Assalammualaikum, hari ini cik iena nak buat artikel ringkas mengenai tutorial membayar zakat fitrah secara online di zakat2u.com.my .KEnapa cik iena buat sebab cik iena baru je lepas bayar zakat secara online. Cik iena sememangnya mengalami kekangan masa . jadi cik iena memilih untuk membayar zakat fitrah secara online.
Jika sebelum ini cik iena membayar melalui sms di mana sistem tersebut cik iena sendiri yang kendalikan tapi tahun ini syarikat cik iena dah tak ambil projek tu . Jadi cik iena kembali ke pembayaran online sepertimana yang cik iena buat sebelum ini.
Sekarang da banyak penambahbaikan pada sistem yang cik iena nampak.
Okay jom cik iena tunjuk screenshoot. Mungkin ada yang da tau dan mungkin juga masih belum tau.
page yang keluar selepas login, kalau masih tiada id sila daftar. Maaf cik iena terlepas step login. Daftar apatah ;agi sebab cik iena da lama berdaftar since tahun 2012
pilih jenis zakat dan jumlah bilangan
jangan lupa baca niat zakat tau kawan-kawan
pilih bank
request tac dan masukkan
selesai
okay boleh cetak resit untuk rujukan
Haa mudah bukan, Jika sebelum ni takde resit macam ni kalau tak silap cik iena. Last cik iena bayar zakat secara online pada tahun 2015 . Maaf cik eina letakwatermark ter resize screenshoot sekali jadi kecik..haha
Wokay semua jangan lupa tunaikan rukun islam ke tiga kita iaitu menunaikan zakat
Hai semua Hari ni cik iena nak kongsi Oxygenating mask dari Bliv yang cik iena cuba . Oxygenating mask ni di panggil O2 Bubbly Bright Facemask .
Oxygenating mask
Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless
Bliv O2 Bubbly Bright Facemask merupakan Oxygenating mask yang menggabungkan gelembung oksigen dan tepung beras untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit. Dengan pemakaian Bliv O2 Bubbly Bright Facemask anda akan rasakan krim tersebut berubah menjadi buih lembut yang berfungsi untuk merendam kekotoran sementara manik lembut merah secara perlahan akan cair bagi tujuan mengelupas lembut kulit anda dan seterusnya apabila di cuci kulit anda akan terasa lembut, licin dan bercahaya.
Kebaikan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask
purifying + brightening +exfoliating
Bliv O2 Bubbly Bright Facemask ini mampu membersihkan wajah secara mendalam untuk menanggalkan sisa-sisa kotoran degil khususnya dan seterusnya ianya juga akan mengelupaskan sisa-sisa kulit mati yang tidak diperlukan pada wajah dan hasilnya kulit wajah akan lebih cerah dari biasa.
Penggunaan yang berterusan akan membuatkan wajah anda semakin cerah dan berseri :)
Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless
Bahan-bahan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask
O2 Bubble (Purifying)
Bubble ini akan terus menembusi kulit untuk membasuh lubang-menyumbat, kekotoran, serpihan dan minyak yang berlebihan
Rice Powder/Serbuk beras (Brightening)
Ia membantu melembapkan dan mencerahkan; Meninggalkan kulit cerah, lembut dan penuh dengan kilau.
Red Soft Beads (Exfoliating)
Manik selulosa merah yang mencairkan untuk mengelupas permukaan kulit yang mati, menyebabkan kulit lembut, licin dan bercahaya.
Cara Penggunaan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask
1. Sapukan sedikit ke muka dan urut perlahan-lahan. Bubbles akan terbentuk.
2. Biarkan selama 5-10 minit.
3. Urut sekali lagi untuk pembersihan yang lebih mendalam.
4. Bilas dengan air suam dan teruskan dengan langkah-langkah penjagaan kulit yang tinggal.
Review Bliv O2 Bubbly Bright Facemask
Buat penggemar facemask seperti cik iena semestinya cik iena sangat suka facemask ini terutama ketika ianya menghasilkan buih. terasa lah seperti ada kerja-kerja pembersihan di lakukan. Selepas cuci muka memang kulit akan lebih licin. Selepas tu jika kita pakai mekap, ia senang untuk diaplikasikan.
Tips Kulit flawwless
Jadi cik iena cadangkan sebelum nak mengenakan solekan. Untuk hasil yang terbaik pakai facemask ni dulu untuk mendapatkan kulit licin, halus dan mulus bagi menghasilkan solekan yang flawless :)
Baru-baru ini cik iena telah berpindah ke rumah baru . Jika sebelum ini cik iena hanya menyewa bilik, sekarang cik iena menyewa sebuah rumah.
Maka dengan itu sudah pastinya perbelanjaan harian cik iena meningkat lebih dari 100% dari yang sebelumnya.
Jadi bagi merancang perbelanjaan yang bijak cik iena mula bertukar jenama produk untuk penjimatan yang maksimum agar cik iena dapat mengawal keewangan cik iena dengan baik.
Tukar jenama bukan lah bermaksud memilih jenama yang tiada kualiti tetapi memilih jenama yang sama kualiti atau kualiti yang lebih bagus tetapi pada harga yang berpatutan.
Almaklumlah perbelanjaan cik iena sekarang semakin meningkat bila dah menyewa sebuah rumah.
Bayangkan cik iena juga ada membeli sebuah rumah di kampung untuk keluarga.
Rumah tersebut cik iena perlu bayar, rumah sewa di Kuala Lumpur juga perlu di bayar, kereta dan juga perbelanjaan lain.
Memang terasa drastik sangat perbelanjaan cik iena ni semenjak pindah ke rumah yang baru.
Maka dengan itu cik iena perlu lah mengambil langkah berjimat. Antara salah satu langkah yang cik iena buat adalah dengan menukar produk-produk berjenama yang cik iena gunakan ke jenama yang biasa atau yang lebih murah pada kualiti yang bagus.
Okay cik iena nak kongsi dengan anda semua salah satu produk yang cik
iena tukar jenama dan berjimat yang mana sedikit sebanyak ianya dapat
mengurangkan perbelanjaan bulanan cik iena.
Sebagai contoh cik iena bertukar Mouth Wash dari jenama X kepada Mouth Wash jenama Watsons yang mana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding jenama lain disamping kualiti yang sama.
nampak tak brand watsons menjadi pilihan umum terlebih dahulu berbanding brand lain. jika rujuk pada paparan harga pun jelas menunjukkan perbezaan harga yang sangat ketara
Terdapat 4 pilihan Mouth Wash dari jenama Watsons untuk pilihan anda. Cik iena Gemar menggunakan Cool Mint Mouth Wash
Apa yang menarik lagi di watsons anda akan mendapat diskaun jika anda membeli "Purchase With Purchase" jadi disini juga cik iena dapat lebih berjimat. Dengan setiap pembelian RM20 atau apa-apa produk jenama watsons anda layak untuk membeli PWP product dengan diskaun sebanyak 30%.
Jimat bukan, tapi sebelum tu pastikan anda semua telah menjadi ahli watsons supaya anda dapat kumpul mata dan dapatkan lebih banyak leagi keistimewan sebagai ahli.
Untuk pengetahuan banyak lagi produk jenama watsons yang terdapat di watsons. jadi ambil-ambil lah masa untuk anda lihat dan teliti produk manakah yang perlu anda tukar dan jimat . Cik iena semestinya akan cuba terlebih dahulu kualiti nya dan bandingkan kualiti serta harga. Cik iena akan memilih kualiti yang baik pada harga yang murah berbanding kualiti yang baik pada harga yang tinggi. Jika sekiranya ianya lebih berkualiti pada harga yang murah sudah tentu cik iena akan tukar.
Cik iena mula bertukar jenama salah satunya kerana faktor keewangan di sebabkan cik iena berpindah dari bilik ke rumah sewa jadi kos sara hidup sangat tinggi dan satu lagi adalah kerana di sebabkan terpengaruh dengan artis-artis Malaysia yang terlibat dalam kempen Switch And Save Watsons
Kempen Tukar dan Jimat dengan Jenama Watsons
Kempen Tukar dan Jimat dengan Jenama Watsons ini menyarankan pengguna membeli barangan berkualiti sekali gus dapat berjimat dari pembaziran. Watsons mempunyai banyak cawangan di seluruh pelusuk Malaysia dan seterusnya menjadikan ianya sebagai farmasi utama untuk kecantikan dan kesihatan.
Watsons telah mengekalkan kualiti produk dan mempelbagaikan pelbagai jenama dari barangan penjagaan peribadi, keperluaan kecantikan, dan barangan kesihatan tanpa menjejaskan kualiti yang terbaik.
Setiap barangan yang ada di dalam farmasi Watsons telah diuji selama 18 bulan melalui proses penghasilan untuk memastikan barangan tersebut dalam keadaan yang berkualiti dan terbaik disampin itu sangat 'value for money'
Okay selain dari Mouth Wash yang cik iena tunjuk terdapat banyak lagi barangan jenama watsons yang boleh kita pertimbangkan untuk tukar dan jimat.
Terdapat pelbagai rangkaian produk dari watsons seperti produk penjagaan kulit , rambut, produk mandian, produk penjagaan kesihatan, produk penjagaan peribadi dan banyak lagi katagori produk yang boleh
cik iena dapatkan pada harga yang murah tetapi berkualiti :)
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com