Hampir 1, 500 peserta berkumpul di awal pagi Ahad yang indah dan cerah termasuklah cik iena dan rakan-rakan untuk menyertai Be My Reason Shower Run
bagi menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap kempen pemeriksaan
sendiri payu dara ketika mandi, bersempena dengan bulan kesedaran kanser
payu dara.
Selain daripada
larian yang menggalakkan peserta untuk berlari dengan orang-orang tersayang,
Be My Reason Shower Run turut mengadakan aktiviti riadah lain seperti
senaman ringan
dan juga pelbagai elemen keseronakkan lain yang dapat dinikmati bersama
yang tersayang yang pastinya menjadi sebab utama untuk mempraktis
pemeriksaan payu dara sendiri terutamanya ketika mandi ini.
Bercakap di acara
Be My Reason Shower Run, Pengurus Pemasaran, Bahagian Produk Penjagaan Diri,
Southern Lion Sdn Bhd,
Jackie Low berkata,
“Kami
percaya pemeriksaan sendiri payu dara adalah satu amalan yang penting
bagi pencegahan awal dalam menyelamatkan nyawa. Mandi adalah masa
terbaik untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara, kerana ia tidak
memerlukan usaha keras mahupun langkah istimewa. Selain cukup mudah
untuk dilakukan, ia juga senang untuk diingati kerana kita semua mandi
sekurang-kurangnya sekali sehari!”
“Kami
berharap dengan berlari bersama orang penting dalam hidup kita seperti
teman hidup, ahli keluarga dan rakan-rakan, pelari akan lebih
bersemangat untuk mempraktis pemeriksaan payudara sendiri bukan saja
untuk diri mereka sendiri, malah buat kepentingan orang yang mereka
sayangi. Shokubutsu turut mengambil peluang ini bagi meraikan bekas
pesakit serta keluarga yang terkesan dengan kanser payudara. Kami faham
kesakitan yang dirasai bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui secara
fizikal dan emosi, malah merekalah sumber inspirasi kami mengadakan
kempen pencegahan awal kanser payudara ini,”tambah Jackie Low.
Kempen ini disokong sepenuhnya oleh
Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) di mana ini merupakan kerjasama kali kedua bersama
Shokubutsu. Turut hadir memeriahkan acara adalah aktor terkenal tempatan,
Beto Kusyairy yang menyertai larian ini bersama isterinya,
Tisha Shahar sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.
Tisha
mengesan ketulan kecil di payudaranya tidak lama dahulu ketika
melakukan pemeriksaan sendiri. Mujurlah ia tidak membimbangkan. Sokongan
dari
Beto banyak membantu beliau melalui tempoh debaran menanti
keputusan. Ternyata, pengalaman ini menguatkan lagi kepercayaan mereka
tentang pemeriksaan sendiri payudara penting untuk pencegahan awal.
Tisha berkata,
“
Saya lebih bimbangkan Beto sekiranya apa-apa yang tidak diingini
berlaku ke atas saya. Namun, dialah penyokong utama saya sepanjang
tempoh itu. Jadi saya galakkan semua wanita untuk jadikan langkah mudah
ini satu rutin.”
Cek bernilai RM 25,000 disampaikan kepada
NSCM di acara larian ini bagi menyumbang atas usaha murni
NCSM
dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik pentingnya pemeriksaan
sendiri payudara kepada masyarakat. Wang tersebut diperolehi dari RM10
yuran pendaftaran acara larian
Be My Reason Shower Run dan juga RM0.10 dari setiap unit pembelian produk krim mandian
Shokubutsu yang dijual di setiap pasaraya yang terlibat.
Kempen Pink Ribbon Shokubutsu berlangsung dari 1 Oktober 2016 – 30 Oktober 2016.
|
Kami merupakan pemenang best dress yeayy |
Bersempena Larian ini juga pihak penganjur memberikan 10 Hadiah buat peserta yang memakai pakaian yang kreatif semasa larian tersebut. Cik iena dan rakan blogger Iskandar telah memenangi kategori tersebut. Alhamhulillah tidak sia sia cik iena ke DIY mencari headband yang sangat comel untuk di pakai . Ada yang tegur cik iena mini mouse :)
|
Berbekalkan showercap, cute headband dan berus sakti serta seluar pink ini cik iena menang best dress yeayyy |
Selain dari 10 hadiah tersebut terdapat lagi banyak cabutan bertuah yang di berikan . Iskandar juga merupakan salah satu nombor yang naik tapi malangnya ketika nombornya di panggil iskandar di tandas jadi dah rugi satu hadiah. Tapi ok juga sebab kereta kami penuh dengan barang barang. Ade hikmahnye kenapa Iskandar terlepas cabutan bertuah tu .
Selepas shower run ini kami bergegas ke food review di 1 Utama tapi sebelum tu kami ke rumah
+Bro Framestone untuk menumpangkan beliau. Cuba bayangkan satu kereta 7 orang . Iena, Iskandar, Halim, Neyra, Bro, dan dua orang puteri bro. Agak ramai kan tapi lagi ramai masa sebelah pulang dari food review, bertukar orang pula. Walaupun sarat penuh tapi banyak pengalaman menarik antara kami blogger blogger kaki makan ni.
Nah Dah Siap Tulis, Jemput baca sekali
www.ienaeliena.com/2016/10/street-churros-1-utama-shopping-centre.html