Grab The Promo
Grab The Promo

Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my


Assalammualaikum, hari ini cik iena nak buat artikel ringkas mengenai  tutorial membayar zakat fitrah secara online di  zakat2u.com.my .KEnapa cik iena buat sebab cik iena baru je lepas bayar zakat secara online. Cik iena sememangnya mengalami kekangan masa . jadi cik iena memilih untuk membayar zakat fitrah secara online.

Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my



Jika sebelum ini cik iena membayar melalui sms di mana sistem tersebut cik iena sendiri yang kendalikan tapi tahun ini syarikat cik iena dah tak ambil projek tu . Jadi cik iena kembali ke pembayaran online sepertimana yang cik iena buat sebelum ini.


Sekarang da banyak penambahbaikan pada sistem yang cik iena nampak.

Okay jom cik iena tunjuk screenshoot. Mungkin ada yang da tau dan mungkin juga masih belum tau. 
Well, sharing is caring :)
Untuk membayar zakat secara online klik https://www.zakat2u.com.my/bayar-zakat
 
Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
page yang keluar selepas login, kalau masih tiada id sila daftar. Maaf cik iena terlepas step login. Daftar apatah ;agi sebab cik iena da lama berdaftar  since tahun 2012




Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
pilih jenis zakat dan jumlah bilangan



Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
jangan lupa baca niat zakat tau kawan-kawan



Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
pilih bank

Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
request tac dan masukkan



Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
selesai



okay boleh cetak resit untuk rujukan
okay boleh cetak resit untuk rujukan




Haa mudah bukan, Jika sebelum ni takde resit macam ni kalau tak silap cik iena. Last cik iena bayar zakat secara online pada tahun 2015 . Maaf cik eina letakwatermark ter resize screenshoot sekali jadi kecik..haha

Wokay semua jangan lupa tunaikan rukun islam ke tiga kita iaitu menunaikan zakat

Untuk maklumat Lanjut :
Facebook : https://www.facebook.com/myzakat
Twitter : https://twitter.com/ppzwp
Youtube : https://www.youtube.com/user/ppztv



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless




Hai semua Hari ni cik iena nak kongsi Oxygenating mask dari Bliv yang cik iena cuba . Oxygenating mask ni di panggil O2 Bubbly Bright Facemask .



Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

 

Oxygenating mask




Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless
Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

Bliv O2 Bubbly Bright Facemask merupakan Oxygenating mask yang menggabungkan gelembung oksigen dan tepung beras untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit. Dengan pemakaian Bliv O2 Bubbly Bright Facemask anda akan rasakan krim tersebut berubah menjadi buih lembut yang berfungsi untuk merendam kekotoran sementara manik lembut merah secara perlahan akan cair bagi tujuan mengelupas lembut kulit anda dan seterusnya  apabila di cuci  kulit anda akan terasa lembut, licin dan bercahaya.

Kebaikan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask

purifying + brightening +exfoliating 


Bliv O2 Bubbly Bright Facemask ini mampu membersihkan wajah secara mendalam  untuk menanggalkan sisa-sisa kotoran degil khususnya dan seterusnya ianya juga akan mengelupaskan sisa-sisa kulit mati yang tidak diperlukan pada wajah dan hasilnya kulit wajah akan lebih cerah dari biasa.

Penggunaan yang berterusan akan membuatkan wajah anda semakin cerah dan berseri :)


Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless
Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

 

Bahan-bahan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask

O2 Bubble (Purifying)

  • Bubble ini akan terus menembusi kulit untuk membasuh lubang-menyumbat, kekotoran, serpihan dan minyak yang berlebihan

 Rice Powder/Serbuk beras (Brightening)

  • Ia membantu melembapkan dan mencerahkan; Meninggalkan kulit cerah, lembut dan penuh dengan kilau.

Red Soft Beads (Exfoliating)

  • Manik selulosa merah yang mencairkan untuk mengelupas permukaan kulit yang mati, menyebabkan kulit lembut, licin dan bercahaya. 



Cara Penggunaan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask





1. Sapukan sedikit ke muka dan urut perlahan-lahan. Bubbles akan terbentuk.
2. Biarkan selama 5-10 minit.
3. Urut sekali lagi untuk pembersihan yang lebih mendalam.
4. Bilas dengan air suam dan teruskan dengan langkah-langkah penjagaan kulit yang tinggal.

 Review Bliv O2 Bubbly Bright Facemask


Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

Buat penggemar facemask seperti cik iena semestinya cik iena sangat suka facemask ini terutama ketika ianya menghasilkan buih. terasa lah seperti ada kerja-kerja pembersihan di lakukan. Selepas cuci muka memang kulit akan lebih licin. Selepas tu jika kita pakai mekap, ia senang untuk diaplikasikan.

Tips Kulit flawwless

Jadi cik iena cadangkan sebelum nak mengenakan solekan. Untuk hasil yang terbaik pakai facemask ni dulu untuk mendapatkan kulit licin, halus dan mulus bagi menghasilkan solekan yang flawless :)

Harga Bliv O2 Bubbly Bright Facemask

 

Harga : RM 99

Pada yang berminat untuk cuba jom dapatkan di website mereka . Sila Klik http://bit.ly/bubbly-mask


Untuk maklumat lanjut layari










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Tukar dan Jimat dengan Produk Watsons




Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons
Baru-baru ini cik iena telah berpindah ke rumah baru . Jika sebelum ini cik iena hanya menyewa bilik, sekarang cik iena menyewa sebuah rumah. 
Maka dengan itu sudah pastinya perbelanjaan harian cik iena meningkat lebih dari 100% dari yang sebelumnya.

Jadi bagi merancang perbelanjaan yang bijak cik iena mula bertukar jenama produk untuk penjimatan yang maksimum agar cik iena dapat mengawal keewangan cik iena  dengan baik. 
Tukar jenama bukan lah bermaksud memilih jenama yang tiada kualiti tetapi memilih jenama yang sama kualiti atau kualiti yang lebih bagus tetapi pada harga yang berpatutan.

Almaklumlah perbelanjaan cik iena sekarang semakin meningkat bila dah menyewa sebuah rumah. 
Bayangkan cik iena juga ada membeli sebuah rumah di kampung untuk keluarga. 
Rumah tersebut cik iena perlu bayar, rumah sewa di Kuala Lumpur juga perlu di bayar, kereta dan juga perbelanjaan lain.

Memang terasa drastik sangat perbelanjaan cik iena ni semenjak pindah ke rumah yang baru.

Maka dengan itu cik iena perlu lah mengambil langkah berjimat. Antara salah satu langkah yang cik iena buat adalah dengan menukar produk-produk berjenama yang cik iena gunakan ke jenama yang biasa atau yang lebih murah pada kualiti yang bagus.

Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons


Okay cik iena nak kongsi dengan anda semua salah satu produk yang cik iena tukar jenama dan berjimat yang mana sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan cik iena.
Sebagai contoh cik iena bertukar Mouth Wash dari  jenama X kepada Mouth Wash jenama Watsons yang mana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding jenama lain disamping kualiti yang sama. 



Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons

Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons
nampak tak brand watsons menjadi pilihan umum terlebih dahulu berbanding brand lain. jika rujuk pada paparan harga pun jelas menunjukkan perbezaan harga yang sangat ketara



Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons
Terdapat 4 pilihan Mouth Wash dari  jenama Watsons untuk pilihan anda. Cik iena Gemar menggunakan Cool Mint Mouth Wash


Apa yang menarik  lagi di watsons anda akan mendapat diskaun jika anda membeli "Purchase With Purchase" jadi disini juga cik iena dapat lebih berjimat. Dengan setiap pembelian RM20 atau apa-apa produk jenama watsons anda layak untuk membeli PWP product dengan diskaun sebanyak 30%.
Jimat bukan, tapi sebelum tu pastikan anda semua telah menjadi ahli watsons supaya anda dapat kumpul mata dan dapatkan lebih banyak leagi keistimewan sebagai ahli.

Untuk pengetahuan banyak lagi produk jenama watsons yang terdapat di watsons. jadi ambil-ambil lah masa untuk anda lihat dan teliti produk manakah yang perlu anda tukar dan jimat . Cik iena semestinya akan cuba terlebih dahulu kualiti nya dan bandingkan kualiti serta harga. Cik iena akan memilih kualiti yang baik pada harga yang murah berbanding kualiti yang baik pada harga yang tinggi. Jika sekiranya ianya lebih berkualiti pada harga yang murah sudah tentu cik iena akan tukar.




Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons



Cik iena mula bertukar jenama salah satunya kerana faktor keewangan di sebabkan cik iena berpindah dari bilik ke rumah sewa jadi kos sara hidup sangat tinggi dan satu lagi adalah kerana di sebabkan terpengaruh dengan artis-artis Malaysia yang terlibat dalam kempen Switch And Save Watsons



Kempen Tukar dan Jimat dengan Jenama Watsons 

Kempen Tukar dan Jimat dengan Jenama Watsons ini   menyarankan pengguna membeli barangan berkualiti sekali gus dapat berjimat dari pembaziran. Watsons mempunyai banyak cawangan di seluruh pelusuk Malaysia dan seterusnya  menjadikan ianya sebagai farmasi utama untuk kecantikan dan kesihatan. 

Watsons telah mengekalkan kualiti produk dan mempelbagaikan pelbagai jenama dari barangan penjagaan peribadi, keperluaan kecantikan, dan barangan kesihatan tanpa menjejaskan kualiti yang terbaik.

Setiap barangan yang ada di dalam farmasi Watsons telah diuji selama 18 bulan melalui proses penghasilan untuk memastikan barangan tersebut dalam keadaan yang berkualiti dan terbaik disampin itu sangat 'value for money'

Okay selain dari Mouth Wash yang cik iena tunjuk terdapat banyak lagi barangan jenama watsons yang boleh kita pertimbangkan untuk tukar dan jimat.
Terdapat pelbagai rangkaian produk dari watsons seperti produk penjagaan kulit , rambut, produk mandian, produk penjagaan kesihatan, produk penjagaan peribadi dan banyak lagi katagori produk  yang boleh cik iena dapatkan pada harga yang murah tetapi berkualiti :)
Okay kalau nak tau boleh lihat di  watsons brands 




win an exclusive shopping spree with fasha sandha


Untuk pengetahuan anda lagi anda berpeluang untuk memenangi Shoppiing Spree bersama Fasha Sandha


win an exclusive shopping spree with fasha sandha
win an exclusive shopping spree with fasha sandha








Klik untuk mengetahui lebih lanjut : win an exclusive shopping spree with fasha sandha


Wokay jom sama-sama kita tukar dan jimat dengan rangkaian produk watsons :)


Anda juga boleh membuat pembelian online di  http://www.watsons.com.my










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve