Grab The Promo
Grab The Promo

Peace Brand Thai Tom Yum Paste

 


Peace Brand Thai Tom Yum Paste


Peace Brand Thai Tom Yum Paste

 

Jenama Peace Brand Thai Tom Yum Paste ni merupakan jenama dari thailand dan anda tak perlu risau kerana ianya halal. Selepas Cik iena google tentang jenama ini. Ada blogger yang tulis mengatakan bahawa jenama ini adalah jenama yang selalu kedai makan gunakan. Patutlah sedap.

Selain dari memasak cara yang Cik iena guna selalu. Cik iena juga pernah cuba masak tanpa guna bawang,serai,cili api memang sedap. Cik iena pernah masak tanpa bawang , serai, daun limau purut,cili,lengkuas,halia. Rasa nya sedap juga boleh tahan. Cik iena cuma gunakan tomyam paste,cili paste, susu cair, sos ikan dan air perahan limau dan kemudian bahan isi seperti sayur dan seafood. Tetap sedap walaupun tanpa bahan asas yang lain.

Untuk pengetahuan anda lagi tomyam paste ini dah sedia masam, tak perlu tambah asam jawa tetapi Cik iena guna jus perahan limau nipis kerana aroma dan rasa jus limau nipis itu memang sedap. Kalau tak percaya boleh cuba bezakan. Lepas padam api semua baru letak jus perahan limau nipis. Limau nipis tau bukan limau kasturi atau lemon.

Sekiranya anda ingin membeli secara online boleh beli di Tomyam Paste

 

Full Artikel Resepi TomYam ala Thai Sedap 

 

Segmen Drop Your Link By Adinda Baizura Mazlan

Assalammualaikum, bertahun tahun rasanya iena tak join segmen . Okay hari ni tergerak hati nak join sebab iena blogwalking ke blog Adinda Baizura nampak posting ni dan kebetulan iena tengah free.Iena ni jarang blogwalking tapi iena akan return comment orang yang comment dekat blog iena.

Kadang kadang ada nampak segment macam ni masa blogwalking cuma tak dapat nak join sebab tengah sibuk. Bukan memilih tapi iena join bila tak sibuk.

Maka dengan itu tercipta lah artikel ni, Kalau blogger lain nak join boleh klik banner ya

Segmen Drop Your Link By Adinda Baizura Mazlan


Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap

Bila PKP 2.0 dah mula ni, hujung minggu memang tak boleh keluar. Jadi bila Cik iena bosan seorang dirumah kalau Cik iena takde job product review nak ambil gambar Cik iena buat video masakan.Kali nie Cik iena nak kongsi Video cara memasak Lala Masak Kam Heong mudah dan Sedap.


Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
Lala Masak Kam Heong

 


 

Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap 


Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
Lala Masak Kam Heong

Resepi ini Cik iena olah mengikut citaraasa Cik iena. Cara masakan ni Cik iena rasa lebih mudah jika kita masukkan bahan bahan rempah dan segala sos satu persatu ke dalam kuali.


Bahan Bahan Lala Masak Kam Heong (Untuk 700 gm to 1 Kg LaLa) 

 

 

Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
Bahan bahan Lala Masak Kam Heong

Bahan Hiris

  • Sebiji Bawang Merah Besar
  • 5 Ulas bawang putih
  • 2 Inci halia
  • 4 Biji Cili Padi Merah

 

  • 700 gm ke 1kg Lala
  • 25 gm Udang kering ( ditumbuk tapi tak halus)
  • 25 gm lobak masin yang telah digoreng
  • Setangkai Daun Kari ( Banyak pun takpa)

 

Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
Rempah Lala Masak Kam Heong

Bahan Rempah

  • 2 Sudu Besar Rempah Kari Ikan
  • 2 Sudu Besar Sos Cili
  • 2 Sudu Besar Kicap Cair
  • 1 Sudu Besar Kicap Pekat
  • 2 sudu Besar Sos Ikan

 

Maaf udang kering tiada dalam gambar sebab masa ni terlupa satu bahan. Udang kering direndam , ditos airnya kemudian ditumbuk tapi tidak halus atau hancur.

 

Cara Memasak Lala Masak Kam Heong

Pertama sekali sebelum mula sediakan bahan lain. Bersihkan Lala terlebih dahulu kemudian randam dengan garam beserta serbuk kunyit selama 10 minit untuk menghilangkan bau lala.


Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
 Lala yang telh dibersihak dan direndam dengan garam dan kunyit

 

Kemudian hiris kesemua bahan tumis yang cik iena nyatakan diatas iaitu bawang merah besar, bawang putih, halia dan cili padi merah. Bawang merah besar cik iena bahagi dua, satu untuk tumis dan satu letak di penghujung masakan. Boleh rujuk video masakan Cik iena di bawah.

Untuk bahan rempah, satukan kesemua bahan rempah diatas dan kacau sebati seperti yang Cik iena tunjuk dalam video.

Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
Bahan bahan tumis

 

Tumis kesemua bahan hiris tadi sehingga naik bau termasuk daun kari dan udang kering. Selepas naik bau dan garing masukkan bahan rempah yang telah disatukan sebelum ini.

Gaul sebati rempah dan bahan tumis kemudian tunggu rempah kering sedikit, masukkan Lala yang telah direndam dan dibersihkan tadi. Kacau rata , tunggu sehingga lala masak dan kemudian boleh tutup api.

 


Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
Lala Masak Kam Heong

 

Untuk hiasan boleh letak daun kari tapi Cik iena kehabisan daun kari. Yang ada ni pun yang dah kering. Musim PKP ni Cik iena tak keluar rumah selalu. Keluar beli groceries 2 minggu sekali. Jadi kene pandai pandai nak masak apa. Biasanya mula mula Cik iena akan masak sayur yang cepat layu , masak lauk seperti ikan, ayam,udang,sotong. Bila semua lauk dah habis Cik iena akan masak ikan bilis atau kentanng atau dry shitake mushroom.


Video Cara Masak Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap




Promosi LipTint Bobbi Brown Cosmetics

 

Seperti yang kita sedia maklum Bobbi Brown merupakan jenama barangan kosmetik yang terkenal dikalangan make up artist dan juga penggemar make up. Selain menawarkan aneka rangkaian produk kosmetik, Bobbi brown juga menawarkan rangkaian produk penjagaan wajah.

 

Promosi LipTint Bobbi Brown Cosmetics
Promosi LipTint Bobbi Brown Cosmetics

 


Hari ni Cik iena nak kongsi promosi menarik dari Bobbi Brown yang anda tak patut lepaskan kerana harganya agak murah berbanding harga asal. Cik iena pun tak beli mekap harga mahal mahal sangat ni. Sekali sekala je beli kalau mengidam sangat nak pakai.

 


Jadi alang alang ada promosi menarik ni Cik iena kongsikan dengan pembaca blog. 


Extra Lip Tint Duo (Buy 1, Gift 1) pada harga RM132 (worth RM264)

 

Promosi LipTint Bobbi Brown Cosmetics

 

Ini antara promosi menarik yang anda perlu grab  dimana harga asal adalah RM264 dan kini dijual separuh harga iaitu RM132 sahaja dan anda akan dapat lagi 1 Lip tint Jadi anda akan dapat seperti dalam gambar diatas. Harga untuk satu lip tint Bobbi Brown ni sahaja RM264 . Jadi memang berbaloi baloi beli pada separuh harga dan dapat lagi 1 Lip tint :)



Promosi LipTint Bobbi Brown Cosmetics

 

 

Review Extra Lip Tint Duo

Secara keseluruhannya Cik iena suka pakai Lip Tint dari Bobbi Brown ni. Ianyasangat Lightweight, sheer and ultra-moisturizing.
 


Promosi LipTint Bobbi Brown Cosmetics

 

Formula Lip Tint ini mempunyai semua kelebihan lip balm dan ditambah dengan warna penambah warna yang memberikan yang terbaik di bibir.Gabungan Minyak Zaitun, Avokado, dan Jojoba yang berkhasiat menghaluskan dan melembutkan bibir serta-merta dan dari semasa ke semasa, mengurangkan penampilan garis-garis halus sambil memberikan penampilan yang lebih sihat dan bertenaga pada bibir .

 

Cara Penggunaan Extra Lip Tint Duo


Cara nak guna lip tint ni ada dua, anda boleh pakai macam tu sahaja seperti lip balm dan juga di pakai bersama lipstick kegemaran korang dimana warna lipstick kegemaran korang akan jadi lebih lembut dan cantik.

Promosi LipTint Bobbi Brown Cosmetics


Apa yang best pakai lip tint ni macam Rawatan spa yang memanjakan kulit bibir anda dan merawat bibir agar lebih sihat dan cantik.

 

Promosi LipTint Bobbi Brown Cosmetics

Antara promosi lain yang menarik di Bobbi Brown

 • Buy one Extra Lip Tint, get one FREE + FREE Full-sized lipstick
12-2am deals 3 Feb: Free Mini Cream Shadow Stick with every order
Worth RM71 + Free lipstick (worth RM106)



• All Day Deals:
- 3 Feb Only
- Free Lipstick (worth RM106) with every order
- Extra Brow Pencil (worth RM165) with RM250+ order
- Save up to 50%

 

Untuk promosi terkini layari Bobbi Brown Cosmetics


Germ Killer Pembasmi Kuman berasaskan Air Selamat Untuk Seisi Keluarga


Germ Killer Pembasmi Kuman berasaskan Air  Selamat Untuk Seisi Keluarga



 


GK merupakan rangkaian produk pembasmi kuman berasaskan air yang dirumuskan untuk kegunaan persekitaran dan peribadi.Untuk pengetahuan produk GK dihasilkan  adalah untuk membersihkan dan membasmi kuman permukaan atau tangan persekitaran, dengan berkesan menghilangkan kuman berbahaya.Ianya merupakan jenama daripada Singapura dan kini telah meluaskan pasarannya di Malaysia.


Germ Killer Produk Pembasmi Kuman berasaskan Air

 


GK adalah singkatan daripada perkataan “Germ Killer”, produk pembasmi kuman nombor satu yang dipercayai sebelum ini berjenama Mr McKenic. GK kini menjadi rangkaian produk pembasmi kuman dengan falsafah yang sama.



 Secara teknikal, pembasmi kuman dengan tuntutan keberkesanan 99.9% akan mengurangkan 1,000,000 mikro-organisma menjadi 1,000. Produk GK, diperakui keberkesanan hingga 99,9999%, akan mengurangkan 1,000,000 mikro-organisma kepada hanya 1.


Germ Killer Surface (GK Surface)



Ini bermaksud GK melakukan pekerjaan yang jauh lebih unggul dalam menghilangkan mikro-organisma berbahaya dan ini sangat penting kerana fakta mengatakan dalam masa lapan jam, satu bakteria pada kain lembap dapat berlipat ganda menjadi enam juta.


Germ Killer Pembasmi Kuman berasaskan Air  Selamat Untuk Seisi Keluarga



WATER BASED FORMULA


Setiap produk GK  mempunyai formula berasaskan air eksklusif yang memenuhi penggunaan khusus. Formulasi ini sangat selamat di semua permukaan dan tidak berbahaya bagi pengguna akhir.

GK  menggunakan campuran sebatian amonium kuarter (QUATS) sebagai bahan aktif utamanya. QUATS adalah agen kuman yang cepat bertindak dan tidak beracun kepada manusia atau haiwan. Jadi ianya sangat sesuai untuk anda yang bekeluarga yang mempunyai anak kecil.

Antara produk GK adalah :-

  1. GK Air
  2. GK Surface
  3. GK Concentrate
  4. GK Hand Sanitiser

 

Best Of The Best Family Products and services

Best Of The Best Family Products and services

 

Untuk pengetahuan produk GK telah dinobatkan sebagai PARENTS BEST OF THE BEST  2016 FAMILY PRODUCT AND SERVICES.



GK AIR, GK SURFACE & GK CONCENTRATE TESTED >= 99.99% EFFECTIVE AGAINST SARS-COV-2 (covid-19Virus)


Germ Killer Pembasmi Kuman berasaskan Air  Selamat Untuk Seisi Keluarga

Untuk makluman anda lagi pada 19 Januari 2021,  Vance Chemicals Pte. Ltd. ("Vance Chemicals") telah mengumumkan bahawa produk pembasmi kuman  GK Air, GK Surface dan GK Concentrate  telah terbukti secara ilmiah> 99.9% berkesan dalam mematikan virus SARS-CoV-2. (sumber - www.einpresswire.com)

 

Berikut Cik iena kongsikan 4 Prodak Germ Killer yang Cik iena gunakan dalah kehidupan seharian Cik iena.

 

GK Air

GK Air
GK Air


GK Air  mempunyai sifat bakteria spektrum luas yang dapat membunuh 99,9999% bakteria. Ia meningkatkan kualiti udara dalaman dengan memusnahkan bakteria penyebab bau secara aktif di sumbernya. Produk ini memperkenalkan kesegaran seketika dan berterusan ke persekitaran anda.
Ianya boleh di sembur dalam rumah dan juga kereta. Boleh juga digunakan untuk membuang bau busuk yang seperti bau rokok, bau sampah dan sebagainya. 


Germ Killer Air - GK AIR
Germ Killer Air - GK AIR

GK Air Effective Against

  • Gram-negative bacteria (P. Aeruginosa)
  • Gram-positive bacteria (Staph. Aureus)
  • SARS-CoV-2 

Kegunaan GK Air

  1. Kitchen Odours - Untuk menghilangkan bau makanan setelah memasak.
  2. Dustbin - Untuk mengurangkan kuman dari tisu semasa tempoh selesema.
  3. Kereta - Membuang bau yang kurang menyenangkan dan membunuh bakteria
  4. Ruang tamu, bilik dan tandas -  Membuang bau yang kurang menyenangkan dan membunuh bakteria


Review GK Air


Germ Killer Air - GK AIR
Cik iena gunakan GK Air untuk disembur ke bilik tidur

 

Untuk pengetahuan ini antara produk yang kerap Cik iena gunakan dirumah. Semburan ini selamat digunakan dan ianya tidak mudah terbakar. Tambahan lagi ianya mempunyai harumah teh hijau yang wangi dan mampu menyegarkan udara dipersekitaran.


Germ Killer Air - GK AIR
Cik iena gunakan GK Air untuk disembur ke bilik tidur
 

Germ Killer Air - GK AIR
Cik iena gunakan GK Air untuk disembur ke ruang tamu, tempat yang selalu Cik iena habiskan masa jika work from home. Cik iena gemar duduk di ruang tamu berbanding bilik walaupun work station Cik iena dalam bilik :)
 
 
 

Kebiasaannya Cik iena akan semburkan GK Air di ruang yang selalu Cik iena habiskan masa seperti di ruang tamu dan juga bilik tidur.  Cik iena juga semburkan di dapur belakang jika bau sampah kuat.

 


Germ Killer Air - GK AIR
Cik iena gunakan GK Air untuk disembur ke ruang tamu
 
 
Germ Killer Air - GK AIR
Cik iena gunakan GK Air untuk disembur ke bilik tidur

 

Germ Killer Air - GK AIR
Cik iena gunakan GK Air untuk disembur di ruang makan kerana ini ruang laluan Deknor kalau balik dari kerja untuk masuk bilik. Cik iena ni takut dia lain macam. Deqnor kerja dekat site, sekarang seperti kita dengar banyak kluster tapak pembinaan , jadi bila deqnor balik kerja iena akan semburkan di kawasan laluan Deqnor. Deqnor tak dibenarkan duduk atau singgah mana-mana kawasan rumah  kalau balik dari kerja, dia kene terus masuk bilik dan mandi.

 
Sekrianya anda mempunyai penghawa dingin anda boleh semburkan di penapis penghawa dingin jadi udara yang keluar akan ditapis dari bakteria merbahaya dan anda juga akan dapat nikmati haruman teh hijau yang nyaman.

 

Tidak terhad kegunaan didalam rumah sahaja , Cik iena juga gunakannya untuk sembur di dalam kereta. Sekiranya Cik iena keluar untuk membeli groceries Cik iena akan bawa untuk sembur di dalam kereta.




Germ Killer Air - GK AIR
Cik iena gunakan GK Air untuk disembur ke Shopping bag sebelum bawa naik kerumah
 
 

Germ Killer Air - GK AIR
Cik iena gunakan GK Air untuk disembur dalam kereta untuk bunuh bakteria dan juga hilangkan bau. baru lepas belibarang basah ada sedikit bau so kene sembur.
 
 
 
 

GK Surface

GK Surface

GK Surface
GK Surface


GK Surface  mengandungi formula pelbagai tindakan yang membersihkan dan membasmi kuman dalam satu langkah mudah. Dengan tindakan bakterisida dan virucidal spektrum luas yang membunuh 99.9999% bakteria, produk ini mudah digunakan dan siap digunakan tanpa perlu pencairan.

Ianya mampu melindungi permukaan dari kuman sehingga 24 jam kesan anti-mikrob. Selain membasmi kuman ianya juga menghilangkan bau dan berfungsi melawan pertumbuhan cendawan . Ianya selamat digunakan setiap hari di pelbagai permukaan, termasuk kain.
Istimewanya GK Surface ini lagi ianya sangat harum dengan haruman bunga yang menyegarkan.

GK Surface boleh digunakan untuk membersihkan  meja, pintu,tombol pintu, lampu dan mana mana tempat yang anda kerap sentuh. 


Germ Killer Surface (GK Surface)
Germ Killer Surface (GK Surface)
 

GK Surface Effective Against

  • Gram-negative bacteria (P. Aeruginosa)
  • Gram-positive bacteria (Staph. Aureus)
  • MRSA
  • HFMD
  • H1N1 Influenza A
  • Human Coronavirus
  • Mould & mildew
  • SARS-CoV-2 
 

Kegunaan GK Surface

  1. Kitchen Cabinets and Appliances-digunakan untuk  membersihkan bahagian luar peti sejuk, kabinet, ketuhar gelombang mikro dan perkakas lain
  2. Kitchen Sink - Setelah membersihkan sink dapur, lap dengan Lap GK Surface untuk membasmi kuman. Atau bersihkan dan nyah cuci sink dapur dengan satu langkah mudah dengan GK Surface.
  3. Counter Top - Lap tumpahan kecil dengan  GK Surface . Membasmi meja dengan beberapa penyemburan cepat GK Surface.
  4. stove top - Membasmi kuman di meja dengan beberapa penyemburan cepat GK Surface.
  5. Refridgerator - Gunakan GK Surface Wipes setiap hari untuk membersihkan dan membasmi kuman kawasan yang sering disentuh seperti pemegang pintu peti sejuk, dan juga untuk membersihkan tumpahan kecil di dalam peti sejuk.
  6. Sink -  untuk membersihkan tumpahan dari ubat gigi atau solek. Buang kuman dengan GK Surface  seminggu sekali.
  7. Toilet flush - Membasmi tandas dengan GK Surface seminggu sekali.
  8. Toilet Bowl - Basmi kuman di bawah permukaan mangkuk tandas dengan GK Surface . GK Surface  mempunyai muncung khas yang membolehkan anda menyembur secara terbalik.
  9. Bath Tub - Semburkan dan lap dengan GK Surface  untuk mengelakkan kulat dan cendawan tumbuh.
  10. Shower Doors/Shower Curtains - Semburkan dan lap dengan GK Surface  untuk mengelakkan kulat dan cendawan tumbuh.
  11. Keyboards & Phones - Semburkan GK Surface ™ke kain / tisu dan lap papan kekunci & telefon untuk membasmi kuman.
  12. office desk/work sation - Semburkan dan lap meja dengan GK Surface  untuk membasmi kuman meja.
  13. Foodcourt table - Lap tempat berminyak dengan Lap GK Surface
    Singkirkan meja dengan beberapa semburan cepat GK Surface .
  14. Baby seats - Keluarkan tempat duduk bayi (kerusi tinggi) dan meja dengan Lap GK Surface .
  15. Gyms – Equipment - Lap peralatan pengendali dengan Lap GK Surface sebelum dan selepas digunakan. Atau semburkan dan lap pemegang peralatan dengan GK Surface  sebelum dan selepas digunakan.
  16. Exercise Mat- Lap tikar dengan Lap GK Surface  sebelum dan selepas digunakan.
    Atau semburkan dan lap tikar latihan dengan GK Surface  sebelum dan sesudah digunakan.
  17. Supermarkets Trolleys / Baskets - Lap pemegang troli / bakul dengan GK Surface  Wipes.
  18. Baby Changing Table - Lap meja ganti ke bawah dengan Lap GK Surface sebelum meletakkan bayi di atas meja.Sekiranya menggunakan tikar ganti, lap tikar ganti dengan GK Surface  setelah menukar bayi, sebelum menyimpan tikar.


Review GK Surface


Untuk pengetahuan, GK Surface juga antara produk Germ Killer yang banyak Cik iena gunakan. Terdapat banyak tempat yang Cik iena boleh aplikasikan GK Surface untuk membasmi kuman. Selain dapat membasmi kuman ianya juga mampu mencegah pertumbuhan cendawan pada permukaan kayu .

 


Germ Killer Surface (GK Surface)
Cik iena gunakan GK Surface untuk lap meja makan selepas selesai makan
 
 

 

Jadi produk ini sangat berguna selain untuk membasmi kuman. Tambahan lagi haruman bunga dari GK Surface ini pasti membuatkan anda tergoda. Kebiasaannya yang kita tau produk pembasmi kuman mempunyai bau yang alkohol yang kuat dan ianya merupakan haruman yang kita tidak gemari. berbeza dengan GK Surface ianya harum dan anda akan berasa selesa apabila menggunakannya.

 


Germ Killer Surface (GK Surface)
Cik iena gunakan GK Surface untuk lap permukaan luar rak kasut serta tombol pintu yang cik iena sentuh selepas cik iena masuk ke dalam rumah
 
 
 
 

 

Kebiasaannya Cik iena akan semburkan dan lap GK Surface di meja makan, dapur, peti ais, tombol pintu, work station dan almari kasut. Ini antara barangan yang kerap Cik iena sentuh. Jadi Cik iena sanitized dengan GK Surface.

 

 


Germ Killer Surface (GK Surface)
Cik iena gunakan GK Surface untuk sembur di sofa 3 hari sekali
 
 

 

KEmudian Cik iena juga akan sembur pada sofa, kerusi taman di balcony, buaiaan di balcony , kerusi meja makan dan juga tilam serta comforter.

Walaubagaimanapun, Cik iena takde lah buat setiap hari, Cik iena akan lakukan 3 hari sekali atau bila perlu. Bila perlu maksudnya bila ada perasaan ragu ragu contoh jika Cik iena baru balik dari beli groceries atau baru turun ground floor untuk mengambil parcel. Cik iena sanitized jika Cik iena terlupa cik iena ada sentuh sesuatu kawasan atau ada duduk dimana-mana.


Germ Killer Surface (GK Surface)
 
 

 

Biasanya selepas beli groceries Cik iena akan terus kebilik dan mandi. Jika baru balik dari turun ambil parcel, cik iena akan sembur baju Cik iena dan tangan dengan GK Hand Sanitiser. Jika tiba tiba Cik iena rasa macam terlupa buat yang biasa cik iena buat Cik iena akan sanized tempat tempat yang berkemungkinan Cik iena sentuh.



Germ Killer Surface (GK Surface)
Cik iena gunakan GK Surface untuk sembur di kerusi dan meja taman di balcony 3 hari sekali
 
 
 


GK Concentrate

GK Concentrate


GK Concentrate  dapat membunuh 99.99999% bakteria dengan aktiviti bakteria spektrum luasnya. Formula pelbagai tindakannya membersihkan dan membasmi kuman semua permukaan, secara aktif membuang kotoran dan bahan cemar agar permukaan bersih dan bersih.

Produk ini diperakui NSF (National Sanitisation Foundation) dan merupakan produk Label Hijau Singapura.Ianya boleh digunakan untuk mencuci lantai, tandas,baju, mainan anak  dan pelbagai lagi kegunaan yang boleh anda pelbagaikan mengikut keperluan yang bersesuaian.


GK Concentrate
GK Concentrate

 

GK Concentrate Effective Against

  • Gram-negative bacteria (P. Aeruginosa)
  • Gram-positive bacteria (Staph. Aureus)
  • Mould & mildew 
  • SARS-CoV-2 

 

Kegunaan GK Concentrate

  1. Kitchen Towel & Sponge - Bersihkan tuala dapur dan span setiap hari dengan GK Concentrate .
  2. Floor - Gunakan GK Concentrate  untuk membersihkan dan membasmi lantai dapur.
  3. Bath Towels - Tambahkan GK Concentrate semasa bilas terakhir kitaran mesin basuh anda untuk mengurangkan pertumbuhan bakteria pada tuala anda.Sekiranya cucian mempunyai bau, rendam barang cucian dalam larutan GK Concentrate  selama 10 minit sebelum mencuci di mesin basuh.
  4. Potty Training  - Bersihkan dan bilas potty, kemudian semburkan GK Surface  dan lap ke bawah untuk membasmi kuman potty.Atau setelah membersihkan dan membilas, isi potty dengan air dan tambahkan segelas GK Concentrate  untuk membasmi kuman.

 


 

Review GK Concentrate

 

Untuk pengetahuan anda juga GK Concentrate merupakan antara produk GK yang banyak Cik iena guna. Disini Cik iena dah kongsi 3 Produk, ketiga tiganya kerap Cik iena gunakan kerana ianya sememangnya sangat kita perlukan dalam menangani pandemic Covid-19 ini khususnya.


GK Concentrate
GK Concentrate

 

Apa yang Cik iena suka mengenai GK Concentrate ini juga adalah kerana harumannya. Ia mempunyai haruman bunga yang wangi berbeza dengan sebelum ini untuk membasuh pakaian Cik iena gunakan dettol. Dettol baunya agak kuat dan selepas basuh banya akan menjadi pelik dan kurang nyaman.


GK Concentrate
Cik iena gunakan GK Concentrate selepas selesai membasuh baju, proses terakhir..rendamkan baju yang telah dibasuh dengan GK Concentrate selama 10 minit, kemudian keringkan dan sidai

 

 

Bila Cik iena guna GK Concentrate berbeza harumannya lebih menyenangkan kerana ianya merupakan haruman bunga bungaan. Mungkin ada yang pelik kenapa setiap hari Cik iena basuh baju menggunakan cecair pembasmi kuman. Ini adalah kerana adik Cik iena kerja di tapak pembinaan. Seperi kita sedia maklum sekarang banyak kluster tapak pembinaan. Jadi sewajarnya kami risau dan sewajarnya kami membasuh pakaian kami dengan cecair pembasmi kuman.

 

Cik iena gunakan GK Concentrate untuk mop lantai, cik iena gunakan semasa bilasan kedua selepas mop dengan sabun
Cik iena gunakan GK Concentrate untuk mop lantai, cik iena gunakan semasa bilasan kedua selepas mop dengan sabun

 

 

GK Concentrate adalah penyelesaiannya. Selain membasuh baju harian.Cik iena juga gunakan GK Concentrate untuk mengemop lantai, membasuh bilik mandi dan juga membasuh berus serta sponge mekap Cik iena. Bagi anda yang bekeluarga dan mempunyai anak kecil anda juga boleh gunakannya untuk membersihkan barang mainan anak anak anda dari kuman yang merbahaya dengan hanya merendam barangan mainan tersebut bersama GK Concentrate  selama 10 minit


 

GK Concentrate
Cik iena gunakan GK Concentrate untuk membersihkan berus dan sponge make up Cik iena. Selepas membasuh berus dan sponge dengan sabun dan bilas dengan air. Cik iena rendamkan berus dan sponge tersebut bersama GK Concentrate selama 10 minit , kemudian Cik iena keringkan di bawah cahaya matahari



GK Hand Sanitiser


GK Hand Sanitizer
GK Hand Sanitiser


GK Hand Sanitiser  menyediakan cara cepat dan mudah untuk membunuh 99.99999% bakteria di tangan anda apabila sabun dan air tidak tersedia. Formulasi bebas alkoholnya tidak kering dan tidak menjengkelkan walaupun pada kulit sensitif, menjadikannya selamat dan sesuai digunakan setiap hari.
antara benda wajib ada. ianya juga Sesuai untuk korang yg mengalami kulit sensitif. Walaupun takde alcohol, tapi ianya menggunakan bahan aktif benzalkonium chloride (QUATS) dan sangat effektif dalam membasmi kuman. 

 


GK Hand Sanitizer
GK Hand Sanitiser

 

GK Hand Sanitiser Effective Against

  • Gram-negative bacteria (P. Aeruginosa)
  • Gram-positive bacteria (Staph. Aureus)


Kegunaan GK Hand Sanitiser

Tangan - Sekiranya anda berada dirumah , jika anda keluar membuang sampah atau mengambil parcel , bersihkan tangan dengan GK Hand sanitiser. Manakala sekirnya anda berada di luar rumah Bersihkan tangan dengan GK Hand Sanitiser  sebelum makan dan Bersihkan tangan dengan GK Hand Sanitiser setelah menggunakan troli / bakul ketika membeli belah.

 


Review GK Hand Sanitiser

Secara jujurnya untuk tempoh dua minggu cik iena gunakan produk Germ Killer ni, Cik iena jarang menggunakan produk ini kerana Cik iena tidak keluar rumah. Jika dirumah Cik iena lebih prefer untuk membasuh tangan dengan sabun.

Cik iena cuma akan gunakan GK Sanitiser sekiranya Cik iena keluar dari rumah untuk membuang sampah atau atau turun ke bawah mengambil parcel. Masuk je rumah Cik iena akan ambil GK Hand Sanitiser yang cik iena letak di tempat kasut dan Cik iena akan sembur ditangan serta di kunci rumah cik iena dan tombol pintu.

Disebabkan bekasnya agak tidak sesuai untuk di letak dalam beg tangan jadi Cik iena masukkan sedikit GK hand sanitiser ke dalam botol spray kecil untuk Cik iena letak dalam beg tangan yang mana Cik iena kebiasaannya akan gunakan jika Cik iena keluar menjemput adek dari tempat kerja pada hari sabtu. Weekday, adik akan balik sendiri. Hari sabtu Cik iena akan jemput adik sebab bosan juga duduk dirumah. Tapi Cik iena keluar jemput adik sahaja , cuma dalam keluar jemput adik tu ada lah Cik iena singgah isi minyak kereta dan beli air tea life dan makanan ringan lain.

Masa ni Cik iena akan gunakan GK Hand sanitiser yang telah dimasukkan ke dalam botol kecik mudah dibawa kemana mana tadi. Kalau nak dibandingkan kegunaannya dengan produk Germ Killer yang lain tentu banyak beza sebab musim PKP ni memang Cik iena tak keluar rumah tanpa urusan penting. Sepanjang PKP 2.0 ni baru sekali beli groceries. Cik iena memang kurangkan keluar rumah. Bila betul betul barang habis lansung takde nak masak baru keluar. Setakat ni masih ada barang kering dan ready to eat produk review yang iena dapat masih banyak untuk di makan.

Untuk anda yang sering keluar rumah GK Hand Sanitiser ini sangat penting untuk anda semua. 


FREE GIFT | CODE : GKIENA

Istimewa buat anda semua, sekiranya anda membuat pembelian menggunakan code yang diberikan, anda akan menerima hadiah percuma dari pihak Germ Killer. 

Code : GKIENA


Germ Killer Pembasmi Kuman berasaskan Air  Selamat Untuk Seisi Keluarga

Untuk maklumat Lanjut



#staysafewithgk #germkillermalaysia #pembasmikuman
#ienaeliena #lifestyleblogger #malaysianblogger #germkiller

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve