Grab The Promo
Grab The Promo

Tuan Wan Nong Muzafar Anjur Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBPP) 2017


Baru-baru ini cik iena berkesempatan untuk menghadiri sesi ramah mesra Tuan Wan Nong Muzafar bersama blogger.  Beliau merupakan seorang figura berpengaruh dalam dunia usahawan di Malaysia khususnya. Dengan pengalaman lebih 16 tahun bidang keusahawanan dan koporat,  beliau banyak memberikan konsultansi, ceramah dan merangka strategi untuk membangunkan sesuatu perniagaan.







Bergambar bersama Tuan Wan Nong Muzafar
Bergambar bersama Tuan Wan Nong Muzafar


Bergambar bersama isteri Tuan Wan Nong Muzafar
Bergambar bersama isteri Tuan Wan Nong Muzafar



Salahsilah beliau suatu ketika dahulu, beliau bermula dari sektor pembankan, kemudian mengusahakan pelbagai perniagaa disamping merangkap jawatan sebagai pengurus perancangan strategik di Kumpulan Media Karangkraf. Berbekalkan pengalaman itu, beliau telah membantu ramai usahawan-usahawan dalam merealisasikan impian untuk menjana pendapatan yang bernilai jutaan ringgit. Selain dari kumpulan media karangkraf beliau juga pernah berkhidmat di ANM Consultancy dan CIMB Discount House dan CIMB Discount House.

Berbekalkan pengalaman-pengalaman yang ada  beliau telah membantu ramai usahawan untuk menstrukturkan perniagaan untuk bersifat organik untuk dilegasikan untuk generasi seterusnya.


ILM Legacy Sdn Bhd


Kini, Tuan Wan Nong Muzafar telah membuka syarikatnya sendiri iaitu ILM Legacy Sdn Bhd pada tahun 2015.  Syarikat ILM Legacy Sdn Bhd telah melatih lebih daripada 2,000 usahawan baru dalam bidang perniagaan khususnya. Melalui ILM Legacy ini, beliau memberi pendekatan dalam mencari penyelesaian secara praktikal dalam dunia peniagaan online mahupun offline  yang nyata telah terbukti bahawa ianya amat berguna bagi usahawan baru dalam mengembangkan lagi peniagaan mereka daripada ke satu tahap yang lebih baik.


Selain dari menguruskan perniagaannya di ILM Legacy Sdn Bhd, dalam masa yang sama juga, beliau turut menghasilkan 3 Buku Best Seller yang mana antaranya adalah :


  1. Kuasai Formula Perniagaan

  2. Kuasai Formula Perniagaan Internet Siri 1

  3. Kuasai Formula Perniagaan Internet Siri 2



Semasa sesi ramah mesra dengan Tuan Wan Nong Muzafar, beliau banyak berkongsikan beberapa pengalaman beliau ketika belajar di luar negara.  Beliau merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan  Kewangan dari Massey University, New Zealand pada 1997.


Beliau juga turut berkongsi beberapa pengalaman suka dukanya ketika berada di luar negara, pahit getir kehidupan seorang pelajar di luar negara. Tidak lupa juga beliau menceritakan pengalamannya sekembalinya beliau ke tanah air,  sehingga pada satu ketika beliau diistiharkan sebagai bankrap akibat daripada perniagaan yang di lakukannya.



Tuan Wan Nong Muzafar dan isteri
Tuan Wan Nong Muzafar dan isteri


Pada saat dan ketika beliau di ishtiharkan bankrup, beliau rasa sangat bersyukur kerana mempunyai isteri yang masih setia disininya walaupun ketika itu mereka bakal menimang cahaya mata yang pertama.Pelbagai dugaan dan rintangan di hadapi bersama sehingga menjadikan mereka lebih positif dalam menerima apa jua yang berlaku dan positif membuat keputusan sewajarnya untuk meneruskan liku-liku hidup.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau, anda boleh baca Kisah beliau yang dikongsikan di Laman The Vocket



Gambar Sesi Ramah Mesra Blogger dan Tuan Wan Nong Muzafar


Tuan Wan Nong Muzafar
sesi Tuan Wan Nong Muzafar  merenung kembali kisah silam untuk di jadikan contoh kepada umum

Tuan Wan Nong Muzafar
Blogger yang kagum dengan kisah Tuan Wan Nong Muzafar

Tuan Wan Nong Muzafar
Tuan Wan Nong Muzafar  dalam sesi renung kembali

Tuan Wan Nong Muzafar
Tuan Wan Nong Muzafar  khusyuk menceritakan kisah hidupnya

Tuan Wan Nong Muzafar
Tuan Wan Nong Muzafar bergambar bersama blogger



Gambar Wan Nong Muzafar Bersama Keluarga


Gambar Wan Nong Muzafar Bersama Keluarga

Gambar Wan Nong Muzafar Bersama Keluarga



Gambar Wan Nong Muzafar Bersama Keluarga





Seminar Ini Bisnes Bukan Propa – 13 & 14 Mei 2017


Seminar Ini Bisnes Bukan Propa – 13 & 14 Mei 2017
Seminar Ini Bisnes Bukan Propa – 13 & 14 Mei 2017

ILM Legacy Sdn Bhd bakal menganjurkan Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) pada 13 & 14 Mei 2017 bertempat di Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC)
Ia akan memberi penekanan kepada kandungan yang realistik dan praktikal dimana dibahagikan kepada beberapa elemen strategi dan aplikasi ‘real life’ oleh beberapa ahli panel jemputan.

Kebanyakan mereka meruakan pengamal perniagaan yang pernah melalui pelbagai liku jatuh bangunnya perniagaan mereka. Antaranya ;-

  1. Tuan Wan Zaki, CEO Jelitasara
  2. Tuan Noorizam, CEO Emorra & GGL
  3. Faizal Badry, Pengarah Pemasaran Vidmiil
  4. Tuan Fazrul Ismail, CEO Akademik Sinergi
  5. Puan Fynn Jamal
  6. Tuan Fizo Omar
  7. Tuan Wan Nong Muzafar

Dalam bengkel ini, Tuan Wan Nong Muzafar sendiri akan membentangkan strategi-strategi perniagaan bagi setiap komponen yang disampaikan dalam seminar ini.

Siapa yang patut hadir ke Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017?


  • Berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula.
  • Berniaga tetapi asyik tidak menguntungkan dan tiada hala tuju.
  • Usahawan yang ‘STUCK’ atau berniaga cukup-cukup makan.
  • Usahawan yang ingin memahami pengurusan dan perancangan kewangan perniagaan.
  • Usahawan yang ingin ‘UPGRADE’ perniagaan ketahap yang lebih besar.


Untuk maklumat lanjut mengenai seminar dan juga Tuan Wan Nong Muzafar, anda boleh layari www.wannongmuzafar.com atau emailkan ke admin@wannongmuzafar.com dan anda juga boleh  hubungi En. Ahmad di talian 013 610 9391.









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Pemenang Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA




Pemenang Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIAPemenang Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA


Beberapa hari lepas cik iena ada anjurkan Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA di laman instagram cik iena . Tidak sampai 24 jam, lebih kurang 10 jam sahaja lebih dari 400 penyertaan yang di terima.



Hai semua, iena nk share voucher Sushi King nie.. Voucher bernilai sehingga RM150 utk d menangi. . Syaratnya 💘💘 1. Follow @ienaeliena dan @sushikingmalaysia 2. Komen Saya Nak Voucher @sushikingmalaysia dan tag 3 rakan anda. Komen n Tag seberapa ramai kawan anda dalam post ini. Lebih banyak tag lebih tinggi peluang untuk anda menang sebab cik iena akan tulis setiap nama yg komen untuk di cabut nama anda. 😘 Contest ini tamat hari ini Selasa , 18 April 2017 jam 11.59 pm. Maaf cik iena lambat buat sebab demam😰😰 Contest ini valid untuk penyertaan di Instagram sahaja. Semoga berjaya ! 🤗 . 3 pemenang akan dipilih secara cabutan random . Setiap pemenang akn dpt voucher sushi king bernilai RM50 #contestmalaysia #contestgram #contestday #giveaway #giveawaymalaysia #contestgiveaway #SushiKingMY #MySKCurry #ienaeliena #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #foodblogger #socialMediaInfluencer #ienaeliena #love #fashion #igers #instadaily #instagood #photooftheday #beautiful #happy #cute #foodreview #foodporn #foodie #ienaelienawithsushiking
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


Terima Kasih pada yang join terutama rakan-rakan blogger. Terima kasih atas sokongan . Agaknya kalau cik iena biar 24 jam atau lebih lagi jenuh lah cik iena kene lipat-lipat nama peserta untuk di buat cabutan .

Walaupun boleh je guna web random.org tapi cik iena rasa suka buat cabutan nama macam ni. Baru meriah sikit. Walaupun ianya agak memakan masa terutama kalau ramai yang sertai.
Terimakasih pada kawan cik iena yang tolong gunting dan lipat, terima kasih juga pada adik cik iena, balik kerja semalam tolong lipat nama.


Semasa cik iena umumkan pemenang cik iena record 3 angle. Kanan cik iena hanphone untuk LIve Instagram, di sebelah kiri cik iena handphone untuk Live FB untuk fanpage cik iena dan di tengah-tengah kamera utama untuk youtube dan video ig.

Live video instagram tak boleh tengok balik, yang boleh di fb je. Ok ini yang di FB, maaf tak perasan muka half je haha


Okay Jemput tunton pula video  utama di tengah-tengah yang cik iena upload di youtube.




Tahniah kepada para pemenang .
1. @afnylovato
2. @shadhira_
3. @penaberkala


Tahniah kepada para pemenang
Tahniah kepada para pemenang


 Video umum pemenang versi di pendekkan di instagram

Okay nak tau siapa pemenang contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA jom tgk video ni😁😁😁 Btw tq @sushikingmalaysia sponsor hadiah❤❤❤❤ . Actually iena ada buat live video dekat fb fanpage n instagram pagi td sblm pkl 9 pg.. Live video kt fb blh tgk balik.. Full video iena upload dekat www.youtube.com/ienaelienadotcom . Tahniah kepada pemenang. . Diminta para pemenang DM iena ye utk cik iena bg voucher tersebut.. . Ehh nak bagi tau.. Tudung bawal world map sponsor by @auraserishawl ❤❤❤❤ @auraserishawl ❤❤❤❤ @auraserishawl ❤❤❤❤ @auraserishawl ❤❤❤❤ . Thanks a lot 💘 @sushikingmalaysia 💘. 💘 @sushikingmalaysia 💘. 💘 @sushikingmalaysia 💘. 💘 @sushikingmalaysia 💘. #contestmalaysia #contestgram #contestday #giveaway #giveawaymalaysia #contestgiveaway #SushiKingMY #MySKCurry #ienaeliena #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #foodblogger #socialMediaInfluencer #ienaeliena #love #fashion #igers #instadaily #instagood #photooftheday #beautiful #happy #cute #foodreview #foodporn #foodie #ienaelienawithsushiking
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


Okay korang dah tau ke menu terbaru sushi king yang berasaskan kari . Kalau tak tau lagi jemput baca http://www.ienaeliena.com/2017/04/Menu-Terbaru-Sushi-King-Berasaskan-Japanese-Curry.html?m=0


Okay cik iena nak share juga gambar behind the scene. Sejak time lunch semalam 19 April 2017 cik iena mula print senarai nama peserta dan juga sesi gunting dan lipat. Tak sempat lipat time lunch sambung balik kerja sampai malam :)


Pemenang Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA

Pemenang Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA

Pemenang Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA

Pemenang Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA


Okay thanks Again pada yang sertai.
Dan Thanks juga Sushi King Malaysia


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Nikmati Rangkaian Menu Terbaru Sushi King Berasaskan Japanese Curry



Kari merupakan salah satu daripada makanan tradisi rakyat Malaysia yang mana ianya menjadi kegemaran segelintir rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama . Selain di Malaysia,  Kari juga sering dinikmati di rumah oleh kebanyakan keluarga di Jepun. Orang Jepun yang menggemari kari  sering menikmatinya dalam pelbagai keadaan seperti makan tengah hari ataupun semasa temu janji di luar.


japanese curry sushi king


Pasti ramai penggemar kari diluar sana yang sanggup berjalan dan berbelanja untuk menikmati kari yang lazat . Di Sushi King juga anda penggemar kari boleh mendapatkan menu berasaskan kari yang ternyata lazat untuk dinikmati kerana cik iena sendiri telah mencuba rasa kari tersebut.

Baru-baru ini cik iena telah di jemput untuk mencuba menu baru sushi king berasaskan japanese curry bersama rakan-rakan blogger yang lain.


japanese curry sushi king
bergambar bersama rakan blogger yang turut serta dalam sesi food review

Nikmati Rangkaian Menu Terbaru Sushi King Berasaskan Japanese Curry
Bersama rakan blogger yang bernama ina juga :)



JAPANESE CURRY, SUSHI KING
acara wajib blogger, wefie sebelum menikmati keenakan japanese curry di sushi king:)


Terdapat beberapa level kepedasan kari mengikut menu-menu yang terdapat di sushi king. Antara yang paling pedas cik iena nikmati adalah Yakiniku. Kepada anda di luar sana jangan lupa cuba rangkaian menu terbaru Sushi King yang berasaskan Kari ini.



Baiklah mari cik iena tunjukkan gambar-gambar menu terbaru yang telah cik iena cuba di Sushi king seminggu yang lepas.

 


Menu Terbaru Sushi King

JAPANESE CURRY, SUSHI KING 

Baru-baru ini, Sushi King telah mengeluarkan menu terbaru yang berasaskan "Japanese Curry". Rasa kari yang KICK, pekat dan pedas. Tidak seperti kari mamak yang pernah cik iena makan. Ianya mempunyai rasa tersendiri kari Jepun . Sebelum ini jika cik iena makan kari jepun ianya tidak pedas,berbeza dengan japanese curry di sushi king.



Bagi menyesuaikan dengan selera melayu atau Malaysia, pihak Sushi King telah mencipta menu kari Jepun yang boleh dinikmati pada 3 tahap kepedasan kari yang ada iaitu Spicy Curry, Mild Spicy Curry dan Tomato Curry.

 Curry Tori Katsu Gunkan


Curry Tori Katsu Gunkan antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari
Curry Tori Katsu Gunkan antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari

 Aburi Curry Tamago


Aburi Curry Tamago antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari
Aburi Curry Tamago antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari


Curry Ebi Fry Nigiri

Curry Ebi Fry Nigiri antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari
Curry Ebi Fry Nigiri antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari

Curryfornia Roll

Curryfornia Roll antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari
Curryfornia Roll antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari






Curry Kiryu Udon

Curry Kiryu Udon sushi king
Curry Kiryu Udon antara menu baru Sushi King yang berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat udon dan kari




Seafood Fry

Seafood Fry sushi king
Seafood Fry antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari




Chicken Katsu

Chicken Katsu sushi king
Chicken Katsu antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari


Grilled Cheese Curry

Grilled Cheese Curry sushi king
Grilled Cheese Curry antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari



Yakiniku.

Yakiniku sushi king

Yakiniku.. Ya ampun..ini paling super duper pedas yg iena rasa ..Yakiniku juga antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari

Agedashi Beef Curry

Agedashi Beef Curry sushi king
Agedashi Beef Curry antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari

Selain menu terbaru diatas cik iena juga cuba dua dessert yang enak iaitu

 Matcha Ice Cream Doughnut

 Matcha Ice Cream Doughnut
 Matcha Ice Cream Doughnut

 Vanilla Ice-Cream Doughnut


 Vanilla Ice-Cream Doughnut
 Vanilla Ice-Cream Doughnut



 Vanilla Ice-Cream Doughnut
berebut  Vanilla Ice-Cream Doughnut

Menarik kan kesemua menu terbaru sushi king yang berasaskan kari ni. Yang paling pedas cik iena rasa adalah yakiniku . Kepada anda yang telah mencuba jangan lepaskan peluang untuk sertai contest yang sedang giat dijalankan di laman sosial sushi king.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai contest tersebut cik iena akan terangkan di bawah :)


Sushi King Curry-Hot-KICK Challenge 


Sushi King Curry-Hot-KICK Challenge

Langkah pertama

Rakamkan gambar saat anda menikmati kepedasan Menu terbaru sushi king yang berasaskan Japanese Curry . 

Langkah Dua

Muat naik gambar Sushi King Curry-Hot-KICK Challenge  anda di ruangan komen KLIK DISINI, GAMBAR CONTEST SEHARUSNYA DI MUAT NAIK DI SINI beserta harshtag #MySKCurry dan tag dua rakan anda untuk mencabar mereka


Sushi King Curry-Hot-KICK Challenge
agak-agak boleh tak masuk Sushi King Curry-Hot-KICK Challenge ? tangan tengah mengipas kepedasan (^_~)

 Terma dan Syarat


Untuk mengetahui terma dan syarat sila klik Terma dan Syarat

VIDEO REVIEW JAPANESE CURRY SUSHI KING



Untuk Maklumat Lanjut Layari






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi


Baru-baru ini cik iena telah menghadiri Majlis Pra Tonton Filem Hospital yang bertempat di GSC Mid Valley. Walaupun cik iena bukanlah peminat cerita seram namun cik iena tetap hadir demi menyokong industri Perfileman tanah Air Tercinta. Siapa lagi nak sokong jika bukan rakyat Malaysia sendiri bukan.

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi



Kebiasaannya orang akan beranggapan cerita seram dari Malaysia tidak seseram cerita dari Negara lain khususnya Indonesia. Berbeza pada kali ini. Apa yang cik iena nampk Filem terbaru MIG Online ini sememangnya filem bergenre seram yang pasti akan membuat anda rasa seram ditambah lagi dengan elemen Psiko Seram.

Anda pasti akan tertanya-tanya kenapa, mengapa, bagaimana. Sama seperti cik iena. Walaupun rasa sangat seram tetapi rasa ingin tahu membuat cik iena bertabah menonton cerita seram tersebut.

Filem Hospital


Untuk pengetahuan semua Filem Hospital merupakan Filem ke 118 terbitan MIG dan merupakan Filem ke 3 untuk tahun ini. Filem ini mempertaruhkan Genre seram yang dilihat menjadi TREND kepada peminat-peminat filem tempatan. Filem ini merupakan gabungan kisah benar yang berlaku.


 Mejar (K) David Teo
Bergambar bersama Mejar (K) David Teo


Setelah melihat filem ini cik iena akui sememangnya WUJUD watak SHIMA ANUAR sebagai ERIN di dalam dunia nyata. Dimana beliau merupakan seorang PENULIS/SCRIPT WRITER tegar yang terlalu obses dengan kerja nya.

Sama seperti kejadian Benar yang berlaku kepada sahabat Baik Cik iena yang mana Beliau mengahwini seorang Penulis Skrip dimana bekas Isteri Beliau terbawa-bawa skrip yang diolah didalam dunia nyata. Watak-watak yang di cipta sendiri bagi mencipta  kegembiraan yang akhirnya mewujudkan konflik di dalam rumahtangga mereka sehingga Akhirnya mereka berpisah kerana obsesnya wanita tersebut kepada kerjaya penulisan skripnya yang membuat beliau berani mencipta watak-watak palsu dan di aplikasikan dalam kehidupan seharian . 

Ehhh Maaf tercerita. Untuk mengetahui lebih lanjut Anda semua perlu tonton Filem ini :)
Adakah jalan cerita mereka sama seperti kisah benar sahabat karib cik iena hahaha
Ouhh Maah Encik BFF. Awak tak marah kan. Lama saya pendam kisah benar bekas isteri awak yang menuduh saya macam-macam atas penceraian kamu berdua wakakakkaka.. opss tutup mulut.


Okay sebelum cik iena merapu, jom baca sinopsis Filem Seram ini.

SINOPSIS FILEM HOSPITAL


 
AMIRA (Fatin Afeefa) bakal menghadiri temuduga untuk menjadi jururawat di sebuah hospital ibu kota. Malangnya, Amira tersesat dan ketika dia hampir berputus asa menunggu teksi dihentian bas terpencil, muncul DAHLIA (Nina lskandar)  memberikan pertolongan .
 
Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Nina Iskandar sebagai Dahlia & Fatin Afeefa Sebagai Amira
Rupanya Dahlia bekerja di hospital yang dicari oleh Amira. Dengan bantuan Dahlia, Amira diterima bekerja.  Dahlia turut mempelawa Amira tinggal bersama di rumah sewanya memandangkan rakan serumahnya yang lama baru sahaja meninggalkan rumah itu. Amira bersetuju. 
 

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Shima Anuar  sebagai Erin
 

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Fatin Afeefa Sebagai Amira

Bermulalah episod ngeri dalam hidup Amira, Dia sering diganggu oleh beberapa siri kejadian menyeramkan selain diganggu oleh lembaga yang seakan ingin memberitahu sesuatu kepadanya. Perkenalan dengan FARID (Fizz Fairuz) doktor muda di hospital itu seakan memujuk hati Amira
Namun, ia menimbulkan kemarahan Dahlia pula, yang mana rupanya Dahlia mempunyai hubungan dengan Farid
Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Fizz Fairuz sebagai Farid

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Fatin Afeefa Sebagai Amira dan Fizz Fairuz sebagai Farid
 
Semakin hari jiwa Amira semakin tertekan dengan gangguan-gangguan yang semakin menjadi jadi. Gangguan bukan sahaja di hospital malah juga berlaku di rumah Dahlia tempat Amira menumpang .

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Amreen Shukry sebagai Fahmi


Kawan Amira iaitu Farah (julia Marin) dan tunangnya Fahmi (Amreen Shukry) juga menerima gangguan dalam usaha mereka membantu Amira



Siapa sebenarnya Amira dan siapakah yang sering mengganggunya? Semua bakal terjawab dalam filem HOSPITAL sebuah filem seram terbaru di pawagam mulai 13 April 2017. 

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Fatin Afeefa Sebagai Amira dan Nina Iskandar sebagai Dahlia
 

"Bila Realiti Mula Menghantui"

Trailer Filem Hospital


 

Disebalik Tabir Filem Hospital


 
 

PELAKON FILEM HOSPITAL


Fatin Afeefa Sebagai Amira
Shima Anuar  sebagai Erin
Nina Iskandar sebagai Dahlia
Fizz Fairuz sebagai Farid
Julia Marin sebagai Farah
Amreen Shukry sebagai Fahmi
Serina Redzuawan sebagai Ketua Jururawat
Rashidah Jaafar sebagai Jururawat
Lan Zailan sebagai Pesakit


SENARAI KARYAWAN FILEM HOSPITAL


Penerbit : Mejar (K) David Teo
Pengarah : Amiro Ghozali
Pen. Pengarah : Amal
Pengarah Fotografi : Mohd Shaufe Wahib
Skrip : Panel MIG
Pengarah Seni : Anuar Paharuddin
Make up : Baby
Wardrobe : YY
Still Photo : Tan Shier
Penyelaras Projek : Azahari Abdul Hamid



Gambar Majlis Pra Tonton Filem Hospital




Filem Hospital
Cik iena bersama rakan blogger

Filem Hospital
cik iena bersama Fizz Fairuz sebagai Farid

Filem Hospital
cik iena bersama Serina Redzuawan sebagai Ketua Jururawat

Filem Hospital
cik eina da ween bersama Lan Zailan sebagai Pesakit

Filem Hospital
cik iena bersama Fatin Afeefa Sebagai Amira

cik iena bersama Julia Marin sebagai Farah
cik iena bersama Julia Marin sebagai Farah


Filem Hospital
Barisan pelakon,pengarah dan penerbit

Filem Hospital
bergambar bersama rakan blogger


 Lain-Lain Gambar Sila lihat di Fanpage Cik iena : Majlis Pra Tonton Filem Hospital







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve