembira akan perubahan Bossman, namun adakah perubahan itu berterusan ? Pastikan anda tonton di pawagam okay :)


Filem ini merupakan filem ke-15 terbitan Falcon Pictures dan ini merupakan kali pertama mereka berkolaborasi bersama pelakon Malaysia diketuai oleh pelakon berkaliber dari negara serumpun iaitu Bunga Citra Lestari, Reza Rahadian dan Alex Abbad.


Penerbitnya Frederica, berkata kesukaran menggabungkan empat novel kepada sebuah penceritaan menjadi hikmah buat mereka apabila usaha itu secara tidak langsung dapat menyatu persahabatan dua negara serumpun.



My Stupid Boss
Bossman yang sangat pelik dan mempunyai pendirian dan sistem kerja yang pelik dan tidak moden




Falcon Pictures pernah menerbitkan beberapa filem pecah panggung seperti Comic 8, Comic 8; Casino King, Haji Backpacker, Coboy Junior The Movie, Sejadah Ka'bah dan banyak lagi.
Filem ini juga akan ditayangkan serentak di empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bermula ‪19 Mei‬ ini.‬



Sinopsis My Stupid Boss


My Stupid Boss
Bunga Cintra Lestari yang melakonkan Watak Diana

MENGISAHKAN tentang Diana lakonan Bunga Citra Lestari yang harus mengikuti suaminya, (Alex Abbad) berpindah dan bekerja di negera jiran iaitu Malaysia. Di Malaysia, Diana terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka dan bekerja di sebuah pejabat yang memiliki pekerja dari pelbagai negara. Konflik berlaku apabila Diana terpaksa berhadapan dengan majikannya, Bossman yang juga berasal dari Indonesia (Reza Rahadian). Bossman  memiliki tingkah laku yang agak pelik namun begitu Bossman mempunyai karakter yang melucukankan.


My Stupid Boss
Bossman yang sentiasa menganggap dirinya benar dalam segala perkara walaupun sebenarnya apa yang dilakukan itu salah

Bossman memiliki prinsip yang luar biasa, berbeza dengan majikan lain. Di pejabatnya, tiada peraturan dan sistem yang jelas dalam pengurusan syarikat membuatkan urusan harian menjadi huru-hara. Bossman mempertahankan prinsip tersendiri iaitu 'Bossman Always Right'.
Setiap keinginannya harus dituruti oleh semua pekerjanya. Di situ, Diana mula mengenali rakan setugasnya iaitu Norahsikin lakonan Atikah Suhaimie, Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain) dan Mr.Kho (Kinwah Chew) yang banyak memberi nasihat untuk berhadapan dengan Bossman.


My Stupid Boss
Bossman dan Diana atau lebih dikenali dengan nama kakak Kerani






Terbitan: Falcon Pictures. (Indonesia)
Kerjasama: Madness Films Sdn Bhd (Malaysia)
Edaran: Skop Productions Sdn Bhd (Malaysia)
Penerbit:  HB Naveen & Frederica
Pengarah: Upi
Genre: Komedi/ Drama
Durasi: 107 minit
Pelakon Malaysia: Atikah Suhaimie, Bront Palarae, Chew Kinwah dan Iskandar Zulkarnain.
Pelakon Indonesia: Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari dan Alex Abbad
Lokasi Penggambaran: Kuala Lumpur
Tarikh Tayangan: ‪19 Mei 2016‬‬




Lima sebab Kenapa Perlu Tonton My Stupid Boss


  1. Merupakan Cerita Komedi pertama yang di lakonkan Bunga Citra Lestari
  2. Reza Rahadian yang handsome dan kurus menjadi gemuk, buncit dan rambut separa botak.
  3. Menggabungkan pelakon-pelakon hebat Indonesia dan Malaysia
  4. Mengisahkan tentang Boss yang pelik dan mempunyai sistem kerja yang tidak boleh di terima pakai
  5. Sebagai persediaan untuk anda menghadapi STUPID BOSS like this :)

Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss


Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Barisan pelakon


Baru-baru ini cik iena berpeluang menghadiri majlis tayangan perdana filem My Stupid Boss terbitan
Falcon Pictures dengan kerjasama Madness Films Sdn Bhd dan edaran Skop Productions Sdn Bhd.
Sambutan hangat dari peminat-peminat pelakon-pelakon yang terlibat di dalam filem ini jelas ketara.


Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Cik iena bersama adik dan rakan blogger Iskandar


Kehadiran tetamu yang cukup ramai yang terdiri dari peminat , media cetak, media elektronik, blogger dan artis-artis tempatan serta yang pastinya pelakon utama dari Indonesia iaitu  Bunga Citra Lestari dan  Reza Rahadian .


Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Cik iena bersama rakan blogger Kak Qasehsu & Ayu Idris


Setelah sama-sama menonton filem ini cik iena dapat rasakan filem ini bakal mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dengan lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon hebat dari dua negara. Ianya merupakan Filem komedi yang sangat menghiburkan.


Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Bersama rakan blogger Iskandar



Untuk pengetahuan anda semua ini merupakan kali pertama Bunga Citra Lestari melakonkan cerita komedi dan beliau berjaya melakonkannya dengan bagus . Menurut beliau ini merupakan filem yang mencabar bagi beliau kerana ini merupakan kali pertama belia melakonkan cerita berunsur komedi. Menurut beliau lagi ternyata bukan mudah untuk melakonkan watak komedi namun dengan ada nya rakan-rakan artis lain yang turut sama membantu dalam menghayati watak tersebut beliau berjaya melakonkan dengan begitu baik sekali.


Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Cik iena bersama rakan blogger Ally dan Erin


Apa yang cik iena dapat kongsikan filem ini seronok dan lawak sehingga tahap anda tidak akan menyedari bahawa anda sudah sampai ke penamat dan bagi cik iena agak sedikit tergantung. Mungkin kerana cik iena rasa filem ini sangat menghiburkan sehingga cik iena tidak menyedari hampir 100 minit sudah berlalu dan cerita sudah menghampiri penghujung nya.

Unsur-unsur lawak yang diterapkan membawa mesej-mesej tertentu yang bermakna. Selain daripada itu terdapat juga banyak mesej dang pengajaran serta pedoman yang boleh di lihat di dalam filem ini walaupun ianya berunsurkan komedi.

Okay mohon lanjutkan ke My Stupid Boss 2. Nak tau sama ada Bossman berubah atau tidak :)


 Gambar Bersama Pelakon My Stupid Boss dan Artis yang turut beri sokongan



Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
bersama pelakon utama Reza Rahadian yang kacak lagi kurus berbeza dengan watak bossman yang gempal dan separa botak


My Stupid Boss
bersama Bront Palarae



Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Bersama Zizan, haa zizan pun ada tau dalam cerita ni, nak tau sebagai apa jangan lupa tonton :)

Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
bersama Mr Chew Kinwah


Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
bersama si cantik jelita Atikah Suhaimie



Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
bersama si cantik jelita Atikah Suhaimie

bersama Iskandar Tajuddin dan Iskandar Zulkarnain :)

Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Bersama Kak Yasmin Hani

Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Bersama shery alhadad





Okay semua jangan lupa tonton tau Filem ini  akan ditayangkan serentak di empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bermula ‪19 Mei‬ ini. 2016



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Koleksi Tudung Terbaru Online


 
Koleksi Tudung Terbaru Online



Tudung merupakan aspek yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi kaum Muslimah . Namun bagi wanita di Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai.


Koleksi Tudung Terbaru Online



Bagi wanita Muslim di Malaysia pemakaian tudung adalah biasa dalam budaya mereka kerana menutup aurat adalah dituntut dalam agama. Oleh itu dengan memakai tudung mereka dapat menjalani kehidupan biasa dalam masa yang sama masih meneruskan ajaran agama. Tudung atau scarf dipakai untuk menutup rambut, telingan dan leher wanita. Ianya berbentuk segi empat  dan segi tiga dengan cetakan yang pelbagai. Jika dahulu tudung dilihat sebagai aksesori tambahan buat wanita dengan corak yang biasa atau sekadar ‘plain’. Namun kini terdapat variasi rekaan yang boleh dipilih di pasaran seperti tudung ala Syria, tudung satin, tudung bawal dan macam-macam lagi.

Tudung amat sinonim bagi wanita Melayu dan Muslim lain di Malaysia. Rekaan tudung kini semakin moden hasil sentuhan pereka fesyen generasi kini. Sentuhan yang diberikan membuatkan headscarf kini lebih popular dan trendy.




Koleksi Tudung Terbaru Online
 

Selain itu tudung juga sangat sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa sahaja. Tidak kira sama ada untuk majlis seperti kenduri kahwin, majlis formal malah sesuai juga untuk dipakai ke pejabat.  Pada masa yang sama, tudung sangat versatile dan boleh dipakai untuk dipadankan dengan top atau bottom yang sesuai. Padankan tudung anda dengan Muslimah dress seperti baju kurung moden atau kaftan untuk penampilan yang menarik. Malah ianya boleh dipakai dengan blouse serta skirt labuh agar nampak lebih santai namun elegan.

Dewasa kini terdapat Banyak butik fesyen Muslimah online yang ada di internet menawarkan pelbagai koleksi tudung terbaru online yang pastinya disukai hijabista. Jika anda mahukan penampilan yang lebih moden cuba tips ini – cuba bermain dengan aksesori untuk dipadankan dengan stail anda. Namun harus diingat bahawa pepatah ‘less is more’ sememangnya harus digunapakai kerana lebih baik untuk minimalize persalinan anda. Elakkan terlebih accessorizing kerana penampilan anda akan nampak ‘sarat’ dan ‘berat’.







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve