Grab The Promo
Grab The Promo

Safi Memperkenalkan Masker Penjagaan Wajah


                       
Safi Memperkenalkan Masker Penjagaan Wajah

Kesihatan dan kecantikan kulit wajah adalah aset yang penting bagi wanita . Jadi, pastikan Anda merawat kulit wajah dengan baik. Untuk merawat wajah ianya tidak semestinya  mahal dan harus dilakukan di salon atau SPA ianya juga boleh di lakukan sediri di rumah dengan menggunakan Masker bagi merawat wajah .
Terdapat pelbagai jenis masker wajah yang muncul bagai cendawan tumbuh di pasaran . Antaranya adalah Masker Wajah dari SAFI . SAFI merupakan jenama unggul  Produk penjagaan diri Muslimah . SAFI telah menguasai pasaran Malaysia Selama hampir 2 dekad , maka tidak hairanlah bagi SAFI yang kini muncul sebagai peneraju utama di pasaran di dalam kategori produk penjagaan diri untuk Muslimah dan keluarga.

SAFI membawa maksud “Bersih dan Suci”, ianya disasarkan khas terutamanya buat golongan wanita Melayu yang ingin mengekalkan ciri-ciri kewanitaannya tanpa berkompromi dengan nilai-nilai agama Islamnya. Ianya Disahkan HALAL oleh JAKIM (kini HDC – Halal Development Corporation),

Memahami keperluan wanita moden kini, SAFI  melengkapkan rangkaian produk penjagaan wajah mereka dengan memperkenalkan masker penjagaan wajah terulung buat semua wanita. Kelahiran 2 variasi masker ini mampu memberikan penyelesaian khusus buat mereka yang ingin tampil cerah sempurna atau mengembalikan keremajaan raut wajah sebelum usia.

Kelahiran anugerah buat semua wanita dari SAFI


Masa umpama emas. Menjadi lumrah dalam setiap individu untuk menghargai sesuatu yang amat tidak ternilai harganya. Bagi wanita pula, anugerah teramat indah sepanjang kehidupan semestinya memperolehi raut wajah cerah sempurna dan muda remaja. Sesibuk mana sekalipun seorang wanita menguruskan kerjaya dan keluarga, masa yang ada tidak pernah dipersia dan pastinya digunakan untuk memberikan yang terbaik agar tampil mempersona.

Memahami keperluan wanita moden kini, SAFI jenama halal no 1 tempatan melengkapkan rejimen penjagaan wajah anda dengan memperkenalkan masker penjagaan wajah terulung buat semua wanita. Kelahiran 2 variasi masker ini mampu memberikan penyelesaian khusus buat mereka yang ingin tampil cerah sempurna atau mengembalikan keremajaan raut wajah sebelum usia.

Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA GOLD


Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold RM6.90
Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold RM6.90

Diperkaya dengan Bio Nano Emas 24K & Bio Hialunorik dengan Vitamin B3, masker unik 3D ini memberikan kesan efektif dan menyeluruh dengan menambahkan keanjalan kulit muka agar tidak lesu dan kusam, serta sentiasa  segar bermaya bermula dari dahi hinggalah ke bahagian leher. Masker ini juga bertindak mengunci lembapan pada kulit wajah sehingga 24 jam. Kehebatan Nano Gold Technology pula menghasilkan kolagen bagi mengurangkan garis halus agar kulit tampil muda remaja sebelum usia. Hasilnya wajah lebih segar, anjal dan cerah.

Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy

Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy RM5.90
Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy RM5.90

Manjakan kulit wajah  dan rasai kombinasi Nano Biowhite, Arbutin dan Kiwi yang kaya dengan vitamin C bertindak menyerap masuk ke dalam 3 lapisan kulit bagi menghasilkan kulit wajah yang halus mulus dan cerah dengan efektif. Hialuronik Asid pula membekalkan lembapan berpanjangan agar kulit wajah anda terasa lembab dan lembut. Gunakan masker ini selama 20 minit sebelum anda tidur dan nikmati kesegaran kulit wajah yang halus, mulus dan cerah sempurna keesokan harinya!

Dapatkan Masker Keremajaan SAFI RANIA Gold 22ml pada harga RM 6.90 dan Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy 17ml pada harga RM 5.90.




Review Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold & Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy


  
Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy
Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy RM5.90

Cik iena merupakan penggemar tegar Masker wajah . Cik iena memang suka beli dan kumpul pelbagai variasi masker wajah tidak kiralah berbentuk topeng, krim dan sebagainya. Cik iena telah mencuba kedua masker wajah ini dan kedua-dua nya akan memberikan kesan awal iaitu kulit yang sangat lembut, lembap, halus serta anjal. Untuk kesan yang lebih efektif anda seharunya menggunakan masker wajah ini secara konsisten di mana ianya perlu digunakan dua kali seminggu.

Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold
Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold RM6.90



Diantara kedua masker ini, Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold merupakan masker wajah yang sangat istimewa dan unik di mana ianya mempunyai bahagian untuk disangkutkan pada telinga dan juga masker nya sehingga kebahagian leher(juga boleh di sangkut pada telinga) .


A video posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


Jadi ianya sangat bagus kerana risiko untuk tertanggal adalah sangat tinggi . Untuk cik iena yang agak lasak ini, Jika cik iena memakai masker topeng sehingga pagi pasti masker tersebut akan tertanggal apabila kering berbeza dengan Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold ianya akan kekal pada wajah cik iena.




Safi Memperkenalkan Masker Penjagaan Wajah


Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari

Beli Produk Safi di Shopee : Safi Shopee
Beli Produk Safi di Lazada : Safi di Lazada 
 
Facebook : www.facebook.com/safi.my
Instagram : @safimalaysia
Youtube SAFI :  www.youtube.com/safimalaysia

Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799


Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799

Honor merupakan salah satu syarikat subsidiari dibawah pihak Huawei, dimana Honor memfokuskan kepada penjualan peranti melalui dalam-talian . Pihak Huawei menggunakan VMall dan Lazada sebagai platform online dan ia dijual terus kepada pelanggan tanpa perlu melalui pengedar ataupun penjual lain. Ini membolehkan pihak Honor menjimatkan Kos perbelanjaan dan mampu menawarkan peranti pada harga yang amat rendah.

Baru-baru ini cik iena telah mengadiri Honor 5C Media Workshop bertempat di Tour Les Jours. Honor Malaysia memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pengguna pertengahan dibawah harga RM1,000 selepas Honor 5X pada awal tahun 2016.

Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799


Honor 5C merupakan peranti dengan skrin bersaiz 5.2-inci, dan ianya dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 650 yang direka dengan menggunakan teknologi 16nm yang akan menjaminkan penjimatan penggunaan bateri.
Honor 5C dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Seperti model honor terkini, honor 5C turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang bagi tujuan sekuriti dan akses pantas.

Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799
Honor 5C akan  dibuka pada 20 June 2016, dimana ianya boleh didapati pada harga RM799 (Grey & Silver) dan RM849 (Gold).


Pada majlis Honor 5C Media Workshop tersebut Mr.Allen An, selaku E-Commerce Director di Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa kini tempahan awal (pre-order) bagi Honor 5C akan  dibuka pada 20 June 2016, dimana ianya boleh didapati pada harga RM799 (Grey & Silver) dan RM849 (Gold).

Pandangan Pertama Honor 5C

 

Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799



Pertama kali cik iena mencuba Honor 5C adalah  aplikasi kamera. Untuk pengetahuan, cik iena sangat gemar bergambar . Jadi perkara pertama yang cik iena cuba adalah mengambil gambar. Buat penggemar selfie seperti cik iena, Honor 5C sangat sesuai kerana gambar yang di hasilkan dari kamera selfie yang diambil cantik walaupun tidak menggunakan Beauty Mode.Untuk pengetahuan juga, Cik iena kurang gemar menggunakan beauty mode kerana rasa terlalu palsu bila muka sangat licin dan flawless.

gambar selfie menggunakan Honor 5C dan tanpa Beauty mode
gambar selfie menggunakan Honor 5C dan tanpa Beauty mode
Cik iena suka hasil gambar selfie ni walaupun keadaan tempat adalah gelap tapi gambar ni nampak cantik :)

Terdapat juga fungsi scan document dan juga fungsi kamera DSLR pada Honor 5C yang mana pada cik iena ianya sangat bagus . Jadi selepas ini jika anda perlu scan apa-apa dokumen di pejabat mahupun di rumah anda boleh lakukannya dengan mudah. Tidak perlu lagi membeli scanner untuk scan dokumen . 


Pelbagai fungsi Kamera Honor 5C
Pelbagai fungsi Kamera Honor 5C

Fungsi DSLR pada Honor 5C
Fungsi DSLR pada Honor 5C


Fungsi DSLR ini juga sangat sesuai untuk anda yang gemar bergambar. Anda tidak perlu membawa kamera DSLR yang besar dan berat . Fungsi DSLR ini sangat sesuai untuk blogger-blogger perempuan seperti cik iena yang kerap pergi event . Jadi tak perlu lah cik iena bawa DSLR yang berat dan agak besar lah tak muat untuk di masukkan dalam handbag (^_~).
 

Selain daripada itu cik iena juga mencuba fungsi finger print yang sangat memudahkan kita untuk mengakses talifon pintar tersebut . Antara fungsi-fungsi yang terdapat dalam finger print yang sempat cik iena screenshot seperti dibawah.

 finger print Honor 5C


Istimewanya Honor 5C juga adalah terdapat fungsi scrollshot . Ia adalah lanjutan dari fungsi screenshot . Di mana ianya sangat berguna jika apa yang ingin kita screenshot melebihi size peranti tersebut . Contoh yang sempat cik iena scrollshot seperti dibawah.

scrollshot honor 5c

Ouh maaf panjang sangat, jika dalam handphone dan laptop kesemua tulisan dapat di baca tapi bila cik iena upload jadi kecil molek macam ni (^_~)
Fungsi ni sangat sesuai lah untuk anda yang suka stalk-stalk dan screenshot message-message ;)


Seperti peranti Honor terdahulu, anda juga boleh mendapatkan jaminan tukar ganti satu-ke-satu untuk tempoh 6 bulan pertama.

Tempahan awal boleh dibuat melalui laman rasmi VMall Malaysia Dan Lazada Malaysia .
Okay untuk mengetahui lebih lanjut tentang SpesifikasiHonor 5C boleh rujuk  gambar di bawah .



SPESIFIKASI HONOR 5C



SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C


Tempahan awal boleh dibuat melalui laman rasmi VMall Malaysia Dan Lazada Malaysia .






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Baju Kurung Moden Cantik di PinkzFashion


Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh Negara .Baju Melayu dan Baju Kurung merupakan pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum Melayu ketika perayaan Hari Raya Aidilfirti mahupun Aidiladha. Ianya juga merupakan baju kebangsaan bagi Masyarakat Melayu Di Malaysia.

Baju Kurung Moden Cantik di PinkzFashion


Dalam arus teknologi moden kini terdapat banyak Butik yang menawarkan perkhidmatan jualan secara online. Ini bagi memudahkan lagi pelanggan terutama buat mereka yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk membeli belah.  Dalam kes ini sangat sesuai untuk cik iena kerana cik iena kerap membeli barangan secara online termasuklah barangan Elektrik dan perabot. Untuk pengethuan, Peti ais pun cik iena beli secara Online  . Ini adalah Disebabkan faktor kekangan Masa.

Jadi, di sini cik iena ingin mencadangkan kepada anda di luar sana yang mungkin juga mempunyai masalah kekangan masa seperti cik iena tentang kewujudan Satu Butik yang menjual pakaian secara online . Pada yang masih belum memiliki baju raya anda boleh dapatkan secara online di PinkzFAshion.

PinkzFashion menawarkan pelbagai jenis rekaan baju kurung moden yang cantik untuk anda miliki dengan menawarkan kualiti yang baik pada harga yang sangat berpatutan. Apa yang istimewa di Butik ini adalah harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan kualiti kain serta jahitan yang di tawarkan . Selain dari itu istimewanya PinkzFashion adalah terdapat pelbagai variasi size yang ditawarkan daripada XS(34) Sehinggalah 4XL(48).

Kebiasaannya cik iena susah nak jumpa size XS. Almaklumlah badan cik iena kecil je . Jika ikut standard Size cik iena ber size XS, Jika di Butik Lain kebanyakannya size paling kecik adalah S. Jadi tempat ni memang sangat sesuai untuk cik iena . 
Baju Kurung Moden Cantik di PinkzFashion
Awakkkkkk baju ni sama nama iena laaaaaaa
Okay Untuk pengetahuan cik iena telah pun memiliki dua dari koleksri raya 2016 PinkzFashion iaitu koleksi SOFIA dan Koleksi IENA . Memandangkan salah satu Koleksi tu sama nama dengan cik iena . Jadi cik iena harus ada satu .
Okay ni cik iena tunjukkan gambar dari Baju Kurung Moden Koleksi SOFIA yang cik iena ada. 
MAterial kain adalah Polyester.
Koleksi SOFIA
Koleksi SOFIA, material kain sangat bagus dan dokoh yang di guna juga sangat berkualiti
 
Koleksi SOFIA
Koleksi SOFIA Versi Model pakai


Koleksi SOFIA
Koleksi SOFIA versi cik iena pakai. Sebenarnya untuk baju raya tapi cik iena pakai sekali untuk majlis tunang adek sebab cik iena terlupa beli baju untuk majlis tunang adik T____T
Ahaa yang ini pula Koleksi IENA tapi cik iena belum rasmikan lagi . MAterial kain adalah Polyester. Yang ni cik iena Nak tunggu Raya baru rasmi, Tapi tapi tapi Sehari sebelum puasa hari tu cik iena dah rasmi pun, cik iena menggayakan Koleksi IENA dan SOFEA semasa sesi photoshoot raya untuk blogger. Alang-alang itu baju terawal yang cik iena ada. Cik iena pakai untuk sesi photoshoot tersebut. Nanti cik iena akan kongsi gambar tu ya :)

 Koleksi IENA
Koleksi IENA
Okay untuk Koleksi IENA nanti cik iena share gambar photoshoot raya ye. Cik iena tak sempat nak try and tunjuk gambar sebab baju dah hantar kampung. Senang nanti balik kampung takde bawa barang banyak..hahaha sebenarnya cik iena bersiap sedia sebab pasti akan ada baju lagi yang terbeli. Pasalnya PinkzFashion ni asyik upload baju cantik cantik je. Rambang pula mata cik iena



Jadi kepada anda-anda  yang bertubuh kecil molek tu boleh lah dapatkan Baju Raya anda di PinkzFashion. Material kain yang digunakan sangat berkualiti, Dokoh yang di gunakan juga berbeza dengan dokoh-dokoh yang terdapat di Pasar Malam. Kualiti nya sangat berbeza. Cik iena sendiri sempat buat survey di Downtown The Mines .

Koleksi Raya 2016 PinkzFashion

Berikut merupakan antara koleksi Raya 2016 dari Pinkzfashion yang sempat cik iena terjah di laman facebook Pinkzfashion.
1. Melissa
2. Xiandra
3. Zeita
4. Siti
5. Ayue
6. Shasha
7. Madeena
8. Iena
9. Adilah
10. Kareena
11. Affifa
12. Sofea 


Baju Kurung Moden Cantik di PinkzFashion

Baju Kurung Moden Cantik di PinkzFashion

Baju Kurung Moden Cantik di PinkzFashion

Baju Kurung Moden Cantik di PinkzFashion


Baju Kurung Moden Cantik di PinkzFashion

Baju Kurung Moden Cantik di PinkzFashion

Baju Kurung Moden Cantik di PinkzFashion

Baju Kurung Moden Cantik di PinkzFashion

Baju Kurung Moden Cantik di PinkzFashion

Baju Kurung Moden Cantik di PinkzFashion

Baju Kurung Moden Cantik di PinkzFashion

 Wah Rajin pula cik iena  upload gambar ni kan. Istimewa untuk blog reader cik iena tunjuk sikit . Kalau nak tau lebih lanjut boleh lah layari laman sosial mereka .
 
FACEBOOK: PinkzFashion
 
INSTAGRAM: @pinkzfashion
 
Hubungi/Whatsapp

016-3266406
Pada yang nak ke Butik Boleh juga terus datang ke Butik Mereka Yang terletak di Semua House Kuala Lumpur. Bersebelahan Kedai Emas Sri Pinang .
Alang-alang dah ke Jalan TAR or Jalan Masjid Jamek tu jangan lupa singgah tau. Mesti ada yang berkenan
(^_~)





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Hermo 612 4th Anniversary menawarkan Diskaun Sehingga 90%



Hermo merupakan kedai online barangan kecantikan yang menawarkan pelbagai produk kecantikan serta kosmetik dari Korea, Jepun, dan Taiwan.





Hermo 612 4th Anniversary menawarkan Diskaun Sehingga 90%



Terdapat banyak pilihan yang di tawarkan untuk anda semua . Sempena Hermo 612 4th Anniversary, Hermo menawarkan diskaun sehingga 90% . Selain daripada itu terdapat lagi pelbagai tawaran menarik diantaranya adalah

  • Limited goodies bag istimewa buat pelanggan Hermo yang membuat pembelian sepanjang tempoh tersebut.
  • Barangan serendah RM1
  • X-OMO zone yang terdapat item jualan terhangat yang di jual di bawah harga jualan biasa.
  • Hadiah menarik sehingga RM50,000
  • Voucher Grab sehingga RM1,000,000
  • Beli 3 item pada harga RM49


Barangan serendah RM1
Barangan serendah RM1



hadiah menarik sehingga RM50,000
hadiah menarik sehingga RM50,000


Limited goodies bag istimewa buat pelanggan Hermo
Limited goodies bag istimewa buat pelanggan Hermo


Beli 3 item pada harga RM49
Beli 3 item pada harga RM49


Okay kepada anda di luar sana jangan lepaskan peluang ni tau, bukan senang Hermo nak beri diskaun sehingga 90 % serta barangan serendah RM1 dari barangan luar negara .

Challange and win voucher
Challange and win voucher


Jom beli sebelum tawaran tamat. Boleh simpan stock untuk bulan-bulan akan datang . Tambahan lagi nak raya ni. Mesti nak cantik cantik di hari raya kan . Di Hermo ni terdapat pelbagai produk kecantikan dan juga kosmetik untuk anda miliki :)

Limited goodies bag istimewa buat pelanggan Hermo
Limited goodies bag istimewa buat pelanggan Hermo
 Cik iena sudah, anda bila lagi 
(^_~)



Promosi ini akan berlansung dari  12th June (12.00am) sehingga 18th June 2016 (11.59pm).
Okay jom terjah www.hermo.my











iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve